Dalam hati aku hanya ada kamu
yang mengisi ruang kosong itu
dari sunyi tak berlagu..
Dalam hati aku hanya ada kamu
yang membahagiakan tiap hari itu
mengusir sepi yang membeku
rindu yang saban waktu sarat bertamu..
Dalam hati aku hanya ada kamu
yang bisa merawat parut luka ku
menawar rasa hiba ku
kembalikan senyum ku..
Dalam hati aku hanya ada kamu
yang mampu buat aku tiba jadi bisu
kadang bisa sendu selalu
bila saat tiba kau jeling pada ku
dan aku jadi seperti daun semalu
Dalam hati aku..
hanya ada kamu, kamu dan kamu
selamanya tetap ada kamu
itu kalau kamu mahu pada ku??
Kamu yang selalu aku mahu
kamu tetap sentiasa berlegar dalam minda ku
biar pun kamu tidak mahu pada ku
pergi menjauh tinggalkan aku
aku tetap restu mahu mu...
:: Azwa Safwa ::