"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Thursday, January 09, 2025

BONDA NOR - MUTIARA KATA

 

 
 
 
Orang bijak yang melakukan kesilapan akan segera belajar.
Jika silapnya dulu adalah menipu, dia belajar, lambat laun setiap penipuan akan terbongkar.
Jika silapnya adalah tamak, dia mula belajar mengendalikan kehendak.
Jika silapnya adalah mengeksploitasi, dia mula belajar betapa pentingnya menghargai situasi dan peluang yang diberi.
Jika silapnya kerana memfitnah dan mempermainkan sumpah, dia belajar tentang kafarah.
Kawan, sungguh kafarah daripada Allah itu ada. Suka atau tak suka kau pasti terpaksa mendepaninya.
Kadang tanpa sesiapa yang melukai, kau yang menggelupur sendiri.
Kadang tanpa ada yang sengaja menyakiti,kau sendiri yang terasa hati.
Sungguh bicara kafarah itu boleh datang dari segenap arah. Maka takutlah!
Belajarlah daripada kesilapan. Setiap kali menoleh ke belakang, yang harus kau kutip ialah mutiara pengajaran.
Kutiplah sebanyak-banyaknya buat pedoman bekalan masa depan.
Jadilah orang bijak yang mahu belajar daripada kesilapannya sendiri.
Kerana jika kau enggan belajar dan mengambil iktibar, Allah akan terus menguji kau lagi. Dengan ujian yang sama lagi.
Berkali-kali. Berkali-kali!
 
Petikan daripada buku Throwback
Tulisan Bonda Nor