"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Friday, December 12, 2008

pergi... pasti kembali..


Saat nanti bila kau pergi
Jauh dari aku
Jangan sesekali lupa
Aku selalu ada disisimu
Selalu dekat dalam hatimu
Selalu mahu kau melihat aku
Dari ruang matamu

Saat nanti kau pergi jauh
Tinggalkan aku
Jangan sesekali lupa
Aku selalu ingat pada kamu
Dalam seribu bahasa rindu

Saat nanti kau pergi
Aku menanti hingga kau kembali
Kembali pada waktu yang dulu
Menemani aku seperti selalu
Tanpa jemu

Saat kau pergi
Hingga kau kembali
Aku masih disini
Untuk terus di ingati
Dari seorang insan
Disayangi dalam sekeping hati



* Tiba saat tekad aku mahu melangkah pergi dalam diam-diam tanpa kalian sedari, kala saat bahagia diambang.. ternyata kalian lebih dulu melangkah dari aku.. menari kata terus menoktah ayat. seperti kalian, aku jua punya impian.. harapan dan keutamaan.. FAMILY!

dalam 2 tahun ini.. mengenali kalian.. banyak keajaiban berlaku dalam hidup aku.. dalam saat dahulu sering aku tertanya dimana sahabat? dimana kekasih?.. telah DIA hadirkan aku dengan 2 insan yang benar serasi dengan jiwa aku.. memberikan aku dapat merasai apa yang tersimpan, menikmati semua sentuhan rasa yang selama ini tak pernah aku rasa.. tak terluah dalam hati.. terus merubah segala tentang diri aku.. yang dulu aku terlalu begitu sinis dan punya terlalu banyak sikap negatif.. tentang segala.. lebih lagi tentang kaum adam.. biar kita sebenar hanya bicara pada maya?.. aneh sekali kuasa Ilahi itu.. Alhamdulillah.. akhirnya kesakitan aku kembali pulih anugerah penawar yang dihadiahkan buat aku.. cinta itu terlalu unik buat aku..

tika ini aku terlalu sebak memikir kalian berdua.. seperti biasa bila airmata aku sudah mengalir... ayat mengayat aku terus mati.. buat korang.. aku sayang sangat pada korang.. Always Love and Miss you..

pada mereka yang sudi menjengah blog mawarcinta yang seperti "hidup segan mati tak mahu ini.". aku ucapkan jutaan terima kasih.. biar kadang ia kosong dengan pena mengayat baru.. kalian tetap jengah kemari.. aku pun sayang korang sebab suka baca pena mengayat aku yang ntah apa-apa tu.. keep in touch ok?.. kita nak kembali menyibukkan diri semula.. bila kita punya idea untuk mengayat semula, kita kembali daa.. tinggalkan link anda untuk kita ziarah anda kembali.. nak letak email ngan no phone pon blehh.. hehehe

GO... GO.. CHAIYUK!! ^_^

Thursday, December 11, 2008

Dari Sekeping Hati..


Awak....
Pagi ni saya buat semula blog puisi saya di blogspot. Saya bangunkan kembali apa yang pernah saya hancurkan kerana saya pernah berjanji untuk letakkan semua puisi-puisi saya untuk awak. Dah banyak kali saya tangguhkan hingga saya sendiri tak pernah pasti adakah saya mampu menunaikannya. Saya tahu setiap hari awak dan kawan-kawan yang lain akan tertanya-tanya tiadakah posting puisi atau pena? Saya tahu... setiap hari awak akan tertanya-tanya begitu. Setiap hari juga awak akan menjadi salah seorang terawal yang akan membaca posting saya. Kemudian awak akan menghilang tanpa meninggalkan bicara. Saya tahu.... awak banyak menyimpan kata-kata dalam hati awak tentang saya.. puisi saya... kehidupan saya... kekuatan saya... seagala-galanya tentang saya!

Jika saya gembira, awak akan ketawa.
Saya bersedih awak akan menangis.
Saya kalah, awak akan berdiam kerana awak tahu... saya akan ikhtiar dengan cara juang saya sendiri.
Saya marah, awak pasti akan bungkam. Bukan kerana awak tak mahu bersama saya.
Tapi sebab awak tahu, kemarahan saya hanya saya saja yang bisa redakan. dan awak selalu memberi saya kebebasan untuk menjadi diri saya sendiri.

Awak...
Saya tahu awak bimbangkan saya.
Jika bukan, masakan mungkin suatu hari ditengah malam awak sanggup sms saya hanya kerana awak mimpi buruk tentang saya. Dalam mimpi tu kita nampak laut dan rumah buruk. Saya bilang pada awak ianya hanya mimpi, dan saya tak akan apa-apa. Tapi benar, mimpi itu petanda saya dalam kepayahan saat ini. Benar, kesihatan saya merundum. Semangat saya juga merundum. Tapi.... tidakkah awak nampak, saya selalu berusaha untuk ada disini untuk awak. Saya nak buktikan pada awak yang saya masih seorang pejuang walaupun jasad saya telah longlai. Saya akan ada disini semampu saya untuk awak. Walaupun kita tak selalu berbicara, tapi saya tahu awak terlalu mengambil berat tentang saya. Dan kerana itu.... saya menangis untuk awak hari ini. Terima kasih kerana awak telah berada disisi saya sepanjang perkenalan kita. Tentang kesihatan saya, awak jangan bimbang... saya kan kuat. Saya tak akan mengalah dari usaha untuk sihat. Berserahlah pada Allah... saya tak akan apa-apa.

Pasti awak tertanya-tanya....
Apa mimpi saya tulis pena ini untuk awak. Memang tak bermimpi apa-apa. Tapi... saya menyibuk nak cari nama saya sementelah saya cipta blog puisi itu. Mana tahu, ada orang boleh jumpa dengan google search. Entah bagaimana saya terjumpa blog awak tentang puisi saya. Sama macam kawan kita yang lagi sorang tu, saya jumpa blog dia kerana nama dan puisi saya. Saya tak sangka ada luahan hati disana. Saya bebetul tak sangka...

Saya sendiri...
Tak tahu apa yang saya telah tulis sehingga awak membaca puisi saya hingga menangis. Saya sendiri tak tahu, dimana keajaiban kalimah itu hingga awak terpesona untuk terus menghayatinya. Adakah kerana ia datang dari ilham maka terbit perasaan awak membacanya. Atau sebenarnya saya menulis bukan dengan skill puisi sebaliknya dengan suara hati saya sendiri maka ianya terpanah dihati insan yang mengalaminya. Saya sendiri tak pasti apakah saya telah melakukan perkara yang betul atau salah sehingga ianya memberi kesan kepada awak yang membacanya.

Awak....
Kalau boleh...
Kalau boleh saya memang nak jadikan bahu awak tempat saya menangis.
Tapi saya tak reti! Saya tak tahu nak mengadu kat awak. Saya.... tak pandai nak tunjukkan yang saya ni lemah.
Dan saya tetap mahu awak melihat saya tersenyum walaupun jauh disudut sana saya tahu awak mampu meneka bicara hati ini.
Maafkanlah saya kerana mahu melakukannya sendirian. Saya bukan ego, bukan riak dengan kemampuan diri tapi saya...
Saya cuma tak mahu terbiasa dengan pertolongan dan perhatian dari seorang teman. Saya cuma mahu menjadi siapa diri saya.
Biarpun kedegilan ini akan menyakiti diri saya sendiri dan awak kelak. Dan saya tahu, kerana awak terlalu memahami sayalah maka awak telah membenarkan perempuan yang penuh kedegilan ini terus menerus berada disini. Bukan kerana awak tak mampu menegur saya tetapi kerana saya manusia sukar dijangkakan. Hari ini saya tersenyum, sebentar nanti saya bersedih. Kemudian sebentar lagi saya akan menghamunkan orang. Tidakkah berada disisi perempuan ini selalu buat awak penat? Penat dengan karenah yang tidak terduga. Tapi... entah kenapa awak masih juga mahu disini. Masih sudi menemani saya setiap hari.

Kalau boleh...
Saya nak bercerita dengan awak.
Penatnya saya berdepan dengan karenah orang.
Bencinya saya dengan manusia yang berpura-pura dengan saya.
Sakit hatinya saya sebab ada lagi manusia yang suka bercerita dibelakang saya.
Tapi.... suara saya selalu tak keluar untuk membuka cerita. Suara saya selalu hilang bila mahu berkata kepada awak. Akhirnya saya biarkan saja. Biarkan lah... DIA lebih tahu.

Awak.... Kata-kata yang awak tulis kat blog awak buat saya menangis juga.


"Awak buat kita mengalir airmata lagi.. mungkin lagu dan puisi tarianmu bersatu bisa buat aku tersendu.. benar menusuk kalbu.. ah, sememangnya kita ini cepat benar rasa tersentuh.. atau terlalu menghayati??.. sungguh, bila mahu bicara dengan awak kita jadi kelu, bisu.. maaf, tak mampu bersuara disana.. hanya mampu meletak senyuman buat awak.. senyuman kita untuk awak tafsir apa adanya disitu.. dah tak tau nak mengayat apa da.. Sekalung doa kita hadiahkan buat awak sekeluarga disana.. A Shoulder To Cry On.. :senyum:"


Terima kasih...
Terima kasih yang tak terhingga kerana sudi menjadi sahabat saya. Terima kasih juga sebab sentiasa mendoakan saya sekeluarga. Dan saya berharap dan terus memasang harapan awak juga akan beroleh kebahagiaan yang diidam-idamkan. Awak layak untuk memilikinya sama seperti mereka diluar sana. Maafkanlah jika layanan saya selama ini diluar kemampuan saya sebagai seorang sahabat. Mungkin... Ahhh saya cuma mampu menjadi apa yang awak lihat. Itu saja yang saya mampu lakukan sehingga kini. Maafkanlah saya teman.

Awak..... saya tetap bulan tu kan?
Maka senyumlah untuk saya saat ini...
*Saya tau ini lagu kegemaran awak sebab ada dalam list lagu awak.


Wasalam

Salam Sayang
Serikandicinta


"Percayalah, kehidupan ini sangat indah dengan adanya insan2 yg menyayangi diri kita. Kasih sayang itu adalah azimat menjadi kekuatan dalam semangat untuk membina harapan menghadapi dugaan dan ranjau kehidupan. Biarpun kadangkala kita ketemu insan baik dan sebaliknya, ianya hanya rencah dalam melewati kehidupan agar menjadi tinggi nilainya utk dikenang dimasa depan. jangan sesali setiap detik yg kita lalui yg kadang suka yg kadang duka hanya kerna utk mengajar kita erti dewasa" - HS



* Awak buat kita larut.. sebetulnya dah lama kita simpan pena awak ini.. tp kita lupa dimana kita selitkan dekat file mana?.. nah, tadi merayau.. kita terjumpa!.. maaf ya kita tampal disini..

Kita tak tahu bagaimana nak beritahu awak, yang kita selalu ingat kat awak.. masa kita hantar sms tu mmg kita benar risaukan tentang awak.. kita tak tahu sebab apa.. dan, akhirnya kita dapat juga jawapannya.. maaf, kita mmg tak pandai pamer sayang pada orang.. tp, bila kita dah rasa syg dan rapat dengan orang.. sebolehnya kita nak lihat orang itu sentiasa ada pada pandangan kita.. biar walau jauh jaraknya beribu batu.. dalam hati tetap ada cinta..

bila dah sebak.. ayat mengayat kita jadi tandus.. OUT!

rampok de rembat..



Sorry.......
Aku memang curi puisi ni dari blog kau.
Sebab aku tahu kau tulis MEMANG untuk aku.
Hah... kau tahu aku memang nakal kerana sanggup mengambilnya tanpa bagitahu.
Dan kerana kenakalan inilah aku berjaya meletakkannya di blog aku ni.
*Kau marah ke tak, ekekeke aku tau mesti kau tak akan marah punya.
Maklum ler akukan.... kau sayang aku kan?

Aku nak nangis sekarang ni....
Tapi aku tetap control ayu supaya kau tahu aku memang ayu... uhuhu

Terima kasih sebab ciptakan puisi tu untuk aku.
Selalunya aku jer yang cipta puisi... sesekali orang ciptakan memang meraung tahap gaban bintang Aries. Aku tak mo buat ayat jiwang.. takmo... takmo sebab aku memang dah jiwang karatz ni.

Memang angin beliung takder ni... tertiber rasa ribut jer
Memang..memang... memang aku memang begini.
Kau pun faham kan. Maklum dah lama kenal.
Oke.... dah lama sangat bermadu kasih dengan PC ku ini.
Untuk hari ni kebencian kerana kejujuran dipermainkan oleh PC aku sendiri
Aku ditipu bulat-bulat macam bola. Maka aku memang nak jauhkan diri dengan benda kotak ni. Dia memang takder dosa... tapi sebab kesilapan tektikal aku bersalah faham dengan orang. Eeee.... PC.... aku.... grrrrrrr.........

Dah sejuk hati nanti.... aku kembali berbaik-baik semula dgn sikotak huduh ni.
Terima kasih sebab kejiwangan, kebrutalan, kemerengan, kemengongan, kepala angin puting beliung otak aku ni masih diterima baik oleh kau wahai sahabat. Walau terkadang aku tahu... Banyak yang aku tulis buat kau terguris rasa dengan tingkah ku ini. Untuk hari ini.... aku memang tak nak berjuang. Takmo jadi serikandi. Takmo...takmo...takmo.... benci... menyampah... penat.... dengan PC mangkuk hayun ni. Eeee... rasa nak debik jer!

Tapi....
Aku janji
Aku balik nanti...
Aku masih serikandi.
Masih menjadi serikandicinta yang istimewa dimata orang yang memang sayangkan aku. Tadi kau ngakukan aku ni sahabat tersayang? Nanti aku balik, kepala otak aku tak akan peduli lagi dengan hal orang lain kat luar sana, sebab aku tau masih ada orang yang sudi... ermmm sudi .... sudi nak baca puisi aku ni kan. Macam kau... macam dia tu... mereka tu.... kan..kan...kan....

Kau jaga diri bebaik...
Doakan kemerengan aku ni tak lama supaya cintaku masih pada puisi itu.
Moga nanti berlambak gedabaklah ilham datang untuk aku menulis puisi "CINTA" untuk kau baca... dan mereka-mereka yang memang mencintai cinta. ahhh.... Dun wori lah aku memang sukar dijangkakan kan..kan..kan.... nanti okelah tuh.

Thanks ya, puisinya indah amat. Nanti kalau kau bikin lagi... aku curik lagi hik hik hik
Last..... sayatetapsayangawakselagiawakmasihsayangsaya

wasalam
Cek her

*Hari ni aku bukan serikandi
Bukan...bukan...bukan.... Hari ini aku adalah aku yang selalu mengong!
Jiwa kacau atau tengah kacau jiwa?
Woitttt............ jangan ada yg terkena virus ni oke.

caucincau




hahaha... aku pon curik gak ayat-ayat kamu nih dr sudut itew.. marahkan aku? marah arr.. marah arr.. kita suka.. kita suka.. suka ati arr.. kita pon pakar tau dlm cilok mencilok, rembat merembat.. tp fail dlm ilmu goda menggoda.. selalu kena goda ada arr.. nyamfah makcik! ekeke.. ketawa mengekek.


td masuk kejap MP.. pasal ntah nak bagi komen, kotak komen dia ghaib.. terjengah2 kita duk kat luar main ngan cahaya lilin.. 2 3 4 kali kita cuba tembus.. cam tu gak! MP bengung blik ker?? last.. kita rayau arr kat lorong2 gelap berteman cahaya lilin.. iee seramm.. hehehe

Friday, December 05, 2008

FAMILY


Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya..
"Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh, Jerkahku,
"Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali, Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?


FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

"HARGAILAH KELUARGA ANDA"


Email yang ku dapat ini, tanpa sedar mengalirkan airmata aku tika selesai aku membacanya.. kemudian aku fwd kembali buat teman2 maya yang lain.. ya, aku senang mengfwd email yang berunsur agama, keluarga, motivasi atau apa2 artikel yang bagus untuk dikongsi bersama.. mahupun berkenaaan tentang cinta?.. biarpun aku ini bukanlah bijak sangat dalam semua bidang itu.. dan, kebiasaannya juga aku akan mendelete sampah2 kata yang berada diatasnya.. biar fokus pada artikel yg bakal ku fwd.. itupun kalau waktunya aku senang.. selalunya aku memang malas nak fwd email.. melainkan send email bertanya kabar buat teman2.. kadang hingga merapu meraban hingga akhirnya.. buat aku ketawa gelihati menatap kata-kata tertari.. senyum melebar..

Lewat jam 12tgh mlm tadi, seseorang menghantar sms bertanyakan mengapa fwd email Family itu kepada dia?.. katanya aku weird?.. aduhh.. mungkin dia tidak terbiasa dengan cara aku yang padanya agak pelik?.. kebetulan addnya ada dalam PC office aku, maka aku fwdkan sekali.. entah. aku tidak tahu situasinya bagaimana tika itu.. tapi, bilah katanya dlm sms td seakan bernada sayu.. tidak seperti selalu ada tegasan kata disitu.. seperti memerintah!.. nah, aku menjadi pentafsir kata2 pula?.. senyum sendiri.. mungkinkah dia terasa dengan email ini?.. tak tahu. malas nak serabut kepala memikir.. jangan dia anggap aku yang bukan2 sudah..

Hmm.. sebenarnya dulu kami tidaklah rapat sangat.. dia lebih akrab dengan teman baik ku.. dari teman akulah segala maklumat tentang dia aku peroleh.. itupun bukan aku yang nak tahu.. teman aku yang rajin bercerita.. aku layankan sajalah.. hubungan kami kurang mesra mungkin dulu aku sombong.. itu kata dia.. sebetulnya aku segan dengan dia.. ya lah aku ni pipit.. dia tu enggang.. lagi pula dia pon aku tenguk macam lari2 dari aku jer.. mungkin agaknya tak suka gossip yang sering menggandingkan kami bila ada aktiviti/kursus/program bersama? wallahualam.. aku agak aje.. aku sedar.. aku tak punya langsung keistimewaan pon untuk dibanggakan lagikan pula untuk memberi pandangan yang bernas.. nampak terlalu sinis dimata semua..

Namun setelah aku aktif dalam MLM.. kami mulai rapat.. kuasa apa tah yang melembutkan hatinya dan merapatkan kami?.. mungkin agaknya dia sudah bertunang buatkan aku rasa selamat?.. kecewakah aku setelah tahu dia sudah bertunang?.. rasanya tidak kott.. ketawa sendiri.. aku juga telah mula kenal seluruh anggota keluarganya.. hingga saudara mara dan sepupu sepapatnya.. yang dulu, aku punya terlalu banyak persoalan tentang dirinya?.. familynya? ajaibnya kuasa Ilahi.. dan, tiba aku rasa sayang dengan familynya.. lebih lagi ibunya.. betapa besar pengorbanan ibunya itu.. aku benar langsung tidak menyangka.. tak mahu bercerita tentang latar familynya biar ia tetap menjadi rahsia.. airmata aku sudah hampir mahu mengalir.. aku tersentuh waktu pemberian hadiah hari lahir buat ibunya baru2 ini.. hadiah dari aku, ibunya yang membukanya dahulu.. walau sebenarnya ibunya lebih rapat lagi dengan temanku.. banyak persoalan dan tanda tanya yang aku tak mampu ungkai.. kadang aku jadi segan bila duduk bersama dalam familynya.. walau nampak luarannya aku selamba tak kisah..

Berbalik tentang dia.. marahkah dia dengan email Family itu tadi?.. menangiskah dia?.. bisakah lelaki menangis hanya kerna kata2 email family itu?.. aku tahu dia berhati lembut dan berjiwa sensitif.. walau kadang amat menjengkelkan hati aku.. demi Allah, aku langsung tidak bermaksud apa-apa.. mahupun menyindir.. dan aku juga malas untuk memikir apa-apa yang terbit hadir.. pantas deletekan! dia tunang orang! aku tahu batas-batasnya.. aku tahu hati aku.. ukir senyum..

Mata pedih dan berair.. mohon masuk beradu.. OUT!

Thursday, December 04, 2008

Pantun Serabut


Rindu terhenti kemarau rindu
kerana cinta dan airmata
mestikah lagi memburu rindu
setelah gugurnya bunga cinta?

Mestikah lagi memburu rindu
setelah gugurnya bunga cinta
perlukah terus bertangis sendu
menahan gelora ombak melanda?

Perlukah terus bertangis sendu
menahan gelora ombak melanda
sakit merasuk bertuju tuju
berakhirnya sampai bila?

Sakit merasuk bertuju tuju
berakhirnya sampai bila
mungkin bahagiakah hati itu
melihat semua musnah binasa?

Mungkin bahagiakah hati itu
melihat semua musnah binasa
Tersenyum senang jiwa berlagu
segala dendam kesumat terlaksana?

Tersenyum senang jiwa berlagu
segala dendam kesumat terlaksana
berseri wajah persis sang ratu
menutup diam segala rahsia?

Berseri wajah persis sang ratu
menutup diam segala rahsia
kebenaran pasti jelma berlaku
bongkar segala pekung didada?

Kebenaran pasti jelma berlaku
bongkar segala pekung didada
biar semua bisa terpaku
tiada sinis memandang dimata..


:: Azwa Safwa::