Pandangan malam
Sesunyi langit
Hanya balam-balam bulan
Dicelah awan
Sembunyi kesayuan
Menanti hujan
Tanpa bintang
Kejora juga hilang
Pungguk sembunyi
Tiada lagi bernyanyi
Bunyi cengkerik merona rindu
Mahu mendengar suara cinta
Gelak gema sampai angkasaraya
Gegarkan indraloka kejutkan pari-pari lena
Usah bermimpi kala bulan sendiri
Hiburkan gurindam hati
Ceritakan tentang malam
Bilang pada langit..
Usah sedih
Biarkan awan ditakung hujan
Asal lebat tidak selamanya gelap
Esok pasti cerah
Secerah mentari memanggil pagi
Bersama nafas hari yang masih suci
Pasti kita tersenyum lagi
Dijanji tersenyum kembali