Sahabat.. masihkah kau ingat pada puisi ini? tahukah kau puisimu ini penguat semangat padaku? membuatkan aku berhenti meratap sedih tentang kisah semalam yang kadangkala hampir buat aku putus asa. puisi ini begitu amat berharga buatku, maka ku hadiahkan tarian puisimu, padamu agar kau dapat selongkar kembali tiap patah yang terkandung.. dan kembali tersenyum.. aku sentiasa ada dekat denganmu walau jasad kita jauh terpisah.. jauh pada jarak, dekat pada hati..
Sahabat.. aku bukanlah bijak bermain kata.. malahan kelu lidahku untuk melontar bicara.. bagaimana harus ku susun kalimah mahu memberi kekuatan padamu?.. kerna ku tahu semua kekuatan itu telah ada padamu.. Menangislah.. andai kesedihan di hatimu dapat terubat.. kemudian, bangkitlah! dari tangisan kesedihan itu.. jangan pernah putus asa!
:: PETI GOBOK MULTIPLY DEC'28-07 ::