"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Sunday, January 12, 2025

TENTANG REZEKI


Siapa yang pernah rasa susah je faham perasaan bila dalam beg duit hanya ada tak sampai 50 Ringgit Malaysia. Itu pun duit helai warna biru dan keping duit syiling yang siap-siap disusun konon untuk diguna berjimat cermat sampai akhir bulan.. Minyak kereta, tol, barang dapur.. Minggu gaji lambat lagi.. 😏

Pastu nak meminjam pada kawan-kawan, SEGAN. Nak meminta pada sanak saudara lagilah MALU. Lagi pula time waktu susah tu ada pula yang mahu meminjam pada kita kerana mereka kesempitan dan amat memerlukan pertolongan kewangan tika itu. Pernah rasa tak perasaan itu. Nak ditolong serba salah. Tak dibantu pula nanti dikata sombong tak mau membantu saudara sendiri.. Makin tekanan betul jadinya kan.. 😅

Ya, betul. Rezeki bumi Allah ini luas.. Ia datang dalam pelbagai sudut. Tinggal kita saja untuk menggalinya keluar. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Yang penting tak putus asa dan carilah rezeki halal dengan tulang empat kerat sendiri. 😄

Sakit yang kita tanggung itu rezeki..
Merawat orang sakit juga rezeki..
Semoga Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan kita baik dunia mahupun akhirat. 💚