"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Sunday, December 08, 2019

SAAT SEBELUM DIIJAB KABUL


Bila lihat gambar kawen ni...teringat kata2 arwah abah dan mak.. ๐Ÿ˜ข

Masa arwah abah sihat :
"kamu kalau ada kawan, kenalkan dengan abah.. Nanti bila abah tak de kamu buat sorang sorang"..

Masa arwah abah sakit :
"Jaga mak.. Jaga adik-adik"

Ayat mak...
"Kawinlah wa... Ada orang nanti jaga kamu. Adik-bradik tak boleh selamanya bantu bila sakit.. Kalau mak tak de siapa nak jaga kamu.. "

Bila sayap kanan telah hilang..
Mampukah aku bertahan bila sayap kiri aku kini lemah...
Bisakah aku terbang tinggi..
Mencapai indahnya awan..

๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Sunday, December 01, 2019

๐ŸŒนRAIKAN CINTA ๐Ÿ‘ฐZUEWAINA❤FAIZALY๐Ÿคต


Allah menciptakan satu jiwa, kemudian Dia membelahnya menjadi dua. Sehingga, Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang menyatukannya dalam pernikahan. Alhamdulillah... Pada tarikh 17/8/2019 kami telah mengikat tali pertunangan dan tarikh 29/11/2019 kami selamat dinikahkan oleh tok kadi... 

Uniknya majlis kami semuanya berlangsung pada sebelah malam. Semoga gerbang perkahwinan kami dilimpahi oleh rasa cinta, aman damai, sejuk, penuh kebaikan dan kebahagiaan. Jazakallahu khairan khatira. A'amiin.. 

Jutaan terima kasih buat semua tetamu yang hadir.. sanak saudara dan kaum keluarga yang dekat mahu pun jauh.. Mohon maaf juga seandainya ada yang tidak ada dalam jemputan, tetapi kalian sentiasa ada di hati kami. Terima kasih sahabat yang mendoakan.. Semoga segala doa kembali kepada kalian juga... A'amiin.

Alhamdulillah... ๐Ÿ’‘ dari kawan satu kelas.. lost contact.. jumpa balik.. tenggelam.. pastu timbul.. tenggelam.. ๐Ÿ˜œ timbul balik terus ajak kawen.. panah terus kat jantung dia.. ๐Ÿ˜ ni kalau buat movie mau pecah panggung hahaha ๐Ÿ˜œ Love u my husband ๐Ÿ˜˜ 29/11/2019 dalam sejarah ๐Ÿ˜Ž #wawaandzizi ๐Ÿ˜ป๐Ÿผ๐Ÿป๐ŸŒน




"Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, selama mana kita menunggu, sehebat mana kita merancang, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita berbagi kasih, ia tetap rahsia Allah.." ๐Ÿ˜Ž

Siapa Sangka Siapa Menduga bila fantasi jadi realiti... - Azwa Safwa ๐ŸŒน

Thursday, October 31, 2019

FLASHBACK MLM


12 tahun yang lepas.. ๐Ÿ˜… 2 tahun berjinak dengan dunia MLM - SNE.. Dari seorang yang pasif.. Tak suka jumpa orang.. Jumpa orang je lari.. Perlahan berubah jadi orang yang kuat sembang.. Hahaha. Tapi hakak garang n emosi lebih tetap ada . ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.

.
Kadang berjaya itu bukan hanya pada banyaknya harta dan wang ringgit.. Berjaya juga itu diukur atas keberanian kita keluar dari hidup yang sendu.. Berjaya itu bila kita bersyukur dengan apa yang ada biar sedikit tapi berkat..๐Ÿ˜Š #naksejukkanhati๐Ÿ˜‹
.
Teringat kata2 sesorang yang aku anggap sebagai idola senyap aku.. Katanya, kamu perlu pecahkan benteng ketakutan mu itu.. Terus melangkah kedepan tanpa menoleh kisah silam yang kelam.. Lontarkan apa yang kamu ingin suarakan.. Jangan simpan sampai menjadi barah.. Kamu punya aura pesona diri yang kuat! Rasa takut buat kamu jadi tidak percaya diri.. Hiduplah dalam cinta dan kasih sayang.. ๐Ÿ˜… woww.. Tetiba diri jadi terbang diawangan.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ .
.
Entahlah.. Kenapa la sekarang ni banyak flashback buat aku... Lepas arwah abah pergi.. Semua lost.. Aku jadi bodoh.. Aku malas nak up diri aku.. Aku jadi down teruk.. Aku rindu sangat zaman kanak2 aku.. Aku banyak rindu arwah abah.. Allahuakbar.. Al-Fatihah buat abah.. ๐Ÿ˜”
.
๐Ÿผ

Wednesday, August 07, 2019

TAKDIR DAN WAKTU.wmv

BIARKAN AKU LENA




Izinkan aku berehat
Kerana tubuhku telah lelah
Otakku kini serabut kacau
Mataku sudah berat menahan jaga
Tak mampu untuk menatap pandang
Tiap kata tak mampu diucapkan
Hanya perlu pinjamkan bahumu
Bisa aku bersandar lenaku..
.
Biarkan saja aku terlena sebentar
Agar segala yang sulit pergi jauh
Jangan bangunkan aku
Saat aku bermimpi indah tentangmu
Buatkan aku tersenyum
Biarkan saja aku terus dibuai lena
Hilangkan semua yang sarat
Dakaplah erat aku
Biar awan mendung berlalu..
.
Tidak perlu bimbang
Bangunnya nanti aku
Diri telah kembali pulih
Bisa siap pertahankan segala
Kembali segar ruh dan jasad
Tetap terus temani kamu
Bahagiakan hingga hujung nafas..
.


- AZWA SAFWA -

Tuesday, July 16, 2019

Tuesday, July 09, 2019

Cinta Lelaki Pelik & Unik



CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis.Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis, mudah pula berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semua ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami, ada kala lunak tetapi selalu keras dan kurang simpati.

Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.

Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui:

  • Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
  • Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
  • Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.
  • Mencemburui kekasih atau isteri, lantas akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.
  • Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.
  • Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak me numpukan perhatian penuh padanya.
  • Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.
  • kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isteri.
  • Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut da ripada kekasih atau isteri.
  • Lega apabila pasangan memujuknya.
  • Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri.
  • Kerap menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS).
  • Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isteri.


Petua Mengasihi Suami



Married Only....

Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja

Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya.

Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah.  Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan  dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.

Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.

Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa 'hanya kaulah satu-satunya kekasihku'.

Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya.  Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

Sekiranya suami anda berhajat untuk 'bersama' anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. 

Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.

10 'JANGAN' dalam perhubungan cinta



  
Bukan mudah untuk menjaga menjaga sesuatu perhubungan jika cinta tidak dibaja dan dipupuk betul-betul. Oleh itu, sentiasa elakkan diri dari melakukan sesuatu yang merenggangkan rasa cinta di hati masing-masing.

1. JANGAN membandingkan si dia dengan jejaka atau gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.
Jangan sesekali cuba membandingkan si dia dengan orang lain terutamanya dengan  bekas kekasihmu. Mungkin dia tidaklah sehebat yang ‘lama’, namun perbandingan ini akan membuatkan dirinya merasa rendah diri dan tercabar. Jadi, terimalah si dia seadanya kerana dia mungkin mempunyai kelebihannya tersendiri.

2. JANGAN sesekali berbohong ataupun menyimpan rahsia
Sifat jujur amat dititikberatkan dalam sesuatu perhubungan. Oleh itu, jangan sesekali cuba berbohong atau berahsia dengan pasangan anda dalam apa hal sekalipun. Jika sekali anda berbohong, kepercayaan antara satu sama lain akan pudar. Sikap curiga pula akan menghantui diri dan memburukkan perhubungan anda. Maka, amalkan sikap terbuka dan berterus-terang sesama anda. Ingat, “Honest hearts produce honest actions.”

3. JANGAN lupa hari penting dalam hidupnya.
Jangan jadikan sikap pelupa dan tidak endahmu dalam mengingati hari-hari istimewa si dia memudarkan rencah perhubunganmu. Rasanya tidak sukar untuk anda mengingati setiap tarikh-tarikh penting itu. Hanya bulatkan di kalendar atau membuar ‘reminder’ di handphone anda, kan? Mungkin ramai lelaki yang tidak ambil kisah, namun sekadar sekeping kad ucapan atau kiriman bunga pasti menguntum senyum di bibirnya. 

4. JANGAN memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran.Andainya timbul perselisihan atau pertengkaran dalam perhubungan, tidak salah jika anda beralah. Selesaikan ketidaksefahaman ini dengan tenang dari hati ke hati. Jika si dia masih ‘panas’, tunggu masa yang sesuai untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ini agar perhubungan tidak tergugat.

5. JANGAN cuba untuk mengongkong atau menyimpan perasaan cemburu .
Sikap cemburu yang membabi-buta kadang-kala akan menghancurkan sesuatu ikatan. Siapa kata ‘cemburu’ tidak perlu, tetapi biarlah berpada! Usahlah terlampau cemburu sehingga mengongkong dirinya yang akan membuatkan si dia sakit hati dan bosan.

6. JANGAN berpura-pura tidak mempercayainya ataupun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu
Usahlah keterlaluan dalam menguji cintanya terhadap dirimu. Tak salah jika anda ingin menguji kesetiaannya atau kedalaman cintanya terhadapmu, namun sikap ini mungkin memakan diri. Si dia mungkin sukar menerima jika kamu langsung tidak mempercayainya.

7. JANGAN menunjukkan perasaan bosan dengan apa yang dilakukan
Cuba tunjukkan sedikit kamu terhadap apa yang dilakukan oleh pasangan anda walaupun ada bosan. Ini merupakan tanda sokongan anda terhadap minat atau hobinya. Contohnya, si dia suka merupakan seorang ‘kaki bola’. Apa kata , anda cuba meluangkan masa menemaninya menonton perlawanan bola sepak di TV atau di stadium. Pasti si dia amat menghargainya dan sesambil itu boleh ‘menayang’ anda pada teman-temannya, kan?

8. JANGAN lakukan perkara yang sama setiap kali keluar ‘berdating’
Cuba lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama. Jika asyik keluar makan dan menonton wayang sahaja, lambat-laun akan terbit perasaan jemu pula. Try to search for new and unusual things to do. Contohnya,  bermain bowling, menaiki ‘roller-coaster’ ataupun berkelah. Anda juga boleh membuat aktiviti berkumpulan yang mana mungkin akan lebih menyeronokkan, bukan?

9. JANGAN melontarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya.
“The tongue is more to be feared than the sword”.  Wah, anda perlu berhati-hati dengan setiap patah perkataan yang anda lafazkan. Cuba kawal diri anda sesama bertengkar dengannya. Jangan menghina dirinya dengan ayat yang boleh menyinggung hati dan perasaannya. Bak kata pepatah lama, “terlajak  perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!”

10. JANGAN menjatuhkan air mukanya.
Elakkan melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan air mukanya. Mungkin anda tidak sengaja atau sekadar mahu bergurau, tetapi pastikan gurauan anda kena pada tempatnya. . Kadang-kala, kita akan merasa lebih terluka jika dimalukan oleh orang yang tersayang.


Selamat mencuba!

8 Petanda Dia Adalah Jodoh Kamu




Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan  fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda  lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh  (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting  adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan  secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan  meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada  harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan  sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang  perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan
jodoh  kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati  kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya  satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagiaan kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan  tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan  setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda  bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia  selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan  duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat  kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala  kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu  peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu  kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia  sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak  malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil  'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun  menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk  bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih  selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia  apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?


KALAU DAH DITAKDIRKAN ITU ADALAH ORANGNYA..ITULAH JODOHMU..

10 Petanda Menunjukkan Dia Adalah Jodoh Kita

Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?



“ Manusia merancang, Allah menentukan..”

Thursday, July 04, 2019

SEKILAS PANDANGAN


Pada sekilas pandangan
nyata berbeda tafsiran
umpatan mencucuk perasaan
menilai tentang perwatakan
tentang sakitan
biak tumbuh simpan
.
Tak perlu manis senyuman
tiada ikhlas nur pancaran
tak perlu jujur sentuhan
andai sembunyi hasad lipatan
tak perlu bingit jeritan
angkuh dengan tugasan
tak perlu budi santun
hanya tuk lindung legam pekatan
.
Terus maju hadapan
lepaskan semua bisikan
kerna ada kuasa kekuatan
kuat dalam genggaman
berkali kejatuhan
tak pernah pudar impian
biar berjuta ujian
tetap redha pada ketentuan
.
Biarkan... lepaskan..
hanya mahu cipta kebahagiaan..
rasa sayang dan kecintaan
bekalan sepanjang perjalanan
sepanjang kehidupan.
.

Azwa Safwa With Love - @Mawarcinta peace love ๐Ÿ˜˜

Friday, June 28, 2019

MUTIARA - Mutiara



Lirik lagu ni mungkin menceritakan tentang seorang lelaki yang memendam perasaan cinta terhadap seorang perempuan, yang mungkin kawan baik lelaki tu.setelah sekian lama mereka berkawan.akhir nya timbul perasaan cinta dalam hati lelaki itu terhadap kawan perempuan nya. tapi walaupun dalam hati nya telah dipenuhi perasaan cinta kepada kawan perempuan nya.namun,lelaki itu tak mampu meluahkan segala isi hati nya kepada kawan perempuan nya.mungkin lelaki itu takut kawan perempuan nya menolak cinta nya.walaupun begitu lelaki itu tetap berusaha untuk menunjukan rasa cinta nya melalui kelakuan dan perbuatan nya terhadap kawan perempuan nya dan berharap supaya suatu ketika nanti kawan perempuan nya akan memahami juga perasaan cinta lelaki ini, yang telah sekian lama tersimpan di dalam lubuk hati nya. walau apa pun,kini wajah yang sentiasa bermain di fikiran lelaki ini adalah wajah kawan perempuan nya. yang dia ibarat kan sebagai sebutir mutiara indah yang telah memancarkan cahaya indah ke dalam lubuk hati lelaki ini.yang dahulu nya sentiasa kelam,kini kembali di sinari kemilauan cahaya mutiara...

Gravity-Kau Salju Cintaku

KARYA HATI


Bila kau menulis.. Kau akan melahirkan apa yang kau rasa.. Kadang imiginasi yang hadir kau garap menjadi sebuah cerita.. Kau hanya ikut rentak rasa itu.. Tak semua kisah itu datang dari diri sendiri... Namun perjalanan hidup sendiri juga memainkan peranan menghidupkan setiap watak cerita.. Walau orang itu langsung tak wujud pun.. ๐Ÿ˜Ž
.
Andai tika itu perasaan kau sedih.. Maka terhasillah kisah sedih hingga kau sendiri tak sangka begitu kau mendalami setiap watak.. Begitu juga bila kau menulis waktu itu perasaan kau gila-gila ala dil tol pagal hai.. Jalan cerita akan terhasil pelbagai warna biru kuning hijau... Hahaha.  Kalau faham.. fahamlah.. Tak paham abaikan aja.. Lantak kau orang fikir apa ๐Ÿ˜‹
.
Ermm.. Hobi aku time sekolah dulu suka melukis.. Antara lukisan yang aku suka lukis suasana pemandangan dan muka orang.. Sebab tu aku mudah ingat wajah orang biar nama dia aku dah lupa... ๐Ÿ˜Š Disebabkan waktu itu ramai budak jantan terjal yang join kelas lukisan terus aku jadi benci kelas tu.. Sekali dengan lukisan pon dah pudar dari ingatan Hahaha.. Bila first time masuk kelas subject sastera.. Seronok pula mencungkil habis watak Lebai Pa dalam novel Mereka Yang Tertewas.. Sejak dari tu aku minat Kesusasteraan Melayu.. Maka bermulalah hidup aku  dengan alam maya... Duk merap dalam bilik sampai malu jumpa orang.. Kuar bilik pon bila ada hal penting-penting je.. Muka jangan cakap.. Bila suruh senyum je baru aku senyum.. Hahaha
.
Bila dah mula keja Jabatan Perangkaan Negara, Hospital Serdang dan UiTM.. Skill menulis tu dah jadi tawar.. Sebab otak aku fokus pada kerjaya.. Dengan keadaan ekonomi aku dulu yang kadang hidup segan mati tak mau ni buat otak aku malas nak berkreative dan berimaginasi tinggi.. ๐Ÿ˜œ balik rumah dapat tido memang best.. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜‚.
.
Pada yang rindu dengan karya aku tu.. Err ada ke yang rindu??? ๐Ÿ˜‹ Type je nama aku kat pakcik google tu.. Jumpalah.. Banyak dah laman sesawang yang aku layari dulu dah pupus.. Geng yang sama aku lepak dulu pon sama juga ghaib... Ada 2 3 4 nick name korang yang aku masih ingat.. Sampai aku terbuat karya tau.๐Ÿ˜Ž
.
Ermmm... Bila kau hidup dengan cinta dan kasih sayang.. Segala yang kelam akan terkubur.. Terbang.. ๐Ÿผ

Tuesday, June 25, 2019

CHIT CHAT MINUM KOPI




Sapa kata tak rindu kat bilik bedah bersalin Hospital Serdang (MOT)? banyak pengalaman suka duka, seram ngeri, sendu sendan dan macam2 lagilah sebelum aku jejak kaki ke UiTM Shah Alam..

.
Rindu sangat beb.. Lagi kau dapat cium tubuh bayi yang baru lahir.. Haruman bak syurga.. Kau dapat lihat betapa peritnya seorang ibu mahu lahirkan anaknya dengan pelbagai komplikasi dan ujian.. Belum lagi kau terkejar tolak katil patient masuk bilik bedah dalam keadaan kau time tu batery tenaga dah low.. Penat ya amat. Belum campur disampuk makhluk halus dan disakat lagi time kau keja shift malam.. Tambah lagi kereta kau meragam time nak balik dari keja shift petang.. Dengan kau bodoh langsung tentang enjin kereta. Belum lagi kau tak sempat sarapan, time punch card masuk je ada kes fetal disstres .. Dan arwah abah kau meninggal dunia ditempat kau bekerja.. Dan kau hanya dapat lihat dia kali terakhir bila arwah abah kau sudah dikomakan..
.
Hanya orang yang kuat semangat je boleh lalui ujian itu.. Walau aku adalah insan yang lemah semangat.. Dan mudah terkejut.. Siket terkejut.. Sampai doktor pon turut sama jangkit terkejut dengan aku.. Ayat dia last.. Wawa jangan terkejutkan saya.. Pulak dah.. Hahaha... Demi sesuap nasi dan nak bayar bulanan my persona dulu.. ku gagahkan jua seluruh kerajaan diri aku ini.. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜‚
.
So, korang hargailah mereka yang bertugas tak kira masa baik dibidang perubatan mahu pon pendidikan.. Besar jasa mereka pada masyarakat dan negara.. ๐Ÿ˜Ž
.
Ok out! ๐Ÿผ