"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Sunday, October 29, 2023

7 SEBAB HILANGNYA REZEKI


Tersentuh hati saya, apabila terbaca perkongsian tentang ‘7 SEBAB HILANGNYA REZEKI (suami, isteri dan keluarga)’.
Betapa tersisanya keringat selama ini, andai perkara semudah dan seberkat ini disia2kan. Rezeki adalah hak Allah swt, hanya dengan mematuhiNya saja mampu untuk kita mendapatkannya dengan berkat. Bekerjalah kerana Allah swt, bukan kerana manusia, kerana manusia juga mengharapkan rezeki dari Allah swt.
1. SERING BERGADUH.
Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lebih2 lagi soal duit. Berbincanglah, dan carilah persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah puncanya rezeki tersekat.
2. SERING MERUNGUT DAN RASA TERBEBAN.
Berikan kasih sayang kepada anak2 kerana setiap anak adalah rezeki Allah swt. Sebagai ibubapa, adalah perlu diusahakan rezeki untuk mereka tanpa merungut dan rasa terbeban.
3. SERING MENGELUH DENGAN APA YANG TIDAK DIMILIKI.
Perbanyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki, bukannya mengeluh dengan apa yang tidak dimiliki. Tidak kira banyak atau sedikit yang dimiliki, bersyukurlah, kerana syukur itu adalah kunci kepada segala rezeki.
4. KEDEKUT DAN BERKIRA.
Janganlah terlalu berkira dalam perkara2 yang baik untuk keluarga. Perlulah bertolak ansur dan membentuk persefahaman sesama pasangan, kerana rezeki yang Allah swt. berikan adalah untuk dikongsikan.
5. GAGAL MENGAWAL EMOSI DAN AMARAH.
Janganlah sesekali meninggikan suara, dan gunakanlah kata2 yang terbaik sahaja sesama suami, isteri dan anak2. Buangkan cara yang menakut2kan ahli keluarga, dan tanamkan sifat dan layanan yang penuh mesra.
6. KURANG SABAR.
Adakalanya kita perlu menerima dan mengakui sesuatu walaupun ianya tidak disukai. Fahamilah keadaan, memberi dan menerima pendapat, dan cari penyelesaian secara baik. Bersabarlah dengan kerenah suami, isteri dan anak2, kerana sabar itu menjemput rezeki.
7. KURANG BERDOA.
Sentiasalah mengucapkan perkataan yang baik, kerana setiap ucapan adalah doa. Berdoalah yang terbaik untuk suami, isteri dan anak2. Ingatilah mereka dalam setiap doa, di sepanjang masa, kerana kuasa doa adalah luar biasa dan tidak pernah dijangka.
Kredit : Nur Zyella Mahdi