"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Sunday, May 11, 2008

LAKSAMANA CINTA


Hadirnya bagai suatu kuasa
yang memukau segenap jiwa raga
bagai arus letrik yang mengalir
menghidupkan cerah terangi gelita
yang tak pernah ku rasa
walau dulu ada yang ku pernah suka
namun tak segairah aku memuja mu
Laksamana Cinta pengarang jantung ku
Dalam rancak senda gurau
hanya bertinta pada maya
tanpa sedar membenih sayang
berkembang mekar bunga cinta
rahsia keajaiban yang unik
membuka kunci hati
sering terbuai ke alam fantasi
hingga terbawa dalam mimpi
melakar kisah tentang kita
buat aku sering merindu dan rindu..

Kegilaan ku pada mu
bukan nyata ku buat-buat
atau sengaja berpura memuja
ia lahir dari lubuk jiwa
kerna ku tak tahu mengapa
hanya menatap potret mu
bisa buat jantungku pantas berdenyut
hati jadi lapang bahagia
dan serasa jiwa kita bagai menjadi satu

Sering kali buat aku terlupa
kita langsung tak pernah ada apa-apa
pernah ku cuba lenyapkan
semua rasa igauan yang ku alami
kerna tak mahu terus tertipu
oleh hasutan nafsu yang celaru
yang nanti buat aku rebah
sakit terluka mainan perasaan
berbicara pada halusinasi?
Tetapi, kuatnya ikatan fikiran
menarik kembali mengintai dalam rahsia
memujuk bersama yakin dan redha
segala ketentuan terletak pada Maha Pencipta!
betapa hebatnya panahan cinta mu.

Aku tahu, kau punya banyak pilihan
dan aku tahu hati mu telah kebal
dengan segala pujuk rayu dan madah cinta..
mahu pun usikan manja menggoda
dan aku juga tahu yang hati mu telah ada
jantung hati yang bertakhta..
siapakah dia yang bertuah?
dapat mendakap mu penuh erat.

Cemburukah aku?
ya.. aku memang cemburu! terlalu cemburu..
namun.. sayang, kau tak perlu risau..
rasa cemburu dan cinta ku ini,
bisa ku rawat sendiri ..
aku hanya mahu lihat kau bahagia.
Terima Kasih kerana sudi melayan bicara ku..
dan, kau tetap Laksamana Cinta ku
Lelaki Pujaan gambaran kisah yang ku lakar..
~ AS ~

Saturday, May 03, 2008

KORBAN KASIH


“Kringg…kringgg..” Telefon diruang tamu kuat berdering.
Airina yang berada didapur sekadar menjengah. Gagang diangkat ibunya, Salfiah. Airina memerhati disebalik dinding batu yang menjadi penghadang antara ruang tamu dengan ruang makan. Entah kenapa sejak tersebarnya cerita tentang ayah, dia dapat rasakan sikap ibunya banyak berubah. Begitu ganjil sekali. Sekejap ibunya bermenung, kemudian menangis…sekejap lagi nanti ibunya menjadi periang seperti selalu. Kadang-kadang kata-kata ibunya mengandungi kiasan yang sukar untuk dia mengerti. Benarkah apa yang mereka perkatakan itu?. Benarkah cerita yang dibawa oleh Pak Tua?.. Ah, orang tua itu memang suka membawa cerita sensasi mengalahkan mulut orang perempuan lagaknya.
Hati Airina rasa tak sedap, ibunya segera di hampiri dengan lebih dekat. Jelas di pendengarannya suara ibunya itu mendatar. Dia seakan dapat membaca perubahan ibunya. Mungkinkah?. Berbagai persoalan bermain difikiran Airina.
Suara ibunya semakin keras. Butiran kata-katanya jelas kedengaran menangkap cuping telinga Airina. Dan akhirnya gagang telefon, ibunya hempaskan kuat.
Kenapa?. Airina sedikit terkejut dengan tindakan ibunya. Jelas ditelinganya, ibunya seakan memarahi seseorang. Sukar untuk dia fahami maksud butiran kata-kata ibunya.
“Siapa tu bu?.. .” Dia cuba bertanya.
Salfiah memandang wajah anaknya sekilas. Hatinya benar-benar bengkak. Hatinya hancur berkecai ibarat kaca terhempas ke batu. Suara itu mula terngiang-ngiang dicuping telinganya. Pedih! hingga menusuk ke tangkai hati.
Tanpa memberi penjelasan, Salfiah berlalu masuk kedalam bilik. Pintu bilik dikunci dari dalam. Diketika ini dia perlu bersendirian. Airina memandang, makin kehairanan memikirkan perangai ibunya itu. Kenapa?.
“Kak Ngah, orang lapar..” Haikal yang berusia enam tahun menarik lengan bajunya. Kebiasaannya apabila pulang dari TABIKA akan meminta nasi.
Segera dia menarik tangan Haikal menuju kedapur. Nabila dan Farhana masih belum pulang dari sekolah. Fikiran Airina serabut memikirkan hal ibunya.
Setelah menyenduk nasi dan menceduk beberapa sudu gulai lemak pucuk paku serta mencubit sedikit ikan goreng, lantas Airina suapkan nasi ke mulut Haikal. Seronok dia melihat Haikal begitu berselera sekali menjamah nasi. Lapar sungguh adiknya ini agaknya. Dan sambil menyuap Haikal, dia juga menjamah sedikit nasi masuk kedalam perut. Namun, ketika dia hendak membawa pinggan kotor kearah sinki, kedengaran suara orang perempuan memberi salam dan memanggil di luar rumah.
Setelah mencuci tangan dia lantas bergegas ke ruang tamu. Haikal di tinggalkan bermain dengan si May, kucing kesayangan mereka sekeluarga. Langsir jendela dia selak sedikit untuk menjengah keluar siapa yang datang. Memang sudah menjadi tabiat dirinya memastikan siapa tetamu yang datang sebelum dijemput masuk kerumah. Kebetulan ayahnya pula tiada dirumah kerana mengerjakan umrah.
Disebalik tingkap dapat Airina lihat seorang wanita sebaya ibunya di halaman rumah tertinjau-tinjau. Pakaian yang di pakai perempuan itu tampak hebat. Pada perkiraan Airina wanita ini pastinya bukan sembarangan orang. Gayanya seperti orang yang berkerjaya tinggi. Berkasut tumit tinggi dan penuh bersarat dengan barang kemas ditubuhnya. Hati Airina rasa tak sedap. Jangan-jangan… ah, tak sanggup untuk dia memikirkan kemungkinan itu. Masih terngiang-ngiang kata-kata Pak Tua sehingga kini.
“Wa’alaikumsalam …” Dia menjawab. Tapi hanya disebalik jendela.
“Ini rumah Ahmad Syukrankah?” Seakan dia dapat membaca wanita itu seperti buat-buat tersenyum dan bertanya.
Airina sekadar angguk kepala. Memang benar, Ahmad Syukran adalah ayahnya. Tapi kenapa?. Apa kaitan dia dengan ayah?. Lagipun dia tak pernah melihat wanita itu sebelum ini. Entah kenapa Airina begitu mencurigai kedatangan wanita itu.
“Emak ada?.” Wanita itu bertanya lagi.
Tanpa Airina sedar kedatangan ibunya, lantas Salfiah mencuit dan segera memberi isyarat supaya Airina mengatakan yang dia tiada dirumah. Syafik adiknya yang paling bongsu dalam dakapan ibunya. Tapi, kenapa mata ibunya merah?. Ibu menangiskah?.
“Ibu tak ada kat rumah,” Dia terpaksa berbohong.
“Dia kemana?.” Suara wanita itu berubah nada keras sedikit.
“Kelas fardhu ain, kat surau depan..”
Otak Airina ligat mencipta pembohongan. Sebenarnya terus-terang dia katakan dia tak pandai berbohong. Hentam sajalah…
“Dah lama ke dia pergi?.”
“Adalah dalam lima belas minit. Mak cik ni siapa?.” Ada nada kurang puas hati dalam hati Airina.
Wanita itu diam dan memandang wajah Airina yang masih memerhatikan dirinya. Dada Airina tiba-tiba terasa berdebar-debar. Aik, kenapa pula ni dengan aku? Dia buat-buat pandang tempat lain.
“Agak-agak bila mak balik?.” Dia masih belum berpuas hati.
“Entahlah. Saya tak berapa pasti.”
“Adik kecil ada dirumah tak?. Boleh mak cik lihat dia?...” Hatinya teringin untuk melihat anak kecil Syukran yang baru dilahirkan.
“Ibu bawa sekali.”
Airina makin di serang kehairanan. Eh, apasal pula tanya adik aku ni?. Betul ke tak betul orang tua ni?. Dia mula rasa bosan dengan lagak wanita itu. Banyak tanya pula. Tadi bertanyakan ayah, lepas tu ibu. Sekarang pula adiknya Syafik. Semakin meluat pula dia. Entahlah tiba-tiba hatinya diburu rasa menyampah yang amat sangat melihat batang tubuh wanita yang berkebarung biru muda itu.
“Siapa perempuan tu bu, .. ibu kenal?.” Selepas pemergian wanita misteri itu lantas Airina segera bertanya pada Salfiah. Lama dia menanti butiran kata keluar dari bibir ibunya.
Salfiah diam menahan sebak didalam hati. Perlukah untuk aku ceritakan segalanya?. Dia menarik nafas dalam-dalam. Perasaannya ketika ini bercampur baur. Terasa jantung hatinya bagai disiat-siat belati tajam dengan kedatangan wanita itu tadi. Berani betul dia!
“Ibu, tolonglah jangan diam. Ina mahukan penjelasan. Siapa dia tu bu?. Hati Ina curiga padanya..” Airina makin tidak berpuas hati melihat keadaan ibunya masih tetap mendiamkan diri.
Salfiah mengumpul sekuat tenaga. Airina mahukan penjelasan darinya. -Ya Allah, Kau tabahkan hatiku ini. Berikanlah hamba-Mu ini kekuatan…
“Dialah perempuan itu..” Tidak mampu untuk dia melafazkan yang wanita tadi adalah madunya.
“Perempuan itu?. Ina tak faham maksud ibu.” Namun dia dapat mengagak. Tapi dia perlu penjelasan bagi memastikan andaiannya tepat!.
“Ayah... ayah Ina memang dah bernikah lagi satu. Perempuan itu isteri nombor dua ayah..” Berjujuran air mata Salfiah mengalir keluar. Madu? Perit untuk dirinya menerima hakikat yang dia bermadu sekarang. Abang, sampainya hatimu..
Tersentak jantung Airina. Bulat matanya memandang wajah ibunya. Seakan tidak mempercayai kata-kata ibunya. Takkan tergamak ayah melakukan sebegitu terhadap ibu?. Airina hampir terduduk. Jadi benarlah apa yang Pak Tua selalu perkatakan?. Tak mungkin!. Ya Allah, sampainya hati ayah..

Memang dulu dia selalu tidak senang bila Pak Tua sering memburukkan ayahnya mengatakan ayahnya telah menikah lagi satu dengan janda beranak satu. Pernah dia membidas kata-kata Pak Tua kerana dia percaya itu hanyalah pembohongan belaka. Kebetulan keluarga Pak Tua dan keluarganya pernah mengalami krisis. Semuanya berpunca daripada perasaan tidak puas hati Pak Tua pada ayah.
Salfiah mengangguk lemah mengiakan penjelasan yang baru sebentar tadi dimuntahkan. Airmatanya di seka dengan hujung baju kurungnya itu. Hati isteri mana yang tidak terluka kalau suaminya berlaku curang dan menduakan dirinya. Rupanya pernikahan Ahmad Syukran dan Arfah telah pun mencecah hampir setahun. Mereka menikah di Golok. Pada waktu pernikahan mereka berlangsung, dia di waktu itu sedang sarat mengandungkan Syafik dan menunggu hari saja untuk bersalin. Pedih hatinya bila mengenangkan kembali kejadian setahun lepas. Alangkah kejamnya mereka. Sungguh dia tidak menduga tergamak Ahmad Syukran membohongi dirinya selama ini mengatakan overtime di tempat kerja sedangkan dia sebenarnya berseronok dengan perempuan itu. Rasa terhina sungguh dirinya bila Arfah menyindir dan mengatakan dia perempuan kampung yang kolot dan tidak pandai menjaga suami. Hingga suami terlepas ke tangan orang lain.

Hancur hati Airina bila mendengar penjelasan ibunya. Segala persoalan yang menghantui jiwanya selama ini terjawab sudah. Patutlah sejak ibunya mengandung lagi, kelakuan ayahnya nampak ganjil sekali, serba tak kena. Paling ketara bila ada suara perempuan menghubunginya di rumah, mengelabah semacam dia lihat kelakuan ayahnya. Tapi dia tetap bersangka baik. Makin laju airmatanya berjujuran.
“Sampai hati kau ayah buat ibu dan kami adik-beradik begini.” Jiwanya berperang dalam diam.
“Kenapa ayah sanggup membohongi kami semua?. Kenapa ayah harus beristeri lagi sedangkan ibu masih mampu. Tidak cukupkah pengorbanan ibu selama ini melahirkan zuriat ayah yang seramai lapan orang ini.. menjaga pakai minum, sakit pening ayah!. Selama ini ibu telah banyak bekorban untuk keluarga kita. Kenapa ayah sampai hati buat ibu!. Ibu pun tidak kurang lawanya berbanding wanita itu. Lagaknya saja sudah membuatkan Ina meluat.” Namun kata-kata itu hanya mampu terlontar dalam hatinya.
Jiwanya merintih pedih. Kalaulah ayah ada ingin segera dia hamburkan apa yang terbuku dihatinya ketika ini. Biar ayahnya tahu, dia begitu amat membenci kelakuan ayahnya itu. Kebanggaannya pada ayah dah hancur lebur. Hatinya dah patah.
“Ayah penipu.. Ina benci ayah!. Kenapa ayah mesti menikah lain bu?.. kenapa?.. Ina benci. Ayah zalim!..”

Dia menangis semahu-mahunya. Kalau ayahnya Ahmad Syukran ada didepan matanya sekarang ini, ingin sekali dia memarahi ayahnya itu kerana membohongi dia dan adik-beradiknya dan paling perit melukakan hati ibu yang selama ini telah banyak berkorban wang ringgit, nyawa dan keringat.
“Jangan meninggikan suara dan bersikap kurang ajar dengan ayah, Ina.. sampai mati pun dia tetap ayah kamu. Ingat buruk-buruk pun ayah, dia tetap ayahmu.. Ibu tak mahu anak-anak ibu semua bersikap kurang ajar. Walau apa pun yang telah dia lakukan pada kita, dia tetap ayah Ina.. Ingat, darah yang mengalir dalam tubuh Ina adalah darah ayah juga..Ikatan antara anak dan ayah tak akan putus Ina.. ”
Betapa luhurnya hati ibu dalam pada hatinya terguris dek perbuatan ayah dia masih sudi memaafkan suaminya. Benarkah kata-kata ibu?. Hanya Allah sahaja mengerti akan perasaan hati wanita ibu.

Airina sukar untuk melelapkan mata. Sekejap dia berkaleh ke kiri, kemudian ke kanan. Serba tak kena dia. Puas dipujuk matanya agar terlena. Namun ternyata matanya begitu liat sekali untuk lelap.
Satu-satu peristiwa lepas menerjah diruang fikiran. Ianya berputar bagaikan wayang gambar. Kata-kata ibunya petang tadi dan segala macam peristiwa berkaitan perihal ayahnya makin ligat berputar menghantui di ruang fikirannya. Paling menyakitkan hatinya, wajah perempuan petang tadi turut sama hadir. Senyumannya, gayanya, suaranya… silih berganti seakan mentertawakan dirinya.
Ya Allah, alangkah sakitnya hati dia.. betapa payahnya dia untuk menerima hakikat orang yang dia sanjung dan hormat menghancurkan segala kepercayaan yang sekian lama terbina.



“Kejam sungguh kau ayah!. Sampai hati kau seksa hati ibu sebegitu. Kalau benarlah kau hendak beristeri lain kenapa harus menipu dan menikah senyap-senyap. Berterus-terang bukankah elok. Tidak pernahkah ayah terfikir yang kami semua masih memerlukan perhatian yang sepenuhnya darimu…”



Ligat jari tangannya menulis segala apa yang bersarang dihatinya.. Ingin dia muntahkan segala apa yang dia rasa. Makin laju dia menulis. Makin deras air matanya merembes keluar membasahi pipi.



"Buat wanita perampas itu, tidakkah kau terfikir kelakuan kau itu telah mengguris hati banyak pihak?. Tidakkah kau punya hati dan perasaan?. Sanggup kau mengguris hati kaum sejenismu. Manusia jenis apakah kau ini?. Menumpang kasih konon, kenapa tidak pada orang lain, yang dah tentu tidak banyak tanggungjawab. Mengapa mesti ayah kami?.. Kalau dulu kehidupan kami serba kekurangan.. tapi, kami sekeluarga bahagia!. Setelah ibu baru hendak merasa sedikit kesenangan, mengapa kau pula yang harus hadir? Dan, merampas kebahagian kami. Kalau dilihat dari segi kemampuan berpoligami.. ayah memang tak mampu!. Tak mampu !.. Apalah yang ada padanya yang kau tergamak rampas dia dari ibu. Sudahlah kau rampas ayah kami.. malah kau sakiti pula hati ibu dengan kata-kata kesat dari bibirmu yang lancang!.. Kau kata ibu tak pandai menjaga laki.. Orang kampung yang kolot.. itu sebab ayah mencari kau.. Dasar mulut perampas!.. memang enak berkata begitu.. Tanpa langsung memikirkan perasaan orang lain.. Sekolot-kolot ibu aku pun, ibu punya harga dan maruah diri tidak seperti engkau, yang hanya tahu merampas semua kebahagian orang. Ah, aku benci pada perempuan sepertimu. Sampai habis hayatku takkan aku mengaku kau adalah sebahagian daripada keluarga kami .. aku benci!!..”



Dia menangis semahu-mahunya. Hatinya terlalu amat sakit sekali. Diari milik peribadinya digenggam dalam dakapan kuat-kuat. Hanya diari hitam itulah satu-satunya teman setia yang mengerti akan perasaannya yang bergolak ketika ini…


“Pewitt.. perghh.. cun gila sei!.. Hai, cik adik.. dari mana hendak kemana?.”
Mata nakal Faizal tertarah pada pinggul gadis yang baru sebentar tadi melintasinya. Penampilan gadis itu nampak seksi dimatanya dengan skirt sendat atas lutut dengan gaya rambut perang ala mat saleh. Serentak itu semerbak bau haruman minyak wangi yang dipakai oleh gadis itu menerjah masuh rongga hidungnya. Hendak pergi kerja agaknya dia ni. Kalau ler aku dapat, tak keluar rumah pun tak pa. Otaknya berfikir nakal. Dia cuba menghulur senyuman pada gadis itu.
“Uhh..Tak kuasa aku!” Gadis yang tadi ditegurnya menjeling meluat. Dasar lelaki miang keladi.. buaya tembaga. Pantang tenguk perempuan dahi licin, mulalah nak menggatal. Hatinya menggerutu marah. Langkah kaki segera dia ayun laju. Lagipun bukan cita-rasanya mat-mat kilang ni. Harapkan gaya je lebih tapi pokai.
“Jual mahal lak dia.. Dik jangan jual mahal sangat. Nanti tak laku lak. Tak de sape sudi membeli..”
Sengaja suara dikuatkan untuk menyakiti hati gadis itu. Alah, lagipun gadis tersebut bukan tastenya. Langsung tidak menepati citarasa aku langsung!. Harapkan muka aje lawa tapi pakaian masyaAllah. Kalau aku bawak balik kampung kenalkan dengan mak aku mahu terpengsan orang tua tu dapat menantu macam tu. Tapi, kalau setakat nak buat main-main tu boleh ler hehehe.. gelak jahat!
“Hai, berkilat kereta kau Pezal?. Boleh ler aku pinjam hari nih.”
Aswad yang hanya bertuala menghampiri Faizal. Mulutnya menguap beberapa kali. Maklum sajalah baru bangun tidur. Semalam bergayut dengan Linda sampai ke pagi. Subuh pun hanyut layan ngantuk punya pasal.
“Kirim salam. Banyak kau punya cantik. Aku kilat sikit punya cun senang-senang aje kau nak pinjam ekk.. Tak boleh. No way man!..”
“Kedekut taik idung masin betullah kau ni Pezal. Ngan member sendiri pun nak berkira.”
“Bukan nak berkira ler kawan, hari ni aku ada date ler. Lain hari boleh.”
Dalam kepala Faizal terbayang wajah Maisarah yang cun dan gaya yang manja. Tak sangka pula dia Maisarah sudi keluar dengannya hanya setelah sekali berjumpa di gelanggang bowling.
Itulah perempuan zaman sekarang pantang diajak keluar atau ngayat sikit, habis terlentok. Faizal tersengih-sengih mengingatkan pertemuan pertama dengan Maisarah.
“Patutlah.. ada date rupanya. Siapa mangsa kau kali ni?. Setahu aku kau tu mana lekat ngan sorang. Paling lama pun seminggu.”
Aswad sempat menyindir Faizal. Maklumlah rupa ada, senang-senang budak perempuan terpikat. Bukan dia tak tahu kalau Faizal mengayat, batu yang keras tu pun boleh jadi cair. Singa yang ganas pun pun boleh tunduk menyembah diri.
“Adalah..” Faizal tersenyum mengenyit mata.
“Kau jangan memain dengan anak dara orang Pezal... Nanti dihambat mak bapaknya baru kau tahu. Tak cukup tanah kau nak lari nanti.”
“Relaks ler geng. Aku bukan buat apa-apa pun. Sekadar buat teman aku gi ronda-ronda KL jer. Pastu gi makan-makan. Tak de niat aku nak pengapakan mereka. Aku pun ada adik pompuan macam mereka. Kalau aku buat tak senonoh kat mereka, takut balanya nanti timpa kat adik aku. Mintak simpanglah benda tu jadi kat dia.”
“Ha, tahu pun kau. Cakap sikit punya bijak. Kalah Pak Imam kat masjid tuh.. Dah lah malas aku nak layan kau. Aku masuk pegi mandi lagi bagus.”
“Memang bagus pun. Patutlah dari tadi aku dah terhidu bau kambing jantan.”
“Banyak kau punya kambing jantan. Nah penumbuk berapi dari aku.”
Aswad sempat menghadiahkan sebiji penumbuk di belakang Faizal sebelum berlari masuk kedalam rumah. Faizal jatuh terduduk namun dia tidak melawan. Dia tahu Aswad sekadar bergurau. Dari dalam kedengaran gelak Aswad.


“Cuba abang beritahu saya, apa kekurangan pada diri saya?. Sampai hati abang buat saya dan anak-anak begini.. Saya dah tak sanggup!.. Kenapa tipu saya selama ini.. Kenapa?.. . Dari dulu lagi saya dah minta penjelasan. Tapi abang bohong saya. Abang suruh saya bersabar.. Abang kata semua itu hanya khabar angin. Bermati-matian abang menidakkan bila saya minta penjelasan sebenar.. Abang kata mereka sengaja membuat fitnah.. tapi, kenapa sekarang semuanya jelas!. jawablah abang… apa semua ini?”
Suara tangisan Salfiah menjadi bertambah bergema. Kepulangan Ahmad Syukran dari umrah disambut dengan suasana pilu dirumahnya.
Airina duduk di bangku halaman rumah, diam membisu. Hatinya geram, marah.. bercampur aduk. Jelas lagi peristiwa di Subang Air Port berlegar-legar di fikirannya..
“Abang, saya membawa pesan dari anak-anak untuk membawa abang pulang kerumah..”
Bayangkanlah Salfiah terpaksa menyamar untuk menjemput Ahmad Syukran di Subang Air Port… dan alangkah terlukanya hati Salfiah, tanpa segan silu perempuan yang tempohari datang kerumah mereka, terhegeh-hegeh mendapatkan suaminya.. Siap berpegangan tangan dengan erat sekali seakan tidak mahu berpisah dengan Ahmad Syukran. Mereka berdua sama-sama kelihatan begitu manja dan mesra sekali..
Segalanya telah Airina saksikan depan mata. Ayahnya pula waktu itu langsung tidak mengenali dan menyedari kehadiran ibunya.. Dan apabila ibunya mendekati ayahnya, barulah ayahnya perasan akan ibunya itu. Wajah ayahnya pucat dan serba salah. Perempuan itu tersenyum sumbing memandang. Arghh! tak sanggup lagi untuk dia ingatkan kembali akan peristiwa tadi. Makin bertambah sakit hatinya. Makin terluka perasaannya.
“Kak Long, orang dah tak tahan..” Air mata yang mengalir dibiarkan berjujuran. Hatinya bagai di tikam belati tajam mendengar tangisan Syafik dan suara mendayu ibunya didalam rumah.
“Ina, tabahkan hatimu dik.. ingat pesan ibu. Walau apa pun yang berlaku kita adik-beradik mesti bersatu.”
Zanita cuba menyabar dan menenangkan adiknya. Mujurlah dia mempunyai semangat yang kuat. Masih tabah hati dengan segala apa yang terjadi. Dia juga turut terkejut dengan apa yang telah terjadi. Memang dia tak sangka kawan perempuan yang ayahnya kenalkan padanya dua bulan yang lalu adalah ibu tirinya. Patutlah mesra semacam, rupanya ada udang disebalik batu.
Jiran-jiran sebelah menyebelah mula meninjau-ninjau apa yang telah berlaku. Ah, mereka.. memang suka mencari cerita panas untuk disampaikan dari satu mulut kesatu mulut yang lain.


“Selama ini pernahkah awak bekerja mana-mana tempat?.”
Dia menggeleng. “Tiada encik.”
Lelaki yang bertag nama Kamal terus menyelak sijil-sijil miliknya.
“Hmm.. kelulusan awak ni semuanya bagus belaka. Awak tak teringin ke nak sambung belajar?..”
“Tidak encik.” Dengan penuh confident dia terus menjawab.
“Mengapa?” Lelaki itu memandang tepat ke wajahnya.
“Saya orang susah encik. Keluarga saya ramai. Saya nak bantu meringankan beban ayah saya..” -Ah, tak salah kalau aku bohong sunat pun. Lagipun bukannya dia nak risik keluarga aku pun.. Airina tersenyum sendiri.
“Kalau saya tawarkan awak dengan gaji awal RM580.00, awak setuju?.”
Dia cuba mencongak-congak. Mata Kamal merenungnya tajam.
“RM580.00 tu belum termasuk OT dan lain-lain kemudahan..” Kamal seakan dapat membaca gerak hatinya.
“Boleh encik. Asalkan saya dapat rezeki yang halal disini.”
Kamal tersenyum senang dengan jawapan yang dia beri.
“Bolehkah awak bekerja shift?.”
“Tiada masalah Encik.” Dia menjawab tanpa ragu-ragu. Dalam hatinya berdoa moga kerja yang dipohon dapat. Perkara yang lain belakang kira.
“Bagus. Okey, kamu boleh mula masuk bekerja hari ini. Sekarang awak pergi menunggu di bilik mesyuarat sebelah sana tu untuk taklimat. Hayati, tolong bawakan Cik Airina kita ni ke bilik taklimat dan tolong panggilkan mereka yang lain masuk kedalam.”
Airina tersenyum gembira kerana temuduga yang baru di pohonnya telah berjaya. Walaupun sebagai operator sahaja di MCF, dia tetap bersyukur kepada Ilahi. Sekurang-kurangnya dia memperolehi rezeki yang halal disini. Selain itu dia boleh melupakan sebentar konflik yang melanda di jiwa dengan menyibukkan diri disini, sedikit sebanyak boleh meringankan bebanan fikiran yang semakin berat di tanggung. Kalau nanti tak serasi disini dia akan cari tempat lain.. Dia mengukir senyuman lagi.


Sedar tak sedar sudah empat bulan lebih Airina berada di kilang MCF ini. Maknanya dia sudah confirm menjadi warga MCF. Mungkin hari ini atau lusa surat confirm akan dia terima. Ramai juga kawan-kawan yang dia perolehi. Berbagai status ada.
Diantaranya adalah budak-budak cutting dan RCC. Cuma yang amat rapat dengannya hanya budak-budak cutting W/A itupun shiftnya.. terutama Azie. Shift lagi satu bukan tidak rapat tapi jarang bertegur. Kalau bertegur pun bila ada hal penting sahaja. Kalau ada apa-apa masalah berkaitan dari segi kerja atau soal remeh-temeh dia memang rajin merujuk pada Azie. Kebetulan mereka adalah sebaya dan mungkin kerana sikap prihatin Azie padanya melebihi yang lain. Buat masa ini hal peribadi, dia belum lagi meluahkan pada Azie. Mungkin belum tiba masanya untuknya berkongsi cerita.
Dalam pada dia berkhayal mengimbas detik-detik kenangan hari pertama sampai ke MCF.. hingga sampailah kehari ini, teksi yang dia naiki telah sampai dihadapan pintu masuk MCF. Kebiasaannya dia menaiki van yang disediakan oleh MCF tapi disebabkan dia ada urusan dengan Maybank, jadi terpaksalah dia naik teksi.
Selepas melunaskan bayaran tambang dia menapak kepintu kecil yang disediakan. Jam ditangan di toleh sekilas. Jarum jam menunjukkan pukul 12:00 tengah hari. Masuk kerja pukul 1: 45 petang. Maknanya sempat lagilah dia hendak makan dahulu. Lagipun perut pun sudah berbunyi minta diisi. Cepat-cepat dia menjilid kadnya.
Masalah datang pula. Kad dijilid tidak boleh beroperasi. Dia mencuba sekali lagi. Hatinya mula gelisah. Matanya meninjau kelibat pak guard yang bertugas. Tiada. Mungkin ke toilet agaknya. Dia membuat andaian. Dia mencuba lagi sekali mana tahu boleh berfungsi. Tapi hampa harapannya. Dia dah mula cemas.
“Boleh saya bantu..” Satu suara garau menegurnya.
Dia segera berpaling kebelakang untuk memastikan siapa pemilik suara itu. Seorang lelaki berkulit kuning langsat dan berkumis tipis mengukir senyuman. Rambutnya lurus pendek tanpa berminyak dan bertubuh sasa. Sebiji tahi lalat terlekat di dagu. Boleh tahan juga penampilan lelaki di hadapannya.
“Kenapa?” Lelaki itu memandang wajahnya sambil menghulurkan senyuman.
“Ni, tak mau punch pulak.” Dia sengih. Kad diunjuk kepada lelaki berkenaan. Lelaki itu mengambilnya dan cuba menjilidnya.
“Aikk..boleh pulak?.” Hairan?.
“Dah awak punched salah.. terbalik.. mana nak boleh ..” Lelaki itu tergelak kecil. Kad Airina dikembalikannya. Airina termalu sendiri. Itulah kalut sangat tadi. Sampai kad pun tersalah punch.
“Terima kasih yea..” Dia berbudi bahasa. Lelaki yang dihadapannya sekadar mengangguk kepala. Tak tunggu lama Airina beredar dari situ.
“Awak, nanti sekejap.” Langkah Airina terhenti.
Lelaki itu pandang dia atas bawah. Kenapa?. Dia rasa cuak. Terasa tajam renungan lelaki itu memanah anak matanya. Airina menahan debaran didada.
“Siapa nama awak?”
Laa…buat suspen jer.. aku ingatkan apa tadi.. Dia tergelak didalam hati.
“Intan Airina..” Kemudian mengukir senyuman.
“Saya Faizal dari QC department..” Lelaki itu memperkenalkan dirinya.
“Awak ni orang baru ya?” Matanya merenung tajam lagi ke wajah milik Airina.
Airina angguk kepala dan merasa semakin tidak selesa. Dia mula menapak. Faizal cepat-cepat mengekori.
“Patutlah saya tak pernah nampak muka awak. Awak kerja dibahagian mana?. Rasa saya awak bukan budak plan satu kan?. Selalu juga saya datang check sample kat sana tapi tak pernah lihat muka awak pun..”
Faizal menggaru kepalanya yang tidak gatal. Beruntung pula hari ini dia datang awal, selalunya jangan haraplah dia nak sampai awal ketempat kerja. Paling awal pun, lagi lima minit nak masuk kerja baru dia tercongok kat tempat parking. Tak sangka pula dia, pertukaran shif dengan Borhan hari ini kerana Borhan bercuti isterinya bersalin dikampung telah menemukan dia dengan gadis yang sungguh manis. Dah rezeki..
“Saya bahagian cutting W/A plan tiga. Awak ni check sample ke memerhatikan orang?.” Airina cuba menyindirnya. Ah, lelaki memang pantang…
“Dua-dua sekali..” Faizal sengih terasa diri disindir.
“Okeylah, jumpa lagi.” Sebelum berlalu Faizal sempat menghadiahkan sebuah senyuman menggoda dan mengisyaratkan bahawa mereka akan berjumpa lagi.
Airina sekadar menjeling melihat reaksi Faizal. Kakinya diatur ke kantin, ternyata ramai orang disitu. Niat hati nak membeli makanan terbantut. Dia terus melangkah ke fitting room untuk menyalin pakaian kerja. Ingatan pada Faizal kembali menerpa. Arghh… lupakan!


Airina terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana kesihatan ayahnya semakin tenat. Demamnya belum surut. Darah tinggi ayahnya bertambah naik. Mungkin agaknya kerana tekanan yang melanda jiwa ayahnya itu.. Entahlah dia pun tidak pasti dengan itu. Melihatkan keadaan ayahnya hati Airina rasa begitu pilu sekali.
Airina memerhati ibunya yang setia sentiasa menemani disisi suaminya. Makan minumnya tak dihiraukan asalkan suaminya itu mendapat layanan yang secukupnya. Sungguh murni hatimu ibu… Kalaulah aku seperti ibu, aku mungkin tidak mampu melakukannya sebaik ibu. Air matanya mengalir sebak.
“Kringg..kringg..kringgg..”
Telefon diruang tamu nyaring berbunyi. Belum sempat dia berlari mengangkatnya, terlebih dulu ibunya itu mencapainya. Dia kembali kesisi ayahnya dengan membawa bubur nasi untuk makanan ayahnya. Namun cuping telinganya kuat menangkap suara ibunya
“Awak tahu tak dia sakit sekarang ni. Dia tak boleh nak bersuara! .”
Suara ibunya yang pada mulanya lembut bertukar menjadi keras. Apa dah jadi?. Dia tertanya sendiri.
“Awak kata saya pembohong!. Apa yang saya dapat kerana membohongi awak?..”
Semakin keras suara Salfiah. Airina toleh ibunya, ayah pula gelisah dia perhatikan, mungkin ayahnya dapat mengagak siapa yang membuat panggilan kerumah mereka. Siapa lagi kalau bukan wanita perampas itu!.
“Tahu pun awak.. Kalau awak dah tahu kenapa sarang tebuan dijolok. Dari dulu lagi saya dah beritahu awak, saya tak suka!. Tak puas lagikah hati awak?. Awak ni tak faham bahasa ke?… Dia sakit! tak boleh nak bercakap dengan awak… Sudah! saya tak mahu mendengar bebelan awak yang mengarut itu….Terpulanglah awak nak kata apa pada saya dan anak-anak saya. Suka hati awaklah nak bawa kes ini ke mahkamah atau mana-mana awak suka. Apa yang saya nak beritahu disini dia sedang sakit dan tak boleh nak bercakap dengan awak atau sesiapa pun. Dan, tolong jangan ganggu kami anak beranak lagi.. Klik! .” Salfiah mendengus marah. Tak habis-habis menganggu ketenteraman rumahtangganya. Sakit pula hatinya dibuatnya.
Airina terkejut mendengar gagang dihempas kuat oleh ibunya. Ada air jernih jelas kelihatan bertakung dimata ibunya. Dan dia dapat membaca hati ibunya itu benar-benar terluka. Walaupun dia tidak mengetahui apa yang mereka bualkan tapi dia dapat mengagak ia berkenaan ayah.
Ah, perempuan tak tahu malu. Tak habis-habis menganggu hidup kami. Kebencian Airina makin bertambah. Kalaulah dia tahu wanita itu yang membuat panggilan tadi pastinya akan dia hamburkan segala yang bersarang dihati. Entah kenapa bila saja nama itu terpancar kat screen otaknya, secara automatik kebenciannya makin membuak-buak dan dendamnya makin membara..


Dia mundar-mandir di wad rawatan kecemasan. Lewat petang tadi dia dan ibunya menghantar ayahnya ke hospital dengan meminta pertolongan Pak Cik Hashim, kerana sakit ayahnya makin tenat. Pak Cik Hashim adalah sahabat baik ayahnya .
“Sabarlah Ina.. ayah tak apa-apa tu…berdoalah semoga ayah Ina selamat.” Hashim cuba menenangkan perasaan Airina.
“Ibu, bagaimana dengan ayah bu…” Segera Airina berlari mendapatkan Salfiah yang melangkah lemah kearah mereka berdua.
“Ayah terpaksa ditahan. Doktor kata darah tingginya makin naik, demam ayah makin kuat.” Wajah Salfiah sungul. “ Ina ikut Pak Cik Hashim balik yea.. Biar ibu temankan ayah disini. Jaga adik-adik kat rumah.. ”
Airina sekadar mengangguk. Tapi, hatinya begitu berat sekali untuk menuruti kemahuan ibunya. Dan sebenarnya kasih sayangnya pada ayah masih utuh. Tak sampai hati rasanya untuk meninggalkan ayahnya sebegitu.
“Ayah, cepatlah sembuh. Ina dan adik-beradik masih memerlukan ayah…Ya Allah Kau selamatkan ayahku. Kau redakanlah kesakitan yang ditanggungnya.. Kau kembalikan ayahku dalam keadaan yang selamat… Kau ampunkanlah dosa-dosa ayah kami.. Dosa-dosa kami sekeluarga.. Kau sembuhkanlah kesakitan yang dia deritai.. ” Tangannya mula menadah doa kehadrat Ilahi..

Sudah sebulan ayahnya Ahmad Syukran sembuh dari sakit. Ayahnya sudah kembali semula membuat kerja-kerja yang selalu menjadi rutin hariannya. Cuma ayahnya sering balik lewat kerana kesibukan tugas.. Entahlah sama ada benar atau tidak, hanya ayahnya saja yang tahu. Malas Airina hendak ambil pusing. Hubungan dia dengan ayahnya juga sudah semakin hambar. Namun dia tetap menghormati ayahnya sebagai ayah yang selama ini telah banyak menabur budi membesarkannya dan kasih sayang terhadap ayahnya tak pernah surut walau kebencian sering tertanam diam di dalam jiwa.
Adik-beradiknya yang lain semua sudah dapat menerima suratan Ilahi. Namun, Airina tahu di hati mereka juga sama seperti dirinya.. Menerima dalam terpaksa. Hanya Haikal dan Syafik belum mengerti apa-apa. Ibu pula lebih senang berdiam diri. Riak wajahnya sahaja nampak bahagia. Tapi Airina tahu ibunya memendam rasa terlukanya diatas apa yang berlaku demi kebahagian anak-anak. Kadang jelas kelihatan kelopak mata ibu bertakung dek menahan air mata dari jatuh berjurai… tabahnya hatimu wahai ibu..
Bagi diri Airina pula lebih senang mengambil kerja lebih masa disini. Sekurang-kurangnya dapat juga hilangkan sedikit kekusutan yang melanda jiwa. Biarlah badannya letih. Asal, kalau itu dapat melegakan otaknya daripada memikirkan perkara yang bukan-bukan.

“Hai!.”
Telinga Airina menangkap suara seseorang. Lamunannya terhenti serta-merta dan sememangnya dia amat mengenali suara itu, lelaki yang menolong Airina tempoh hari. Macam tak percaya je. Faizal boleh datang mencari dirinya sampai di sini!.
Sejak seminggu dua ni makin kerap pula Faizal merayau kawasan plan tiga. Pulak tu boleh main passing nombor handphone. Paham benar, hendak suruh call ler tu.. Hakimi budak ware house menjadi posmen tidak bergaji. Asal jumpa je mukanya, ada je kata-kata yang nak mengenakan dirinya. Tak pun ayat indah tentang Faizal diceritakannya. Faizal kirim salam rindu le, Faizal ngingau malam tadi sebut nama kau .. Faizal tu nampak jer playboy tapi baik hati, Faizal tu itulah.. inilah.. Dan macam-macam lagilah. Letih dia dibuatnya. Macamlah Faizal tu aje lelaki yang terbaik kat MCF ni. Kadang tersenyum sendiri dia melihat gelagat mereka. Macam-macam hal. Tapi seronok juga macam tak percaya juga dalam diam-diam ada juga dia peminat misteri. Kalah Siti Nurhaliza penyanyi pujaannya. Aceceh.. tersyok sendirilah pulak dia. Arghh.. deletekan dalam otak aku!
“Elo.. elo.. testing 123..”
Suara Faizal menerjah lagi masuk kedalam gegendang telinganya. Sengaja dia pura-pura tidak mendengar. Tangannya ligat membuang kepingan foil yang reject. Risau dihatinya kalau nanti dilihat Puan Rihan, chief supervisor bahagian cutting yang dia bersembang dengan Faizal.. Angin perempuan tu bukan boleh dijangka. Tak pasal-pasal kena ceramah nanti. Kalau ceramah yang menyedapkan halwa telinganya tak apalah. Ini tak, ceramah yang boleh mencairkan tahi telinganya dan mungkin akan menaikkan suhu kepanasannya. Buat naya je!.
“Tok..tok.” Bunyi benda di ketuk.
Airina tetap diam. Tiada respon hendak menoleh. Faizal mencari akal.
“Makk.. air ni elok tak?.. Tanto tak berapa pasti… mungkin ada bakteria.. elokk sayang.” Faizal mengajuk suara dalam salah satu siri animasi kartun Tarzan yang telah di alih bahasa.
Hampir hendak terburai gelak Airina bila Faizal buat suara ala chipmunk dan siap buat memek muka lagi. Namun cuba ditahannya agar tawanya tidak pecah berderai. Dia tetap melakukan kerjanya tanpa menghiraukan Faizal.
Faizal mula mencangkung mengadap kearah Airina. Kedua tangannya menongkat dagu. Matanya pula melirik manja kearahnya. Mungkin umpan kali ini menjadi.
“Intann.. cakaplah ngan abang, tak kesian ke dengan abang nih cakap sorang-sorang nih.. dah cam beruk mak yeh jer nih.. Intan sayangg.. ” Suaranya lembut menggoda.
“Awak ni dah tak sehat ke?.” Dia memandang tepat kewajah Faizal. Berdebar pula jantungnya bila Faizal berkeadaan begitu. Kalau tak kuat iman boleh tergoda dibuatnya.
“ Yes, berjaya!. Hah, baru bersuara ekk.. ingatkan dah tak de suara tadi.. Sombongnya dia..” Faizal sengih.
“Saya memang tak sehat hari ni.. nape Ina nak tolong ubatkan saya ke?.”
Airina segera menjeling tajam. “ Tak ada kerjanya saya.. banyak kerja lain yang boleh saya buat..”
Makin melebar senyuman Faizal..“Kenapa Ina tak call saya semalam?. Saya tunggu tau panggilan Ina. Sampai tak boleh tidur saya dibuatnya.. Mazlan tak pass nombor phone saya pada Ina ke?.”
Dia senyum dan cuba melarikan pandangan mata Faizal dari terus menerus memandang wajahnya. Bukan apa.. bahaya beb!. Takut terjatuh, nanti parah pula dia dibuatnya.
“Err… ada.. semalam saya sibuk sangat tak sempat nak call awak.”
Airina cuba mencipta alasan. Sebenarnya semalam dia bukannya sibuk sangat. Ada juga tergerak hatinya nak buat panggilan pada Faizal, belum habis nombor phone mamat tu di tekan.. ganggang telefon lantas di letak semula. Entah kenapa terasa segan pula. Merona malu dia dibuatnya.
“Sibuk?.. Setahu saya Ina balik awalkan semalam.? saya nampak.. tipu saya ekk..”
Aik, dia ni mata-mata gelap ke apa. Tau aje aku balik awal atau tidak. Entah-entah ni mesti kerja si Hakimi. Agaknya apa yang aku buat dalam satu hari dicanangnya pada Faizal. Memang nak kena budak tu..
“Maksud saya, sibuk ngan kerja kat rumah ler.. memasak, membasuh, mengemas..err, ada gak nak call awak semalam, tapi dah lewat sangat.. tentu awak pun dah tidur… nantilah bila saya free saya calling awak ok..” Airina cuba memberi jaminan.
“Ina ni kerja mengalahkan orang yang dah berumahtangga.. Bertuahlah kalau dapat orang rumah macam Ina ni. Macam ni lah… bak no handphone Ina kat saya..”
“Maaflah awak.. saya tak pakai handphone..” Airina sengih.
“Ok, Ina bagi nombor phone rumah, biar saya jer yang call rumah Ina..”
“Err.. tak payah lah ya, bila saya senang nanti, saya telefon awak ekk..”
Bukannya apa, dia takut dimarah ibunya bila ada orang lelaki yang ibunya tidak kenali menghubunginya nanti dirumah. Tak pasal-pasal dikatakan gatal pula. Sukar untuk dia fahami emosi ibu dua tiga menjak ni.
“Tak pun susah-susah sangat awak call aje saya kat kilang.. tapi pastikan waktu tu saya sedang rehat. Waktu kerja memang saya tak layan panggilan.. kecuali kecemasan.”
Faizal tersenyum. “Ina takut emak marah ekk..”
Airina membalas senyum dan angguk kepala. “Lebih kurang begitu ler..”
“Ehem.. hemm!.”
Erkk, .. tekak siapa pula yang gatal tu. Airina menoleh sekilas. Hakimi sengih cam kerang busuk disebalik tirai pintu ware house. Faizal pula senyum apa tah. Ahh, sudah. Teruk ler nanti aku dikerjakan oleh si Hakimi ni. Tak tunggu lama dia pantas tarik troli masuk kedalam sebelum telinganya ini nanti berasap dikenakan cukup-cukup oleh Hakimi. Gelak ketawa mereka berlalu bersama langkah yang diatur. Dalam hati, hanya Tuhan saja yang tahu. Lantaklah mereka.. malas nak pikir. Suka hati korang ler nak ngumpat apa!.


Airina melempar wajah ke tengah lautan samudera luas terbentang. Ada rasa kelegaan bila dirinya memandang ke dada laut. Segala tumpuannya berpusat di situ. Sampai saja tadi disini, Azie dan kawan-kawannya yang lain sudah lama menghilang dalam lautan manusia di tepi pantai Port Dickson. Dia pula kurang suka mandi laut. Tapi suka datang kepantai tenguk ombak dan dia juga paling suka dengar suara ombak..
“Wahai ombak, kiranya kau tahu apa yang aku rasa ketika ini.. kabarkanlah pada ku apa yang harus aku lakukan. Mengapa harus perasaan ini bertandang tika aku masih lagi membenci mereka. Aku memang kasih pada mereka… tapi dalam masa yang sama aku turut membenci mereka… benci tapi rindu.. Mengapa?. Haruskah aku terima dia? Haruskah aku hindar dari ia terus datang bertamu dihati... Perlukah aku menerima kasih yang makin hari makin mekar didalam jiwa.. Benarkah perasaannya sama seperti aku?.. atau mungkinkah sekadar aku yang bermain dengan perasaan?.. akukah yang berilusi?.. atau dia sekadar mengusik jiwa ku.. mungkinkah aku yang terlalu berperasaan jauh?.. Berikanlah penjelasan padaku agar hatiku tidak akan terluka.. Wahai ombak, kalaulah kau mengerti..”
“Hai, menung jauh nampak?. Sampai saya berdiri kat sebelah pun awak tak perasaan..” Satu suara garau menegurnya. Dekat ditelinganya. Dia segera berpaling.
“Faizal.. Terkejut saya. Err..emm..duduklah.” Dia nih pakai magik apa?.. cam tau-tau jer...
Matanya memerhati sekitar sekelilingnya. Takut ada mata-mata yang memandang curiga. Maklumlah bebudak cutting W/A plan satu ni suka menyebar gossip panas kat dalam kilang. Takut dirinya nanti dijadikan bahan gossip mereka pula, bila terpandang dia berduaan dengan Faizal.
“Apa yang Ina menungkan tu?. Boleh saya tahu.”
Faizal mula mengambil tempat untuk duduk. Sengaja dia duduk rapat sikit dengan Airina. Romantik pula duduk berdua begini sambil melempar pandang kearah laut. Sesekali ditiup bayu laut.
“Tak ada apa-apalah. Sekadar melihat gelagat orang...” Airina cuba mengukir senyuman. Tidak perlu untuk dia beritahu pada Faizal apa yang bermain difikirannya.
“Awak tak pergi berenang kat laut ke?” Matanya sempat menjeling susuk tubuh Faizal yang masih lagi belum bertukar pakaian mandi. Terasa smart pula pada pandangannya. Walau hanya berT’shirt pendek putih berlogo Hard Rock Cafe dan berseluar jean’s warna gelap. Baju T’shirt dibiarkan keluar.
“Malaslah, lagi pun saya bukan gemar sangat mandi laut ni. Kulit nih sensitif!.. karang naik gatal-gatal badan.. “ Faizal sengih tayang gigi.
“Elehh.. tak mandi laut pun dah gatal miang..” Airina juih bibir. Membulat mata Faizal bila disindir begitu. kemudian mengukir senyum.
“Tapi saya suka air terjun tau..” Faizal kenyit mata.
“Habis tu mengapa ikut rombongan mereka?.”
“Saja suka-suka. Lagipun dah lama tak join member-member berkelah. Selebihnya cuci mata.” Faizal sengih lagi.
“Oo.. datang ni sebab memberlah ye..”
“Tak juga. Mula asal memang malas nak pergi, entah macam mana teringin pula rasa nak pergi. Alih-alih bagi nama, nama Ina pun ada. Tu yang makin bersemangat lagi nak pergi.” Dia sengih.
Teringat peristiwa semalam. Bermatian dia menolak bila Hakimi mengajak bersama ke PD. Bila diberitahu oleh Hakimi yang Airina join sekali. Dengan muka tak malu dia ingin turut serta.
“Ada ke pulak kesitu dia.” Airina berkerut.
Teringat pagi tadi sewaktu didalam bas memang ada dia dengar suara kecoh-kecoh budak lelaki dibelakang. Dia tak ambil pusing. Entah apa yang mereka bisingkan dia pun tak tahu. Malas nak layan, walkman dia sumbat di telinga. Azie di sebelah pula sedang layan majalah wanita. Entah macam mana tiba-tiba matanya terpanah pada susuk tubuh Faizal yang mula hendak masuk kedalam perut bas. Matanya membulat. Terkejut. Eh, biar betul mamat ni?. Faizal menghadiahkan senyuman padanya. Dia perasan Hakimi and the geng tersengih-sengih dibelakang. Kata-kata mereka sukar ditangkap dan kurang jelas kerana nyanyian Siti Nurhaliza “Purnama Merindu” sedang berdendang kuat dilubang telinganya.. Dalam perjalanan jiwanya mulai resah. Entah apa perasaan yang dia rasa, dia sendiri pun tak tahu.
“Betul. Terus bersemangat saya nak kesini..”
“Yelah tu..”
Dah tak kuasa dia nak melayan. Takut nanti makin meleret pula sembangnya. Bukan dia tak tahu Faizal, dah ramai kawan-kawannya bercerita. Maklumlah ada rupa ada gaya. Bab mengayat boleh tahan juga. Dan mungkin dia juga diantara yang bakal menjadi mangsanya. Entahlah… malas nak fikir. Deletekan!
“Ina.. awak lapar tak?. Jom kita gi kat gerai sana. Saya belanja nak?.”
“Ok, boleh juga.. perut saya pun dah nyanyi ni. Sebentar, saya nak beritahu kat Azie. Takut nanti dia tercari-cari saya pula.”
“Ermm.. okey.”
Lengguk Airina di perhati Faizal dengan ekor mata.
“Ok, dah..jomm. Hey, apasal pandang Ina macam tu..” Dia kurang senang dengan cara Faizal memandangnya. Kalah sang singa nak menerkam mangsa..
“Err.. tak de apa-apa..” Faizal termalu sendiri.
Airina tersenyum cuma. Sebenarnya dia juga berdebar. Tiba-tiba matanya terpandang kelibat Suzie dan Alia. Berderau juga jantungnya bila melihat wajah mencuka Suzie. Dari dalam bas lagi dia dah perasan Suzie tidak menyenangi kehadirannya. Lebih-lebih lagi bila mereka didalam bas rajin menyakat dia dan Faizal tanpa henti. Jelingan Suzie sudah cukup membuktikan betapa bencinya Suzie pada dirinya. Entahlah.. dia tidak tahu dimana silap dirinya hingga sebegitu perlakuan Suzie terhadapnya.

Sepasang anak mata memerhati langkah Airina dan Faizal meninggalkan pantai menuju ke gerai makan yang berdekatan. Hatinya dihambat perasan cemburu. Kebenciannya pada gadis itu makin meluap-luap. Faizal pun kemain miang keladinya.
“Kau lihat tu Lia. Menyampahnya aku!. Tergedik-gedik dengan Faizal. Tak senonoh betul.” Suzie menjeling meluat.
“Hish, kau ni Sue. Biarkanlah.. Kau ni cemburu ke?.”
“Memanglah aku cemburu. Dah boyfriend aku orang sambar. Kalau dulu sebelum perempuan tu datang, Faizal tu bukan main baik dengan aku. Apa aku minta semua dapat. Tapi sekarang bila minah tu ada, nak tenguk senyuman dia sikit punya payah bila aku tegur. Minta tolong lagilah payah. Menyampah aku!.”
Suzie menggetap bibir geram. Semenjak kehadiran Airina, popularitinya dikilang MCF mula berkurang. Sana sini orang menyebut nama Airina. Semuanya indah aje tentang Airina. Bosan betul dia. Macamlah Airina tu puteri raja yang turun dari kayangan.
“Eh, bila masa pulak Faizal tu sain borang jadi pak we kau?.”
Alia tersenyum sumbing. Malas nak melayan sangat kerenah Suzie. Buat sakit kepala otak aje. Kalau bercakap entah betul entah tidak. Dalam sepuluh satu je boleh percaya.. itupun masih samar-samar lagi. Bukan dia tak kenal siapa Airina. Kalau nak dibandingkan dengan si Suzie memang jauh sungguh. Lagi pun Si Faizal tu jenis suka berkawan ramai. Setakat ayat mengayat Faizal tu dia pun dah lali. Maklumlah Si Faizal tu makhluk pencinta wanita.
“Alah, kau ni..” Suzie tarik muka masam. Matanya masih lagi memerhati kelibat Airina dan Faizal yang sudah menjamu selera di salah satu gerai makanan.
“Eh, kau nak kemana pulak tu?”
“Mandi. Panas lak aku duduk lama-lama kat sini.” Sebenarnya dia malas nak mendengar Suzie membebel. Bukannya dapat pahala. Bertambah lagi dosanya adalah.
“Weii, Alia.. Aku belum habis cakap lagi ni!.” Suzie membentak geram. Alia sekadar melambai tangan di gigi pantai.
“Tak guna betullah budak ni..”
Sakit hatinya diperlakukan begitu oleh Alia. Makin bertambah sakit hatinya pula melihat kemesraan Airina dan Faizal bergelak ketawa didalam gerai.

“Hai.. tak pelawa aku sekali ke?.”
Suzie senyum menggoda memandang Faizal. Tanpa dipelawa duduk, dia menarik kerusi yang kosong rapat bersentuhan dengan Faizal. Matanya sempat menjeling tajam kearah Airina.
Airina pura-pura tidak mengerti. Sisa minuman cepat-cepat dia habiskan.
“Hish, apa ni Sue. Rimaslah.”
Faizal sedikit terkejut dengan tingkah laku Suzie. Dah buang tebiat agaknya minah sorang ni. Dia menelan air liur bila Airina menguntum senyuman. Sukar untuk dia tafsir maksud senyuman Airina.
“Ala.. selalu tu tak rimas pun bila kita pegang-pegang dia..”
Suzie melirik manja. Sengaja suaranya di lembutkan untuk menggoda Faizal. Tangan Faizal di ramas perlahan. Rasa puas hatinya berbuat begitu. Kalau itu boleh menyakiti hati Airina.
“Apa ni Sue. Malulah sikit. Semua orang pandang kita.”
Wajah Faizal merah padam menahan malu dan marah. Segera di tepis tangan Suzie. Malu di perhatikan oleh orang sekeliling. Marah dengan sikap Suzie yang kurang bersopan. Lebih-lebih lagi dihadapan Airina. Memang dah kena rasuk setan budak nih!
“Mentang-mentanglah dapat awek baru. Kita yang lama ni terus dibuang.. Habis madu sepah dibuang.. Sue rindukan sayang. Lama kita tak berduaan begini. Baru hari ni Sue dapat peluang...” Makin erat jari-jemari Suzie menggengam hujung jari Faizal, kemudian menguis pula kolar baju Faizal.
“Apa ni Suzie?.. Eeii.. rimas aku ler..”
Geli-geleman Faizal bila Suzie melakukan sebegitu. Makin merah mukanya bila Airina makin tersenyum memandangnya.
“Oklah Faizal. Saya pergi dulu. Terima kasih kerana belanja Saya. Lagi pula tak selesa pula rasanya mengganggu korang berdua kan?.” Jangan risau ler Suzie aku ngan mamat nih tak ada apa-apa. Minta maaflah kalau aku nak cemburukan kau. Gelihatinya melihat gelagat Suzie yang beraksi manja dengan Faizal.
“Airina, nanti..”
Belum sempat Faizal menghalang, tangannya telah erat di pegang Suzie. Airina melangkah pantas menuju ke pantai tanpa menoleh kebelakang. Memang dia dah agak Suzie akan bertindak begitu. Biarlah.. malas dia nak ambil pusing. Dan yang paling penting dia tidak mahu memusuhi sesiapa..
“Apa ni Suzie. Kau ni dah tak siuman ke? Merepek yang bukan-bukan..”.
Sakit pula hatinya dengan perangai Suzie. Kalau ya pun nak berlakon bukan ini masanya. Baru saja dia ingin bertanya tentang keluarga Airina. Kehadiran Suzie, menghancurkan segala. Mungkin Airina sudah tersalah anggapan padanya.
“Baru puas hati aku. Kau tahu tak sakit hati aku ni. Kau tu kemain lagi aku tenguk.. dasar lelaki miang keladi.. ” Suzie merenggus geram. Dia senyum puas memandang bayang Airina lesap. Namun lengan Faizal tidak dilepaskan.
“Hei, perempuan..” Mahu rasanya mulut Faizal maki hamun Suzie. Tapi bukan sifatnya sebagai lelaki menyumpah seranah orang lebih-lebih lagi kaum wanita. Dia cuba mengawal api kemarahannya.
“Lepaskan aku ler. Eii, nasib baik ramai orang kat sini. Kalau tak dah makan penampar dah kau!.”
“Ala.. janganlah marah sayang...” Suzie mula mengendurkan suaranya. Cuba melembutkan hati Faizal.
“Sebenarnya aku nak balas dendam aje kat dia..”
“Sudahlah.. kau ni betullah busuk hati punya orang..”
Dengan kasar tangan Suzie ditepis bila saja gadis itu mahu memegang bahunya. Tak tunggu lama dia menuruti langkah Airina. Harap-harap gadis itu tidak terasa hati dengan apa yang telah terjadi.

“Err.. saya minta maaf atas kejadian tadi…” Faizal cuba mengumpul kata-kata yang sesuai. Bimbang dihatinya Airina tidak mahu lagi berkawan dengannya selepas peristiwa tadi. Bagai nak gila dia tadi mencari Airina. Rupanya Airina bersendirian memeluk tubuh dibalik pokok besar yang akarnya berjuntai kebumi.
“Tak ada apa yang perlu dimaafkan Faizal. Lagipun awak tak melakukan apa kesalahan pun pada saya..”
Airina menguntum senyum. Gelihati juga dia lihat perubahan wajah Faizal yang kelihatan resah. Tak sangka pula dia, Faizal dapat mencari dia di sini. Ilmu apalah mamat ni pakai?. Memang sengaja dia mencari tempat yang sedikit terlindung dari orang ramai. Lagipun disini tempatnya redup sedikit dan sesekali angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Memberikan ketenangan yang abadi padanya.
“Ina tak marah?” Faizal ingin menduga.
Airina geleng kepala. “Nak marah apa. Tiada apa yang boleh mengundang kemarahan saya..” Kemudian dia tergelak kecil.
“Saya takut Ina tersinggung dengan saya.. Suzie tu memang dah gila agaknya..”
“Dahlah.. saya dah lupakan.” Airina tak mahu membangkitkan peristiwa tadi.
Lama mereka terdiam memerhatikan gelagat orang ramai yang berpusu-pusu membanjiri pantai PD. Dan selebihnya, masing-masing melayan perasaan sendiri.
“Boleh saya tanya sesuatu..” Setelah agak lama berdiam diri Airina mula bersuara.
“Tanyalah..”
“Awak dan Suzie ada apa-apa hubungan ke?.” Airina toleh sekilas wajah Faizal.
“Maksud Ina?.” Faizal pandang tepat kedalam anak mata Airina. Sukar untuk mencari makna kata-kata Airina.
Airina mengukir senyuman. Kemudian merapatkan kedua-dua jari telunjuknya.
“Couple?.”
Airina angguk kepala.
“Tak adalah.. entah angin apa tah dia hari ni.. memang gila..” Faizal mendengus marah. Patahkan mood dia ajelah..
“Tak baik tau kata dia begitu.. dia pun insan biasa.. ada hati dan perasaan macam orang lain..”
“Betul apa. Orang gila aje yang buat perangai macam tu. Kalau orang yang normal dia ada perasaan malu..” Sedikit keras nada suara Faizal.
“Mungkin dia cemburu kot dengan kita.. Sudahlah.. lupakan ajelah pasal tadi tu..”
“Kenapa Ina tanya begitu?.”
“Tanya apa?.” Airina kurang mengerti.
“Suzie dan saya..”
“Ohh.. Tak ada apa. Sekadar bertanya saja.. kenapa tak boleh ke?.” Airina menjeling manja sambil diiringi dengan sebuah senyuman.
“Itulah yang saya tak lalu tu..”
“Pulakk.. kenapa?”
“Senyuman Ina tu.. bikin hati saya tak menentu… dag dig dug.. saya suka lihat Ina tersenyum.. lawa tau.” Sebuah senyuman nakal terbit diwajah Faizal.
“Ada-ada ajelah Faizal ni.. Nak membodek.. Oklah, Azie dah panggil saya tu.. thanks, kerana sudi belanja dan berbual-bual dengan saya..”
“Ok, kalau Ina nak.. kita boleh bual lebih lama lagi daripada ini..” Faizal kenyit mata.
Airina cepat-cepat ingin berlalu. Hakimi dan gengnya sudah mula menapak kearah mereka. Kalau makin tercegat kat sini alamat masak telinga dia di sorak mereka semua. Bukan boleh percaya sangat dengan mereka tu..
“Intan Airina..” Airina segera berpaling kearah Faizal sebelum melangkah pergi.
“Dengarlah suara ombak.. sekuat mana dia menghempas pantai.. sebegitulah kuatnya debaran hati saya pada awak.. sekuat itulah juga ingatan saya pada awak..” Faizal kenyit mata kemudian ukir senyuman paling menawan.
Airina ketawa. Sempat lagi tu keluar ayat nak mengayat dia tu..
“Malas arr saya nak dengar suara ombak tu.. baik saya dengar suara air terjun.. sejuk dan menyamankan.. hilang segala sakit gatal yang ada.. “ Giliran Airina pula kenyit mata dan ukir senyuman.. Bulat mata Faizal memandang. Kemudian mereka sama-sama ketawa.



“Nah, ada orang bagi...” Rozinah menghulurkan kotak kecil berwarna kuning kepada Airina yang hendak melangkah keluar dari surau. Lega sikit mata Airina dapat lelap sekejap. Kalau tidak pagi tadi asyik tersenguk-senguk dia menarik foil. Sepatutnya dia shift petang. Tapi disebabkan Kak Sarsibah bercuti. Terpaksalah dia menggantikan tempatnya.
“Apa pula ni. Siapa bagi?” Kotak kecil itu di amati oleh Airina. Ada rasa kurang senang di hatinya. Dia mengekori langkah Rozinah masuk kebilik fitting room.
“Entah.. Kak Tiny bagi tadi. Dia cari kau tapi tak jumpa. Dah tu dia bagi benda ni kat aku. Dia kata ada orang bagi untuk hadiah hari jadi kau.”
“Siapa ekk..” Airina ragu-ragu.
“Kau cubalah buka. Tenguk siapa yang kasi..”
“Hish, tak berani lak aku Rozi..”
“Kalau kau tak berani biar aku aje yang tolong bukakan..” Rozinah tersengih.
“Tak pa.. tak pa..” Dengan pantas tangan Airina mengoyak pembalut yang membaluti hadiah itu dengan berhati-hati. Dia terkejut melihat sepasang subang emas. Hatinya berdebar-debar.
“Wow!.. mesti orang ni syok habis kat kau Ina..” Mata Rozinah terpukau melihat cahaya emas berkilau. Subang emas!
Airina cepat-cepat membuka kad kecil yang terselit disitu..
Dariku untukmu..
“Semoga hari lahirmu memberi kebahagian buat mu..SELAMAT HARI LAHIR..” Ikhlas dari, Abang Zack..

Jantung Airina seakan berhenti berdegub. Biar benar abang Zack ni. Dia terduduk. Sukar untuk dia mempercayai yang driver bas kilang memberi hadiah sebegini mahal padanya. Apa motif dia sebenarnya?. Bagaimana dia tahu hari ini hari jadi aku?..
“Wah, bertuah kau Ina.. mahal tau subang ni.. emas 916 lagi tu.. sapa yang kasi?.” Mata Rozinah galak membelek subang emas berbatu putih tiga. “Bak sini kad tu.” Makin terlopong mulut Rozinah bila membaca isi kad itu.
“Biar benar orang tua ni Ina.. Nak mampus agaknya. Kau ada skandal dengan dia ke?” Bulat mata Rozinah inginkan kepastian.
“Gila kau. Laki orang tu. Tak hingin aku la.. kau ni merepek ajelah.”
“Kau tahu tak orang lelaki kalau dah bagi barang berharga ni.. dia nakkan sesuatu daripada kita. Eii.. takut aku Ina.. pulak tu dengan si Zack tu. Patutlah sejak kau start naik van kilang, aku tenguk mata dia asyik jeling kat kau aje sampai nak terkeluar biji mata dia. Pastu senyum sorang-sorang. Aku malas nak bagi tau kau. Takut kau marah aku pulak dan takut nak naik van.”
“Kau biar betul Rozi.. kau ni buat aku makin takut lak..kenapa selama ni aku tak perasan pun.” Bagai nak tercabut sendi-sendinya bila mendengar kata-kata Rozinah. Benarkah abang Zack selalu memerhatinya tanpa dia sedari?.
“Engkau tu kalau dah masuk dalam perut van, langsung tak ingat apa. Orang duk perati kau pun tak perasan. Badan dalam van otak melayang entah kemana. Pastu duk best layan drebar tu berbual… Apalagi sukalah orang tua tu…”
Airina teguk air liur. Selama ini dia memang langsung tidak mengesyaki tindak tanduk Zakaria. Keramahan Zakaria dia anggap perkara biasa antara pemandu dengan penumpang. Lagipun Zakaria tu lebih kurang sebaya dengan ayahnya. Keramahannya pun sekadar menghormati orang yang lebih tua. Tidak lebih dari itu. Perasaannya mula resah gelisah.
“Miang keladi betulah orang tua tu.. Bini sikit punya lawa kat rumah pun masih nak menggatal. Tak sedar tu, anak dah berderet-deret..” Rozinah menyumpah.
Sebenarnya Rozinah memang kurang senang dengan perwatakan Zakaria. Sebelum ini pun sudah ramai budak perempuan MCF yang naik van dia, terkena dengan perangai miangnya itu. Mula-mula dia buat baik. Ajak keluar makan. Belikan itu dan ini. Selepas itu siap lah… macam-macam alasan dia cipta nak meminjam duit.. itu dah kira ok. Kalau dia ragut kehormatan?. Eii.. mintak simpanglah.. Dia pun dulu nyaris tak terkena perangkap Zakaria. Nasib baiklah mulut dia ni lazer sedikit. Zakaria pun tak berani dekat.
“Aku ni bukan apa Ina. Aku kenal sangat dengan si Zack tu. Kalau boleh kau elaklah dari bercakap dengan dia. Cakap yang penting aje. Terus-terang aku cakap kat kau. Zack tu bukanlah lelaki yang baik untuk dibuat kawan mahupun laki.. Kau lihat ajelah yang ini.. Apa maknanya dia bagi subang emas kat kau. Entah-entah barang kemas bini dia, dia kasi kat kau.. dia tu bukannya berduit sangat. Harapkan gaya je lebih. Isteri kat rumah di buatkannya kuli.. taunya atur anak berderet..” Rozinah menjuih bibirnya.
“Entahlah Rozi.. sakit kepala otak aku nih..”
Airina buntu memikirkan. Perlukah dia menerimanya?. Kalaulah ibunya tahu. Pasti teruk dia dimarahinya nanti. Serta-merta wajah ayah dan wanita perampas itu berduaan di salah sebuah shopping komplek tempohari, menerpa diruang fikiran. Hatinya sakit. Perasaan marahnya meluap-luap. Memang dasar lelaki tak pernah cukup dengan satu!. Entah marahkan ayahnya atau Zakaria.. Dia sendiri pun tak pasti. Dia dapat bayangkan bagaimana perasaan isteri Zakaria bila mendapat tahu tentang kecurangan suaminya. Tiba-tiba wajah ibunya hadir.. Tidakk! aku tak mahu mengundang duka diwajah ibu.. aku benci!!
“Habis, kau nak terima barang ni?.”
“Tak, aku nak pulangkan semula pada tuannya. Aku tak mahu Rozi.. untuk apa?”
Rozinah terdiam. Wajah Airina di tenung dalam-dalam. Mahu mencari kebenaran kata-kata Airina.
“Ya.. aku mahu pulangkan semula!. Kalau aku terima barang ni bermakna aku telah menerima dia.. Kau faham maksud aku kan?.. lagi satu, aku belum kemaruk lagi nak berlaki.. dan aku bukan perosak rumah tangga orang..” Rozinah mengangguk tanda bersetuju.
Airina segera membalut kemas-kemas hadiah pemberian Zack. Dia harus bersemuka dengan Zack malam ini. Itu adalah cara terbaik. Tetapi bagaimana harus dia melakukannya?.. hatinya dipagut rungsing.

Dari kejauhan, Zakaria memerhati Airina dengan seorang lelaki berjalan beriringan ke parking motor. Walau hanya diterangi lampu jalan. Jelas pandangan matanya melihat kemesraan mereka berdua. Hatinya dipagut cemburu..
Dia perasan, sesekali lelaki itu memandang tajam kearahnya. Dia pura-pura memandang tempat lain. Entah apa yang diperkatakan oleh lelaki itu pada Airina dia sendiri tidak tahu. Agak lambat-lambat Airina melangkah kearah van. Wajahnya menunduk sahaja ketika selisih dengannya ketika masuk kedalam perut van. Pandangan tajam lelaki itu masih lagi melekat kearahnya.
Dia segera ketempat duduk pemandu dan terus menghidupkan enjin.. kemudian berlalu pergi. Sesekali matanya sempat menjeling kearah Airina yang duduk ditepi tingkap melalui cermin sisi. Wajah Airina muram. Hatinya tiba-tiba merasa bimbang…

“Maaf, Ina tak boleh terima hadiah pemberian abang Zack...”
Sebelum keluar dari pintu van, Airina cepat-cepat meletakkan hadiah Zack di kerusi hadapan. Zack sedikit terkejut dengan tindakan Airina.
“Kenapa Ina tak mahu terima pemberian abang?..”
“Ina dah bertunang..”
Airina mula mencipta alasan yang telah dirancang bersama Riezman budak shift pagi departmentnya. Nasib baik Riezman teman lelaki Azie buat OT malam. Semuanya telah diceritakannya kepada Azie dan Riezman. Nasib baik juga Riezman mahu menolongnya. Walaupun terpaksa berbohong. Janji dirinya terselamat daripada Zakaria. Perkataan tunang adalah sesuai pada waktu ini.
“Tunang Ina marah. Dia dah nampak tadi.. Maaf, hadiah itu terlalu mahal buat Ina.. Ina tak mahu bergaduh dengan tunang Ina sebab hadiah abang Zack.. maafkan Ina. Hadiah tu abang Zack hadiahkan saja pada isteri abang Zack..”
“Tapi, abang ikhlas beri pada Ina.. ”
Zack sedikit terkilan dengan tindakan Airina memulang semula hadiah pemberiannya. Tidak tahu pula dia yang Airina adalah tunangan orang. Adakah lelaki tadi tu tunang Airina?.
“Maaf, Ina tak boleh terima… Esok Ina tak kerja. Ina cuti. Abang Zack tak payah datang ambil Ina.”
Tanpa mendengar penjelasan lanjut dari Zack, Airina lekas-lekas melangkah masuk kedalam rumah tanpa berpaling kebelakang. Memang benar besok dia cuti. Dia nak tenangkan fikiran..



Faizal masih memegang gagang telefon, kemudian ganggang itu diletakkan dengan perlahan. Hatinya berbunga keriangan. Baru sebentar tadi Airina menghubunginya. Alangkah indahnya kalau Airina ada didepan matanya sekarang. Bolehlah dia tatap wajah gadis itu puas-puas. Dapat jugalah dia mengubat jiwanya yang kerinduan. Hai.. Ina.. kalaulah kau tahu perasaan sebenarnya aku terhadapmu… kenangan pertemuan pertama dengan Airina mengamit datang..
“Boleh saya bantu..”
Dia menegur seorang gadis yang kelihatan begitu gelisah dipintu masuk pengawal. Gadis itu berpaling kepadanya. Dia mengukir senyuman. Lawanya gadis ini boleh tahan.
“Kenapa?”
Gadis itu membalas senyumannya. “Ni, tak mau punch pulak.” Kad diunjuk kepada dirinya. Kad itu diambilnya dan dia cuba menjilidnya.
“Aikk..boleh pulak?.” Jelas riak wajah kehairanan di wajah gadis itu.
“Dah awak punched salah.. terbalik.. mana nak boleh ..”
Dia tergelak kecil. Ni mesti pertama kali kerja.. sampai tersalah punched kad.. Kad gadis itu dikembalikannya.
Gadis itu malu-malu mungkin terasa dia menyindirnya. Demi Allah tiada niat dihati dia hendak menyindir gadis itu.
“Terima kasih ya..”
Dia sekadar mengangguk kepala. Gadis itu mula hendak beredar.
“Awak, nanti sekejap.” Langkah gadis itu terhenti. Kelihatan wajahnya berkerut.
“Siapa nama awak?”
“Intan Airina..”
“Saya Faizal dari QC department..” Dia pula memperkenalkan diriya tanpa diminta. “Awak ni orang baru ya ..”
Gadis yang bernama Airina itu mengangguk kepala dan mula melangkah.
Dia cepat-cepat mengekori langkah gadis itu. Dan mereka bersaing.
“Patutlah saya tak pernah nampak muka awak. Awak kerja dibahagian mana?. Rasa saya awak bukan budak plan satu kan?. Selalu juga saya ke sana check sample tapi tak pernah lihat muka awak pun..”
“Saya bahagian cutting W/A plan tiga. Awak ni check sample ke memerhatikan orang?.” Gadis itu sempat menyindirnya. Aha.. leh tahan gak budak ni.. dalam pada tu sempat gak dia kenakan aku..
“Dua-dua sekali..” Dia hanya tersengih.
“Okeylah, jumpa lagi.” Sebelum berlalu Dia sempat menghadiahkan sebuah senyuman dan berharap bahawa mereka akan berjumpa lagi.
“Hai.. Intan Airina… segalanya indah..” Senyumannya makin kembang.
“Hah! berangan ler tu…” Sergahan Borhan mematikan lamunan Faizal.
“Engkau ni pun Bob, kalau nak masuk tu berilah salam dulu.. ini tidak, main aci redah aje.. nasib aku tak mati terkejut tau..” Faizal mengurut dada. Wajah menggoda Airina serta-merta hilang.
“Weii.. kawan. Aku dah lama kat sini tau. Kau tu yang masuk tersengih-sengih sorang-sorang.. berangan tak sudah. Sepatutnya kau tu yang bagi salam kat aku tau..” Borhan menggeleng kepala. Dah angau ke hapa budak ni?.. sakit gamaknya.
“Aku nasihatkan kat kau baik kau kawin ajelah Pezal.. umur macam kau tu dah wajib kawin tau… tak adalah duk menung sana.. duk menung sini.. pastu gelak sorang-sorang.. aku tenguk pun seram…”
“Aha.. cerita pasal kawin.. lupa pulak aku nak ucapkan terima kasih pada kau… sebab tanpa kau mungkin aku terlepas peluang…” Faizal tersengih-sengih. Pen dihujung jarinya dimain-mainkannya.
“Betul juga kata kau.. aku ni sepatutnya dah elok berkahwin… macam kau..”
“Hah.. tu dah mula merapek-rapek ler tu… kau ni Pezal makin tak faham aku sejak dua menjak ni… eii… seram aku.. cuba kau terus-terang dengan aku.. Apa masalah kau ni sebenarnya?..”
“Macam ni lah Bob…kau ingat tak lagi yang hari kau minta aku gantikan tempat kau sebab kau cuti bini kau bersalin…”
“Haa.. kenapa?..” Borhan seakan berminat ingin mengetahui. Lantas menarik kerusi duduk mengadap Faizal.
“Aha.. masa waktu itulah aku kenal sorang budak perempuan. Lawa sei.. aku memang betul-betul berterima kasih dengan kau Bob.. Tanpa cuti kau tu mungkin sampai sekarang aku tak kenal budak perempuan tu.. Aku dah jatuh cinta dengan dialah..” Faizal senyum-senyum.
“Alah.. lawa lagi bini aku kat rumah..” Borhan mencebik. Bagi dirinya Idayu adalah segala untuknya. Bukan saja Idayu cantik di luar malahan cantik didalam. Dan sekarang mereka sudah memiliki seorang bayi perempuan yang comel melengkapkan lagi ikatan perkahwinan mereka.
“Bini kau nak buat apa… betul Bob. Aku sukalah dengan dia.. aku dah jatuh hati dengan dia..”
“Iyalah tu… kau aje yang suka. Dia belum tentu lagi. Dulu pun dengan tunang kau Asmah tu pun macam tu juga. Setengah mati kau angau kan dia.. Bermangkuk madah pujangga kau karang buat dia.. beribu kau labur pada dia.. tapi, aleh-aleh dia kawin dengan orang lain..”
Borhan menempelak. Dia tahu sangat dengan perangai Faizal. Selepas putus tunang, perangai Faizal berubah terus. Mak we keliling pinggang. Sampai budak-budak perempuan kat sini gelar dia Mat Romeo, Jantan Gatal, Miang Keladi… dan entah apa gelaran lagi.
“Dia lain Borhan.. masa tu aku terlalu buta dan terburu-buru membuat keputusan.. Asmah aku yang minta putus sebab curang dengan aku. Dia tipu aku.. Memang dah nyata dia simpan jantan lain.. Buat apa aku nak pakai lagi..” Hatinya sedikit bengkak. Wajah Asmah bertamu di fikiran.
Asmah.. kekecewaan yang kau berikan padaku.. telah menghancurkan kepercayaan aku terhadap insan bergelar hawa. Kesannya sampai sekarang aku sukar untuk mempercayai perempuan. Semua perempuan yang didekatinya sekadar hiburan semata.. Tapi.. tidak pada Airina.. dia terlalu baik.. terlalu menawan.
“Maafkan aku Pezal.. bukan maksud aku nak mengungkit kisah lama. Tapi…”
“Aku faham maksud kau Bob.. kita dah lama kawan.. masakan kau tidak kenal perangai aku?. Selama ini pernah tak aku cerita hal yang serius tentang perempuan pada kau?.”
“Aku nak kau berhati-hati.. jangan pisang berbuah dua kali.. Walaupun kisah itu sudah sepuluh tahun berlalu.. tapi sebagai sahabat, aku tak mahu melihat kau dikecewakan untuk kali kedua.. Jangan terburu-buru. Siasat dahulu latar belakangnya.” Bahu Faizal ditepuk perlahan.
“Hmm.. siapa budak perempuan yang berjaya menembusi tembuk keegoan kau?.. budak sini juga ke?”
Faizal tersenyum kemudian angguk kepala. “Kalau aku beritahu kau mesti tak percaya kan?..”
“Yalah… siapa? Liza?.. Suzie?.. Yati?.. ” Borhan mula membuat andaian.
Faizal menggeleng. “Satu pun tak betul..”
“Nama dia Airina… Intan Airina. Budak cutting plan tiga.”
“Intan Airina??.. tak pernah pun aku dengar nama tu?..” Borhan garu kepala.
“Dia budak baru.. dah genap empat bulan setengah dah dia kat sini..” Biasalah kalau dah suka, sampai ke akar umbi aku korek..semua dia dah save dalam otak. Faizal senyum dalam hati.
“Dah confirm ler tu kerja kat sini..”
Faizal angguk kepala. Wajah Airina kembali bertamu dengan senyum menggoda..
“Nantilah satu masa aku tunjuk dia kat kau.. tapi kau kena janji pada aku..” Dahi Borhan berkerut.
“Iyalah.. berjanji yang kau tak bocorkan rahsia aku ni depan dia atau kawan-kawan kita… Buat masa ni hanya kau dan Hakimi saja yang tahu..”
“Betul ke ni kau serius dengan dia?..”
Hati Borhan masih kurang yakin dengan kata-kata yang dilafazkan oleh Faizal. Baginya Faizal telah banyak menderita.. Dari segi luaran sikapnya memang happy go lucky dan sedikit romeo.. tapi, hanya yang rapat saja yang mengerti kekecewaan yang dia alami. Masih jelas terbayang lagi diwajah Borhan bagaimana deritanya Faizal selepas kecewa dengan kecurangan Asmah. Dan agak lama juga untuk Faizal bangkit dari kekecewaan hidup.
Faizal cepat-cepat mengangguk kepala. “Boleh kau berjanji dengan aku?”
“Macamlah kau tak kenal aku.. Ish.. tak sabar pula rasanya aku nak kenal budak perempuan tu…Intan Airina.. hmm.. sedap gak nama dia!”
“Ha.. tu baru kau kenal namanya.. belum lagi wajahnya…jangan kau tersangkut sudah… aku silambam kang..”
“Weii.. bini aku kat rumah tu lagi lawa tau.. kau letak ler sepuluh orang bidadari pun depan aku sekali pun, bini aku juga aku pilih..”
“Eleh.. macam bagus sangat bini kau tu…” Faizal tetap tidak mahu mengalah.
“Bagus tak bagus pun.. dialah buah hati pengarang jantung aku tau tak.. dahlah tu, malas aku nak layan kau ni.. hah, tadi En.Lee bagi arahan suruh check white spot pallet Nelco 450”x450” kat plan satu.. problem lagi ler… customer tendang..”
“Itu yang aku boring nak kesana tu.. kau ajelah yang pergi..”
Sepantas wajah Suzie menerpa. Memang dia akui Suzie gadis yang cantik. Namun hatinya langsung tidak berkenan dengan sikap Suzie. Suka mengarah itu dan ini… Lebih sakit hati Suzie memalukan dirinya didepan Airina sewaktu di PD tempohari..
“Amboi, banyak cantik muka kau..” Mata Borhan membulat kearah Faizal yang bersandar malas diatas kerusi. “Hah! berangan lagi.. malam ni kita berdua aje yang bertugas tau. Kira nasib baik aku buat OT. Kalau tak kau check sorang-sorang. Dah, jangan nak ngelat.. karang aku report ngan En.Lee baru kau tau.”
Borhan sengaja mengugut. Bukan dia tak tahu Faizal malas hendak terserempak dengan Suzie.. Sebenarnya dia juga tak berapa berkenan dengan si Suzie.. harap muka aje lawa, tapi perangai buruk. Rasanya Suzie shift pagi hari ni sebab petang tadi dia terserempak dengan Suzie sedang punched kad nak balik.
“Alah.. kau ni..” Faizal angkat punggung.. hendak tak hendak dia terpaksa pergi.. dah tugas dia.. -Ya Allah janganlah aku terserempak dengan minah tu..

“Kau nak tahu siapa gadis yang aku cerita kat kau malam tadi?..” Faizal menolak pinggan nasi goreng yang bersisa ke tepi. Kemudian dia memegang segelas nescaffe panas lantas disua ke mulut. Selepas menunaikan solat subuh tadi, dia dan Borhan terus turun bersarapan dikantin.
“Boleh juga.. kenapa? dia ada disini ke?..” Mata Borhan melilau mencari orang. Tapi.. cuma yang ada hanya nyonya tukang sapu dan beberapa budak-budak lelaki bahagian coating dan slitter.
Bibir Faizal melebar senyum. Insiden subuh tadi menggamit datang…
“Err… maaf… saya tak sengaja..” Cepat-cepat gadis itu meleraikan pelukannya. Wajah gadis itu dilihatnya merona merah menahan malu.
Dia pun agak terperanjat juga dengan insiden subuh tadi. Sebenarnya dia langsung tak perasan ada orang hendak turun tangga. Pada ketika itu dia sedang rancak bersembang dengan Borhan. Tiba-tiba dia rasakan ada sesuatu hendak menghempap dirinya disertai dengan teriakan kecil. Dengan pantas dia segera menyambar objek itu… makin terkejut bila dia sedari dia memeluk Airina. Nak tergelak pun ada masa tu. Macam tak percaya je… punyalah dia angau malam tadi, subuh tadi empunya tuan badan menyerah diri..
“Mana dia budak tu?..”
Faizal meletakkan gelas yang dipegang ke atas meja semula.
“Ingat tak yang accident subuh tadi.. yang kat tangga tu..”
“Budak yang langgar kau tu?..” Faizal mengangguk.
“Hah… kenapa pula dengan dia?” Borhan kurang mengerti.
“Dialah budak perempuan yang aku cerita kat kau semalam..” Hampir tersedak Borhan.
“Kau biar betul ni Pezal?..”
Faizal mengangguk kemudian mengukir senyuman. Memang kelakar… dari malam sampai ke subuh hanya topik Airina yang dia bualkan bersama Borhan.. aleh-aleh subuh tadi.. Airina datang menyerah kepadanya. Mungkinkah ini dikatakan jodoh agaknya?.
“Apa pendapat kau tentang dia tadi?..”
“Entah… tak jelas sangat wajahnya aku lihat tadi.. tapi aku rasa boleh tahan jugak budaknya.. kau ni ngelat betul ler.. apasal kat surau tadi kau tak beritahu aku?.”
“Saje… malas nak bising.. tadi kan ramai orang…” Faizal menjawab selamba.
“Kau tahu Borhan.. dia ni macam ada tarikan magnet je dengan aku… bila aku ingat jer kat dia.. mesti dia muncul.. ” Faizal senyum-senyum.
“Dah.. dah.. cukup. Aku dah letih dengar cerita kau… ikut suka kaulah Pezal.. tapi ingat jangan gantung harapan yang tinggi sangat.. aku takut kau esok yang meragan balik..” Faizal hanya mampu tersengih.
“Faizal sekarang bukan macam Faizal yang dulu…” Tangan kirinya pantas mencapai beg sandang sebelum mula angkat punggung untuk mencuci tangan dan mulut ke sinki yang disediakan di kantin itu.
“Iyalah tu.. Eh, kau ni mimpi ke?..”
Baru dia perasan. Sejak bila pula Faizal ni rajin benar membawa beg sandang?.. Dia juga mengikuti langkah Faizal. Giliran dirinya pula mencuci tangan.
“Mimpi apa pulak?..”
“Tu.. dengan beg tu.. pas ni kau nak kemana?”
Faizal hanya tergelak. Hanya dia saja yang tahu apa isi didalam begnya itu. Beg ini cover benda yang didalam. Bukan apa segan pula kalau kawan-kawannya nampak nanti. Lebih-lebih lagi dengan Borhan dan Hakimi. Masak telinga nanti kena kutuk.
“Tak ada kemana.. Kenapa?”
“Pelik aku tenguk kau ni.. selama berpuluh tahun aku kenal kau ni, inilah pertama kali aku tenguk kau usung beg ke hulu ke hilir.. ada apa-apa rahsia ke dalam tu?..” Borhan mula syak sesuatu.. Faizal hanya tersenyum.
“Adalah…” Faizal berteka-teki.
“Eleh, nak rahsia konon..” Borhan mencebik. Dah tak kuasa nak melayan.
“Eh, bila kau nak berangkat ke Jepun?..”
“Minggu depan.....”
“Berapa lama kau kat sana?”
“Enam bulan beb.. “
“Lama gak tu ya.. ”
“Itu yang aku tengah rungsing sekarang ni Bob.. dalam enam bulan tu macam-macam boleh jadi..”
“Kau nak rungsing apa?.. bukannya ada anak bini pun.. dulu pun kau jugak beriya nak kesana..”
“Itu dulu Bob.. sebelum aku kenal Airina.. hmm entahlah..” Faizal melepaskan keluhan.
“Takkan lari gunung di kejar Faizal.. Kalau dia benar jodoh untuk kau.. pasti dia untuk kau.. eh?..” Tak semena matanya terpandang budak perempuan yang melanggar Faizal subuh tadi, yang berada dalam ware hause. Cepat-cepat dia menyiku lengan Faizal.
“Tu… yang kat surau tu kan?” Muncungnya menjuih kearah gadis yang sedang berbual dengan Hakimi.
Minah ni macam tau-tau aje aku mencarinya… Hati Faizal berlagu riang.
“Jom.. kita pergi kat dia nak?..” Faizal melangkah pantas. Borhan hanya mampu menggeleng kepala. Namun langkah kakinya turut menurut Faizal. Dia nak tenguk juga gadis idaman Faizal dari dekat.



“Kimi, cepatlah.. aku nak pellet tu.. janganlah main-main..”
Airina bercekak pinggang. Geram pula hatinya Hakimi mempermainkannya. Kalau ikutkan hatinya mahu saja dia sendiri saja yang bawa forklif itu. Tapi, dia tidak tahu bagaimana mahu mengendalikan kenderaan itu.
“Kau ni Ina cubalah bawak bersabar. Tak larinya pallet tu..”
Sengaja Hakimi berlengah-lengah. Bukan apa, seronok dapat mengusik Airina pagi-pagi ini. Entah kenapa dalam banyak-banyak budak cutting W/A, dia rajin benar menyakat Airina. Dia pura-pura melihat kotak-kotak product yang sudah siap untuk dihantar ke customer NGK.
“Kimi!. Cepatlah.. aku nak pallet!”
Kuat sedikit suara Airina. Dia sudah mula bercekak pinggang. Ada beberapa budak-budak coating yang lalu lalang menoleh ke arahnya. Ada juga perasaan sedikit segan. Ah, lantaklah..
“Iyalah.. aku ambillah ni.. kau ni garang sangatlah Ina..” Hakimi mula memandu Forklif.
“Dah tu kau yang naikkan darah aku..” Airina menjeling menjawab. Nada suaranya sudah mulai rendah.
“Tak baik tau marah-marah.. nanti lekas tua… dah tak comel..” Hakimi sengih. Dia tahu Airina bukannya marah betul-betul. Bunyinya saja macam marah. Sebenarnya tidak.
“Hai…”
Belum sempat Airina hendak membalas, satu suara menegur. Mereka berdua berpaling kearah datangnya suara tadi.
Faizal dan Borhan tercegat dihadapan pintu ware house. Airina gugup sekejap. Peristiwa subuh tadi datang menerjah. Wajahnya tiba-tiba merona segan. Hakimi pula sudah senyum kambing.
“Hai, Ina.. dari jauh lagi saya dah dengar suara awak.” Suara garau Faizal menerpa masuk gegendang telinga Airina. Borhan di sebelah senyum memerhati.
“Mm.. err..” Airina mati kata. Jantungnya berdenyut deras.
“Biasalah tu Pezal.. Ina ni nak testing suaranya power ke tidak.. nak uji bakat Akademi Fantasia...” Hakimi mencelah. Kemudian tersengih.
“Betul ke Ina?.. Wow! glamourlah Ina nanti ekk.. nanti boleh jumpa dengan Ally Iskandar ..” Faizal senyum melirik dengan niat sengaja hendak mengenakan Airina.
“Ally Iskandar?” Hakimi pelik. Siapa?. Dia tak kenal pun. Hakimi meletakkan pallet dihadapan Airina.
“Adalah.. hanya kita berdua aje yang tahu kan Ina?..” Faizal berteka-teki. Dalam pada tu dia dapat membaca reaksi diwajah Airina. Ada sedikit resah. Dia tersenyum dalam hati.
Mazlan mencebik. Airina pula tercuak-cuak. Teringat kata-katanya malam tadi pada Faizal...
Jiwanya tak tentu hala. Kalau setakat Faizal dengan Hakimi mungkin dia boleh berdebat, tapi yang satu lagi tu.. Dari tadi memerhati dirinya tanpa berkedip. Seram dia dibuatnya. Airina cepat-cepat membuang habuk-habuk kayu dengan semburan angin.
“Oklah.. saya nak masuk. Malaslah nak layan korang..” Airina ambil jet kemudian mula mengangkat pallet.
“Korang?.. saya ingat Ina layan saya sorang aje..”
Hakimi sudah ketawa terbahak. Begitu juga dengan Borhan. Wajah Airina merona merah menahan malu. Cepat-cepat dia ingin berlalu.
“Nantilah sekejap..”
Tanpa segan Faizal memegang hujung lengan baju Airina. Sebelum tu sempat bagi isyarat pada Mazlan dan Borhan.
Airina tersentak. Segera berpaling. Hakimi dan Borhan sudah senyum-senyum. Kemudian mereka berlalu jauh sikit meninggalkan hanya dia dan Faizal.
Faizal mengeluarkan sesuatu di dalam beg galasnya. Sebuah kotak saiz sederhana ditarik keluar. Airina hanya memerhati.
“Nah.. untuk Ina.. Selamat hari Lahir yang ke 23 tahun..” Kotak sederhana besar siap berbalut diserahkan ke tangan Airina.
Airina terkejut. Macam tak percaya. Sudah dua hari berlalu hari jadinya. Faizal masih sudi memberinya hadiah. Kad kecil yang terlekat di jeling sekilas. Biar benar mamat ni.. Siap tahu lagi umur aku!.
“Ambillah.. Ina tak sudi terima pemberian saya?..” Ada sedikit terkilan dihatinya bila Airina sekadar memandang hadiah itu.
“Mmm.. Tak.. bukan. Cuma terkejut. Err.. Macam mana tahu umur saya?”
“Adalah..” Faizal kenyit mata.
“Kelmarin lagi dah saya nak bagi Ina hadiah tu.. tapi tak dapat.. sebab saya sibuk sangat. Pastu semalam Ina bercuti pula. Tu yang saya beri pagi ni.. Ini pun nasib Ina kerja pagi.. Maaflah terlewat dua hari..”
“Susah-susah aje awak ni… saya tak minta pun..” Airina makin terharu.
“Alah, terima ajelah Ina.. kalau ko tak mau bagi kat aku..” Hakimi mencelah dari jauh.
“Kau nampak penumbuk aku ni?..” Faizal menggegam penumbuk.
“Eleh, itupun nak marah?..”
Hakimi sengih. Faizal buat muka masam. Airina tertawa kecil. Dia tahu Hakimi dan Faizal sekadar bergurau.
“Ok.. terima kasih.. saya terima hadiah ini..” Hadiah pemberian Faizal didakap erat. Wajah Faizal tersenyum riang. Borhan dan Hakimi dah senyum-senyum macam apa tah..
“Malam nanti saya calling Ina ekk.. saya dah setkan..” Hakimi sengih. Airina kerut kening. Rasanya dia tak tinggalkan no telefon rumah pada Faizal?.. camna dia nak call aku?.. lantak dialah malas nak pikir..
“Rindulah dengan Ina…”
“Mengada..” Tanpa beri kata putus, Airina berlalu masuk. Sebelum pintu automatik terbuka, jelas di telinganya menangkap suara sorak Hakimi. lantak kaulah Kimi.. arghh.. deletekan!

“Ina.. saya ada perkara urgent nak beritahu.. boleh kita jumpa petang ni?.. saya tunggu Ina depan pintu gate 4.30 lps waktu kerja.. please..”
Airina membaca mesej kiriman Faizal pada handphone jenama Nokia hadiah pemberian dari lelaki itu tiga hari lepas. Terkejut juga dia mendapat hadiah sebegitu dari Faizal. Buang tebiat apa Faizal bagi dia hadiah semahal itu. Patutlah hari tu kata dah siap set waktu nak call dia.. tersenyum sendiri dia bila mengenangkannya..
“Saya ingat nak OT hari ni.. tak dapatlah wak..”
Airina membalasnya. Sengaja mahu main-main dengan Faizal.
“Please.. please.. ini antara hidup dan mati saya Ina..”
Airina membacanya lagi. Biar betul mamat nih?.. Macam serius aje ayat yang dihantar. Hatinya dipagut bimbang.
“Ok..”
Airina membalas semula.
“Thanks Ina.. miss u.. mmuaahh 23x..”
Airina mengukir senyum. Dah kemaruk gamaknya Faizal ni. Nih mesti selalu dengar Sinar FM yang sering ke udara tengah malam segmen cetusan rasa kelolaan Jamal Jamaluddin. Ayat ciuman 23 kali tu hanya deejay itu yang guna pakai.
“Hei, tak cakap ngan aku pun ko dah pakai handphone..”
Airina menoleh kearah Azie kemudian cepat-cepat simpan handphone dalam poket seluarnya.
“Err.. mana ada..” Airina sengih.
“Elehh.. nak tipu ler tu.. macamlah kita tak nampak..” Azie juih bibir. Nak soroklah tu. Bukan dia tak nampak hari tu ada budak lelaki QC bagi present kat temannya itu. Itupun secara kebetulan dia nampak disebalik timbunan cardboard masa nak buat sample product Nelco.
“Kau main mesej ngan sapa tu.. ngan budak romeo tu eh?” Airina jungkit kening.
“Budak romeo mana pulak ni?.. ko nih tak baik tau main serkap jarang..” Airina kembali memotong CB. Dia tahu Faizal yang dimaksudkan oleh Azie.
“Elehh.. tak payahlah nak sorok dari aku. Rahsia kau tu aku tahu.. handphone tu hadiah daripada dia kan?.. jangan nak tipulah aku nampaklah masa mamat tu bagi barang kat kau..” Azie menjeling sekilas pada Airina kemudian menyusun CB yang telah siap dibalut oleh Airina ke rak yang disediakan. Airina terkesima. Uik, minah nih tahu ke?
“Perghh.. kau ni pakai magic apa?.. segala aku buat semua kau tahu.. hairan bin ajaib betullah..” Kemudian Airina angguk kepala. Malas dah nak selindung.
“Ina.. kau hati-hati dengan dia. Jangan cepat beri hati kau pada dia. Aku takut esok-esok kau yang terluka. Dia pun aku dengar banyak skandal ngan budak pompuan dalam kilang ni. Itu baru dalam kilang. Luar kilang belum tahu lagi.. Dah banyak pompuan frust dengan dia.. aku tak mau kau orang yang seterusnya..”
“Aku tahu Azie.. kau jangan risaulah..” Airina kenyit mata.
Ahh.. biarlah apa orang nak kata tentang Faizal.. tapi dia senang berkawan dengan lelaki itu. Segala sepi dan kelukaan hatinya hilang bila melayan usikan dan gurauan Faizal. Naluri hatinya tetap mengatakan Faizal bukanlah seperti lelaki yang mereka semua labelkan itu.. dan, ada satu perasaan yang tersembunyi tentang lelaki ini yang sukar untuk dia ungkai.. terlalu misteri.





“Azie.. aku ingat nak berhenti kerjalah..” Airina menguis-nguis sisa nasi yang berada didalam pinggan. Hatinya runsing sejak akhir-akhir ini. Banyak sangat masalah yang dia hadapi. Lepas satu, satu hal yang berlaku. Sampai nak bekerja pun dia dah tak ada mood. Azie berhenti menyuap makanan dan segera pandang wajah mendung Airina.
“Kenapa?.. pasal Suzie ke?..” Azie tahu baru-baru nih Suzie menyerang Airina di restroom cutting plan satu. Tak tau apa punca yang sebenarnya konflik mereka berdua. Sehingga Suzie mengamuk gila dengan Airina. Namun suara Suzie aje yang tinggi. Airina pula hanya diam membisu seribu bahasa. Makin membengkak lagi hati Suzie. Nyaris tak ada adengan tarik menarik rambut. Selintas wajah Suzie terpapar diskrin otak menggamit hadir kebencian Azie pada minah perasan itu. Perasan sangat yang dirinya tu cantik.. geramnya dia..
“Entahlah.. banyak sangat masalah aku Zie.. aku dah tak ada mood nak kerja dah..” Airina teguk perlahan air mineral didepannya.
“Cuba kau cerita dengan aku apa sebenarnya masalah kau ni?.. lepas kes hari tu.. wajah ko monyok jer.. Ina cuba kau luahkan.. jangan simpan.. karang mereng ko jadinya..” Azie geleng kepala. Paham benar dengan sikap Airina suka pendam perasaan.
“Ko nih tak baik tau kata aku mereng.. tak ada apa masalah yang berat pun.. aku memang dah tak ada mood nak kerja.. entahlah dah bosan kot agaknya asyik menarik foil tuh..” Airina sengih cuba menyembunyikan kisah yang sebenar. Azie dah agak dah jawapan itu yang akan keluar dari mulut temannya itu. Malas dia nak desak Airina menceritakan hal sebenar. Esok-esok pepandai ler temannya itu datang cari dia macam kes subang emas tempohari. Tersenyum sendiri dia bila mengenangkannya..
“Zuhur dah masuk nih?.. jom solat..” Airina mula angkat punggung ingin berlalu naik kesurau. Azie mengikuti dari belakang.

“Eh, Ina.. lama dah aku tak nampak budak romeo tuh.. ghaib mana dia?”
Azie membuka telekung. Memang dah lama dia tak nampak kelibat Faizal mundar- mandir kawasan department cutting plan tiga. Kalau tidak dulu selalu sangat dia terserempak dengan lelaki tu. Walau dia jarang bercakap dan kurang senang dengan lelaki itu dulu, tapi dia tahu seakan ada tarikan yang menarik tentang lelaki itu.
“Uik, kau pun dah tersangkut dengan dia ke?.. Riezman kau nak letak mana?..” Airina menyarung tudung kepala. Sengaja mengusik temannya itu.
“Tak adalah.. cuma aku heran la.. selalunya rajin dia datang tempat kita ngintai kau.. dah sebulan lebih dah tak nampak batang tubuhnya.. aku hantar sample kat QC pun dia tak ada.. err.. kau gaduh ngan dia ke?”
“Dia kat Jepun la.... membantu Ultraman mengalahkan raksasa belalang..” Airina berlawak. Azie ketawa gelihati mendengar ayat yang keluar dari mulut Airina. Kadang memang sukar untuk dia duga angin monsun timur laut dalam diri Airina.
“Patutlah hari-hari aku tenguk kau monyok jer.. rupanya buah hati jauh di matahari terbit nun.. itu yang buat kau tak de mood eh?..” Azie dah dapat punca sebenar Airina berwajah muram.
“Pulakk.. tak ada maknanya.. sebab lainlah.. dah jom.. karang si Rihan tu ngamuk plak kita lambat masuk cutting foil.. “ Airina mencapai kasut. Kemudian sarung ke kakinya.
“Tenguk tu suka no dia ngelat.. “
Azie berlari anak mengejar Airina yang sudah menapak..


Airina..
Sampai hati Ina tipu abang.. Ina belum bertunang kan?.. kenapa harus tipu abang? Budak lelaki itu bukan tunang Ina. Abang dah tahu segalanya.. please Ina jangan buat abang macam ini.. abang betul-betul sayangkan Ina.. jangan seksa perasaan abang.. I love you.. - Abg Zack -


Nota ringkas pemberian Lela padanya sebentar tadi dikeronyok kemudian dihumbankannya kedalam tong sampah. Geli geleman dia membacanya. Memang nak mampus jantan nih.. Hatinya mendengus geram. Rasanya nak menyumpah seranah makhluk bernama Zakaria tu. Memang jantan tak tahu malu, tak faham bahasa.. semua jantan sama!.. tak pernah cukup dengan satu. Penipu!.. arghh benci!!
“Prangg!!...” Bunyi benda pecah. Semua mata didalam restroom memandang kearahnya.
“Oppss.. sorry.. terlepas..”
Airina sengih kemudian mengutip serpihan mug yang pecah. Setelah selesai membersihkan lantai, dia bergegas ke pejabat pentadbiran mengisi borang perletakkan jawatan. Dia nekad untuk berhenti kerja. Segalanya disini menyakitkan hatinya. Sebelum dia jadi mereng dan hilang kawalan diri baik dia pergi..




“Intan Airina.. Dengarlah suara ombak.. sekuat mana dia menghempas pantai.. sebegitulah kuatnya debaran hati saya pada awak.. sekuat itulah juga ingatan saya pada awak..”
Terngiang-ngiang suara itu bermain dan berlegar-legar dalam ruang fikiran Airina. Setitis air mata jernih jatuh mengalir dari kelopak matanya.. Ya Allah beratnya perasaan yang dia tanggung ini.. Ombak yang memukul pantai ditatapnya sayu. Kenangan bersama Faizal hadir lagi.. semakin dia ingin lupakan, semakin kuat ia datang menganggu dan terpahat kuat dalam ingatan.
Lama sudah dia membawa diri ke daerah ini. Kebetulan lepas berhenti kerja dari MCF dia ditawarkan oleh bapa saudaranya bekerja di Resort Cinta Sayang sebagai pengurus. Tanpa fikir panjang dia terus setuju menerima tawaran bapa saudaranya itu. Dia mahu lari dari semua masalah yang ditanggung dan sarat terbeban. Dia mahu bersendirian. Semuanya dia lepaskan.. termasuklah Faizal. Dia tenang disini.
Handphone pemberian Faizal dia genggam erat. Lama sudah handphone ini tidak beroperasi dan terperam dalam kotak simpanan peribadinya. Memang sengaja dia matikan. Segalanya tentang Faizal dia mahu lenyapkan. Kisah enam bulan lepas kembali hadir..
“Awak ni Airina bukan?” Panggilan dingin tanpa salam mengundang curiga dihati Airina.
“Ya cik.. boleh saya tahu siapa yang bercakap disana?” Namun dia cuba mengawal rasa hati amarah.
“Saya Mona. Tunang Faizal. Kami akan bernikah selepas dia pulang dari Jepun. Tolong jangan ganggu dia.. ini amaran dari saya. Kalau awak nakkan kepastian boleh bertanya sendiri pada Puan Rihan chief supervisor awak tu.. dia ibu saudara saya. klik!” Berdetak jantungnya ketika itu. Hancur berderai perasaanya.
Barulah dia fahami kini kenapa Puan Rihan seakan membenci dirinya. Segala yang dia lakukan tidak sempurna langsung di mata wanita itu. Kemudian peperangan mulut dengan Suzie yang membencinya dan sikap Zakaria yang memualkan hatinya membuatkan dia membuat keputusan drastik berhenti kerja 24jam. Azie pun dia tak sempat beritahu. Ketika itu hatinya panas. Bagai gunung berapi yang meletus.. Marahkah Azie padaku?
“Faizal.. apa perkara urgent yang awak nak beritahu saya nih?..”
Kenangan sewaktu keluar dengan Faizal bertamu hadir pula. Dan Tasik Shah Alam menjadi tanda kenangan indah yang tak mungkin dia lupa sehingga kini.
“Err.. siapa Faizal dimata Ina?” Setelah beberapa lama menanti barulah Faizal bersuara.
Terkejut Airina ketika itu mendengar ayat yang keluar dari mulut Faizal.
“Maksud awak?”
“Saya perlu tahu perasaan Ina terhadap saya.. sebelum saya berangkat jauh meninggalkan Malaysia. Agar hati saya tenang disana.. saya sayangkan awak Ina..” Akhirnya lelaki itu mengeluarkan juga ayat keramat itu.
“Faizal.. dengarlah suara ombak.. sekuat mana dia menghempas pantai.. sebegitulah kuatnya debaran hati saya pada awak.. sekuat itulah juga ingatan saya pada awak.. dan dengarkanlah juga suara air terjun.. sederas mana ia menujah mengalir.. sedamai dan sesejuk itulah juga rasa sayang saya pada awak.. tak pernah surut.. nyaman dan terkesan didalam jiwa..”
Merona malu saat dia melafazkan kata-kata itu.
“Terima kasih Ina.. akan saya semat kata-kata Ina buat azimat saya disana..”
Tanpa sedar jarijemarinya erat digenggam Faizal. Cepat-cepat dia menariknya. Tidak mahu dipandang curiga oleh orang-orang yang berada berhampiran disitu.
“Intan Airina.. renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya..”
Suara Faizal berbisik lagi lembut menyapa ke telinganya. Mengalir laju lagi airmatanya..
“Faizal… saya benci awak.. tapi saya rindukan awak.. sampai hati awak buat saya macam ni..”
Airina mengesat airmata yang tak henti berlinang. Hempasan ombak, tujahan air terjun dan sinar rang bulan bagaikan kudrat alam ciptaan Ilahi bersatu dalam jiwanya. Diketika ini dirinya bagaikan pungguk rindukan bulan. Pungguk yang bodoh lagi naif menyintai sinar rembulan yang tinggi dilangit malam. Arghh.. pungguk malang yang sering berilusi mengharap bulankan jatuh ke riba..



Sayup-sayup lagu Sealed With A Kiss nyanyian Jason Donovan menyusup masuk halwa telinga Airina. Terhenti jemarinya menulis. Selintas wajah Faizal bertamu lagi diruang minda. Bergetar laju denyut degupan jantungnya. Sebak dadanya menahan rasa. Tanpa sedar ada air jernih mengalir perlahan membasahi pipinya. Dia menyeka dengan jari telunjuknya. Faizal.. apa kabar agaknya awak sekarang? Marahkah awak pada saya?. Mungkinkah awak telah berumahtangga kini?.. Sukarnya dia menghapuskan wajah itu dan setiap kenangan yang mereka ciptakan bersama.
“Rina?” Bahunya disentuh dari belakang.
Dia segera berpaling. Morgan pemuda berdarah campuran Indian Chinese, tersenyum mesra. Morgan teman rapat yang sering melayan bicaranya semenjak awal dia berada disini. Pertemuan yang tidak disangka dengan Morgan sewaktu mula mendaftar diri untuk bertugas, telah merapatkan mereka semula. Morgan adalah rakan sekelas Airina sewaktu belajar di sekolah rendah. Dahulu Morgan amat tidak disukainya kerana sikapnya yang suka membuli dan berkawan dengan pelajar samseng. Dan sering juga Morgan menaikkan suhu kemarahan para guru. Tapi, itu dulu.. Morgan sekarang telah jauh banyak berubah. Lebih kemas, segak dan tingkah lakunya lebih bersopan. Kira boleh masuk senarai Pria idaman Malaya.
“Hei.. kenapa ni? Aku tenguk kau ni macam tak semangat jer.. happy la sikit..” Bahu teman ditepuk mesra. ”Kau menangis ya?”
”Tak la.. mata saya masuk habuk la..” Airina berbohong. Kemudian menyambung semula menulis.
”Really? Tu mata merah?..” Morgan seakan tak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Airina. Dia ingin mencari kepastian dibalik wajah manis gadis itu. Kadang-kadang gadis ini selalu buat dia bingung dan sukar ditafsir.
”Betul.. mata merah ni tanda tak cukup tido dan mengantuk la.. letih sket.. hmm.. data pun banyak belum summit lagi ni..” Airina buat muka. Tak pe la bohong sunat!. Dia senyum dalam hati sambil jemarinya mengurut kepalanya yang sedikit berdenyut.
”Tu la... keja kuat sangat.. So, mahu aku bantu? Aku tengah free sekarang.”
”Kalau awak rajin sangat nak tolong saya, bawakan saya nescaffe panas.. boleh freshkan mata saya yang nak terkatup ni.. boleh?” Airina sengih. Memang sudah menjadi kebiasaan Morgan menemani dirinya bila mereka shift malam bersama. Itu pun kalau Morgan tiada kerja yang memerlukan khidmatnya. Bosan-bosan ada juga temannya untuk berbual dan berjaga malam.
”Baik tuan puteri.. patik junjung titah tuan puteri di batu jemala patik..” Morgan beraksi ala pahlawan zaman purba kala. Airina tergelak kecil dan geleng kepala. Ada saja Morgan mahu mengusiknya. Melayan telatah Morgan, sekurang terubat segala sepinya dirantau orang. Dan, Morgan sentiasa mengingatkan dirinya tentang Faizal!.. Faizal? Ya Allah.. rindunya aku pada dia..


Mata Airina menangkap bunyi bising diruang lobi hotel. Pertengkaran hebat antara ibu dan anak menantu yang berselisih pendapat menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang memerhati. Dan selintas itu sejarah yang sama berputar ligat diruang ingatan Airina...
“Kalau apa-apa jadi kat adik aku, siap korang semua! Dasar anak-anak tak tau diuntung!.. Korang tau tak dia tulah satu-satunya adik aku!.. langsung tak ada perasaan!!” Bagai petir suara Mak Long menghambur kata-kata. Suasana sedikit hingar-bingar di lobi hospital. Banyak mata-mata yang memerhati. Airina sudah terduduk dilantai. Waktu itu tubuh badannya lemah longlai tak mampu untuk berdiri.. terasa semangatnya terbang entah kemana.
Adik-beradiknya yang lain semua berhimpun mengadap Mak Long yang naik minyak. Saudara mara yang lain diam seribu bahasa. Dia yang baru sampai, hanya dapat mendengar separuh sahaja pertengkaran itu. Melihat keadaan ayahnya tadi yang koma dalam bilik ICU meruntun kalbunya. Ibunya pula entah dimana?. Otaknya tak mapu untuk berfikir.. dia celaru!
Sebenarnya dia tidak tahu apa punca Mak Longnya mengamuk sebegitu. Dari risik-risik adiknya tadi, Mak Long memarahi mereka kerana lambat beritahu ayahnya sakit tenat. Selepas itu berlarutan Mak Long dan saudara mara sebelah ayahnya yang lain semua tunjuk belang dan memarahi ibunya. Agaknya ini petunjuk alamat mimpi yang dia dapat. Bermimpi tentang kereta yang mereka sekeluarga naiki terbakar!?. Mungkinkah??.
“Mak Long ni dah kenapa? Apa salah kita orang??” Farhana adiknya yang sedia kepala angin mula naik darah. Dia dah mula cekak pinggang. Mak Su adik bongsu belah mak dah siap pegang tangannya. Berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan!.
“Korang yang menyekat kebebasan ayah korang! Menjalankan tanggungjawabnya!.. Mak korang tu yang tak tau diuntung! Tak pernah rasa bersyukur.. Sedarlah sikit.. dia tu dulu bukan menantu pilihan mak aku!!.. ” Mak Long makin meninggikan suara. Satu-satu wajah anak Ahmad Syukran dipandang dengan wajah benci.
”Mak Long apa tahu?.. Pernah selama ini Mak Long ambil peduli hal kita orang semua?.. tau apa perempuan ni dah buat pada ibu??.. penderitaan kami?? sakit pening ayah? Susah payah ibu??..” Nabila pula bersuara. Rasa sakit hati Nabila pagi tadi masih bersisa. Terbongkar segala cerita disebalik cerita. Wajah Mak Long yang dulu sering dilihat lembut telah berubah menjadi perempuan sihir yang penuh dendam!.
”Hei, korang ingat sini.. dah lama aku simpan rasa sakit hati aku ni!. Alhamdulillah.. memang aku bersyukur sangat pada Allah kerana ayah korang berkahwin dengan perempuan ini!.. perempuan solehah, anak orang alim ulama! Aminn..” Mak Long siap tadah tangan. Telinga Airina bagai terbakar mendengar kata-kata makian daripada Mak Longnya. Memang pantang dia bila orang mencemuh ibunya sebegitu dikhalayak ramai.
”Mak Long sedar tak apa yang Mak Long cakapkan ni?..” Dia cuba untuk berlembut walau sebenar hatinya telah membengkak.
“Hah! Kau Airina! Jangan nak tunjuk muka baik kat sini!.. Memang perempuan tak tahu malu! Mana pergi maruah kau hah!? Dah tak tahu halal haram? Dosa pahala? Nak jadi perempuan murahan?” Hampir terbakar seluruh badan Airina bila Mak Long melontar keluar api fitnah. Jantungnya bagai ditikam belati tajam. Sampai begitu sekali Mak Longnya berkata. Perempuan berhati syaitan berselindung dibalik tudung yang melitup, tersenyum sumbing memandangnya. Tak guna!. Kalau ikut rasa hati Airina mahu saja dia sepak dan henyak-henyak sampai mati! ... biar lenyap dari muka bumi ini!. Begitu juga dengan Mak Long yang dah mula tunjuk wajah sebenar dibalik watak waraknya. Cepat dia tersedar, mengucap panjang dan beristifar dalam hati. Ya Allah tabahkan hatiku.. peliharalah lidahku dari menghambur kata-kata yang kurang enak.. Ya Allah ampunkan dosa aku.. Sesungguhnya hambaMu ini tidak berdaya..
”Sampai hati Mak Long tuduh Ina macam tu.. Mak Long ada bukti ke tuduh Ina sampai begitu sekali?..” Wajahnya sudah banjir dengan airmata. Hilang sudah rasa hormatnya pada perempuan yang dianggap ibu itu. Bahunya dipegang lembut Zanita cuba untuk mententeramkan hatinya. Lantas dia terus memeluk dan menangis semahu-mahunya dibahu kakaknya itu. Perempuan murahan?? Murah sangatkah pengorbanan ibu, dia, dan adik-beradiknya yang lain dalam menagih kasih dan perhatian ayah??. Tinggi sangatkah martabat perempuan itu sehingga disanjung Mak Long dan saudara belah ayah yang lain?..
Arghh.. peristiwa itu masih tidak dapat Arina lupakan sehingga kini. Sungguhpun mereka sekeluarga kini telah berbaik dengan keluarga Mak Long dan yang lain, tapi luka yang diberi tetap ada meninggalkan kesan parut.. deletekan!!



"Intan Airina.. renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Nota kecil warna kuning air yang terselit diantara jambangan 3 kuntum bunga mawar yang baru diterimanya tanpa nama pengirim, membuatkan jantung Airina berdegub pantas. Siapa pula yang nak main-main dan mengenakannya? Ayat-ayat itu hanya dia dan Faizal yang guna pakai. Matanya memerhati sekeliling... Dia mula bangun dan mencari-cari bayangan susuk tubuh seseorang. Namun dia hampa! Dia kembali duduk semula ketempatnya. Hatinya dipagut kehairanan.
“Cik Airina.. ada orang bagi..” Anita gadis bertubuh genik menghulur satu lagi nota kecil kuning air yang berlipat padanya. Dadanya sudah berdebar-debar..
“Siapa bagi?”
“Entah.. peminat Cik Airina kot?.. dia menuju ke pantai tu..” Anita kenyit mata. Kemudian berlalu meneruskan tugasnya. Airina pantas membuka dan membacanya..

"Intan Airina.. dengarlah suara ombak.. sekuat mana dia menghempas pantai.. sebegitulah kuatnya debaran hati saya pada awak.. sekuat itulah juga ingatan saya pada awak.. langsung tak pernah padam! "

"Shirene.. tolong jaga tempat saya sekejap.." Gadis yang sedang mengemas rak majalah digamit. Segera gadis itu datang.
“Ok.. kalau ada apa-apa call urgent catat dalam nota..” Gadis itu mengangguk dan tak tunggu lama Airina melangkah laju ke pantai... niat hati mahu mencari pengirim bunga dan nota-nota misteri itu.. setiap ceruk tempat dia mencari.. dan, dia hampa lagi sekali!.

"Hai.. dapat cari saya tak?” Suara itu mengejutkan Airina. Lelaki yang berT’shirt warna gelap dan berseluar jeans biru gelap, kini berdiri tegak menghadap Airina dengan mengukir senyuman paling menawan. Renungan matanya tetap menggoda..
"Faizal!?” Airmata Airina sudah hampir hendak menitis. Terbang segala perasaan benci, sakit hati dan rindu dendamnya pada lelaki itu.
“Penat tak cari saya?” Faizal sengih sambil buat muka. Seronok dia melihat gelagat Airina tadi.. Airina hanya mampu ketawa. Dah tak tau nak kata apa.
"Bagaimana awak tahu saya disini?” Airina dah tak sabar nak tahu bagaimana Faizal boleh mencari dirinya sampai kesini.
"Kalau saya dah suka.. dan sayang gila baban, sampai ke akar umbi saya cari orang tu tau!..” Faizal kenyit mata. Pipi Airina dicubit perlahan. Geram!. Memang sengaja dia mengutus kiriman bunga dan nota-nota itu untuk buatkan Airina tercari-cari dirinya. Dan dia juga memang sengaja mendera perasaan Airina mencari-cari dia sebagaimana Airina mendera perasaannya lapan bulan lepas. Hampir gila bayang dia bila dapat tahu Airina sudah berhenti kerja sekembalinya dia ke Malaysia. Perkhabaran itu dia dapat tahu dari Hakimi dan teman Airina, Azie. Dan kalau dia tidak mengunjungi resort ini sebulan lepas, mungkin sampai sekarang dia masih lagi kehilangan Intan Airina!.

Pada hari kejadian itu, dia ternampak susuk seorang gadis sedang menangis di suatu sudut menghadap laut. Waktu itu hanya diterangi cahaya bulan dan bunyi ombak yang menghempas pantai. Dia mengintai dengan lebih dekat. Seakan dia dapat rasai jiwa gadis itu mengalami penderaan emosi yang hebat. Namun sebentar saja sendunya. Gadis itu kembali bangkit, menyapu sisa airmata dan bangun dengan penuh semangat! Seakan hatinya yang tadi patah telah sembuh semula!. Hebat sungguh gadis ini!.. dan.. dia ingin lihat siapakah gadis itu. Jelas gadis itu adalah Airina! Bila matanya menangkap wajahnya yang disimbah cahaya neon. Mungkinkah pelanduk dua serupa?. Namun, dia tidak terus datang menghampiri. Segala butir-butir tentang gadis itu dia selidiki esok paginya sebelum bertolak pulang. Memang benar, gadis itu adalah Intan Airina buah hati pengarang jantungnya. Dan, dia bersyukur yang amat sangat kepada Ilahi kerana mempertemukan dia semula dengan Airina. Benarlah kata pepatah.. kalau dah jodoh tak kemana!. Yang penting mesti yakin dan percaya dengan kuasa Allah. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Sejak dari tarikh itu, setiap pergerakan Airina saban hari diintip walau dari jauh. Bukan susah. Eric sahabatnya yang juga bekerja disini sedia menjadi radio karatnya setiap hari untuk menghantar kabar berita. Namun, bila Eric asyik menghantar berita yang Airina sering kelihatan mesra bersama pemuda bernama Morgan. Jiwa lelakinya dah tak mampu untuk bertahan. Cemburu beb!. Tak pasal Airina nanti jatuh ketangan pemuda berketurunan india cina itu kalau dia lambat bertindak!. Dalam soal hati dan perasaan tak boleh tolak ansur!. Dia dah pernah rasa kehilangan.. dan tak mahu kehilangan buat kali kedua!. Itu yang membuatnya nekad untuk berjumpa Airina hari ini juga. Walau apa jua sangkaan Airina tentang dirinya nanti..

"Habis.. Mona tunang Faizal?..” Airina sedikit ragu-ragu dengan kata-kata Faizal.
"Mona mana pula ni? Tunang saya?.. bila pula saya bertunang?.. itulah.. Ina suka buat keputusan terburu-buru.. tak periksa dulu.. sampai merajuk bawa hati jauh-jauh..” Faizal gelak kecil. Airina sudah buat muka. Pantas tangannya mengetip pinggang Faizal.
"Waa.. sudah pandai mengetip sekarang?” Faizal ketawa mengekek. Airina jeling dengan ekor mata. Ada je modal nak kenakan dirinya. Namun dia tetap bahagia.
“Sebenarnya suara Mona yang Ina dengar tu adalah Suzie. Suzie menyamar untuk menyakitkan hati Ina. Segalanya Suzie telah ceritakan pada saya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir kerana mengidap barah otak. Suzie berbuat begitu kerana cemburu dengan perhubungan kita..” Faizal menceritakan kejadian sebenar. Sejak Airina membawa diri, segala punca dia selidiki. Dan, memang benar.. andaiannya tepat!
"Suzie dah... Innalillah.. saya tak sempat nak mohon maaf pada dia..” Wajah Airina bertukar sayu. Walaupun banyak tingkah laku Suzie yang menyakitkan hatinya. Namun dia tetap tidak pernah berdendam dengan gadis itu. Baginya dia tidak memusuhi sesiapa.. melainkan yang seorang itu.. arghh.. deletekan!
"Dia dah maafkan dan mohon Ina maafkan segala keterlanjuran kata dan tingkah lakunya selama ini.. ok, dah la jangan sedih-sedih pasal dia.. doakan saja dia aman disana.. sekarang, kita cerita pasal kita! Ok?” Segera jari-jemari Airina diraih dan digenggam erat oleh Faizal.
“Ni minta izin dengan siapa pegang-pegang tangan kita nih?” Airina cuba untuk melerai genggaman jari-jemari Faizal. Segan dia diperhatikan orang sekeliling.
“Tak mau!.. saya dah tak mau lagi kehilangan Ina.. pleasee marry me?..” Faizal buat wajah kucing! Dah tak sabar dia mahu memiliki gadis ini jadi suri hidupnya..
“Alahai.. tomeinya rupa dia.. romantik sungguh.. “ Airina tersenyum lebar. Kemudian laju mengangguk kepala tanda setuju. Segalanya indah dia rasakan kini.
Akhirnya penantian dan pengorbanannya tidak sia-sia.. Terima kasih Ya Allah.. kerana akhirnya menjemput bahagia jua bertandang dalam hidupnya.. kekalkan bahagia ini hinggga habis hayatku.. Amin Ya Rabbal Alamin..



TAMAT.




Ilham cipta : ~ Azwa Safwa ~