Antara kita ada sesuatu…
Perasaan yang sukar diungkapkan
Mahu ku luahkan terasa malu
Ibarat tiada kata-kata
Mampu membentuk bait ayat terindah
Sepertimana aku dambakan
Nukilan puisiku tiada lagi arah
Ia juga turut mengalah
Pada ketandusan kata-kata
Aku pun tersentak
Terasa ada sesuatu menyentap
Sejak kehadiran kau
Kau buat aku termangu
Terpukau tanpa kata
Ada sesuatu antara kita
Aku dapat merasakan
Isyarat itu terlalu kuat
Tapi kau dan aku
Tetap berlagak biasa
Seolah tiada sesuatu antara kita
Kau tersenyum.. aku tersenyum
Namun sesuatu itu tetap melingkari
Antara kau dan aku sama-sama malu…
Perasaan yang sukar diungkapkan
Mahu ku luahkan terasa malu
Ibarat tiada kata-kata
Mampu membentuk bait ayat terindah
Sepertimana aku dambakan
Nukilan puisiku tiada lagi arah
Ia juga turut mengalah
Pada ketandusan kata-kata
Aku pun tersentak
Terasa ada sesuatu menyentap
Sejak kehadiran kau
Kau buat aku termangu
Terpukau tanpa kata
Ada sesuatu antara kita
Aku dapat merasakan
Isyarat itu terlalu kuat
Tapi kau dan aku
Tetap berlagak biasa
Seolah tiada sesuatu antara kita
Kau tersenyum.. aku tersenyum
Namun sesuatu itu tetap melingkari
Antara kau dan aku sama-sama malu…
memula aku nak letak nama penulisnya.. pastuh pikir punya pikir.. biorlah jadi rahsia jer la penulis itu.. ekeke.. kang ada plak yg gossip aku ngan dia ader skandal? payah kang nak tepisss.. hahaha.. gelak guling guling.. mau nanti aku di lempar parang oleh gadis mistik dia? ekeke.. adess..
tapikan aku tetap nak puji gak.. gaya penulisan dia mmg cool dan bersahaja.. first aku baca, aku dah falling in love! hahaha.. kat puisi tuh arr.. tertanya gak.. selama ini dia hanya mencipta puisi berbentuk ketuhanan?.. hehe.. biasa arr aku kan suker skodeng!.. lalala.. sekali kuar puisi ini daa.. hmmm.. kuch kuch hota hai yek??.. hanya penulis jer mampu menjawab.. hehe.. hope happy ending arr jalan cerita love story itew.. kita amin kan yer? hehehe