1.
Kecantikan Dalaman~
Wanita
yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip
dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya.Itulah kecantikan
dalaman yang sukar ditandingi.
2.
Keanak-anakan~
Lelaki
suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh
berperanan menjadi pelindung kepada mereka.Keperibadian wanita yang manja
keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun tidaklah
berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu
tidak matang.
3.
Cantik~
NAFSU
mengatakan wanita cantik pada rupanya,AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu
dan kepandaiannya,HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.
4.
Berakhlak Mulia~
“Dunia
adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang
solehah”Sebagai ibu, terukir di paparan dada.Sebagai isteri, pengubat duka nan
lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika.Sebagai mujahidah, berdiri
dibelakang mujahidin.~Ciri-ciri wanita yang solehahTaat kepada Allah.Berbuat
baik kepada ibu bapa.Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh
hati.Menutup dan menjaga aurat.Tidak berhias apabila keluar rumah.Tidak keluar
bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram.Berbuat baik
dengan jiran tetangga.Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk
mendidik mereka.
5.
Berpegang pada agama~
“Dikahwini
wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan
agamanya. Pilihlah yang paling beragama”
6. Dari
keturunan yang baik-baik.~
Seorang
wanita yang dari keturunan yang baik2 mudah diterima lelaki. Namun wanita yang
berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar
merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi
umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi
darjat kemuliaan disisi Allah.
7.
Bijaksana~
Saidatina
Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis
sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w.
Beliau merupakan fuqoha’ (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga
berpengetahuan dalam bidang perubatan.~Wanita idaman lelaki ialah wanita yang
pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk
pandai
kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.
8.
Tidak mempamerkan keseksian~
“Wanita
yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki,
yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta,
mereka itu tidak akan masuk syurga”
(Hadis
Riwayat Muslim)
9.
Tidak Cerewet~
Wanita
yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah
terhadapnya.
10.
Memahami lelaki~
Contoh:
Yang berlaku: “Itulah abang! Asyik bekerja aje. Mementingkan diri sendiri… Tak
ingat nak balik rumah… Tak abis-abis layan kawan.. kawan.. kawan… Hal rumah ni
takkan nak suruh saya buat sorang!”Yang sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos
sambung meeting hingga pukul 7 malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada
penceramah idola. Dengar ceramah sehingga solat isyak. Dalam perjalanan pulang,
kawan lama telefon minta jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10
malam baru sampai di rumah.
11.
Tidak terlampau cemburu~
“Tidak
boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah
dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang
dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya
(al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain” (riwayat Al-Bukhari dan
Muslim)
12.
Sejuk mata memandang.
~Bersopan-santun,
sentiasa memaniskan muka~ Sentiasa senyum~Menutup aurat~Ramah dan
mesra~Menundukkan pandangan.
13.
Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi~
Lelaki
lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan
bermotivasi ketika dia memerlukannya.
14.
Canggih~
Wanita
yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih
mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.
15.
Mempunyai persamaan yang bermakna~
Suatu
hari,Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama.
Dengan spontan beliau berkata,”Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak
sama”. Ketika burung itu terbang,beliau melihat keduanya masih ada persamaan
iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata,”Sebab itulah burung itu dapat
bersatu”.
16.
Pemaaf~
Wanita
yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan
mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.
17.
Seimbang~
Seimbang
dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa.
18.
Berkeyakinan diri
19.
Mempunyai ‘body language’ yang baik.(Diulangi, body language ye,samada cara
percakapan,kawalan diri di hadapan org ramai dan sbgnya.Yang penting bukan
bentuk body seseorang wanita itu yg jd ukuran..:p)
note:
Rujukan : Petua Membuat Orang Jatuh Cinta ~
(DATO’ DR. FADZILLAH KAMSAH, HAJI
MUHAMMAD ZAKARIA, FATIMAH SYARHA NOORDIN)