"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Photobucket


Sunday, November 16, 2008

Antara CINTA dan SAHABAT


Cinta..
tetap selalunya ada
makin dalam..
biar pada nyata kurang jelas
tapi dalam diam telah terpahat
terpasung kukuh.. ukir senyuman
perlu punya kekuatan untuk dipertahan
agar tidak bisa jadi goyah..
bisa jadi berantakkan bila rasa sudah tawar..
dua cinta yang berbeda..
pada insan yang dipadan terusik..
pada dia yang Maha pencipta..

Sahabat..
tetap juga selalunya ada.. tetap mahu
duduk diam mengintai.. menilai
mengetuk rasa hati..
mengocak ria..
kadang berderai sendu..
bila sudah terhadir cinta..
tanpa ayat lisan yang jelas
tali itu telah terikat..
kukuh dan erat sekali..
namun, perlu selalu jua diperkemas
agar tali itu tidak putus
terus habis kepenghujung usia..

Andai disuruh pilih antara keduanya..
manakan bisa boleh memilih?!..
kerna cinta dan sahabat itu
sudah jadi darah yang sebati dalam nadi
saling berkait.. saling memerlu..
andai hilang salah satu keduanya
diri bisa jadi gelap tak bermaya..


:: Azwa Safwa::

Monday, November 10, 2008

BERPUTIK DALAM DIAM


Berputik dalam diam
Cinta suci kupendam
Kasihku nan membara
Malu atasi segala
Tak pernah ku cuba bersuara

Kita sering bersama
Tanpa mengungkap cinta
Arah dan minat sama
Dan aku jadi lupa
Kita hanyalah teman biasa

Dikau terlalu istimewa
Buat ku tiada celanya
Dikau tampan idaman semua

Tapi ku cuma gadis desa yang setia
Cinta dan diriku jadi pinggitan hati
Masih adakah ruang buat diriku
Mengecap bahgia bersamamu

Akan kusetia menunggu
Ucapan cinta kasihmu
Pabila daku tersiksa begini
Fahamilah sayang..




Dia menapak perlahan meninggalkan pusara yang memerah itu. Sebenarnya ada cintanya yang tertinggal disitu. Tertanam bersama jasad yang bersemadi. Jelas jiwanya terasa benar sepi dan kosong sekali.

“Sabarlah Riz.. benarkan dia bersemadi dengan aman..” Bahunya ditepuk perlahan oleh teman.

“Aku bersalah padanya Har..” Air mata lelakinya mengalir lagi..




***


“Wei, jom pekena teh tarik! Macam biasa arr.. ” Azie ukir senyum kemudian kenyit mata mengadap jejaka yang persis wajah Hans Isaac hero pujaannya.

“Tak nak!.. Hari ni aku tak senang.. “ Fariz menolak tanpa memandang gadis yang perwatakkan sederhana dan tanpa mengenakan sebarang alat solek kewajahnya.

“Pasal plak nih? Kau nih datang bulan ker?” Azie ketawa mengekek. Faham sangat dia dengan perangai temannya yang sorang ini. Angin senggugut mana ntah yang dah rasuk dia?. Agaknya mungkin hantu Maya Karin? Azie ketawa lagi.

“Datang bulan kejadahnya! kalau kau tuh yer la.. please jangan ganggu aku!” Suaranya keras. Fariz bengang. Wajahnya nampak tegang.

“Woo.. sorilah kalau aku kacau kau.. oklah aku blah.. cool beb! Aku kuar ngan Har jer la..” Tak tunggu lama Azie berundur dari meja Fariz. Angin dalam badan Fariz memang tak boleh dijangka. Kadang datang meletup bagai bom jangka.

Tajam renungan mata Fariz menghantar pergi ayunan langkah Azie ke arah meja Azhar. Sakitnya membara. Tiba hatinya menyumpah dalam diam.




***


“Har, pasal si Riz tu aku tenguk bad mood jer dua tiga hari nih?.. dia ada problem ker?” Azie menghirup perlahan teh tarik yang sedikit panas. Sehari tak merasa teh tarik Warung Pak Ali mahu ketagih dia dibuatnya.

“Entah.. bukan kau tak tau Riz tu.. kepala angin.” Sebenarnya Azhar sudah malas campur urusan hidup Fariz. Bukan mahu dengar nasihat orang. Berpuluh nasihat dah diberi, tapi Fariz tetap dengan pendiriannya. Walau segala bukti telah jelas depan mata.

“Risau aku tenguk dia macam tu.. dah tak ceria macam dulu.. macam rahsiakan sesuatu jer.. pastu asyik berangin jer..” Azie melepas keluhan.

“Dia je kau risau dan ambil berat? Aku, kau tak risau ke?” Sengaja mencuit rasa gadis yang berada dihadapannya. Gadis ini benar berbeza dengan pekerja wanita yang lain. Simple, peramah, berfikiran terbuka dan sentiasa mengukir senyuman walau ketika berada dalam apa jua emosi pun.

“Kau ni ada-ada ajelah.. semua kawan-kawan aku, aku layan sama rata.. tiada beza satu pun tau.. jangan nak terasa hati atau ambil hati tau!.. nah, rasakan!” Pantas tangannya menampar mesra bahu Azhar.

“Kalau aku ambil hati kau boleh tak?” Sengaja lagi mahu mengusik temannya itu.

“Hahaha.. kalau kau ambik hati aku, habisla aku tak punya hati.. bisa mati dong!” ketawa mereka terburai.

“Har.. kalau aku pakai tudung ok tak?” Azie bersuara setelah lama berdiam.

“Uik, mimpi apa plak kau nak pakai tudung ni?.. tapi, aku memang respect kalau kau pakai tudung.. aku lebih suka perempuan yang bertudung tau! Nampak ayu jer rupanya.. maniss.. ” Senyuman Azhar melirik kemudian kenyit mata.

“Aku tanya serius nih.. ok tak aku kalau pakai tudung??”

“Apa tak ok nya.. bukankah wajib bagi setiap perempuan islam itu setelah baligh menutup aurat? Kau pun tahu tentang itu kan? Maaf, aku tak pandai nak berceramah atau bicara tentang soal agama bagai seorang ustaz. Tapi sebagai sahabat, aku akan terus menyokong hasrat murni kau itu..”

“Wahh.. ayat kau ni buat aku terharu jer.. terima kasih ya sahabat.. kau memang sahabat aku yang baik.. hmm, esok-esok kalau aku bertudung kau jangan terkejut plak ya? bagi kekuatan pada aku k?” Azie ketawa lagi.



***

Cinta itu benar buta
Tidak jelas dilihat
Tapi ia amat dapat dirasai
Menyusup diam didalam hati..

Perasaan itu benar bisu
Tak mampu diluahkan dengan kata-kata
Mahu pun dalam madah bicara
Tapi dapat difahami dalam jiwa
Pada kiasan bicara terlipat..

Cinta dan perasaan itu
Sering pendam bersama..

Sering jua hati bertanya
Tentang cinta dan perasaan
Bagaimana bisa melihat sedangkan ia buta?
Bisakah dapat dilihat sedang ia bisu?

Dia.. aku cinta dia.. terlalu cinta

Hujung mata penanya terhenti. Wajah itu menggamit hadir.. lirik matanya.. senyuman dan gurauan dia benar mengusik damai jiwa wanitanya.. kemudian terbit rasa sakit yang mendalam.. menyesakkan degupan jantungnya.. menikam urat nadinya.. mencucuk hebat seluruh anggota tubuhnya..



***

“Kenalkan.. Aida Firda tunangku.. ” Semua mata tertumpu kearah Fariz dan pasangannya. Kemas rangkulan jemari gadis yang putih melepak persis Miss Universe itu memaut erat lengan Fariz. Mata Azie terbuka luas tanpa berkelip.

“Hi..” Gadis yang baru diperkenalkan Fariz mengukir senyuman menggoda.

“Err.. hi...” Azie cuba mengukir senyuman manis. Segera salam gadis itu dia sambut. Namun dia tetap perasan sepasang mata merenung tajam kearahnya. Dia tetap cuba berlagak biasa.

“Wow! bravo!!.. jahatlah kau Fariz rahsiakan semuanya sekali pada kita.. patutlah selalu busy konon.. rupanya sudah punya pacar yang hebat!..” Mustamam yang terkenal kaki play boya meluru berjabat tangan. “Bisa aku berdansa dengannya?”

“Kau nampak ini?” Fariz mengepal penumpuk seakan memberi amaran. Namun, matanya liar mencari bayang seseorang yang telah hilang..


***

“Hei, kau buat apa sorang-sorang disini?” Bahu Azie disentuh lembut Azhar. Dari tadi dia perhatikan kegelisahan yang bersarang tumbuh dalam jiwa temannya itu..

Sejak kehadiran Fariz dan Aida Firda dalam majlis mereka meraikan parti hari jadi Mustamam. Masakan dia tidak kenal siapa Aida Firda yang baru diperkenalkan oleh Fariz itu. Gadis yang sentiasa menjadi kegilaan Fariz sejak zaman universiti lagi. Sangka dia, Fariz sudah putus hubungan terus dengan Aida namun sangkaannya meleset sama sekali. Cinta gadis itu masih terus didamba Fariz walau Aida telah banyak kali menghancurkan hati Fariz. Memang benarlah kata orang, cinta itu buta!

“Kau menangis ya?” Azhar cuba mahu mengangkat wajah teman yang bermuram durja. Tapi langkah jemarinya tersekat. Ikatan tudung dan baju blause dipadankan dengan seluar slack yang tersarung pada anggota tubuh gadis itu membuatkan hasratnya terhenti. Perubahan demi perubahan pada gadis itu kini benar mengusik jiwa lelakinya. Sememangnya dia kini terlalu menghormati gadis ini.

“Mana ada.. mata aku masuk habuk la..” Azie cepat mengesat air mata dan cuba mengukir senyuman gembira.

“Agaknya.. banyak habuk rumah Tamam ni ya? sampai dalam mata kau pun dia mahu masuk?” Azhar cuba menceriakan suasana. Tidak mahu lagi melihat wajah muram gadis dihadapannya.

“Kau ni.. bencilah.. “ Azie menumbuk mesra lengan Azhar. Mereka sama-sama ketawa.

“Sampai hati Riz tak bagi tau kitakan dia selama ini sudah ada teman istimewa..” Wajah Azie kembali mendung. Tiba rasa sakit itu kembali datang.

“Bukan kita.. tapi kau seorang dan teman-teman yang lain..” Azhar berbasa-basi.

“Maksud kau.. kau dah kenal perempuan tu? Kau memang jahat rahsiakan dari aku!.. teruklah kau ni..” Mata Azie membulat. Ada sedikit geram pada wajahnya.

“Hei, Aku bukan niat nak merahsiakan dari kau tau.. dah kau tak tanya pada aku.. macam mana aku nak bagi tau.. lagi pun tak banyak yang aku tahu tentang hubungan mereka. Mereka kenal sejak zaman universiti lagi.. Lagi pun aku tak suka sebar cerita macam mulut mami jarum tuh!.. hilang kemachoan aku ni ha.. ” Azhar cuba berseloka. Azie menjeling geram.

“Sampai hati Riz.. agaknya selama ini dia memang tak pernah anggap aku ini sahabatnya.. Har, aku sedih.. “ Kolam airmatanya hampir tumpah. Kesakitan itu semakin kuat mencucuknya..


***

“Cantik lukisan kau Riz?.. pandai kau melukis..” Mata Azie terus terpegun melihat lukisan pensel lakaran gambar pemandangan hasil sentuhan Fariz. Sebetulnya Fariz memang punya hobi suka melukis bila ada waktu terluang di pejabat.

“Mestilah.. masakan kau baru tau.. ” Fariz mengukir senyuman. Bahu teman ditampar mesra Azie. Gembira. Fariz telah kembali berubah seperti dulu.

“Mahu aku lukiskan potret kau?” Azie ketawa.

“Tak payahlah.. aku bukannya cantik. Habis rosak lukisan kau tu nanti..”

“Cantik itu bukan diluar.. tapi didalam ni ha cik kak oii..” Fariz kenyit mata.

Kata-kata Azhar tiba menampar minda.. “Riz, setiap orang punya satu peluang.. ambil peluang itu.. sebelum tiada langsung suatu waktu kita dapat miliki peluang itu.. cantik itu bukan diluar, tapi didalam.. aku tahu, kau faham dan jelas apa yang aku maksudkan.."

“Yer la tu.. tapi, semua lelaki suka pada kecantikkan luaran daripada dalaman bukan? Kecantikkan luaran itu juga yang mereka seing kejar..”

“Sepertinya seakan menyindir aku?..” Fariz jungkit kening. Segera wajah milik Azie ditatap sekilas.

“Maaf, aku tidak bermaksud begitu.. kau ni mudah sangat tersinggung.. agaknya jenuh Aida tu hari-hari mahu memujukmu..” Fariz terdiam. Kelu untuk berkata-kata. Terasa tercucuk dengan ayat yang dilontar oleh Azie. Jemarinya kembali menyambung melukis.

“Riz, antara sahabat dan cinta.. mana satu agaknya kau pilih ya?”

“Kenapa?”

“Saja aku mahu tahu..” Azie menatap lembut wajah Fariz.

“Pastilah aku pilih sahabat.. aku sayangkan nilai persahabatan yang terikat. Biar pun rasa cinta semakin mengikat dan menjerut aku.. bagi aku, cinta itu terlalu unik dan agung untuk dipernyatakan.. terlalu suci.. biar tiada siapa yang jelas nampak.. tapi ia telah duduk bertakhta bersemadi diam dalam jiwa dan kerajaan diri..” Perlahan suaranya terlontar.

“Hebat istilah cinta buat kau ya?.. aku kagum dengan kau.. kau serupa Azhar.. lebih pentingkan sahabat dari cinta. Bertuah aku punya kalian berdua sebagai sahabat aku..” Titis Air mata Azie hampir mengalir.. Cintanya semakin dalam.

“Hei, banjir pula nanti disini.. nah tisu…” Fariz segera dapat menangkap wajah yang sudah berkaca itu.

“Kau ni jahatlah..” Namun, segera mencapai tisu pemberian Fariz.

“Kau pula?” Azie merenung jauh keluar jendela. Mencari kekuatan pada awan cerah yang berarak..

“Seperti kau juga.. aku memilih sahabat.. bagiku sahabat lebih hebat dari rasa cinta yang bermukim ini.. biarlah rasa cinta itu terpendam dan tak perlu diucapkan.. biarlah ia bersemadi bersama jasadku nanti..” Suara itu hanya terlontar dalam hatinya..


***

“Riz.. you ingat I ni patung ke?” Aida sebal. Sejak akhir-akhir ini Fariz telah banyak berubah. Tiada kemesraan dan sikap ambil berat lagi tentang dirinya. Sering sangat Fariz membatalkan temu janji mereka. Cemburu dan amarah menguasai dirinya.

“Sori.. I betul-betul busy .. minggu depan saja kita cari semua barang hantaran tu.. please jangan buat kecoh macam ni.. malu I semua orang pandang kita..” Fariz menunduk.

“Tahu you malu?.. habis I ni tak tahu malu la ya? tunggu you berjam-jam kat sini.. hey, you ni serius tak serius nak kawin dengan I nih!?.. you cakap dengan I, you ada perempuan lain kan??..” Hati Aida sudah makin membengkak. Memang panas hati dia pandang wajah Fariz yang seakan acuh tak acuh itu.

“Apa yang you merapik ni?.. cuba you bawa mengucap Aida.. cemburu you tu langsung tak pernah berubah sejak dulu.. kalau I ada perempuan lain, masakan kita bertunang.. masakan I still dengan you.. sudahlah.. kita dah nak kawin pun.. kikislah sikap cemburu you tu.. betul.. I busy dengan kerja.. untuk kita juga nanti..” Fariz cuba meredakan kemarahan Aida. Ikutkan hatinya yang baran mahu ditempelengnya Aida Firda saat ini. Namun bukan sifatnya sebagai lelaki mengasari wanita.

“Hey, I rimaslah macam ni.. You ni asyik busy.. busy!.. I dah jelak dengan semua ini!.. pergi mampuslah dengan semua you punya busy tu!.. I dah hilang sabar dengan you tau!.. kita putus!” Aida Firda menanggalkan cincin dijari manisnya kemudian segera melempar ke wajah Fariz. Membuatkan Fariz tergamam.

“Please Aida.. jangan buat keputusan terburu..” Fariz segera bangun memaut lengan Aida.

“Lepaskan I!!.. I dah tak sanggup nak hidup dengan you! Hubungan kita finish! Jangan cari I lagi!” Aida Firda laju melangkah pergi meninggalkan Fariz yang terpinga-pinga. Semua mata memandang kearahnya..

“Arghh.. sialan!” Hatinya menyumpah. Dia terduduk. Hatinya benar panas.


***

“Riz, esok aku tumpang kau ya? kereta aku meragam la.. aku ingat…” Azie kemudian terdiam. Wajah Fariz yang kusut serabut membuatkan dia terbantut untuk menuruskan kata-kata. Risau nanti amukan Fariz mengenai dirinya lagi. Dulu nyaris telefon bimbit milik lelaki itu hampir mengenai wajahnya. Entah ribut apa yang melanda buat Fariz sering baran dan melempar apa saja yang ada bila tiba anginnya itu datang.

“Err.. tak pa lah.. nanti kita sambung bincang..” Azie segera berlalu. Fariz hanya sekadar menjeling dengan ekor mata. Hendak memanggil namun bibirnya kelu. Sakit hatinya pada Aida masih bersisa.

“Hey, kau ni kenapa? Angin apa pula yang dah rasuk kau tu?.. Kes Aida tak selesai lagi ker?” Azhar seakan dapat menghidu raut kekusutan wajah Fariz.

“Entahlah Har.. Aku dengan Aida dah putus!.. dia yang minta putus..” Fariz mengeluh.

“Sepatutnya bukan dia yang minta putus.. argghh, kadang aku sendiri tak faham dengan sikap kau ni.. apa sangat yang kau kejar dengan dia tu Riz? Harapkan pada wajah dia saja yang lawa.. perangai? masyaAllah..” Azhar menggeleng kepala.

“Har, kau takkan faham..” Fariz meraup wajahnya. Dia melepas keluhan.

“Ya, aku memang tak faham.. sebab kau tak cuba nak fahamkan aku dan juga perasaan kau itu.. buka mata hati kau luas-luas Riz.. ingat, peluang hanya datang sekali.. ”

***

Ya Allah..
Sakitnya rasa seluruh jiwaku
Panas naik keseluruh wajahku
Degupan jantungku bertambah laju
Sejuk kedua belah tapak tangan dan kakiku
Menggigil seluruh anggota tubuhku
Penyakit apakah yang aku deritai ini?
Begitu kuat menyiksa saban waktu!
Aku menyampah dan marah pada diriku!
Sampai begitu sekali kurasakan?

Sungguh..
Aku tak mahu rasa ini terus menyiksaku
Dan aku tahu, aku tak perlu bersikap begitu
Langsung tak perlu..
Bukankah telah ku tahu dari dulu?
Walau kadang, aku tidak mahu menerima kenyataan..
Sebak dadaku.. aduhai airmata jangan berlinang
Aku mahu bahagia
Aku juga mahu dia bahagia..
Berilah kekuatan pada ku..

Tuhan..
Aku tahu, rasa cinta itu tidak boleh dipaksa..
Dia punya pilihan yang pasti lebih membahagiakannya
Biar aku tetap menjadi teman akrabnya
Jangan biarkan ia jauh dari pandangan ku
Aku benar perlukan dia saat ini..
Biarkan rasa kasih dan cinta tumbuh subur
Tanpa sekelumit rasa benci dan dendam padanya
Aku mahu selalu sering bersama dekat padanya
Aku terlalu menyintainya Ya Allah
Namun kasih dan cintaku pada MU melebih segala..
Ukirkan rasa bahagia selalu pada wajahnya
Biar aku sering dapat melihat cahaya bahagia itu..

Fariz, aku cinta pada mu..


Fariz hampir terduduk setelah membaca coretan kata-kata pada kertas kuning air yang hampir lusuh dalam diari tugasan harian Azie. Niatnya tadi mahu mencari pengasah pensel dalam laci meja milik Azie. Namun, kertas kuning air yang terselit pada helaian diari itu menggamit hujung jemarinya untuk mengetahu isi apa yang terkandung. Jarang benar Azie meninggalkan diari itu sebegitu dari genggaman tangannya.

Segera dia mencapai potret wajah Azie yang pernah dilukiskannya yang tersisip kemas pada celah helaian diari itu. Matanya menangkap tulisan tangan Azie pada bawah tanda tangan dirinya..

"Aku tidak cantik.. tapi kau buat lukisan wajahku jadi cantik.. kau mencantikkan hati aku untuk terus merasa aku ini benar cantik.."

Ulas bibirnya mengukir senyuman. Dia mengucap syukur ke hadrat Ilahi. Warkah itu dikucupnya berkali. Baru kini jiwanya rasa tenang setenangnya.

“Azie sayang.. kau memang cantik.. sentiasa cantik pada aku..”


***

“Please sayang.. jangan tinggalkan Riz..” Dia mengucup lembut jemari gadis yang sudah kaku memucat yang kini berselirat wayar ditubuh dan hanya bergantung nyawa pada mesin alat bantuan pernafasan. Sudah tiga hari tubuh milik gadis itu koma tidak sedarkan diri dalam wad ICU Hospital Besar Kuala Lumpur.

Perkhabaran kecelakaan jalan raya yang dialami Azie benar menyentap bahagia yang baru ingin Fariz miliki. Azie gagal mengawal kenderaannya sewaktu ingin memasuki simpang masuk ke rumah sewanya sebelum keretanya dirempuh lori dari arah bertentangan. Dia orang pertama yang dihubungi oleh pihak hospital kerana nombor handphone miliknya tertera pada skrin telefon bimbit mangsa. Azie juga tidak punya saudara mara dan merupakan anak yatim yang dibesarkan dari rumah anak-anak yatim. Fariz benar rasa bersalah.. kalaulah dia mendengar dulu penjelasan Azie tempohari..

“Azie sayang.. maafkan Riz.. Riz tahu.. Riz banyak bersalah dengan Zie.. please jangan tinggalkan Riz.. buka matamu sayang.. please berikan Riz peluang sekali untuk menebus kembali kekhilafan Riz.. ”

Air mata Fariz kian mengalir laju. Dia benar sebak. Ada rasa juga ingin meraung bila pihak hospital memberitahu jangka hayat Azie untuk kembali pulih dan sedar dari koma amat tipis. Azie juga mengidap penyakit barah pangkal rahim tahap kronik. Kanser barahnya sudah pecah dan telah merebak ke seluruh anggota tubuhnya. Andai ada kejaiban untuk Azie sedar, dia akan lumpuh sepanjang hayat.

“Riz.. tenang..” Azhar cuba menenangkan Fariz. Sebenarnya berita sakit Azie telah diketahuinya pada malam parti hari jadi Mustamam. Bila Azie tiba-tiba pengsan tidak sedarkan diri. Azie juga meminta dia juga merahsiakan derita penyakitnya itu pada Fariz. Dia tidak mahu melihat semua orang bersedih atas nasib yang menimpanya. Dia mahu semua orang melayannya sebagai insan yang normal. Langkah Azie mahu memakai tudung adalah mahu menyembunyikan rambutnya yang hampir menipis akibat kesan pengambilan ubat dan rawatan terapi yang dilakukan.

“Har.. aku tak boleh hidup tanpa Azie Har.. aku cintakan dia Har.. please kembalikan dia pada aku Har.. aku benar perlukan dia Har.. aku terlalu berdosa dengan dia Har.. betul kata kau peluang hanya datang sekali.. berikan aku peluang untuk bahagiakan dia untuk kali terakhir.. cukup.. biar, walau itu hanya untuk sehari.. sampai hati kalian berdua rahsiakan semuanya ini dari aku..“ Fariz sudah tidak mampu lagi membendung tangisan. Jiwanya benar rasa sakit dan terseksa.

“Riz, ingat Tuhan Riz.. mari kita sama-sama sedekah Al-Fatihah dan Surah Yassin agar Azie boleh pergi dengan aman..” Azhar memaut erat tubuh Fariz dan cuba untuk menenangkan sahabatnya itu..

***

Sayangku Fariz,
Maafkan aku merahsiakan kesakitan ku ini padamu..
Aku tidak mahu melihat kesedihan diwajahmu
Biar aku sentiasa terus dapat menatap
sinar matamu yang memukau pandang…
senyumanmu yang memikat hati..
kenakalan dan gurauanmu yang mencuit rasa..
jangan salahkan Azhar kerana merahsiakan
tentang sakitku ini pada mu..
Aku yang berkeras tidak mahu dia menceritakan..
Kau dan Azhar terlalu baik buatku..
Aku bahagia punya sahabat seperti kalian..

Sayangku Fariz,
Maafkan aku juga kerana merahsiakan tentang rasa cinta ini padamu..
Aku tidak tahu bagaimana harus berterus-terang denganmu..
Semakin ku tepis, semakin hebat kasih dan sayang ini bertaut
Semakin mendalam cinta ini terpasak diam didalam hati..
Maafkan aku kerana tak mampu hindar rasa ini..
Ku doakan kau berbahagia dengan pilihan hati mu..

Sayangku Fariz..
Saat kau jawab persoalan ku tentang siapa bakal kau pilih..
Antara sahabat atau cinta.. benar, menarik dalam cintaku padamu
Sungguh, aku benar rasa terharu..
Saat itu biarlah aku memilih bersahabat denganmu
Aku mahu nilai persahabatan itu tidak luntur.. terus terikat
Biar rasa cinta ku ini terpendam tak terluah
Kerana rasa cinta itu terlalu unik dan agung untuk
Dibicarakan pada tiap kias kata bermadah..
Cukup sudah aku merasa nikmat rasa cinta itu..
Biarlah.. rasa cintaku ini terus berkubur bersama jasadku..
Biarkan aku tenang bersemadi..

Sayangku Fariz..
Andai perginya aku nanti tanpa sempat mengucap kata..
Segalanya telah aku maafkan..
Redhakanlah pemergian aku..
Terima kasih sudi menjadi sebahagian dari hidup aku..
Kau abangku, sahabatku dan cinta hatiku..
Salam rindu, peluk cium aku buat kamu..
Maafkan aku..

Nur Azie Fatihah bt. Abd Aziz.
12.00 pm
- Sweetie Bear -

Tangisan Fariz bergema saat Azie sudah menghembuskan nafas yang terakhir. Surat pemberian Azhar digenggam erat rapat kedada.. Kemudian tubuh kaku milik Azie dipeluk erat. Ya Allah, berikan kekuatan pada hambamu ini…




:: Tamat ::





Ilham cipta : Azwa Safwa
" November 2008 "

Saturday, November 01, 2008

Puisi Itu…. mencuit rasa..


Kau tidak pernah sekali melihatnya
Andai cinta itu bisa kau sentuh
Akan kau sentuh dengan cahaya
Biar menusuk tembus ke dalam jantung
Dalam nadi dalam dengupmu
Dalam nafas hingga tersebut dengan sendiri
Aku cinta...

Kau tidak pernah sedar
Cinta itu selalu ada disitu
Seperti kias-kias bait pujangga
Yang aku serulingkan dengan puitis
Tetapi.... kau selalu cantas
Sebelum sempat ia bertunas
Seolah cinta hanya harus pada mata
Sedang ia telah tercipta dari lisan
Lisan hati yang berbicara sendiri

Kelukaanku terhadapmu
Kesakitanku keranamu
Kepedihanku kepadamu
Kerana adanya rasa didalam dada

Biarkan aku tegar dalam rajukku
Biarkan aku lurutkan kesakitan ini
Biarkan aku sendiri memansuhkan perasaan
Yang tertinggal didalam nya seketika
Biar aku diamkan semua rasa
Diamkan segala bicara dihati

Kau tahu didalam hati ada cinta
Cinta yang selalu kita nafikan
Nafikan dalam rahsia
Dalam bahasa tak sempurna
Sekadar merasa dengan firasat
Firasat yang selalu menembak
Akukah cinta dihatimu itu?


Kerinduan...
Memandangmu dari kejauhan
Penuh kesepian diusap bayu
Agar merengkuhmu kesisi
Namun...
Kesamaran yang menjelma
Hanya bayang-bayang yang dipuja
Kau tak pernah muncul disitu

Kerinduan...
Hanya ada tatapan usang
Ingin membelai pada bulan
Agar cahayanya tembus menjadi semangat
Namun....
Hanya kelkatu berterbangan
Jatuh mati ke bumi satu persatu
Tanpa harapan

Kerinduan...
Hanya pandangan yang mampu dilemparkan
Pada jendela yang selalu terbuka untuk sang rama-rama
Kini hanya ada hujan rintik-rintik
Dalam hati yang tak punya

Kerinduan...
Terbanglah jauh-jauh
Tutupilah pintu hati terkena tempias
Biarkan hujan diluar sana
Menidurkan aku pada lena yang damai
Tanpa diganggu mimpi-mimpi lalu
Bersama air mawar dan haruman kemboja
Kerna rindu tetap rindu
Tak terdaya mencapai rasa
Dalam hati yang tak sudi terima


Pastinya kamu tahu bukan? ini puisi yang kamu tarikan.. aduh, kamu memang bisa buat aku berderai sendu dan jauh menerobos dalam bayang tersirat.. buat aku bisa saja berkali tersentuh.. sengaja aku tidak mahu letak siapa penulisnya.. biarkan.. biar aku dan kamu saja yang tahu.. yang lain biarkan berteka-teki.. senyum sendiri.. mahu tahukah kalian?.. tak usah.. ya aku memang kedekut dan punya rahsia Misteri Nusantara.. senyum menampakkan gigi..

Namun dalam kolam hati ini bisa saja bertakung resah dan gundah pada kamu.. mengapa??.. serius ku katakan pertama kali ku temui insan yang bisa serasi dengan rentak tariku.. biar kadang aku sesekali canggung dan terduduk tatkala terasa tertembak oleh kamu.. nyata kamu punya kelebihan yang hebat anugerah Ilahi.. melalui tempat pertemuan itu, buat aku sering saja teringat kamu..




Oh my love
Will I ever see your smile again?
Our love still growing
Like night into day
I'm the darkness
You’re the star
Our love is brighter than sun
Only you my chosen one
To our solemn promise
I’m missing you
Speak to me once more
But my soul missing you
Ere I walk away
Let me hear you say
You love me so much as I do
So soft you touch my heart
Come what may
I won’t age a day
I'll wait for you
Here and always

Opss, maafkan aku mencurinya disana.. sebetulnya lama dah ku curi dan simpan diam.. syhhh.. dah tak bisa selindung lagi.. tutup wajah yang hampir mahu bertukar merah jambu.. ketawa mengekek..

Ermm, aku suka dengan bait-bait kata yang tertari.. terus menyusup masuk kedalam jiwa.. aku benar tertawan!.. hingga buat aku sempat menyelak kamus mahu mencari makna yang tepat.. sungguh menggelikan hati.. maklumlah aku mana bisa berlidah fasih menangkap maksud ayat Almond London yang berbelit dan berpusing.. kadang nak menyebut pun hingga keluar tempias dan berbuih bibir mengalun bicara.. ketawakan aku? biarlah.. memang aku tidak sepintar kamu dan mereka semua yang lain.. tapi aku bisa belajarkan??

Untuk siapakah puisi ini ya sebenarnya??.. pastinya dia berada disuatu tempat yang istimewa buat kamu bukan? bertuahnya dia.. tak mahu menerka siapa!.. atau mendesak bertanya siapa pada kamu? itu bukan caraku.. silap gaya aku bisa nanti ditempeleng oleh kamu.. mungkin suatu masa nanti kamu bisa perjelas segalanyakan?.. Biarkan saja kamu dengan dunia misteri mu.. dan jangan selalu biarkan diri kamu diselubungi misteri.. iee takut la.. senyum melebar..

Pstt.. kalaulah ia ditujukan khas buatku pasti kamu ku peluk erat tak mahu lepas.. pasti jua kamu ku ikat sampai tak boleh lari atau dikejar oleh ribuan rama-rama atau bidari yang jelita diluar sana.. ketawa sendiri.. bukan cemburu buta.. tapi, risau kesucianmu nanti bakal ternoda.. biar aku sering dapat memantau kamu dari dekat.. duduk bahagia sehabis usia.. tapi pastikan mana mungkin kan?.. aku hanya pipit yang tidak setanding enggang.. pungguk yang hodoh merindu bulan.. namun sering berangan menjadi bintang yang berkelip berteman bulan.. ukir senyuman. Walau apa pon kamu tetap bintang kejora yang ku damba.. biar nanti muncul bintang kejora persis sama tanding dengan kamu.. ketawa lagi..

Buat kamu dan kamu.. adanya aku kembali disana, melewati kembali musim pertemuan kita.. biar beribu teman yang hadir mengetuk pintu hati, kamu dan kamu tetap sentiasa istimewa terpahat dalam kalbu.. Namun kini, aku tak bisa selalu ada biar disana mahupun disini.. kerna waktu membataskan aku untuk aku "mengayat".. dan kadangkala "keuzuran" ku jua membataskan untuk selalu bersama.. Namun jua bila aku tiada.. pasti kamu tahu aku berada dimanakan?? pastinya aku bisa melayan kamu. :senyum:




Ku ucapkan padamu
selamat sejahtera selalu
dalam hidup dikedewasaan mu
diwaktu kau mencari bahagia itu
ku ingin kau selalu tahu
aku ada disini untukmu
apa jua yang kau mahu
aku akan cuba membantu
membawa bahagia untukmu

Ku ucapkan padamu disini
selamat berbahagia dalam hidup ini
di jejak yang kau langkahi
Sudah banyak yang kau pelajari
dalam teguh dan rebah diri
kau tahu siapa yang kau cari
pastikan kau takkan lupa diri
jangan biar dirimu sepi
hidup ini kekadang rasa sunyi
memberontak bila ada rasa benci
jangan kau tangisi bila disakiti
hidup sememangnya begini
ada kala disusuk duri
tabahkan hati aku kan ada disini
di saat kau ingin ditemani
walaupun itu bukan janji
ku kan cuba memberi
untuk mu bahagia ini

Ucapku padamu seikhlasnya dari kalbu
jangan lagi kau ada sendu
aku kan tetap aku
seperti yang kau kenal dulu
mungkin kutahu apa yang kau mahu
kan ku titip doa selalu
muga bahagia sentiasa ada untukmu
selama nya begitu
dan aku kan cuba ada disitu
membawa bahagia untukmu..

Nah, ini jua aku curi dari sebalik tirai.. tak mahu nyatakan siapa penulis.. biar jua hanya aku dan penulisnya saja yang tahu.. ada yang dapat menerka kan? .. mengukir senyum..

Aduh, kamu pun sama bisa buat aku berderai sendu selalu.. nyampah!.. tak kisahlah untuk siapa kamu garap puisi ini.. tapi ia buat aku tersentuh.. biar bersahaja tapi terserlah keunikannya.. apa mahu celoteh tentang kamu ya?.. tiada pula.. kosong.. mengenang kamu, pasti berputar kembali detik itu, ruang kecil itu.. ketawa terburai.. marahkah kamu mengenang kembali kisah lepas? biarkan.. ikut katamu tutup kes!.. usah dikenang.. maka aku tutup kes!

Maaf, aku bukan menyombong.. tapi tugas yang terpikul menjarak untuk kita selalu bersama.. dengan kamu, dia dan mereka semua.. lebih lagi si ombak jahat yang da jadi baik dan si manja yang suka minum susu.. siapakah mereka itu??.. biar mereka juga yang tahu.. maaf sekali lagi ku pinta pada kalian.. kerana tak bisa jadi meriah seperti dulu.. pasti bila telah pulih, kita kembali beraksi lagi.. ringankan tangan menghantar kabar selalu ya?..

Malam semakin larut.. mata berkali berair menahan ngantuk yang menghambat.. mohon beradu.. OUT!