"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Friday, October 07, 2022

TERATAK ANNA ABADI DALAM KENANGAN

Rindunya dengan penulisan Anna Abadi.. 

So, aku cari namanya dan akhirnya terhenti di satu blog ini yang menceritakan tentang beliau.. hati tersentuh membacanya.. Allahuakbar..


CATATAN BLOG : http://sukns.blogspot.com/2009/03/teratak-anna-abadi.html


Tadi aku mencari ayat ayat cinta kat google. Tengah belek belek link website, aku ternampak pula satu nama. Nama yang pernah memberikan aku inspirasi untuk menghasilkan blog ini. Teratak Anna Abadi.

Teratak Anna Abadi adalah sebuah forum yang popular disekitar tahun 2004 sehinggalah 2006 kalau tak silap. Ianya dihasilkan oleh Allahyarham saudari Anna. Aku sendiri tidak mengenal arwah kerana aku lebih kepada pelawat dan pemerhati di forum berkenaan.

Forum itu lebih kepada cerita cinta, madah dan puisi. Forum itu memang popular dan mempunyai peminat tersendiri. Malah aku juga tidak terkecuali. Aku dahulu sering mengambil madah cinta dari sana dan publishkan disini. Ini antara madah yang ku ambil :

Mungkin Tuhan menginginkan
kita bertemu dan bercinta dengan orang
yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.


Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan
kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta
bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta
bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.

Cinta
bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Sungguh menyakitkan
mencintai seseorang
yang tidak mencintaimu,
tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang
dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya
.


Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis,
ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala
kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang
sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak
bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur
berkeping.

Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati
tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana
CINTA
. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah
hakikatnya.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala
kamu
tidak menghargai orang yang mencintai
kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna
sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan kerana
cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana
cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan
cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada
percintaan. Kesetiaan akan mengikat
cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan
cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika
cinta terus bersama.

Cinta
sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa
kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih
suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim
berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia
sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar
menyintainya setulus hati.

(Link asal)

Dahulu forum itu dilengkapi dengan muzik background yang mengamit hati dan perasaan. Bila aku sunyi, aku sering melayari Teratak Anna Abadi.

Forum Teratak Anna Abadi ditutup sebaik kematian pemiliknya. Penutupan forum dilakukan oleh rakan rakannya diatas permintaan arwah sendiri.

Kerana itu anna telah meninggalkan pesanan kepada kawan-kawan anna. Nak dikatakan wasiat agak kelakar pula, tetapi ia tetap pesanan yang wajib ditunaikan oleh kawan-kawan anna jika anna ditakdirkan pergi dahulu.

Pesanan anna…tutuplah hompej anna. ..tutuplah blog anna…tutuplah Teratak dan segala-gala perkara yg melibatkan anna di internet. Buanglah semua gambar-gambar anna yg tersimpan di chamber rahsia yg hanya diketahui teman-teman rapat. Buanglah puisi-puisi anna kerana anna tidak mahu kawan-kawan anna bersedih dgn apa yg anna tinggal. Hilangkan semua jejak anna di alam maya yang tidak bertepi ini. Mereka tahu password anna. Password anna hanya satu utk semua perkara. Anna tidak pernah mengubahnya sejak pertama kali anna mengenali apa itu password di alam maya. Password itu tetap sama dan ada makna tersendiri. Mereka adalah kawan-kawan anna yang anna percayai dan anna tahu mereka tidak akan mengecewakan permintaan anna.

Anna tidak mahu website anna tergantung-gantung di maya selepas ketiadaan anna. Anna telah banyak melihat website dan blog yang ditinggalkan sepi oleh pemiliknya yang sudah kembali kepada Tuhannya. Dan tahun ini saja sudah ada 2 teman blog anna yg deceased. Salah satunya blog teman blogger anna, misznana yg telah kembali ke rahmatullah. Blognya tergantung begitu saja tanpa ada sesiapa menutupnya.

Pesanan ini diambil daripada crayonkakak.net (klik sini). Emo lagi aku malam ni huhuhu...

Al Fatehah buat beliau. Semoga beliau tenang disampingNya