"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Wednesday, April 29, 2026

NOTA IMAN - USTAZAH ASMA' HARUN

 



Pernah tak satu ketika, kita rasa penat sangat? Rasa macam beban bahu ni dah tak tertanggung, masalah datang bertalu-talu sampai kita rasa dunia ni terlalu sempit buat kita?

Allahu Akbar... Itulah lumrah kehidupan. Kadang-kadang kita terlalu sibuk memikirkan "bagaimana mahu selesaikan masalah", sampai kita lupa mahu mengadu pada "Yang Maha Memegang Masalah".

Sahabat semua, jangan biarkan rasa sedih dan penat itu menjauhkan kita dari Allah. Sebaliknya, jadikan ia asbab untuk kita tersungkur sujud dan memohon kepada-Nya.

Izinkan saya berkongsi 4 Tips Hadapi Ujian namun sebelum itu saya juga ingin kongsikan satu doa yang sangat indah daripada Nabi kita yang kita rindui.

📖 Doa Minta Diperbaiki Kehidupan Dunia & Akhirat. Amalkan doa ini dengan penuh pengharapan:

وَلَا تَجْعَلْ مُصِيبَتَنَا فِي دِينِنَا، وَلَا تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا، وَلَا مَبْلَغَ عِلْمِنَا، وَلَا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لَا يَرْحَمُنَا

Maksudnya:
"...dan janganlah Engkau jadikan musibah kami menimpa agama kami. Janganlah Engkau jadikan dunia sebagai cita-cita terbesar kami dan puncak ilmu kami. Serta janganlah Engkau biarkan kami dikuasai oleh orang yang tidak mengasihani kami."
(HR Tirmizi, no. 3502)

Hadis/Doa ini menunjukkan betapa Rasulullah SAW sangat prihatin agar hati kita tidak terpaut sepenuhnya pada dunia, kerana punca segala keresahan adalah apabila dunia diletakkan di dalam hati, bukan di tangan.

✨4 TIPS HADAPI UJIAN DUNIA

1️⃣ Jaga Hubungan dengan Allah (Habminallah): Bila dunia terasa berat, periksa solat kita. Adakah kita solat di awal waktu? Adakah kita benar-benar khusyuk? Bila kita jaga hak Allah, Allah akan jaga urusan kita.
2️⃣ Letakkan Dunia di Tangan, Akhirat di Hati: Jangan jadikan kemewahan atau pangkat sebagai tujuan utama. Gunakan apa yang kita ada untuk mencari keredaan Allah. Bila niat kita akhirat, dunia akan datang melutut pada kita.

3️⃣ Lazimi Istighfar & Doa: Jangan tunggu masalah datang baru nak cari sejadah. Jadikan doa di atas sebagai wirid harian kita. Kekuatan kita bukan pada kudrat kita, tapi pada bantuan Allah.

4️⃣ Sangka Baik dengan Takdir: Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Mungkin Allah sedang 'mencubit' kita supaya kita kembali memanggil nama-Nya. Sabar itu pahit, tapi buahnya sangat manis.

Sahabat semua, jom kita amalkan doa ini. Moga Allah lapangkan dada kita, permudahkan urusan kita, dan jangan biarkan dunia ini merosakkan iman kita.

Silakan "Share" sebagai pesanan buat insan tersayang. Moga menjadi amal jariyah buat kita semua. Allahumma Ameen 🤲🏻✨

Ustazah Asma’ Harun

Sunday, April 26, 2026

NOTA BUAT ABAH



Abah..
Sakitnya rindu ini..
Allahuakbar

Abah..
Nak sangat jumpa
Peluk erat abah
Nak dengar suara abah
Mengaji..
Alunkan azan dan takbir raya
Rindu..

Abah..
Bukan tak redha
Dah 12 tahun pemergian abah
Cuma rindu
Rindu ni sakit bah..

Abah..
Maafkan segala khilaf
Wa tau abah rasa apa wa rasa
Bukan anak derhaka
Tapi segalanya berputar depan mata
Sakit bah..
Tak tau nak luah dalamnya luka
Tapi tetap senyum dan pura bahagia
Kekuatan mental, semangat juang dan kemaafan..
Selalu abah terap dalam jiwa
Sabar..
InsyaAllah
Anak abah kuat!

Abah..
Semoga nanti kita ketemu
Di alam kekal abadi
Semoga Allah ampunkan segala derita

Salam lebaran abah..

26/4/2026
Sunday
Nota buat abah