"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Wednesday, October 27, 2010

PUISI CINTA


Suaramu...
Gemersiknya bak buluh perindu
Cuba kau lagukan
Cuba kau dendangkan
Mengisi di ruang kamarku

Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku

Tiada terkata
Seindah bahasa
Nak ku huraikan
Nak ku belaikan dirimu
Akan ku syairkan katamu
Akan ku madahkan janjimu
Menjadi coretan gurindam
Puisi cinta...

Akan ku ukirkan senyummu
Akan ku lukiskan tawamu
Menjadikan susunan warna
Potret indah...

Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku...

Menjadi hiasan hidupku...



>> Amacam sodap x aku nyanyi??? hahaha.. cam katok panggil ujan jer kanz?.. haa, kutuk..kutuk.. geget sampai lebam and cium laju-laju baru tau? wakakaka... so, td bosan2 aku try arr wat video lagu nih.. ok arr bg aku yg alah try nak manje2 ngan dunia IT nih kanz?.. nak upload kat c nih asyik hang jerr... last aku pon jd maleh nak adjust blik.. nnt mood rajin mai balik, aku try posting eh?.. hehe... wokeh arr, nnt ada time free aku ngayat gedik pepanjang... ni pon aku terkejut dari tido daa.. nak tido balik, mata dah terang x bleh nak katup... org kata dah terbangun tuh elok pi wat solat tahajud ker?.. solat hajat ke? or solat istikharah??... hehehe... so, aku nak pi wat arr nih.. tp cam awai jer kanz? dan dan mau aku pi sambung tido balik kanz?... pakse mata pejam sambung mimpi yang x sudah td.. ( pstt, best wooo.. rasa cam real tuh.. uishh x bleh citer.. nih secret alam mimpi aku!.. haha... ) almaklum arr time bab wat amal soleh dapat pahala nih sloww jer ruper... tp klau bab yg nak menambahkan dosa tuh... lajunya kemain... aku insan lemah mudah buat silap.. hahaha... ok, beb wa chau dulu... OUT!

Monday, October 25, 2010

Sunday, October 24, 2010

KHATIMAH CINTA



Oh.. Kidung malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...


:: SIXTH SENSE ::

Warkah berlagu pilu... huhuhu



Awak.....
Saat saya menulis ni saya memang susah hati sangat-sangat tentang awak. Dua tiga hari ni saya tahu fikiran saya asyik terfikir tentang awak. Awak kenapa? Macam susah hati saja saya lihat. Dari hari tu lagi nak tanya.... tapi saya sangka awak nak buka mulut bercerita. Nampak gayanya kena jugalah saya tanya...

Awak....
Awak tetap nak berahsia lagi ke?
Kenapa tak awak luahkan saja perasaan hati awak tu?
Cinta mana boleh rahsia-rahsia. Itu tak adil namanya. Saya tau awak perlukan banyak kekuatan untuk meluahkannya tapi bukankah selama ini kiasan dan biasan yang awak gunakan sebagai hiasan sudah dilihat oleh dia? Gerak hati selalu akan membaca bahasa cinta, awak! Saya tau dia juga membaca bahasa cinta dalam hati awak. Cuma awak dan dia saling tak mahu fahaminya.

Ermmm...
Kalau saya jadi awak....
Saya mesti bagitahu dia yang saya suka bangat sama dia. Saya peduli apa dia suka atau tak dengan saya. Saya cuma tak mahu merasa menderita memendam perasaan cinta kerana memuja seseorang. Saya sanggup terima segala kemungkinan sama ada cinta saya diterima ataupun ditolak asalkan saya tahu sama ada saya bertepuk sebelah tangan atau sebaliknya. Itu lebih baik dari saya menghabiskan masa yang terlalu lama memujanya tanpa tahu perasaan dia.

Kenapa awak tak berani macam saya?
Ooooo... saya lupa. Saya xxx sedangkan awak bukan!

Tapi awak....
Bagaimana sekarang?
Bagaimana keadaannya bila awak membuka hati untuk mencintai orang lain? Bagaimana dengan cinta dia yang pernah awak puja dulu? Bagaimana juga jika sebenarnya selama ini dia memang menyimpan perasaan yang sama terhadap awak? Dan berharap awak akan memulakan langkah pertama untuk meluahkan cinta? Bagaimana sekarang? Rumitkan? Makin rumit sekarang lebih-lebih lagi awak sudahpun berada dalam cinta tiga segi. Awak... dia... dan orang tu sebagai cinta baru yang awak terima.

Haruskah saya salahkan awak?
Memang.... saya nak salahkan awak sebab awak tak mahu berterus terang dulu.
Dan sekarang ini pun awak masih berdegil tak mahu memberitahu dia tentang perasaan awak. Dia dah pun berkias, berbias dalam hiasan cinta awak tu tapi.... Ahhhh awak ni. Kenapa awak mesti melakukan semua ini. Cinta bukan untuk dipendam dan menderitakan. Cinta sesuatu hukum untuk mencapai bahagia. Apatah lagi awak layak untuk milikinya. Mengapa tak mahu rebut peluang yang ada ini hanya kerna takut menerima kemungkinannya. Kemungkinan itu kepastian. Awak harus mendapatkan kepastian itu lebih dari persoalan yang selama ini membelenggu awak.

Awak....
Kenapa sekali ni awak tak boleh ikut cara saya?
Dengar nasihat saya....
Ikut kata saya...
Awak tau kan, kalau awak terluka kelak saya akan tetap ada untuk merawatnya. Saya akan menjadi bahu untuk awak luahkan semua kesedihan itu. Saya sanggup mendengar semua kesakitan awak kerna akibatnya. Awak pun tahu selama ini apa juga tindakan awak telah saya akur dan hormati. Saya cuma mahu awak bahagia dan tersenyum gembira. Saya mahu awak nikmati hari istimewa itu dengan cinta yang diidam-idamkan oleh semua manusia. Dah lama sangat awak memendamnya. Sudah terlalu lama... amat lama.... dan semua ini sebab saya sayangkan awak.

Saya tak mahu awak penat untuk bertahan dalam cinta.
Tapi saya sedar, awak juga manusia biasa yang perlukan kehidupan yang pasti. Kerana itulah awak terima lamaran cinta dari seseorang yang sudi membahagiakan awak sebab awak tak mahu lagi berharap dan mengharap kepada cinta yang dipuja lama. Tapi.... tapi... tapi..... awak tetap salah. Salahnya sebab awak tak mahu tahu perasaan dia terhadap awak.

Arghhhhhh....
Adakah saya menyokong dia?
Saya juga kenal dia sama seperti saya kenal awak.
Saya tahu kita semua meragui kejujuran cintanya terhadap awak sebab dia terlalu berahsia tentang perasaan.Tapi saya percaya dia pasti ada alasan untuk menyembunyikan perasaannya daripada ketahuan umum.

Mungkin.... baginya cinta itu istimewa hingga tidak ada sesiapa yang boleh tahu apa kata hatinya berbicara. Mungkin.... awak telah ada disatu ruang yang paling sempurna dalam hatinya hingga kedudukannya tidak dapat disamakan dengan sesiapa dan hanya awak saja yang boleh tahu kedudukannya itu dari mulutnya sendiri bukan dari orang lain.

Ah... saya agak saja. Saya bukannya peramal yang boleh mengagak apa yang ada dihati dia. Saya cuma boleh menduganya. Segalanya mungkin bukan...

Awak...
Sekali lagi fikirkan lah.
Fikirkan apa yang saya minta ni.
Beritahu dia semua kata hati awak walaupun saya tahu sekarang keadaan sudah terlambat kerna hati awak telah dijambang orang. Saya tak mahu setelah awak terikat kukuh pada tapak yang kuat dalam tahta sebuah cinta kelak, awak tak boleh nak ubah segala-galanya.

Awak...
Ini cinta awak... hati awak.... dan kepunyaan awak.
Saya serahkan segalanya pada awak untuk berfikir secara matang. Saya tahu awak mampu laksanakan dilema ini sebaiknya. Harus... awak harus hadapinya, tangani nya dan jangan sesekali melarikan diri dari cinta ini. Semuanya akan menjadi lebih rumit dari yang awak sangka ini. Semua akan terluka seandainya awak membiarkan ia terapung tanpa keputusan yang pasti. Awak sendiri akan sakit melewati kenangan ini nanti. Dan melihat awak sakit, adalah kesakitan saya juga.


Maafkan saya jika warkah ini melukakan awak....
Salam sayang dari seorang teman
Biarpun aku bukan sesiapa tetapi aku adalah seseorang dalam hidupmu

Wasalam
xxx



XX : Aku... sanggup berjuang demi cinta yang kumahu!


Kata-kata seseorang yang bercinta:
Kita hidup di dunia bukan untuk mencintai orang yang sempurna,
Tetapi kita hidup dunia adalah untuk mencintai seseorang dengan cara yang SEMPURNA
Jika jarak kita diibaratkan dengan 1000 langkah, engkau tak usah khuwatir....
Kau hanya perlu 1 langkah untuk menghampiriku
Kerna aku akan menempuh 999 langkah untuk menghampirimu…
Caiyokkkkkkkk............



>>> i'm crying baca warkah nih semula... :'(

from file sulit... (5)


>> memories daun pisang... hehehe ^_-

from file sulit ... (4)


from file sulit... (3)



>> hmmm... bila masa eh aku design menda nih?? dah lupo arr ... nih karya cek puan seri bulan mengambang nih.. hehehe... tepek jer la kanz?... ekekeke

Saturday, October 23, 2010

from file sulit...


>> x sangke jumpe lak artikel nih time aku godeh2 my PC ... so cam biase aku tepek arr kat c nih.. kureng2 leh wat koleksi umah gelap aku nih kanz?... hehehe... duk dediam tau kat c ni? hahaha..

Wednesday, October 20, 2010

SIULAN DERU ANGIN


Deru angin malam,
Menghempas jendela kala sunyi
Mencipta siulan nyaring,
Bagai seruling ditiupi...
Kehadirannya merungsingkan
Para insan yang masih sedar
Dari mimpi kala beradu
Khabar apakah yang dibawa oleh deru itu?
Adakah sang hujan akan membasahi bumi
Ataukah ia hanya sekadar alam
Yang berbahasa kepada penghuninya
Yang belum lena diulit mimpi

Kedinginan menyerbu ruang kamar
Dipenuhi udara malam yang dibawa deru angin,
Tubuh yang dibaluti perca
Ditusuk kedinginan malam,
Kengiluan menjalar di setiap pelusuk tubuh.

Jendela ditutupi...
Menghalang perjalanan deru angin yang nyaring,
Dengan harapan...
Tiada lagi tusukan dingin.
Namun deru angin masih nyaring kedengaran,
Melahirkan kebimbangan dan pertanyaan,
Mengapa alam berbahasa sedemikian rupa?
Apakah berita yang ingin disampaikannya
Kepada penghuni alam?
Khabar hujankah yang dibawa?
Atau siulan rindu yang dikirim oleh deru angin
Dari penghuninya yang sedang merindu....


~Akish~

>> selongkar dari file sulit! ;)

Saturday, October 09, 2010

Baby... I MISS U



Can't stay at home
when the night is calling
I got lots of friends
to join me for a drink
but there's noone there
who can stop me falling
'cos your love
is like the missing link

Oh baby I miss you
when the mem'ries creep into my mind
baby I miss you
tears of desperation make me blind
baby I miss you
'cos I left the good times way behind
baby I miss you
wanna be with you

I won't miss a chance
looking for a new love
searching for the girls
when the day is done
but I feel my heart's
looking for a true love
and I know
you're the only one

Oh baby I miss you
when the mem'ries creep into my mind
baby I miss you
tears of desperation make me blind
baby I miss you
'cos I left the good times way behind
baby I miss you
wanna be with you

Baby I miss you

And if we ever meet again
open you heart if you can

Oh baby I miss you
when the mem'ries creep into my mind
baby I miss you
tears of desperation make me blind
baby I miss you
'cos I left the good times way behind
baby I mïss you..

:: CHRIS NORMAN ::