"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Photobucket


Thursday, April 10, 2008

Aku dan MLM

Semalam aje lawak gila.. tak pernah aku buat kerja cam tu seumur hidup aku! adoila.. ini gara-gara Eros Gen punya penangan la! hehe.. dah macam jual pil extacy dan candu plak kita orang berurus niaga dengan customer dalam kereta! ntah apa la mamat 2 ekor tuh! cakap la awal-awal nak benda alah tuh! nasib arr member aku nih jenis minah gamble! wakaka.. aku sengih jer.. (yer la tang kapsul tuh aku belum buat kajian lagi.. so nak terang pon susah maa.. hehe). Lepas dorang blah, member aku siap sound aku.. nak berjaya mesti buang perasaan malu! malu tuh biar bertempat!.. macam mana nak hidup berjaya kalau hidup macam katak bawah tempurung? perghh.. dia punya ayat bikin goreng pisang panas daa! tapi aku suka!.. sekurang ia jadi motivasi buat aku!

Aku nih bukannya pandai sangat dalam bidang marketing atau jualan langsung nih! Itu pun aku join bila tenguk abah kembali sihat sejak makan produk SNE dan tenguk peluang untuk succes dalam busines MLM ada ong! tapi kena kerja kuat sket arr nak jadi yang cemerlang, gemilang, terbilang! hehe.. dan lagi SNE buat aku kembali segar! hehe.. hip hip horeyy!! (yer la dulu orang slalu kata aku nih lepu jer.. pastuh slalu sorong muka masam! payah nak senyum! mak orang? bla.. bla.. macam2 daa.. hehe). Nasib ramai kawan-kawan dalam nih yang sangat baik hati sudi membantu! Sentiasa jaga dan bagi motivasi untuk aku! :senyum:

Aku harap moga apa yang aku lakukan ini mendatangkan untung yang lumayan buat diri aku dan keluarga aku kelak dan dapat membantu lebih ramai orang yang berpenyakit! chaiyuk!

Saturday, April 05, 2008

Diari Hatiku..

Hmm… masuk nih dah 4 hari aku berkurung dalam rumah sejak kaki kiri ku terpelocok kat pintu masuk penerbangan pelepasan KLIA baru-baru ini menghantar mak sedara (belah abah) menunaikan umrah. Silap aku juga.. jalan tak tenguk kiri kanan atas bawah.. aleh-aleh dah terpeleot.. malu tak usah cerita arr diperhatikan orang.. nasib tak ramai sangat orang masa tu.. kalau tidak dah jadi tayangan percuma berita terkini hiburan sensasi!.. dan, aku macam biasa arr cover muka ayu slumber!.. Tapi 2 ekor adik aku nih memang arr spesis apa tah? Ada ke aku jatuh dorang boleh gelak2 pecah perut? Pastu paksa2 aku bangun pasal dua tiga orang dah jeling2 arah kami? Malu arr konon tuh! Iee geramnya.. tapi, aku paksa jugalah bangun dalam kepayahan.. (sebenarnya dalam hati aku pun malu gak! Huhuhu..)

YaAllah.. sakitnya Tuhan aje yang tahu macam mana aku berpeluh menahan sakit!.. mulanya aku ingatkan biasa arr.. tapi makin melarat pulak bila balik dari KLIA.. satu malam tu memang aku tak boleh nak tidur.. Otak aku ni dah mula macam2 fikir.. semuanya negatif! Dan, besok paginya memang aku dah jangka aku tak boleh berdiri menggunakan kaki kiri ku! Dan.. macam biasa mak arr tempat aku mengadu! Berlakulah adengan drama swasta sekejap! Dan juga.. bermangkuk gak la air mata aku tumpah! Serta jeritanku juga memecah ruang tamu rumahku!.. Perghh.. mak aku ni pun satu, kalau urut tak pernah nak slow2.. cam geram jer dia ngan kaki aku tuh.. abah aku pulak lagi best.. ada ke dia kata hentak jer ngan kayu kaki aku tu?.. erkk??.. ish.. ish.. apasal arr keluarga aku nih semuanya brutal jer semuanya?.. dalam pada tu sempat gak mak aku gi telefon Cik Ani Tukang Urut.. itupun abah yang suruh.. hehehe.. sayang gak dorang kat aku sebenarnya.. I love you ma and pa! Mmuahhh..

Alhamdulillah... dari hari tu payah nak berjalan, sekarang aku dah boleh pantas berjalan sket.. cuma, ada terhinjut sket.. so, k arr.. dari aku jalan pakai sebelah kaki kan?.. bayangkanlah kalau aku tak bleh berjalan? atau bertongkat seumur hidup?... agaknya kalau aku tempang ada ker orang nak kat aku arr? Atau melamar aku buat isteri??.. (yerla orang sekarang pandang harta, rupa dan kecantikan.. hati tolak tepi maa..) huhuhu.. isshh jahat betul mulut aku nih! Ada ke doa cam tu pada diri sendirikan? Tapi.. ermm.. entahlah.. malas nak pikir! Ah, biarkanlah si luncai turun dengan labunya..

Tak tau arr nape tahun 2008 nih banyak mengundang nasib malang padaku?.. opss.. tak baik aku menyalahkan takdir ilahi!.. tapi.. itulah kenyataannya.. mungkin tahun 2008 ni tahun sedih buat aku kot? Pantang jer melamun mesti aku sedih!.. Huhuhu.. tenguk, aku dah mula buat muka sedih.. dah mula merapik yang bukan-bukan.. ni yang tak aku suka nih! Benci betul arr menaung bawah bintang cancer nih! Pemilu manjang.. cam rasa nak tuko bintang jer.. bintang yang lebih kuat semangat!.. bintang yang lebih gemerlapan!.. adoila.. apa lagi yang aku merapik lagi nih??.. OUT!


Tuesday, April 01, 2008

Selamat Hari Lahir Sayangg.. ^_^



Awan Berarak Ceria Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai Tanda Sokongan
Ku susuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu Sahabatku
Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan
Selamat Hari Lahir

Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi
Temanmu Di Akhirat Nanti

Selamat Hari Lahir
Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi..
..