"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Tuesday, October 30, 2007

Wednesday, October 24, 2007

Istimewa buat Sahabatku.. HS

Photobucket


Lewat pertemuan itu..
terpukau aku pada kerdipan bintang itu
kilauannya sungguh menggoda
lengguk gayanya mempesona
tarian katanya mengocak rasa..
bisa terbuat aku tersentuh..
seakan terkena tentang diri ku..
sedang ku tahu kata-kata itu bukan untuk ku..
seakan dia dapat membaca
gelodak rahsia yang berlagu dalam hati ku..
siapakah dia?
pernahkah ku temui dia sebelum ini?
tapi.. dia seakan pernah ku kenal?
dalam diam, andai waktu terluang
ku jengah terataknya…
menghayati segala hasil sentuhannya..
sehingga dirinya merajuk membawa diri..
menarik bersama diriku bersama berlari mengejar..

Kini.. baru ku kenal siapa dirinya..
rupanya rentak kita serasi..
rupanya punya kejutan buat kita
dan.. ada rahsia di sebalik rahsia..
suratan atau kebetulan?
hanya Yang Berkuasa Maha Mengetahui..

Sahabat ku..
aku kagum dengan kebolehan mu
memang aku jarang muncul di depan mu dahulu..
memberi tepukan persembahan mu
tetapi ketahuilah oleh mu
aku mengintai tiap baris luah bicara mu
aku menilai tiap lakar puisi tarian mu
terkadang aku ambil tiap madah mu
menjadi azimat pendorong buat ku
pembakar semangat buat diri
kerana ia begitu berharga..
lebih tinggi nilainya dari emas dan permata
ketahuilah oleh mu jua
aku adalah diantara beribu peminatmu
yang sentiasa sering menyokong mu
dibahu ini sentiasa ada untuk mu menangis..
tetap ada.. walau apa jua keadaan..

Sahabat ku sayang..
rasa kasih ini tertanam didalam jiwa
bukan mudah untuk di lontar bicara
Terima Kasih teman kerna pernah
buat aku menjadi aku semula
terima kasih atas segalanya…
ia amat bermakna buat ku
ku utuskan sekalung doa
tiap hembusan nafas sang bayu
agar diri mu disana
sentiasa diberkati Ilahi
tetap tabah dan jangan pernah putus asa
kerana kehebatan dan kekuatan itu telah ada pada kamu..

Ku dedikasikan puisi di atas untuk seorang teman.. mengenali dirimu adalah kenangan terindah buatku.. aku terharu kerana kesudian diri mu menyambut salam persahabatan dari ku.. moga hubungan kita terus berpanjangan hingga hembus nafas yang terakhir.. dan, kamu tetap istimewa bagai bintang yang berkelip buatku..