"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Thursday, April 18, 2024

LAFAZ YANG TERSIMPAN


Sejujurnya rindu itu sangat menyakitkan.. tak mampu diluahkan dengan kata-kata betapa sakitnya menanggung sebuah kerinduan pada mereka yang telah tiada.. lafaz yang tersimpan. Al-Fatihah.

Monday, April 15, 2024

AKU TETAP DIAM




Kadang berdiam diri itu lebih baik berkata-kata.. Beralah bukan bermaksud kalah.. Menegakkan sesuatu yang benar memang agak sukar andai tiada punya upaya kekuatan yang super saia.. #bertabah. Cari jalan keluar untuk selesai masalah. Bukan lari dari masalah... Terus bertahan.. kerana Allah itu Maha Mengetahui segalanya.. 😎

.
Bila otak aku nih jadi berat.. Makanya mata juga jadi hebat mau lelap .. Ngantuknya ya amat 😅 #moodslowrocktoday
.
Kuar ambik angin jap... Sebelum berangkat pulang.. 😊

NOTA BUAT ABAH



Abah..
Sakitnya rindu ini..
Allahuakbar

Abah..
Nak sangat jumpa
Peluk erat abah
Nak dengar suara abah
Mengaji..
Alunkan azan dan takbir raya
Rindu..

Abah..
Bukan tak redha
Dah 12 tahun pemergian abah
Cuma rindu
Rindu ni sakit bah..

Abah..
Maafkan segala khilaf
Wa tau abah rasa apa wa rasa
Bukan anak derhaka
Tapi segalanya berputar depan mata
Sakit bah..
Tak tau nak luah dalamnya luka
Tapi tetap senyum dan pura bahagia
Kekuatan mental, semangat juang dan kemaafan..
Selalu abah terap dalam jiwa
Sabar..
InsyaAllah
Anak abah kuat!

Abah..
Semoga nanti kita ketemu
Di alam kekal abadi
Semoga Allah ampunkan segala derita

Salam lebaran abah..

14/4/2024
Monday
Nota buat abah

Tuesday, February 20, 2024

Thursday, February 01, 2024

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

KULIAH DAURAH : HIDUP BERISTIGHFAR (SIRI1)



Penceramah : Ustaz Nik Bakri Nik Mat
Tempat : Surau Al-Hidayah, Taman Sri Puchong
Masa : 8:00 pagi - 12:00 tghari

Nota :
1. Pengertian Istighfar
- sesuatu bahagian daripada doa (permohonan). Seseorang hamba memohon daripafa Allah akan keampunan, kasih sauang, kemaafan terhadap perkara yang dilakukan hamba tersebut termasuk dosa2, kesalahan dan kesilapan yang berat. Dalam istighfar terkandung suatu pengiktirafan terhadap ketuhanan Allah SWT.
- ibadah & amalan para Nabi As.
- jalan mendekatkan diri kepada Allah kerana manusia yang berdosa adalah manusia yang jauh dengan Allah.
2. Istighfar dalam Al-Quran & As- Sunnah
- Istighfar Nabi Adam AS
- Istighfar Nabi Nuh AS
- Istighfar/Doa Nabi Yunus AS
- Istighfar Nabi Muhammad SAW sebelum wafat
3. Kelebihan Istighfar
- mengikuti sunnah Rasulullah
- diampunkan dosa2 walau sebanyak buih dilautan, memenuhi langit dan bumi
Mendapatkan berbagai kemudahan & berterusan mendapat nikmat
- jalan penyelesaian dari segala masalah
- memberi & menambah kekuatan kepada diri
- mendapat balasan syurga
- istighfar menolak bala & mengatasi ujian
4. Mengenal Allah: Al-Ghaffar, Al-Ghafur & Al-Ghafir
- Al-Gaffar (Yang Maha Mengampuni)
- Al-Ghafur (Yang Maha Luas Pengampunan)
- Al-Ghafir (Yang Maha Pengampunan)
5. Amalan & Doa Istighfar
- Syyidul Istighfar
1. Memohon istighfar kepada diri sendiri & keluarga.
2. Memohon istighfar kepada kaum muslimin.
6. Waktu terbaik membaca istighfar
- Mutlaq (diucapkan bila2 masa sahaja, dimana sahaja, dan dalam keadaan sekalipun.
- Mugayyad (dibaca pada waktu2 tertentu sebagaimana yang telah dijelaskan dudalan Al-Quran dan As-Sunnah.
1. Pada sepertiga malam terakhir dan waktu sahur.
2. Setelah terlanjur melakukan dosa.
3. Ketika ruku' dan sujud dalam solat.
4. Ketika duduk di antara dua sujud.
5. Bacaan semasa solat setelah tasyahud akhir sebelum salam.
6. Ketika selesai melaksanakan solat wajib.
7. Beristigjfar pada hari jumaat.
8. Ketika keluar dari bilik mandi.
9. Setelah menyelesaikan wukuf di Arafah atau mabit di muzdalifah ketila ibadah haji.
10. Setelah mendapatkan kemenangan dalam peperangan.
11. Pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan. Khusus pada Malam Lailatul Qadr.
7. Solat tasbih adalah istighfar yang paling besar.
- merupakan istighfar dan memohon keampunan yang paling besar dengan menyertakan seluruh anghota badan.
- dilaksanakan sebanyak 4 rakaat dengan jumlah bacaan tasbih.
1. Subhanallah
2. Walhamdulillah
3. Walailahaillah
4. Allahuakbar
5. Walahawlawala Quwataillabillahhialilla'zim
(sebanyak 300 kali)
- jumlah tasbih yang dibaca pada setiap rakaat solat tasbih adalah seperti berikut.
1. 15 x sebelum Al-Fatihah
2. 10 x setelah surah pilihan
3. 10 x ketika rukuk (setelah baca doa rukuk)
4. 10 x ketika iktidal
5. 10 x ketika sujud yang pertama
6. 10 x ketika duduk diantara 2 sujud
7. 10 x ketika sujud yang kedua
8. Pada rakaat pertama, jumlah tasbih yang dibaca ialah 75.
9. Begitu juga pada rakaat kedua, ketiga dan keempat tasbih dibaca sebanyak 75 kali.