"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Friday, December 31, 2010

Always Keep Your Heart..



"You always keep your heart
when far away from me waiting for my return.."

I love quiet
I used to have
in all your eyes open

I miss you always feel
always full of love to hug
I always wanted it

You can make me smile
and you can make more meaningful breath

You always keep your heart
when far away from me waiting for my return
I love you always
love you till the end to close the eyes

You can make me smile
and you can make more meaningful breath

You, you always keep your heart

Thursday, December 30, 2010

MALAYSIA BOLEH!!


Aku nih bukan arr minat sangat layan bola... tp sebab Malaysia dapat masuk final, and tempohari menang pusingan pertama final Piala Suzuki 2010 membenamkan Indonesia 3-0.. (tu arr pasal berlagak sangat dowang nih kan? nyampah pior arr teman.. huh!).. perghh aku jadi teruja lak layan bola kali nih!... walau main jeling2 jer kat depan TV?.. pasalnya aku nih selalu kutuk adik2 aku yang suker layan bola sampai nak pecah umah!.. mana leh tunjuk kat dorang aku nih pon teruja sama kan?.. mampuih kena kutuk balik! hehehe

Syabas kepada Safee Sali & Ashari Samsudin x silap aku la arr? (almaklum arr den nih bukannya hafal nama pemain?.. hehe..) pasal jaringan gol dowang tempohari.. apo yang ponting x de pemain import! cayalah... mmg bangga aku jadi Anak Malaysia.. tihihi


Walaupon malam nih tadi Malaysia kalah 2-1 dgn Indonesia... (x sempat nak layan coz terlelap lps solat magrib.. huhuhu).. tapi Malaysia MENANG 4-2!!.. yeaaaa!!.. Malaysia tetap menjulang Piala Suzuki 2010!!.. Tahniah Malaysia Menang! Tahniah! Tahniah! Malaysia Boleh!!!.. ^_^

Sunday, December 19, 2010

ronda-ronda ilang tension...



Memang lucu aku tenguk maskod ijau tuh time aku ngular sensorang kat dalam IOI Mall siang tadi.. dediam x de keja aku snap picture dia.. prasan lak dia.. siap lambai2 kat aku lepas tuh.. hehe.. siapakah wajah sebenar yang bersembunyi disebalik haiwan itu eh?.. ah siapa pon dia, peduli apa aku kan?.. apa yang pasti telatah dia telah mencuit hati aku.. dan hewan ijau itu mengingatkan aku pada seseorang.. rindunya aku pada kamu.. apa saja aku buat pasti adanya yang berkait tentang kamu.. huhuh :'(

Hmmm.. hari nih aku mencipta sejarah berjalan dengan "my persona" tanpa arah tujuan?.. 1 hari semalam terperuk dalam umah tak kemana memang amat membosankan.. tido dan tido aje kerja aku?.. x larat coz demam and sengal2 badan.. entah arr menjak menjak nih aku sering saja diserang demam? batuk?, sakit tekak? dan kadang emosi diri tak menentu??.. marah?.. geram?.. cam org bodoh mamai pon ada?.. malas pula makin menjadi2?... mood aku plak skrg suka lonely?.. entah arr.. klau duk dalam kawan2 aku jadi tension.. rimass.. lagi plak dapat kawan yang jenis nak berkepit dgn aku 24 jam?.. yang suka jadi polis?.. tanya itu ini?.. tekan aku dengan sesuatu yang aku tak pasti mau lakukan apanya aku?.. pasti pusing dengan ayat aku kan?.. entah arr aku pon sendiri pusing dengat apa yang aku ayatkan nih.. hentam saja la.. so, malas nak bg badan aku makin tembun and sakit demam aku yang manja nih melarat.. ku gagah jua window shopping... kira ok arr berpeluh sket badan aku and kembali cergas.. :)



Camna arr aku nih nak slim river kan?.. time drive pon bleh ngap nyam nyam.. hehe.. kisahnya ingat balik umah nak terus menyantap.. dah tak sempat McD drive thru aku terjah.. gigil lapar aku dah tahap kritikal lorr... mmg x sempat nak balik umah.. kang tak pasal ada lak siren ambulance hantar aku gi hospital kes accident langgar pembahagi jalan?..huhu.. baru aku prasan dr pagi td sblum kuar mmg aku x jamah satu apa pon masuk dalam perot?.. konon diet arr ruh!.. mmg patut arr aku gigil x bleh nak fokus drive?.. mmg arr segan, bila ada beberapa mata memandang aku ngap nyam nyam sambil drive.. cam rupa orang x makan sebulan pon ada?.. tapi apa aku kesah kan?.. yang penting perut aku kenyang, gigil aku hilang.. mmg sungguh comei comot rupa aku time tuh.. almaklum arr laparr.. hehe..



Balik tadi sempat singgah umah yong aku.. rempat 4 novel terbaru dia and lepak2 kejap sambil bergossip.. abg ipar aku tuh kalau tak bergossip tentang aku mmg tak sah!.. aku rasa kalau dia jadi polis, mau semua banduan dalam lokap menangis kena bebel tak pon masuk tanjung rambutan?.. kalah mak aku bagi ceramah tuh.. huhu... topiknya cam biasa.. tentang tut tut tut.. malas aku nak nyebut!.. biarlah.. tapikan kalau difikirkan balik kata-kata dia.. betul pon ada.. cam logik pon ada.. ada ker dia kata.. kisah aku nih bleh buat novel?.. hahaha.. mmg tak bleh bla.. agaknya kalau aku wat novel bleh jual juta juta ringgit tak?.. mungkin nnt aku suh KRU Production movie kan?.. perghhh.. kaya?! glamer?!hehe.. ah mengarut semua tuh.. biarlah aku dengan cara aku.. selagi aku tidak melanggar batas agama dan curang!? kan?..(hehehe.. tp now aku rasa dah nak curang dah nih pasal dah dapat green light!)... huh, dah malas nak pikir.. now nak happy2 balik and kumpul harta!.. org tak mo kita lg tak sudi kan.. biarkan si luncai turun dgn labu2nya.. biarkan.. biarkan.. senyumm.. cak! ;)

Wokeh, mau sambung membaca novel... Antara Safa Dan Marwah.. daaa.. OUT!

Thursday, December 16, 2010

Hanyut..


Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja


:: FAIZAL TAHIR ::

Sunday, December 12, 2010

Kebahagian dalam Perpisahan??


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti





Hmmm… sebenarnya lama aku simpan rasa yang terpendam ini. Aku tak tahu bagaimana mahu menjelaskannya secara lisan mahu pun bertulis.. dan sememangnya waktu dulu untuk aku membuat satu keputusan, terlalu amat sukar aku rasakan.. dan akhirnya, apa yang telah aku putuskan itu… terpaksa aku telan kini antara dalam pahit, payau dan rasa yang tak tahu untuk aku perjelaskan.. akukah yang bersalah?.. hipokritkah aku?.. curangkah aku??... bagaimana aku boleh curang? sedangkan aku memang tidak pernah punya hubungan serius dengan mana2 lelaki? keluar dating berdua langsung jauh sekali.. dan sememangnya aku tak minat! jadi apakah aku ini???...

Awalnya memang aku agak terkejut.. dengan perkhabaran itu.. benar waktu itu, aku agak sibuk dengan kerja baru yang aku galas.. ada sedikit acuh tak acuh aku ambil pusing tentang itu.. siang hari berjumpa orang, malamnya pula perlu mengemaskini dokumen mereka pula…sibuk!.. kadang tidur malam aku bersama dengan dokumen2 mereka.. Tuhan saja yang tahu, betapa kusutnya otak aku tika itu.. ditambah lagi dengan segala musibah yang datang.. dan segala perkara sulit sukar untuk aku huraikan.. benar buat aku dalam dilema dan tekanan fikiran.. tapi, dalam kesungguhan mereka yang berharap dan mengharap?.. aku setuju menerima walau dalam waktu yang sama begitu berat aku rasakan.. itu pun telah ku timbang timbal buruk, baik dan kesannya?.. nak diluah mati mak.. nak ditelan mati bapak.. Tuhan, sesak nafas aku tika itu… emosi silih berganti… segala macam bercampur baur.. ada sesuatu yang sulit kuat mengikat aku… tiba rasa aku jadi sakit.. dada rasa sempit.. aku hilang fokus pada kerja ku sendiri..

Atas kesungguhan dan jaminan dari dia.. serta sokongan kuat mereka sedarah sedaging aku.. aku teruskan jua.. walau tika itu aku tahu.. hatinya tak sepenuh rela.. mengapa hatinya tiba berubah?.. aku jadi pilihan dia??.. entah kenapa aku dapat rasakan dia terpaksa pada mereka yang memaksa?.. banyak benar telah ku dengar tentang dia dari mereka.. tapi dia tetap menafikan?.. katanya.. memang hatinya kini benar terbuka?.. benarkah?.. aku masih dapat rasakan keraguan disitu.. arghh.. akhirnya aku tak mahu memikirkannya lagi.. benar, kalau ini yang terbaik hadiah buat aku.. seperti yang aku tadahkan tiap lepas solat.. aku redha.. mungkin ini realiti buat aku!.. bukan seperti fantasi yang sentiasa aku angankan dalam tidur malam ku?..Ya Tuhan.. lembutkan hati aku.. agar aku bisa jalan seiringan dengan dia.. kuatkan iman ku Ya Allah..

Dalam kepayahan aku cuba untuk jadi serasi dengannya.. ujian bergoncang. dia diganggu bertalu!.. bila perkhabaran itu merebak luas.. seperti telah ku jangka.. antara kami ada orang ketiga?!.. fokusnya dapat ku rasakan hilang?.. tika itu aku rasa hampa dan kecewa.. mengapa? kenapa?.. segala macam pertanyaan bertali arus dalam otak aku.. sakit! rasa tertipu! dan pelbagai rasa.. namun, melihat kesungguhan mereka yang mahu melihat kebahagian milik aku dan dia… aku pendam segala rasa yang bermukim.. dan jaminan dari dia buatkan aku sedikit kuat untuk meneruskan… benarkah? walau sebenarnya hati aku dah separuh hilang.. Ya Tuhan tabahkan hatiku…

Selepas aku dinobatkan menjadi tunangan orang tanggal 8/8/10 tarikh pilihan family dia.. ujian datang lagi.. tak sampai 2 bulan.. dia seakan dapat ku rasakan jauh dan mula berubah.. dan tiba dia melatah mahu memutuskan!.. walau bukan jelas pada perkataan.. maksudnya itu telah dapat ku tangkap!.. aku bukan perempuan kolot yang bodoh! walau dasarnya aku bukan cerdik!.. alasannya mudah lahirnya.. SOAL HATI??.. mudahnya dia melafazkan kata?.. soal hati aku pula bagaimana?.. mahu aku ceritakan sebenarnya??.. apa yang ada kuat mengikat??.. waktu itu memang aku rasa nak menyumpah!.. Namun aku cuba tenang, sabar dan kuatkan hati… kalau tika itu umur aku 18 tahun?... mahu saja aku jadi hulkhogan mencampak segala apa yang ada.. aku rasa sakit! tapi tiada tangisan untuk aku tangiskan.. mungkin aku rasa kebal dengan situasi begini?.. rasa benci mula hadir..separuh hati aku yang hilang.. makin bertambah hilang langsung tinggal kosong.. bila satu-satu ayat dia keluar ada menyakitkan hati aku… Ya Tuhan.. tenangkanlah aku.. andai takdirnya jodoh kami tamat disini.. peliharalah agar perhubungan persaudaraan kami tiada berlaku perbalahan dan sengketa.. Buang rasa benci ini agar ia tidak terus melingkar dalam hidup aku..

Kini.. aku menjalani rutin harian aku seperti biasa dan terus mendiamkan diri dari pertanyaan dan persoalan yang aku sendiri sukar untuk berikan jawapan?.. dia sudah jadi beku!.. cuma status ku kini telah berubah.. memang agak payah sedikit.. segalanya perlu dijaga dan ada batasan bukan?.. walau ada ketika hati aku meronta pedih? sakit seperti dicucuk selumbar.. aku mahu rasa nikmat bahagia dahulu… boleh ketawa, berlucu, rindu dan geram.. segala macam rasa?.. walau pada ketika itu aku duduk dalam alam imaginasi aku?.. curangkah aku bila tiba rasa ini hadir?... Ya Tuhan...

Pada kamu yang telah banyak membawa perubahan dalam hidup aku.. terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan… memang sukar untuk aku singkir nama dan wajah kamu dalam lipatan hati aku.. seperti telah di gam!.. kamu pengubat segala duka luka hati aku… terima kasih sudi singgah dalam hati aku, bagi aku simpan potret milik kamu .. walau tiada siapa yang tahu kewujudan kamu yang sebenar dalam hati aku.. biar tidak jelas tentang kamu, kamu yang terhebat pernah aku kenal.. Maafkan aku.. aku tak tahu mengapa aku harus mohon maaf pada kamu.. tapi, aku tetap rasa bersalah pada kamu.. Maafkan aku ok?.. tolong jangan buang aku jauh dari kamu…

Untuk yang terakhir… segalanya ku serahkan pada takdir Ilahi.. Dia Yang Maha Mengetahui Segalanya… hati aku kini benar kosong!


OUT!

Wednesday, December 08, 2010

PUTERA KATAK



Hahaha.. mmg lawak aku tgk citer Putera Katak petang tadi.. al maklum arr today aku hanya wat listing jer kat umah coz semalam aku dah merayau sakan kat Pekan Sg. Besar tuh wat bancian... huh, mmg penat!.. nasib ada adik aku sudi teman jadi pak supir.. hehe.. idak aku rasa mau aku terlelap time drive atas jalan tuh... x pasal kang dapat mati katak! huhuhu

Berbalik citer Putera Katak nih kan.. kira ada la 2 3 kali episod dia aku dpt layanz.. tuh pon sepintas lalu jer aku layan mana part yg cam best tgk.. hehe.. tpkanz kalau dorang adun lagi kemas citer tuh pasti menarik!.. tak la aku tgk cam ruper janggal jer watak ala bangsawan dowang tuh kan?... tp aku suka watak Kaza (ayah trisha) ngan Liza Abdullah (mak trisha) ala tergedikz2 jer dowang bawak watak laki bini tuh.. mmg x bleh blah.. hahaha

Hmmm... agak2 ada ker zaman skrg katak yg bleh tukor jadik putera yang kacak?.. kalau ada, akan ku tokam sekarang!.. akan aku tahan rasa geli geliman agar cinta sejati aku bisa menukarkan dia menjadi Tom Jones itew?... hahahaha

So, sinopsis cerita ini mengisahkan Putera Amar(Zizan Nin) telah disihir oleh kekasihnya,Putera Zadora(Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman.Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan. Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.

Setelah tima tahun, Puteri Zadora telah menyedari bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora.

Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana masih perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya sebagai katak ialah cinta sejatinya. Setelah Puteri Ixora mengetahui tentang rancangan Puteri Zadora, dia telah datang ke bumi untuk membunuh Amar.

Wokeh arr... aku mau sleep.. mau mimpi itew putera katak daa... hahaha... OUT!

Friday, December 03, 2010

Biarkan Aku Jatuh Cinta...


Mata ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa ini getarkan jiwamu
Jantung ini detakkan jantungmu

Dan biarkan aku padamu
Menyimpan sejuta harapan
Aku padamu
Rasa ini tulus padamu
Takkan berhenti
Sampai nanti ku mati

Biarkan aku jatuh cinta
Pesona ku pada pandangan
Saat kita jumpa
Biarkan aku 'kan mencoba
Tak perduli kau berkata
'Tuk mau atau tidak


Thursday, December 02, 2010

Bayangan Gurauan itew...




Bila kukenang
Ku renung gambar wajahmu
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja
Cerita lama
Usah di rayu pada yang tak sudi

Janganlah dinanti pada yang telah pergi
Hanya luka lamakan berdarah kembali
Kini kecewa
Tidak terkata
Mengapakah itu disebut lagi

Apalah yang hendak dikata
Sudah suratan takdir menentukan
Oooh... inilah ragam manusia
Manis di bibir
Pandai bermain lidah

Berputar-putar membelitkan kata-kata
Hanya linangan airmata yang menitis
Pada bayangan
Di angin lalu
Membisikkan kata rindu bayangan



Erks?... cam syahdu lak aku terlayan lagu nih tadi.. so touching daa.. bikin aku menerawang jauhhh.. macam2 ada.. haiyaa.. so otak aku very da tired, ala pusing2 macam gasing daa.. banyak pikir sampai mengong.. banyak verangan.. hehe.. coz baru je siapkan report kekira pecah duit tabong daa.. utang manyak lorr mau bayor sama itu ah long! yg konon mau nak tolong last kasi potong nyawa! hehe. nak mengayat pon da jadik maleh!..

So.. socso al ponso hehe.. next time la aku ngayat geli geli denz.. now, aku mau dreamzz.. mau kasi rehat ini otak..

OUT!