"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Photobucket


Sunday, March 22, 2009

asam laksa.. missing


Hmm.. masuk tahun baru 2009 sebetulnya aku pasang tekad mau terus hapuskan segala permainan dalam dunia maya.. yup, aku dah letih and give up sungguh dengan watak dan kepuraan layar pemain yang ditarikan .. waktu aku bercuti di Penang tanggal hujung bulan 12, 2008.. dalam diam sudah aku bulatkan rasa mahu kuburkan segalanya.. ya, aku mahu tinggalkan segala yang bersarang kusut dalam kepala.. kebetulan tika itu juga, awal tahun baru 2009 aku benar sakit!.. sakit hati, sakit jiwa, otak kusut serabut! segalanya perit!.. walau kadang aku cuba berlagak aku ini tiada apa apa rasa.. happy forever.. tiada apa pedih yang mencucuk jantung hati dan hempedu dalam tubuhku.. nah, kesannya ramai teman maya ku abaikan tanpa bertanya kabar berita.. pasti ada yang berkecil hati denganku kan??.. tak perlu punya rasa begitu.. kerna kalian juga melakukan hal yang serupa dengan ku.. benar bukan?.. namun aku langsung tak pernah suarakan.. malahan kalian ku biarkan mencorak warna pilihan kesukaan kalian pada kanvas lukisan yang kalian lakarkan.. kerna aku tidak pernah memaksa bagi sesiapa atau seseorang untuk singgah bermain dalam hati aku.. siapa aku untuk bertanya tentang kalian?.. tiada langsung pon yang istimewa tentang aku buat kalian?.. benar bukan?.. jangan pernah rasa salah faham atau terluka dengan aku.. andai kata-kata ini menguris rasa maafkan aku..

Memasuki dunia maya semula pada tanggal 2006 dalam bulan ramadhan hanya kerna terpaku pada sekeping potret wajah benar membawa perubahan pada diri aku.. tika itu aku terkurung dalam ruang gelap yang bisa buat aku hampir hilang arah hidup, jati diri.. cahaya berkilau datang terpancar menarik pada aku, buat aku hingga kini menganguminya.. kuasa apakah yang dia miliki?? aku boleh ketawa, berlucu, menangis, geram, dan segala punya rasa yang ada.. walau pernah dia suarakan jangan terlalu memujanya.. jangan terlalu menyayanginya??.. aku tak tahu apa yang unik sangat tentang dia.. apa yang istimewa sangat tentang dia.. tapi dialah seseorang yang kadang buat aku sering tertanya sendiri.. igau sendiri.. akhirnya tentang segalanya aku jawab sendiri.. bisa buat juga aku sering berimaginasi.. berfantasi.. gilakah aku seandai punya rasa begini?.. maaf seandainya tika itu dia punya seseorang dalam hati yang bertakhta.. bisa terbuat aku tanpa sedar tidak disukai tika mahu ku hulur salam perkenalan.. walau pada nyata tak disuarakan pada aku.. maafkan aku kerana menggugah rasa kalian..

Dalam masa 2 tahun lebih punya segala rasa ini ku anyam.. ku simpan kemas.. timbul satu rasa buat aku jadi tiba sakit!.. sakit yang selama ini yang tak pernah aku rasa.. api rasa sakit itu membakar aku.. nah, api cemburu mula meracuni aku.. tapi aku tetap pendam dan menahannya dalam diam.. gilakah aku punya rasa itu pada bayang yang tak nampak??.. mohonku pada Ilahi agar dipelihara rasa sakit ini dari terus menghayutkan aku.. benar, keajaiban kuasa Ilahi mempertunjukkan aku tentang segala.. ramadhan itu sekali lagi buat aku berfikir tentang banyak perkara.. dan, rasa sakit itu sedikit sedikit berkurang.. dan segala ada apa tentangnya ku terima.. ikhlas dari lubuk hati aku.. dan segalanya kini kuserahkan takdir Ilahi.. pasti DIA mendengar...

Namun dalam pada itu, jejak tahun 2009.. ramai teman lama alam persekolahanku datang mengetuk pintu hati dan berlegar bermain dalam ruang maya.. aku jadi tersepit.. rasa ikatan persahabatan dari mereka kuat mengikat aku.. maka cuba jua ku bermain bersama mereka.. walau tika itu ayat ayat mengayat aku semuanya sudah tandus kering kontang.. pernah seorang teman ku berkata, penulis mana boleh mati ayat!.. penuliskah aku??.. benar, buat aku tersenyum.. maka ku paksa jua untuk menulis..

Pada yang mengenali asam laksa.. aku mohon maaf kerana tak bisa lagi bermain bersama kalian disana.. nama itu telah berkubur.. jangan ditanya mengapa atau kenapa?.. semuanya adalah mahu aku.. dahulunya pon dia muncul hanya kerana seseorang.. untuk duduk dekat dengan seseorang.. tiada frust atau luka kecewa di sana.. semuanya mahu aku.. mana yang selalu memantau pasti ingat kata-kata ku yang pernah ku titipkan.. kenang daku bila adanya aku, jangan esok rindu rinduan.. bila aku telah pergi.. usah lagi tangisi.. dikenang lagi.. semuanya dah tiada apa apa kesan bagi aku.. maafkan aku.

Dalam pada aku melakar warkah ini tiba aku teringat pada seseorang.. si mama remaja purba wara.. ketawa.. katanya ada puisi buat aku dalam bicaranya tempohari.. abis satu gobok lemari umah dia aku godah mencari tajuk yang dibagi.. nah, yang ku jumpa ini dia.. CINTANYA.. agaknya inilah kot? kan kan??.. senyum melebar.. thanks awak.. tp kita terkejut arr napa ayat yg kita sdg nak taip nih sama lebih kurang ngan ala warkah awak yang ada tuh? hairan sungguh??.. hmmm.. korang berdua mmg manusia yang menghairankan aku.. ketawa besar.. lihat, ayat aku sudah bertukar pula.. layankan ajer la apa yang aku luah bicarakan yer..

Aku melihat dia bercinta
Tersandung luka
Terkadang terkalang sepi
Tiada yang menanti
Namun cinta tetap kekal dihati
Bagai teman sejati

Aku tertanya sendiri
Mengapa hebat sekali pendiriannya berdiri
Cintanya sampai basi tersimpan dihati
Tak siapa mengerti
Sedang cinta bukan untuk derita
Sedang cinta memberi dan terima
Sedang cinta adalah rasa bahagia
Biar dia diuji
Rasa itu kekal dihati
Masih dihati

Kagum sekali...
Dia pecinta teguh hati
Mencintai dalam sukma naluri
Dibisik janji
Dibisik biar terpatri
Biar sampai mati
Biar sampai derita
Cintanya kekal
Sampai syurga

*Bisakah aku mencontohi kehebatannya?



so sweet la.. hug and kisses buat kamu.. cintaku biasa-biasa aje maa.. lain macam kamu yang sering kali buat aku jadi larut selalau.. lalalala ^_^

Wednesday, March 04, 2009

de komen cerpen SKT daa..


Salam...
tahniah sekali lagi kerana berani menghasilkan sebuah karya seni & menyimpannya di dalam peti. memandangkan ini adalah ruangan komen, maka saya akan mengomen karya saudari,
Satu tema "Dalam Diam Aku Menyintaimu" boleh dikelaskan dalam karya ini.
-Jalan cerita yang berdasarkan diari yang ditulis mengikut mood penulis kerana bilangan tahun yang tidak konsisten. Contoh: 1998, 1999, 2000, 2003, 2004. ( 2001 & 2002 telah hilang ) 2 tahun adalah masa yang panjang & banyak pengalaman yang boleh diambil di dalamnya.
-Cerita yang terlalu panjang & ada elemen2 yang tak perlu ditulis kerana tidak memberi memberi point pada cerita. Contoh: "Kek tersebut ku potong dan ku agihkan sesama kawan-kawan disitu. Kek lagi satu yang ku bawa, juga ku potong".
-Jalan cerita seperti drama swasta atau cerekarama di mana pembaca dapat mengagak apa akan terjadi seterusnya.
-Unsur suspen yang kurang menjadi kerana tak suspen langsung. Contoh: iii) Hari yang ditunggu telah tiba. Sepuluh minit awal ku tunggu kedatangan ‘Azlia’. Ku perkemaskan diriku agar kelihatan menarik. Aku tak tahu kenapa aku mesti tampak menarik dihadapannya nanti. Tidak beberapa lama kemudian, ‘Azlia’ yang kutunggu tiba dengan mengukir sebuah senyuman paling manis. Terperanjat sungguh aku dibuatnya.

Abang Lan? Adakah aku bermimpi?. Jantung ku tiba-tiba berdebar. Apa yang Abang Lan buat disini?.
-Pola masa, tempat yang tidak jelas.
-Kesilapan nama pada Azwan tapi ditulis Azman :Ogos 1999

(i) Sejak menjadi student ni, jadual harian ku semakin sibuk. Berlambak assigment perlu aku siapkan. Ingatanku pada Azman semakin meluap-luap.
-Kurang menggunakan mainan bahasa. Penyampaian terlalu 'direct'.
-Penyusunan babak perlu diperkemas supaya lebih dramatik.

Dua rangkap terakhir yang tersilap letak 2 ayat teratas....

Bertahun berpisah, rinduku membara
Kusangka kau pergi mencari pengganti

Sinaran matamu, mendebar sukmaku
Hanyalah wajahmu didalam mimpiku..

Sinaran rembulan menyinari malam
Malam yang menunggu kehadiranmu

Kini kau telah pulang membawa harapan
Paduan asmara bersemi akhirnya..

sepatutnya....

Sinaran rembulan menyinari malam
Malam yang menunggu kehadiranmu
Sinaran matamu, mendebar sukmaku
Hanyalah wajahmu di dalam mimpiku..

Bertahun berpisah, rinduku membara
Kusangka kau pergi, mencari pengganti
Kini kau telah pulang membawa harapan
Paduan asmara bersemi akhirnya..

Kesimpulannya
-Bagus, teruskan berkarya & masukkan pengisian dalam cerita.

Maaf kalau terkasar bahasa, saya cuma ingin membantu mana termampu.Saya pasti cerita saudari yang seterusnya akan lebih menarik. Saya tengah menghasilkan satu cerpen yang agak berat. Tunggulah....



Hmmm.. dalam byk komen yg aku dapat karya yg aku tepek kat laman blog my exstudent.. komen dia nih wat aku cenyum cimpul daa.. walau ada antara kawan aku yang hangin jer dgn budak mamat nih.. hehe.. ala dowang nih.. aku cool jer.. pasal dorang lak kena sambal belacan eh? kurang dia nih jujur berkata benar.. hehehe... pepon aku respek ngan dia arr.. kerana berani tegur kakak senior.. siap call aku saudari tuh.. hahaha..

>> hi awok.. thankz komen awk gak.. yg rangkap tuh silap eh? mmg wat sajer silap.. hihi.. tq betulkan.. yg thn 2001 & 2002 telah hilang eh?.. mmg pon gak sajer ilangkan.. malas nak cerita leret.. kira suh pembaca perah otak tertanya nyampah apa da jd ngan 2 thn tuh.. hehe.. kira ok arr da de yg tanya.. ekeke.. yg x suspen, cam cerekarama pon mmg sajer wat camtuh.. lalala.. tp tang nick azman mmg tersalah pandang.. hihihi.. wahh.. awok nak hasilkan cerpen berat? kisah misteri pembunuhan ker? .. pasti bestt kan.. ok kita tunggu.. lupa lak pd mula mmg nak ambik tajuk yg awok kata tuh.. tp, last kita ambil tajuk lagu aleycats.. sekiranya ku tahu.. hehe.. thankz sekali lg ya..

ayat aku reply komen dia.. hehehe.. aku simpan duk diam kat sini hingga la penghujung hayat aku ada... oh ya hampir terlupa.. buat yg suh respon blog dia ttg BUNGA CINTA tuh nnt eh aku free aku bisa menulis.. skrg otak aku blur blur.. still mood malas mengung nak gerak aktif menulis, menaip or seangkatan dgnnya.. harap maklum!.. peace!