"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Sunday, January 12, 2025

TENTANG REZEKI


Siapa yang pernah rasa susah je faham perasaan bila dalam beg duit hanya ada tak sampai 50 Ringgit Malaysia. Itu pun duit helai warna biru dan keping duit syiling yang siap-siap disusun konon untuk diguna berjimat cermat sampai akhir bulan.. Minyak kereta, tol, barang dapur.. Minggu gaji lambat lagi.. 😏

Pastu nak meminjam pada kawan-kawan, SEGAN. Nak meminta pada sanak saudara lagilah MALU. Lagi pula time waktu susah tu ada pula yang mahu meminjam pada kita kerana mereka kesempitan dan amat memerlukan pertolongan kewangan tika itu. Pernah rasa tak perasaan itu. Nak ditolong serba salah. Tak dibantu pula nanti dikata sombong tak mau membantu saudara sendiri.. Makin tekanan betul jadinya kan.. 😅

Ya, betul. Rezeki bumi Allah ini luas.. Ia datang dalam pelbagai sudut. Tinggal kita saja untuk menggalinya keluar. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Yang penting tak putus asa dan carilah rezeki halal dengan tulang empat kerat sendiri. 😄

Sakit yang kita tanggung itu rezeki..
Merawat orang sakit juga rezeki..
Semoga Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan kita baik dunia mahupun akhirat. 💚

Saturday, January 11, 2025

PULANGKAN BALIK SIHIR DENGAN BACAAN SURAH AZ-ZALZALAH 3X


BismiLLâhir-Raĥmanir-Raĥim

'Iżâ Zulzilatil-'Arđu Zilzâ-Lahâ ۝ Wa 'Akhrajatil-'Arđ'Ash-lahâ ۝ Wa lal-'Insânu Mâ Lahâ ۝ Yawma-'Iżin Tuĥaddish'Akhbârahâ ۝ Bi-'Anna Rabbaka 'Awĥâ Lahâ ۝ Yawma-'Iżiy-Yaşdurun-Nâsu 'Asytâtal-Liyuraw 'A-Mâlahum ۝ Famay-Ya-Mal Mishqâla Żarratin Khayray-Yarah ۝ Wa May-Ya-Mal Mishqâla Żarratin-Sharray-Yarah ۝

Maksudnya:
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
 Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
 Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
 Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
 Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.
 Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
 Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.


Bagi mereka yang menghantarnya, mungkin akan menjadi satu kepuasan tanpa memikirkan mereka yang menanggung. Bahkan tidak memikirkan apa yang bakal ditanggung olehnya (Penghantar) di akhir hayat dan ketika saat dijemput pulang oleh Malaikat Izrail.
Namun selain kita berubat sana-sini, seeloknya kita banyakkan doa kepada Allah SWT dan mengamalkan membaca ruqyah. Jangan mengharapkan pengamal perubatan sahaja yang membacanya.
Terdapat berbagai cara yang dikongsikan oleh mereka yang prihatin, bagaimana cara untuk memutuskan ikatan sihir dan ada juga berkongsi bagaimana untuk mengembalikannya kepada pemilik asal. Ilmu ini juga telah diijazahkan kepada orang ramai.
Jika ada sesiapa mempunyai niat yang tidak baik kepada kita dan dia menghantar sihir kepada kita, insya Allah, sihir yang dibuatnya, dicarinya akan terkena pada dirinya.
Ibarat senjata yang dikirimnya, akan meluukai dirinya. Ibarat penyaakit yang dikirimnya akan menyaakiti dirinya. Ia juga seolah-olah orang yang menahan perangkap, akhirnya dirinya sendiri yang memasuki perangkap tersebut.

RUQYAH PULANGKAN SIHIR KEPADA PENGHANTAR
Caranya adalah dengan membaca Ruqyah untuk diri kita dengan mengamalkan Surah Az-Zalzalah. Surah ini di dalam Al-Quran adalah surah yang ke 99.

CARA MERUQYAH
Pertama – baca surah Az-Zalzalah sehingga ayat 6 seperti berikut:
يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا
“Yauma Izinyyas Durunnaasu Asytaata (Ulang Asytaata sehingga cukup 33 kali)
Kedua – setelah selesai membaca Asytaata sebanyak 33 kali, bacalah doa di bawah.
Pastikan anda dalam keadaan berwuduk dan mengadap qiblat.
DOA PULANGKAN SIHIR
• Ayyatuhal Arwahul Mursalatu Lana,
• Fissihril Ma’muuli Lana,
• Izhabuu Min Makaa Nikum Haza,
• Wamin Saa A’tikum Hazihi,
• Ilaa Man A’milalanas Sihri,
• Wadammiruuh
• Biduuni Antusiibuunii Walaa Ahadan Min A’anilati,

• Wahai Ruh-Ruh yang dikirim kepada kami,
• Yang dikirim melalui sihir yang ditujukan kepada kami,
• Pergilah kamu semua dari tempat aku ini,
• Pergilah kamu semua diwaktu ini,
• Kepada orang yang menghantar sihir tersebut kepada kami,
• Hancurkan dia, jatuhkan dia, hapuskan dia, musnahkan dia
• Tanpa sihir itu mengenai kami (saya) dan juga keluarga kami (saya)
• Ketiga – Seterusnya Sambung ayat ke 6 tadi:
لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ
Baca sehingga habis surah Az-Zalzalah. Ulang sebanyak 3 kali dan lakukan seperti di atas.

UNTUK MERAWAT SIHIR PADA DIRI DAN KELUARGA
Jika anda tidak mahu membaca ruqyah pulangkan sihir, anda boleh juga membaca untuk merawat diri sendiri atau keluarga. Caranya adalah dengan membaca Surah Al-Zalzalah sebanyak 77 kali selama 7 hari. Setiap kali membacanya, sediakan air di dalam bekas secukupnya. Kemudian disiram di sudut-sudut rumah.
Lakukan dengan penuh keyakinan kepada Allah SWT, insya Allah mudah-mudahan Allah perkenankan usaha anda
Kredit : Andi Pasil II

Thursday, January 09, 2025

BONDA NOR - MUTIARA KATA

 

 
 
 
Orang bijak yang melakukan kesilapan akan segera belajar.
Jika silapnya dulu adalah menipu, dia belajar, lambat laun setiap penipuan akan terbongkar.
Jika silapnya adalah tamak, dia mula belajar mengendalikan kehendak.
Jika silapnya adalah mengeksploitasi, dia mula belajar betapa pentingnya menghargai situasi dan peluang yang diberi.
Jika silapnya kerana memfitnah dan mempermainkan sumpah, dia belajar tentang kafarah.
Kawan, sungguh kafarah daripada Allah itu ada. Suka atau tak suka kau pasti terpaksa mendepaninya.
Kadang tanpa sesiapa yang melukai, kau yang menggelupur sendiri.
Kadang tanpa ada yang sengaja menyakiti,kau sendiri yang terasa hati.
Sungguh bicara kafarah itu boleh datang dari segenap arah. Maka takutlah!
Belajarlah daripada kesilapan. Setiap kali menoleh ke belakang, yang harus kau kutip ialah mutiara pengajaran.
Kutiplah sebanyak-banyaknya buat pedoman bekalan masa depan.
Jadilah orang bijak yang mahu belajar daripada kesilapannya sendiri.
Kerana jika kau enggan belajar dan mengambil iktibar, Allah akan terus menguji kau lagi. Dengan ujian yang sama lagi.
Berkali-kali. Berkali-kali!
 
Petikan daripada buku Throwback
Tulisan Bonda Nor

Friday, January 03, 2025

ANXIETY

 


Macam mana mahu cakap eh . Orang yang tak rasa dia takkan paham . Sakit dia lagi perit . Orang tengok macam sihat tapi dalaman tu tak kuat . Rasa dia memang rasa nak mati . Memang sakit dia tidak ada luka , tidak ada lebam ,tiada apa apa pon .
Bila pergi jumpa doktor ,check memang tak ada apa . Malah ada yang anggap anxiety ni sakit jiwa lah , gila lah mental lah . Sebab tak rasa kan ? Kalau dah rasa barulah tahu ye . Sakit ni bukan kita minta tapi dia akan terus attack tanpa bagi hint . Sesiapa je boleh kena sebenarnya .
Sy terangkan dengan ringkas dan mudah faham . Anxiety ni dia akan buat sesorang tu cemas tanpa sebab , sukar bernafas ,jantung berdegup dengan cepat , tak boleh tidur , terlalu memikirkan sesuatu benda dalam satu masa , pikiran kacau bilau , yang paling takut ialah selalu pikir tentang kematian . Yang kena gestrik ,gerd pon akan camni .
Dengar memang orang akan ketawa .tak dinafikan .klau cerita pada orang pon orang akan cakap gila . Gila itu lain , tekanan itu lain . Rata rata yang kena anxiety tu disebabkan oleh penat dari segi mental dan fizikal dan kerap berfikir tanpa tujuan .dan banyak faktor juga .
Anxiety ni nak pulih memang ambil masa . Ada yang hidapnya sejak kecil sampai dewasa . Ada yang hidap bertahun tahun . Ada yang meninggal dunia . Ye . Orang tengok sebelah mata tapi jangan lah rasa . Memang kalau dilihat dengan mata kasar , penghidap anxiety ni mereka tak tunjuk . Selalu menangis tanpa sebab krana ketakutan dan cemas .
bila nak tidur takut , semua takut .keluar rumah takut . Senang cerite semua takut dan cemas . Ada yang hilang selera makan hingga menjadi kurus kering . Tidak keluar rumah seolah olah merasakan ada ssuatu akan terjadi padahal tidak . Selalu rasakan "jap lagi aku akan mati" padahal tidak berlaku . Hidup jadi murung dan kemurungan pun berlaku .
Pesakit yang hidap anxiety ni boleh pulih .tapi dia takkan pulih 100% . Bergantung pada seseorang itu jugak . Yang menentukannya ialah MINDSET . Tak ada seorang pon yang mahukan jadi macam ni kan 😊 malah sy juga .
Ada yang tak paham mereka akan cakap macam2 😅 kurang iman lah , kurang agamalah dan memacam lah. Salah . Sy bagithu sikit ye . Apabila pesakit anxiety mahu solat ,solatnya pon memang tidak akan khusyuk . Macam mana sy tahu ? Sy juga pernah alami anxiety jadi sy sangat memahmi .
Disini sy nyatakan cara mengubati anxiety secara umum . Kalau ada yang nak tambah pon boleh .
1)dekatkan diri dengan tuhan .banyakkan istighfar ,selawat ,zikir .inshallah
2) tolong jauhkan diri dengan orang yang negatif . Biar tak ada kawan yang ramai asalkan kawan yang berkualiti . Bila berkawan dengan orang yang negatif ,minda kita akan stress dan bertambah parah anxiety
3) mindset . Selalu cakap dalam hati dan tukar mindset "aku sihat ,tak takut " . Kadang sebab mindset kita lemah . Betulkan mindset .
4) jangan berseorangan . Selalulah bergaul ,berbual dan cerita masalah pada orang yang memahami kita dan percaya . Luah segalanya ,mesti lega .
5) buat aktiviti yang seronok bersama kawan kawan , suami ,anak anak atau parents untuk mengelakkan berfikir terlalu banyak dan cemas . Sedikit sebanyak boleh membuatkan kita lupa tentang "benda" itu .
6) jangan tidur keseorangan .sentiasa tidur berteman supaya boleh tangani jika berlaku yang tidak diingini .contoh anxiety akan kurang tidur dan cepat cemas ,atau mungkin sesak nafas . Orang sekeliling sangatlah penting dan main peranan .
7)jika perlu , dapatkan nasihat doktor psy . Anxiety bukan gila . Jangan takut . Sedikit sebanyak boleh melegakan pesakit. Mreka lagi memahami .dapatkan nasihat mereka .
😎 makan maknan yang sihat . Banyakkan minum air masak .
9)cabar diri untuk pecah tembok yang anda takut .contohnya takut untuk keluar rumah . Cabar diri untuk keluar dan yakin . Tukar mindset .inshallah boleh .
10) sokongan moral mental dan fizikal . Skongan dari Keluarga ,suami ,isteri , kawan kawan dan mereka yang paham apa itu anxiety . Sentiasalah bagi dorang support .
Ada yang tanya "macam mana boleh kena anxiety ?" . Hmm seperti apa yang sy tahu kemungkinan dari mental fizikal yang penat ,lemah , kerap berfikir , stress sebab jaga anak , kerja , bisnes , stress pasal orang , dan sebagainya (sila rujuk pakar) .
Kalau benda nak datang kita pon tidak akan jangka . Sesiapa akan kena . Artis pun kena apetah lagi kita orang biasa 😊
Akhir kata , anxiety ni datang tanpa kita jemput .Dan tak semestinya macam apa sy nyatakan diatas . Mungkin sebab gastrik , gerd dan sebagainya . Ini sy ceritakan apa yang berlaku kepada sy dan macam mana sy atasi semuanya sy nyatakan diatas . Jika ada cadangan lain ,terserah mahu ikut atau tidak . Setiap orang berbeza dan sy nyatakan cara cara diatas adalah umum . Im not doctor , but im sharing my experince only .
Please lah alert if ada kekawan atau ada yang hidapi benda ni . Bagi support each other dan inshallah semua akan jadi sedia kala .
Anxiety and panic attack berbeza . Sila tanya yang lebih arif .
 
Spread love 💙

Wednesday, January 01, 2025

MEMORIES OF 2024



Dalam berkawan ni, tidak semua orang sukakan kita dan tidak semua juga orang benci akan kita ..😉 lain bicara di mulut lain tersimpan dihati..😯 depan kita cakap lain, belakang kita pusing lain cerita, didepan mulut manis bak gula pasir.. dibelakangnya pula ada simpan sijil PhD pastu senyap2 ✂🔪💣attack kita 😉.. manusia.. no body perfect! 😅

Nak cari kawan biarlah macam cermin. Kita senyum dia senyum, kita sedih dia sedih. Kita berjaya dia turut sama rasa bangga dengan kejayaan kita. Begitulah sebaliknya.😊 Jangan jadi macam duit syiling. Depan lain belakang lain. bising je lebih!! 😜

Tidak semua kawan kita betul-betul ikhlas berkawan dengan kita. yup, musuh dalam selimut ada dimana-mana saja. 😎 Kalau kita sayangkan kawan, nasihatilah dia. Kalau kita diam kita sebenarnya musuh dalam selimut. Dan, bila sudah dinasihati tak mau jalan malahan kita diumpat kata.. biarlah. tugas kita dah selesai. #moveon cari kawan baru yang lebih hargai diri dan bakat kita.. 😉😎 #muhasabahdiri 😊

Alhamdulillah.. Thanks pada kawan yang sudi dan setia bersama saya dari dulu hingga kini.. Terima kasih untuk kenangan tercipta sepanjang tahun 2024. 😍🌹


WELCOME 2025 ❤

 

Alhamdulillah.. Tahun baru 2025 menjelma sudah. Sunnguh pantas masa berlalu. Terlalu banyak kisah suka, duka, tawa hiba dan pelbagai rasa.. Kadang tak tau nak diceritakan. Semoga tahun ini ada sinar kebahagian, kegembiraan dan keindahan untuk keluarga kecil kami. SELAMAT TAHUN BARU!