"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Photobucket


Sunday, January 29, 2012

saya sayang awak tapi..






Uploaded by ReikoMasashi91

Thursday, January 26, 2012

ermmm...


I pray Allah for you because ....



you are a very special friend for me,




and I want to be your friend always...



and share our friendship this 2012 ...


receive this message and remember

how much I apreciate you...


I will be always here if you need me...

Wednesday, January 11, 2012

GOBOK MAKCIK BULAN 2


Ayat-ayat cinta
Bukan untuk melukakan
Tapi memberi kebahagiaan

Ayat-ayat cinta
Bukan untuk melemahkan
Tetapi saling memberi kekuatan

Ayat-ayat cinta
Bukan menjemput perpisahan
Tapi mengukuh perhubungan

Ayat-ayat cinta
Bukan menjadikan kita kesepian
Tapi peneman seolah kita berduaan

Ayat-ayat cinta
Bukan jalan berputus asa
Tapi memanggil harapan untuk hari seterusnya

Ayat-ayat cinta
Bukan ditangisi penderitaan
Tapi untuk berkongsi senyuman dalam berjuang

Ayat-ayat cinta
Bukan untuk menghinakan
Tapi untuk bermartabat dengan hormat

Ayat-ayat cinta
Bukan untuk diberi hukuman
Tapi meletakkan kemaafan
Dilayan dengan kasih sayang dan kerinduan
Dibelai oleh hati yang dicintai

Saat kamu kalah...
Dialah tangan yang menggapai
Dialah landasan akhir garisan penamat
Kamu mencapai matlamat
Dialah... andai kamu kehilangan cahaya
Dijalan gelap lagi sesat
Suaranya akan menjadi pandu
Kembali ke arahnya

Dialah dia...
Bila kamu merasa kehilangan
Kamu benar-benar kehilangan segalanya
Seluruhan hidup menjadi mati dalam duka

Saat itu....
Kamu akan rebut peluang
Untuk berusaha miliki hubungan ini kembali
Mahu ambil kesempatan yang ada ini
Untuk membuatkan dia bahagia
Dan kamu tertawa

Kerna esok...
Belum boleh dijangka
Apa kesudahannya


Poem: Ayat Cinta Itu
By Hirne Saris

Tuesday, January 10, 2012

Bilang Pada Langit By Hirne Saris



Pandangan malam
Sesunyi langit
Hanya balam-balam bulan
Dicelah awan
Sembunyi kesayuan
Menanti hujan
Tanpa bintang
Kejora juga hilang

Pungguk sembunyi
Tiada lagi bernyanyi
Bunyi cengkerik merona rindu
Mahu mendengar suara cinta
Gelak gema sampai angkasaraya
Gegarkan indraloka kejutkan pari-pari lena
Usah bermimpi kala bulan sendiri
Hiburkan gurindam hati

Ceritakan tentang malam
Bilang pada langit..
Usah sedih
Biarkan awan ditakung hujan
Asal lebat tidak selamanya gelap
Esok pasti cerah
Secerah mentari memanggil pagi
Bersama nafas hari yang masih suci
Pasti kita tersenyum lagi
Dijanji tersenyum kembali

Thursday, January 05, 2012

From: Makcik Bulan





Beb...
Bertahanlah.
Aku tau aku tak mampu hapuskan rasa sakit hatimu tika ini,
Apatah lagi memadam semua kesedihan itu.
Tidak juga membalikkan kembali semua momen yang telah lalu
Tika ini aku juga takkan mungkin mengeringkan air matamu...
Dan aku cuma mahu...
Kau terus bertahan
Untuk hidup.
Bertahan...
Untuk meneruskan hidup.
Bertahan dengan kesabaran
Dan redha akan kepergian

Beb...
Bertahan.
Dengan kekuatan
Walaupun ianya adalah sisa semalam
Simpankan untuk esok.
Untuk hari kau harus bangun
Dihari...
Aku akan paksa kau bangun
Hari aku akan paksa kau berdiri
Berjalan semula dan berlari
Malah terbang sana dan sini
Terbang mencari duniawi
Menuju syurgawi

Beb...
Aku tidak mungkin ada didepanmu
Tika ini
Tapi aku tetap ada dibelakangmu
Tiap waktu
Bagai bayang-bayang itu
Tenanglah... tabah.
Sabarlah.... redha.
Benarkan dia pergi ke alam hakiki
Relakan lelapnya temui mimpi azali
Kembali pada Yang Maha Mencintai
Dalam pelukan rindu
Kekasih Yang Satu

Puisi Bertahan Untuk Esok By Hirne Saris




>> TERIMA KASIH SAHABAT... zahirku nampak kuat... dalam kolam hatiku pecah...



From: Makcik Bulan





Beb...
Bertahanlah.
Aku tau aku tak mampu hapuskan rasa sakit hatimu tika ini,
Apatah lagi memadam semua kesedihan itu.
Tidak juga membalikkan kembali semua momen yang telah lalu
Tika ini aku juga takkan mungkin mengeringkan air matamu...
Dan aku cuma mahu...
Kau terus bertahan
Untuk hidup.
Bertahan...
Untuk meneruskan hidup.
Bertahan dengan kesabaran
Dan redha akan kepergian

Beb...
Bertahan.
Dengan kekuatan
Walaupun ianya adalah sisa semalam
Simpankan untuk esok.
Untuk hari kau harus bangun
Dihari...
Aku akan paksa kau bangun
Hari aku akan paksa kau berdiri
Berjalan semula dan berlari
Malah terbang sana dan sini
Terbang mencari duniawi
Menuju syurgawi

Beb...
Aku tidak mungkin ada didepanmu
Tika ini
Tapi aku tetap ada dibelakangmu
Tiap waktu
Bagai bayang-bayang itu
Tenanglah... tabah.
Sabarlah.... redha.
Benarkan dia pergi ke alam hakiki
Relakan lelapnya temui mimpi azali
Kembali pada Yang Maha Mencintai
Dalam pelukan rindu
Kekasih Yang Satu

Puisi Bertahan Untuk Esok By Hirne Saris




>> TERIMA KASIH SAHABAT... zahirku nampak kuat... dalam kolam hatiku pecah...



Dari saya untuk awak..




Awak...
Saya tahu.. saya bukan cinta pertama awak..
Dan awak juga memang tahu...
Awak bukan pertama dalam hati saya..
Entah..
Saya tak tahu bagaimana rasa ini ada untuk awak..
Saat ini saya masih memikir tentang kita..
Bagaimana kisah kita bermula?..
Semua terjadi tanpa saya duga..
Kala sunyi kuat mencengkam jiwa
Dendam dan amarah merasuk diam
Dalam terpaksa saya membenar awak masuk
Menyentuh jauh kedalam hati saya..
Buat saya lupa status apa kita ini?
Awak hadir seakan membasuh seluruh rasa duka saya..
Terlena saya dengan sentuhan awak..
Saya benci awak..


Awak...
Kadang saya jadi marah dengan apa yang saya rasa ini
Ingin lupakan segala tentang awak
Biar awak hilang dari pandangan..
Namun.. tiba rasa datang menghampiri
Ingin selalu dekat dengan awak..
Memahami semua tentang diri awak
Mengenggam erat tangan awak
Selongkar segala kehidupan awak
Yang begitu sulit dan tersembunyi..
Tiba rasa jadi takut.. sangat takut..
Andai sebuah kebenaran terpampang depan mata?
Benar, saya tak kuat untuk hadapinya...
Jadi biarlah..
Bencinya saya...


Awak...
Saya cuba belajar dari kesilapan lepas..
Untuk menjadi lebih teguh pendirian
Tak akan melepaskan apa yang saya dah genggam
Apa yang dah saya lafazkan..
Apa yang saya pertahankan..
Namun bayangan mimpi ngeri sering hantui saya
Terbuat saya jadi rapuh dalam tak sedar
Jadi duri yang mencucuk dalam diam....
Saya marah dengan diri saya...
Mudahnya rasa yang ada untuk awak ini
Datang dan pergi sesuka hati..
Saya benci awak..


Awak...
Kesunyian ini benar mencengkam jiwa saya
Kesibukan kerja awak mengundang seribu tanda tanya
Dalam kotak fikiran saya..
Benar?.. atau suatu pembohongan dari awak buat saya?
Sakit memikirkan hasutan negatif yang menggila..
Sudahnya saya biarkan dari terus menjerut rasa..
Cuba bertahan dan berlagak biasa dengan keadaan
Mungkinkah awak dapat mengesan disana?
atau sememangnya awak sengajakan...
Mahu mendera jiwa saya??
Arghh... malas untuk saya fikirkan..



Awak...
Saya bencikan awak...
Tapi saya rindukan awakk..
Rindu sangatt...




Ilham rasa : CEK ROSES


Sunday, January 01, 2012

SEPI SEORANG PERINDU



Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku

Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata

Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta

Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu

Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti


>> Hmmm... awak, rindunya saya kat awak.. ;p

WELCOME 2012


Salam Tahun Baru 2012 daa.. wah dah masuk tahun baru dah eh?.. so sedar tak sedar 2011 dah pon meninggalkan aku.. yang penuh suka duka yang tak bleh nak ucap and luah ngan kata..

Well apa pon masa lalu adalah sejarah, hari ini adalah goresan, Hari esok adalah harapan. Selamat datang tahun baru 2012. Seiring dengan perginya kenangan, menyambut harapan. Selamat tinggal kenangan, selamat datang harapan..

Semoga kehadiran Tahun 2012 membawa banyak kebaikan, rezeki bertambah lebih baik dari sebelumnya dan terhindar dari segala musibah. All the best for me..