Saat aku menutup mata..
Melepas lelah sarat dijiwa
Mahu rehat dari sakit merasuk
Hadir sebentar dia dalam mimpiku
Aneh sungguh wajahnya ku lihat
Sekadar tersenyum melambai dari jauh
Apakah maksudnya itu?
Mahu pergi jauhkah dia dari aku?
Tidak mahu hadir lagikah dia dalam mimpiku?
Salah apakah yang aku perbuat?
Hingga buat dia nekad begitu?
”Kiranya aku bersalah.. maafkan aku!”
Ingin aku kejar bayang dia..
Tapi hujung jariku tak tergapai menyentuh
Jelas terlihat raut wajahnya menghalang
”Jangan ikuti aku sayang.. pergi..
Kembali semula kedunia mu..
Bebaskan rasa terkunci itu.. lepaskan..”
Seakan dia memberitahu jelas padaku
Aku tersendu berjurai deraian
Dia pergi semakin menjauh.. lenyap!
Meninggalkan aku terkaku
Melemah segala tubuhku..
Beresak teriakan memecah igau
Terkejut terus lantas terbangun
Termenung aku atas baringan
Petanda apakah ini?
Ada titis air membasah wajahku
Sepi mencengkam rasa..
Tuhanku..
Sakit sungguh rasa ku tanggung ini
Sungguh rindu ini begitu memberat
Pelihara aku dari terus khayal
Melayan rasa gundah tak penghujung
Jangan biar jiwaku ini rapuh
Dek kerna rindu yang tak sudah ini
Buat aku terlalai patuh pada Mu..
Berikan aku kekuatan agar tetap tabah
Agar rindu ini bisa dapat ku kawal
Dengan berkat pertolongan Mu Ya Allah..
Dia yang selalu dalam mimpiku.. ku doakan terbaik buatmu..
ku lepaskan kau terbang bebas..