"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Friday, October 30, 2009

jangan menangis sayang...


Jangan menangis sayang
air matamu bak hujan turun
menghibakan lagi perasaanku
keringkan pipimu, sayang
usah benarkan tangisanmu
tercetus lagi di wajahmu
walau terpaksa menangis
di dalam hati
lebih baik begitu….

Jangan menangis sayang
perpisahan ini bukan dipinta
terpaksa kita merelakannya
yang berlalu biarkan berlalu
sememangnya kita tak ditakdirkan bersama
terimalah kehendakNya
walaupun pahit untuk ditelan
kita dicipta bukan untuk bersama……

Jangan menangis sayang
kenapa tangisanmu semakin laju?
titisan air matamu hanya
menyayat pilu hatiku
lupakan saja kenangan bersama
binalah hidup baru
kuyakin kau dapat menempuhinya
walau tanpa kehadiranku

Anggaplah pertemuan kita
adalah takdirNya
sekadar menguji kita
dan anugerah kasih sayang yang tercipta
adalah suatu rahmat dariNya

Sayangku…..jangan menangis
ku kan’ tetap menyayangimu
biarpun kita berpisah
ingatan dan rinduku mengiringi selalu
doaku kau berkekalan bahagia
kasihku padamu tak mungkin terpadam…

Karya:
Anna Abadi®




uwaaaaa.... sedihnyer.. memang terbuat aku tersentuh pilu jiwa jiwang karatz.. lg arr pulak time nih aku tengah layan feel serabut sengal nyamfah gitew.. tambah2 lg hujan turun lebat berderai kat luar tuh.. bisa mikirin bukan2 aku nih... huhuhu...

please.. aku nak tisuu.. uhuk..uhuk.. saper ada bahu bleh bagi aku pinjam time nih??.. aku nak letak kepala aku kat bahu dia.. kat dada ker? hak hak.. tp pastikan bahu and dada itew gagah perkasa eh.. klau tidak aku bisa tumbang nanti... hehe ;p


Talk to me softly
There's something in your eyes
Don't hang your head in sorrow
And please don't cry
I know how you feel inside I've
I've been there before
Something's changing inside you
And don't you know

Don't you cry tonight
I still love you baby
Don't you cry tonight
Don't you cry tonight
There's a heaven above you baby
And don't you cry tonight

Give me a whisper
And give me a sigh
Give me a kiss before you tell me goodbye
Don't you take it so hard now
And please don't take it so bad
I'll still be thinking of you
And the times we had...baby

And don't you cry tonight
Don't you cry tonight
Don't you cry tonight
There's a heaven above you baby
And don't you cry tonight

And please remember that I never lied
And please remember how I felt inside now honey
You got to make it your own way
But you'll be alright now sugar
You'll feel better tomorrow
Come the morning light now baby

And don't you cry tonight
And don't you cry tonight
And don't you cry tonight
There's a heaven above you baby
And don't you cry
Don't you ever cry
Don't you cry tonight
Baby maybe someday
Don't you cry
Don't you ever cry
Don't you cry
Tonight


Aku mahu menangis sepuas2nya.. benarkanlah aku menangis malam ini.. biar segala yang terkusut serabut dalam otak berat aku lekas terlerai.. tiada sarat terbeban memikul.. kemudian aku pasti akan bangkit semula dari tangisan ini.. pasti!.. pantas redakan dengan satu tekad.. aku harus terus berjuang untuk terus hidup biar apa pon badai kuat melanda.. terus sabar dan tabah!!.. yup, life must goes on..

Friday, October 23, 2009

sekadar coretan...



"Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.."

Wahh.. lama benar aku tak mengayat dalam umah gelap aku nih kan?.. entahlah.. maybe tiada apa yang best untuk aku kongsi disini.. lagi pula bebaru nih aku rasa benar tertekan, geram, frust and nyampah dengan diri aku sendiri??.. mmg tiada idea and mood untuk melakar bicara.. apa? frust bercinta??.. bukanlah.. ini lebih teruk dari bercinta arr.. sulit benar untuk aku perjelaskan.. biarkanlah..

Tertanya aku.. kenapa ya berat benar ujian yang Allah beri padaku?.. rasanya macam tak mampu untuk aku tanggung beban yang sarat didalam otak aku nih.. lagikan pula untuk menggalasnya dibahu aku?.. kusut serabut.. namun, cepat aku sedar dan insafkan diri balik.. aku tidak sepatutnya berburuk sangka dengan ujian yang Allah beri ini.. maybe semua yang berlaku itu ada hikmahnya kan?.. mungkin juga ia datang dari sifat kelalaian dan kecuaian aku sendiri.. perlu sabar dengan ketentuan qadak dan qadar.. relaks dan cool jerr.. segalanya pasti ok.. semoga semuanya nanti berada pada paras normal.. InsyaAllah..

Oh ya.. 2 minggu lepas adik sepupu aku selamat jadi tunang orang.. kalau tiada aral melintang maybe dalam bulan 3 majlis pernikahan mereka pula berlangsung.. meriah juga aku tenguk majlisnya.. ok laa.. dia org yang ada2.. mampu untuk menzahirkan kemewahan.. Aku hanya mampu melihat dan mengukir senyum.. memang tiada komen dari aku tentang segalanya.. entahlah.. tapi sememangnya aku tidak dapat lari pertanyaan mereka semua tentang aku?.. “kamu nih pula bila?.. cepatlah jgn lama sgt.. takkan dah tua nnt nak naik pelamin.. nak beranak? (kira ayat pedas nih..hehe)” hah.. itu antara soklan lazim yang ditujukan pada aku.. yang kadang buat aku jadi malas datang kenduri sanak saudara aku untuk tolong membantu apa yang patut dan memeriahkan suasana.. selalu bg alasan outstation jerr..hehe..

Kalau dulu aku boleh membalas dgn jawapan gurauan pada mereka.. tp semenjak jejak tangga 30 nih ala dah matured nih.. hehe.. jawapan yg ku beri ringkas jer.. “InsyaAllah..”.. “boy friend lari”.. “org tak nak kawen la!” dengan diiringi dengan senyuman kemudian angkat punggung alih tempat.. buat2 cari benda or masuk toilet?.. kira ngelat arr tuhh.. hehe.. adakah aku terasa dengan pertanyaan mereka?.. tidak juga.. entahlah.. mungkin aku sudah jadi malas untuk memikir tentang semua itu.. lagikan pula berdepan dengan semua family belah abah.. memang kadang amat menduga hati aku.. hmm.. sulit!

Teringat tentang kata-kata seorang teman.. “Jodoh tu memang sentiasa ada.. tapi rezeki tu jer yang belum sampai2 lagi..”.. tertawa aku.. mungkin benar kata dia kan?.. tapikan.. bagi aku nih.. tentang bab jodoh and tak kawin nih tak de laa aku kisahkan sangat skrg.. bukan maksud aku tak mahu kawin eh yg cam aku blas jawab tuh.. mulut jer ckp tp ati nih.. nakkk arrr… hehe.. mmg rugi besar woo saper yg x mo kawin.. kang x dpt hasilkan baby yg comel, gebu dan genius.. x leh belai membelai, geget menggeget.. hehehe (dah masuk citer 18sx plak dahh..ekeke).. cumanya buat masa nih ada yang lebih penting dari itu.. segalanya aku perlu perkukuhkan.. mental, emosi, jasmani dan fizikal termasuklah big money de biz.. pasal nak minang putera kayangan mmg payah.. kena guna mata wang pound sterling arr.. maklum arr lelaki skrg semuanya materialistik.. hehe (adik ada wang, abg syg kamu.. x de wang?.. good bye sayangg.. tiada jodoh buat kita.. like play gentel2 bleh??.. ciss..ekeke..) naper? x percaya aku boleh minang lelaki??.. tunggulah akan aku buktikan.. walau makan banyak tahun.. maybe tak dapat duduk tempat pertama.. kedua, ketiga dan keempat still ada untuk aku kan??.. haha.. mahu bermadu?.. sapo plak bilang aku mahu bermadu??.. x semestinya aku duk tempat 2,3,4 perlu menelan madu yang konon manis itu.. buka minda tu eh sygg.. hehe.. segatal gedik dik dik.. nek nak aku nih.. takkan tergamak merampas dan mengguris hati kaum aku sendiri.. cukup aku sudah merasa, melihat derita sakitnya.. hingga skrg tak pernah surut.. terus bertahan entah sampai bila?.. dan maybe itu salah satu faktor kuat mengakibatkan kelewatan tiba gerabak kereta api aku.. perlu deletekan semuanya tentang yang negetif ini dulu.. right??..

Bagi aku kuasa cinta itu terlalu agung, unik, misteri dan penuh dengan segala macam keterujaan.. sampai saat aku pasti akan tetap dakap erat ia dalam pelukan hangat.. biar pon rasa cinta itu nanti bukan datang dari dia yang ku idam dan kejari.. tapi pada dia yang benar ikhlas dan penuh dengan sifat kasih sayang.. mohon pada Tuhan moga tiada luka terhiris pada hati.. benarkanlah hati ini bahagia walau tidak dapat memiliki sekeping hati itu.. terbangkanlah rasa ini bebas agar tidak menjerut mati terus aku.. tidak aku rasa terhimpit dalam dunia gelap lantaran “cinta buta” tanpa nokhtah..

Terima kasih kerana membenarkan hati ini punya rasa indah yang sulit untuk aku ucapkan… ka
mu, sekeping hati itu.. benar buat aku rasa hebat.. aku sayang bangat sama kamu “abang”.. hehe.. ;p

Saturday, October 10, 2009

so sweet...


Ku petik engkau cinta
Ku semat dalam jiwa
Ku sentuh engkau rindu
Ku lepas dalam kalbu
Ku sunting engkau kasih
Ku dakap dalam hati
Ku peluk engkau asmara
Ku lakar dalam rasa
Ku rajut engkau setia
Ku tebar dalam indah
Ku rangkai dalam nada
Ku potret dalam raga....


.. ..Kulukis memori
dengan jemari waktu
berwarnakan butir-butir
air mata rindu

Janjiku tak seperti
embun di hujung rumput..
Kasihku tak seperti
pelangi sesudah hujan..
Aku tanpamu
umpama pantai tiada berombak..
Aku tanpamu
seperti langit tiada awannya..
Akan kuhitung janjimu,
akan kuhitung setiamu..
Apa yang pasti..
.. dirimu tetap kunanti
selagi mentari mengintai hari......




..Wahai Angin..
Sampaikan salam maafku buat mereka..
Agar tidak lagi aku dibenci....


..Wahai Hujan..
Sampaikan salam tangisku buat mereka..
Agar tidak lagi aku disakiti....


..Wahai Senja..
Sampaikan salam bahagiaku buat mereka..
Agar tidak lagi aku dilupai....


..Sesungguhnya..dikhuatiri Malam
tiada lagi untukku menyampaikan segala pesanan..
buat mereka....


父☆ z∂iz∂☆父ヌ's

buat AWAN..


July 16, 2008, 07:03:56 PM

Ku tahu..
awan tak selalunya cerah
kadang berarak mendung
merembes tangisan hujan airmata
hingga bumi melimpah bah
meresahkan tiap rasa
makhluk penghuni semesta

Aduhh..
kemana pergi awan ku ini
mengapa terus sembunyi
berdiam diri tiada terjengah
memancar cahaya menyuluh maya
bisa biar aku tercari
dalam ruang sepi dan sunyi
hingga terbuat aku meracau
bicara sorang tanpa sahutan..

Awan..
moga kau tetapkan cerah mengusir mendung biarpun petir berdentum!
Aku rindu...



July 24, 2008, 12:01:13 AM

Awan..

Harapanku juga
berikan awanku ini tetap cerah
bisa mengukir wajah ria
kembali pulih mengusir mendung
menolak jauh limpahan hujan tangis
mereda kembali amukan ombak
biarkan aku bisa tatap wajah dia
walau aku hanya berada dari jauh..

Tak terdaya ingin menahan
apatah lagi mahu menegah
kerna ku sentiasa tetap fahami
hanya berharap dan terus menanti..


create by Azwa Safwa >> Re: PUISI dari Awan... from talk about love RR

Friday, October 02, 2009

buat aku tersenyum.. selongkar dari file sulit..


comel2612 wrote on Apr 9, '07
pengalaman akan mengubati hati yg terluka asalkan hati tahu menghargai kenangan yg dilewati. jgn serik memberi ruang kpd hati untuk menerima segugus kasih sayang. Cinta, kasih sayang dan benci takkan hadir tanpa ruang dan peluang. andai ditutup segala ruang dan peluang, hati hanya sekeping perasaan yg mati, kaku dan dungu. kenapa ia dungu? kerana tak tahu menghargai kesempatan yg diberi untuk dinikmati erti cinta sejati.... hehehe.... ayat seorang pencinta!


comel2612 wrote on Apr 13, '07
x semua yg kita minta itu baik buat kita.... tetapi setiap apa yg Allah ciptakan untuk kita semestinya yg terbaik dr Nya.... andai jodoh yg dtg bkn sehebat amirul mikminin sekalipun, andai itu bisa menjamin kebahagiaan dunia akhirat, maka terimalah. boleh jadi dikemudian hari dialah hamba Allah yg Dia kasihi...

~Memandang dr kesederhanaan~


comel2612 wrote on Jun 13, '07
ermmmm... cinta x perlukan masa sebenarnya. seharipun org boleh jatuh cinta dan terasa serasi bersama. malah kalau dihitung masa bertahun lamanya utk membina cinta kadangkala sukar diterima. cinta cuma perlukan hati (yakni sampan) ruang tempat utk dia keluar dari pulau sepi. Dan dalam cinta telah ada bahagia dan duka. dan keramatnya "setia". Selagi mencintai cinta dengan percaya.... masa, takbur, duka, bahagia dan segala rupa bentuk perasaan hanyalah rencah semata-mata.

Setiap pasangan telah Allah jadikan keserasiannya. Yg mana bila dia suka, akan jadi sama-sama suka. bila dia selesa maka akan sama2 selesa. cuba kalau kita saling kenal, tapi x serasi... bertahun dan berkurun pun waktu, cinta takkan ujud dalam hati.

Aku: bercinta dengan orang yg aku cinta je. kalau dia cinta, aku tak cinta... minta maaf! cinta tak boleh dipaksa... hehe..

cam kita lah wa.... serasi! :))


comel2612 wrote on Jun 15, '07
Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.

Tengok situasi gak wa.
Kalau dah kawen tiba2 jumpa seseorang yg "sgt serasi" jgn la pulak nak cari pasal menempah risiko sanggup tnggalkan suami dan anak2 kerana org tu. Kalau eni, eni kena pk dua tiga kali. Cinta tak semestinya memiliki. Yang penting, kalau dah bahagia ngn anak suami... teruskan. boleh jadi hubungan kedua lagi teruk... camne nak jawab?

~Biasa bab merapu2 nih hehehe


comel2612 wrote on Jun 15, '07
Tujuan kekecewaan yg Allah beri utk mengajar kita menghargai pelajaran yg dikurniakan supaya bila bercinta lagi kita akan berhati-hati agar tidak dilukai. Tapi itu tak bermakna bila kita bercinta lagi, ia harus menjadi dendam utk mengajar org lain erti kecewa spt mana kita pernah lalui. org lain punya salah, kenapa org yg lain harus di beri kesalahan juga.

Berbuat baik pada orang, kebaikan itu akan pulang kepada kita semula... memberi keikhlasan cinta pada orang, keikhlasan dan kejujuran akan datang pada kita semula.

~dan bpesan2 lah dgn kesabaran dan kebenaran...


comel2612 wrote on Jun 16, '07
jgn lupa juga... dalam istikharah, keputusan kita diterjemahkan dalam mimpi. sama ada karut atau tidak sesuatu mimpi itu kena bergantung kepada keadaan. sama ada ia sebagai mainan tidur, petanda atau sebagainya... mintalah petunjuk dari Allah. sesungguhnya tiada yang mustahil disisi Rabbul Jalil...


comel2612 wrote on Apr 12, '07
“ada apa dgn cinta? antara cinta dan cita2, better pilih cita2 dlu? hmmm eni tak setuju dgn kata2 tu kerna cita2 adalah tumpuan kehidupan. Org nak daki gunung, nak belayo laut dan keliling dunia... itu cita2. Tapi sblm adanya cita2 kita beljar mencintai cita2... nak mendaki gunung sebb pe? of couse kita nak lihat permandangan kat puncaknya. Camtu gak nak jadi doktor, sbb kita "cinta" kan kerjaya doktor tu. opsss... kalau setakat suka2 mesti xnak jadi doktor kan? so pada eni selagi ia bernama cinta... x kira cinta sesama manusia, cintakan dunia khayalan, cintakan ibubapa atau mende2 apalah.... ia bermula dgn cinta. Dan antara cita2 serta cinta.... harus berjalan dgn seiring. biarpun cinta dan cita2 byk pro dan contranya.....”

"Aku bercinta bkn sekadar mencintaimu..... tapi kerna mencintaimu maka aku tahu apa itu cinta...."


comel2612 wrote on May 23, '07
"cinta, hati dan rasa andai diolah pada asas yg betul segalanya menjadi indah dan ceria. seribu pepatah kecewa dan derita sekalipun menjelma.... andai tahu puncak bahagia, tak menjadi apa2."

comel2612 wrote on Sep 1, '07
“Cinta mengajar kita derita
Namun cinta buat kita bahagia
Cinta mengajar kita merana
Namun cinta punca hadirnya ketawa
Cinta... nikmat ungkapan rasa
Dan rindu
Pelengkapnya!”



>> mungkin bagi mereka .. ayat-ayat ini langsung sedikit tidak bermakna untuk disimpan diam dalam lubuk khazanah memori kan?.. ala apa la sangat kan??.. tetapi tidak pada aku.. bila "terklik" kembali, terbuat aku tersenyum.. terima kasih sayangg.. hehe.. iee geli den ni ha.. hahaha ;p

terbuat aku " feel sawan tarik" daa.. nyamfah i!.. ;p



commented by "de boyaprend" on 2006-12-03 00:19:48
entah ler..kekadang cinta pun kena push, baru org tu tergerak nk kita..klu biarkan sampai bila tak start..

commented by "de boyaprend" on 2006-12-05 10:05:59
biarkan berlalu ..lupakan, kerana sang mentari tetap menyinar setiap hari..

commented by "de boyaprend" on 2006-12-06 00:23:19
meh jadi kwn special saya..

commented "de boyaprend" on 2006-12-16 19:03:02
yakin dgn diri sendiri, tak lawa pun x per janji setia..asam laksa tu psl u ni jual laksa ye..hehe

commented by "de boyaprend" on 2007-01-12 20:32:14
hmm menarik gak citer nie..5 bintang!

commented by "de boyaprend" on 2007-01-28 04:44:48
nak,nak jadi hero..!!hehe..apasal gmbo nie? power sangat ker hehe,, anyway semoga u sucess selalu yer..

commented by "de boyaprend" on 2007-02-04 21:22:26
err..klau gelak sesnsorang tu..dah rindu tahap dewa nie hehe

commented by "de boyaprend" on 2007-03-04 20:35:41
hehe.TQ kerana wat sajak utk lelaki..bila lak saya nak jadi hero citer baru u nie..hehe

commented by "de boyaprend" on 2007-03-07 21:56:45
saye x nak jadi tukang kebuhn, nak jadi tukang urut..hehe

commented by "de boyaprend" on 2007-03-09 20:21:57
aisey, nie sapa hero nie? saya ker org lain nie..hehe

commented by "de boyaprend" on 2007-03-11 14:31:56
klu ader tarikan magnet apa lagi..peluk laa..hehe wat ler citer 18sx cikit..hehe

commented by "de boyaprend" on 2007-03-20 20:28:45
bagus ader perkembangan..dah masuk bab otak kuning dah..bila lagi nak masuk otak biru niee?tak sabo den dah nie..hehe

commented by "de boyaprend" on 2007-03-24 17:50:28
best gak cite nie semejak aku jadi hero nie..hehe

commented by "de boyaprend" on 2007-03-30 17:29:02
Laaa kisah hero dpt awek org ke..hehe..apr2 pon disebabkan wat sya jadi hero saya kasi 10star!!..lepas nie wat ler watak saya jadi jahat lak..leh pegang2 heroin..hehe

commented by "de boyaprend" on 2007-05-13 21:38:49
aku tak pedulik janji dia serasi dgn aku..hehe dan dia pon tak kisah dgn aku..

commented by "de boyaprend" on Nov 2, 2007
"Telaga apa tu?" - Gusti Putri.... "telaga lubang hidung mu yg kombang semangkuk!!" - Hang Tuah.... "Cisss" - Gusti Putri

commented by "de boyaprend" on Nov 26, 2007
apasal letak "Kekawan yang ku sayang semua kisah nih tak de kena langsung antara hidup dan mati." ni kisah aku nieh!! hehehe...

commented by "de boyaprend" on Nov 27, 2007
ERRRR...HIDUP SAGI!! KUDA SAGIT MENGUCAPKAN TIMA CIH BILA NAK BELANJA MAKAN ? KALAU TAK DIA PANAH!! HEHE

commented by "de boyaprend" on Dec 3, 2007
comey cam beruang manjaaaa...hehhe

commented by "de boyaprend" on Dec 4, 2007
Sekarat karat nyer jiwang mu, lagi karat lagi si paku karat hehe


>> Hahaha.. ini sebahagian antara ayat-ayat mengayat yang dikomen dalam satu blog yang telah aku lupuskan.. nampak cam biasakan?.. tapi aku suka laa.. maybe aku dah kena sawan meroyan kot? hehe.. ia begitu mencuit rasa aku.. kadang ada rasa lucu bangat, geram, pelik?, err.. entah apa-apa lagi ntah?.. malas teman nak kabo.. rasa cam nak geget2 pon ada.. hahaha ;p

ARCA IMPIAN


Aku buka tirai diri
Dalam diam jadi sepi
Terdengar suara sorai yang meriah
Disana ada suara pekik
Berkata penuh ungkit
Cerna hina jadi mentera
Aku jadi bungkam
Dalam lara yang hitam
Pekat malam

Masih terdengar suara sorai itu
Menarik perhatian jadi tertarik
Berdendang tentang kasih sayang
Sayup melihat pelangi indah sekali
Aku tiup seruling puisi dalam serak awan biru
Alpa cintaku jadi perindu
Pada kehidupan yang lalu

Mahukah kamu pimpin tanganku
Menjadi teman yang tak akan undur
Walau waktu telah terhenti untuk kita
Bersama disini

Berdirilah disisi
Melihat mega senja menghantar pulang mentari
Menggantikan bulan yang bersinar terang dalam hujan
Temanilah
Walau mungkin nanti kita tak bersuara
Dalam saat menghitung bintang
Menyinarkan semua kerlipan penuh pesona
Untuk kita tersenyum bersama
Tentang kenangan yang tercipta

Kisah kehidupan
Bukan selalu indah untuk dikenang
Bukan selalu duka harus jadi santapan
Ada tika wajah yang tersenyum
Layar tangisan tersedu sedan tertahan
Berlegar-legar diruang khayalan
Mencari bening-bening kasih
Biar menyusup menjadi denai yang penuh cinta
Buat bekalan mencari jalan pulang
Walau nanti tiba disana
Semuanya tetap menjadi kelam
Hamparan kehidupan mula bergoncang
Dalam sorai yang bingit
Lagi sakit dia terpekik

Diluar sana
Kehidupan yang nyata
Aku hanya punya arca impian istimewa
Ingin sekali ku serahkan padamu
Biar bisa kamu lihat kamus hidupku
Dari kitab yang diajari untuk bermimpi
Bersabda penuh mentera luar biasa
Yang tak bisa dilihat dengan mata
Kerna buktinya tak mampu ku cipta
Walau hanya dalam bentuk bicara

Berjanjilah...
Kamu akan terus berdiri disini
Walau puisi ini hanya warisan akhir yang kau warisi
jangan pernah jemu menunggu
Lalu menghantar mentari senja pulang
Dan menggamit bulan datang
Moga nanti aku bisa hadir sekali lagi
Menggenggam tanganmu bersama arca ini
Saat kita bersua kembali
Biar ada bicara yang riuh sekali
Sorak sorai yang bukan bingit lagi pekik
Tapi alunan lembut bak membisik
Melurut rindu yang tak tertanggung
Menjadi denai penuh cinta dalam impian
Tanpa kias penuh nista
Bukti kamulah sang pecinta
Yang setia menanti
Penuh cinta



Ada hati yang perlu dijaga saat terluka
Buat seketika izinkan kita tak bersua
Andai takdir kita bersama
Aku tetap akan muncul semula
Tapi berjanjilah
Kamu mampu membangunkan bahagia
Walau aku bukan pendamping yang setia
Nikmatilah harimu tanpa duka

*Mohon dimengertikan kesukaranku kali ini



S E R I K A N D I C I N T A
@
H I R N E S A R I S

PERGILAH..



Pergilah...
Masih ada waktu untuk pergi
Akan ku turuti dengan rela hati
Akan ku tahan sakitnya hati
Akan ku biarkan kau menghilang diri
Sementara hati rela untuk kau pergi
Sementara tiada beban melepaskan kau pergi
Sementara hati berlapang rasa
Dari seluruh kecewa

Pergilah...
Sementara aku terbuka hati
Jangan kau kakukan kaki disini
Merasa simpati pada diriku ini
Lepaskan rasa mu biar tertinggal disana
Jangan dicari siapa diriku
Walau kau tahu ada sesuatu mencuri hati
Untuk kau kenali sejauh ini

Pergilah...
Sebelum aku membenci
Membenci kerana kau mampu mencuri hati
Sehingga dirimu ku sayangi
Sehingga saat kau mendesak pergi
Aku mula memberat hati
Sehingga saat aku kau kasihi
Hatiku sedih untuk lepaskan kau pergi
Dan dua hati saling pedih
Menangisi tragedi

Biarlah.... aku lepaskan kau pergi
Pergilah kemana kau kehendaki
Bukan aku tak sudi kau disini
Bukan hatiku tak pernah terbuka untuk dikenali
Biarlah... jadi asing untuk kau fahami
Biar.. aku makin sepi kerna sendiri
Biar.. aku jadi begini dalam dunia sepi
Biar hati jadi mati untuk ditemani
Biar hati sendiri terus sendiri
Dan biarlah.... pendirianku begini
Jangan kau hampiri lagi
Mencari jawapan sebalik semua ini

Sepotong puisi ini tercipta
Setelah kau mula menarik dihati
Setiap langkah hadirmu disini ku perhati
Setiap tutur bahasamu mula bermain rasa
Sedikit terasa, sebanyaknya mula diterima

Aku bukan sesiapa...
Bukan dan bukan... dan bukan
Untuk diambil kira apa yang ku kata
Bukan.. bukan.. bukan...
Orang yang mungkin membahagia
untuk layak temanimu selama
Bukan juga teman yang sempurna
Aku bukan manusia punya apa-apa
Aku bukan yang baik tempat bertanya
Bukan jahat juga untuk diajar adab cara
Bukan penting untuk diterima
Bukan... bukan... bukan
Bukan sesiapa
Bukan istimewa
Bukan apa-apa
disisi sesiapa!!!

Aku tak mahu kau kecewa dengan bicara ini
Tak mahu kau terluka
Sungguh....
Hatiku sudah terusik dengan hadirmu
Namun... pergilah sementara boleh kau pergi
Pergilah sebelum hatiku memberat menahan kau lari
Sebelum kau jadi penting dalam hati
Sebelum kau selalu ku perlu penghiburku
Sebelum kau nanti jadi guruku
Sebelum aku jadi benci pada diriku
Sebelum semuanya jadi haru biru
Sebelum aku mula merindu saat bersamamu
Semuanya jadi sakit dalam hatiku

Pergilah...
Aku lepaskan kau pergi
Biarkan aku sepi
Dan sendiri
Dalam duniaku ini

Serikandicinta
4 julai 2008


SC: Pergilah... Sebelum berat hatiku
Maafkan aku, sahabat

this article very funny daa.. so, i take it laa..



Are you sure your feeling is true? There is totally different between “loves” and “crush” my dear... For me love is forever, but crushes feeling just for temporary only. Sometime you attract to him because physical attraction but are you really fall in love with him?

Here is the pop quiz to know if you falling in love:

1. You ready to accept his bad habit
2. You ready to dump all your extra boyfriends because of him
3. You want to spend your time with him forever
4. Can’t live without him and imagine you and your lover life happily ever after
5. He is your endless love even he not love you
6. You feel your heartbeat become one every time you with him
7. When you close your eyes, you always remember his faces and his kisses
8. He give inspiration to you
9. You want to be with him till end of time
10. He always in your mind, heart and soul
11. You need him more than he need you
12. When you with him you feel happy
13. Every second you cannot forget him
14. You will sacrifice your life, money or everything because of him
15. Every night you always dreaming about him
16. You miss him like crazy frog.. :P
17. When 2 become 1, do you feel what I feel? hihi :P



>> pstt.. whatever laa.. "no komen".. prince of de crazy frog.. toing!.. toing!.. lalala.. ^_-

Thursday, October 01, 2009

CINTA DALAM HATI



Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu..

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku..

Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya..
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja..

"Mencintai tidak semestinya memiliki.. rasa ini biar ku simpan dalam lubuk paling dalam hati aku.."

kucing itu.. meow.. meow..


Kucing...


Andai sekali...
engkau mencuri lauk
aku tidak marah
kerana ia bisa dimaafkan..

Dan, andai untuk kali kedua,
mungkin engkau akan ku hukum
bukan juga kerana marah
hanya sekadar memberi secebis ingatan..

Tapi, andai untuk kali ketiga,
sudah tentu engkau kubuang jauh
dari sudut hati, dari ceruk rumah
meskipun saat itu diluah manis bagai bermadu
ditelan pahit bagai hempedu
kerana sehebat mana kesabaran
ianya pasti pudar..

Sejenak itu aku menyedari salah siapa?
engkau atau aku?
akukah yang tidak menyimpan rapi lauk
atau engkaukah yang berwatak buruk?
sebenarnya ...malu-malumu itu
yang sering buatku keliru
oh ya! baru ku ingat
engkau hanyalah seekor kucing
masakan terdaya membiarkan
lauk di depan mata
sedangkan manusia bisa meminjam
gaya dan lakumu
Inikan pula
KUCING yang tetap KUCING..



pst... "Aku hanyalah.. malu-malu kucing jerr.. hehe "