Tuesday, July 16, 2019
Tuesday, July 09, 2019
Cinta Lelaki Pelik & Unik
CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik.
Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan
kurang romantis.Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis, mudah pula berasa
sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semua ini
melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami, ada kala lunak tetapi
selalu keras dan kurang simpati.
Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.
Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui:

- Kesungguhan dalam
melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan
dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
- Puas apabila dapat
menghiburkan pasangannya.
- Lebih banyak
menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.
- Mencemburui kekasih
atau isteri, lantas akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan
semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.
- Kerap menyatakan
ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.
- Mudah merajuk dan
sensitif apabila si dia tidak me numpukan perhatian penuh padanya.
- Kadangkala seperti
anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.
- kerajinannya ketara,
tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat
membahagiakan kekasih atau isteri.
- Mudah merajuk kerana
mahukan kata-kata lembut da ripada kekasih atau isteri.
- Lega apabila pasangan
memujuknya.
- Gelisah apabila
berjauhan dengan kekasih atau isteri.
- Kerap menelefon dan
menghantar sistem pesanan ringkas (SMS).
- Lelaki yang jujur dan
cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain
sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa
pengetahuan kekasih atau isteri.
Petua Mengasihi Suami
Married Only....
Bagi
seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang
oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan
senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan
jelingan-jelingan manja
Sambutlah
kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati
yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan
berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan
perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya.
Banyak
membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan
banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita.
Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa
depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana
anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi
rumahtangga.
Nyatakan
sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah
anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
Apabila
berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi
menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya
atau bahunya bila berjalan-jalan.
Jadikan
amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk
tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang
paling manis dalam kehidupan berumahtangga.
Jika
anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda tidak sempuna
perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya
menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.
Jagalah
anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa
memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda
selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa
kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.
Selalulah
memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan
menggosok-gosok badannya.
Apabila
anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut
bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang
memberikan pengertian bahawa 'hanya kaulah satu-satunya kekasihku'.
Bila
anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak
membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil
menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan
kenikmatannya.
Elakkan
bercerita mengenai suami anda kepada orang lain. Jika perlu pun, ceritalah
perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami
anda.
Sekiranya
suami anda berhajat untuk 'bersama' anda, layanilah ia dengan baik walau
bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami
berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks.
Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.
Ketika
suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan
membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan
begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya
sewaktu dia sihat.
Apabila
suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta
berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan
nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.
10 'JANGAN' dalam perhubungan cinta
Bukan
mudah untuk menjaga menjaga sesuatu perhubungan jika cinta tidak dibaja dan
dipupuk betul-betul. Oleh itu, sentiasa elakkan diri dari melakukan sesuatu
yang merenggangkan rasa cinta di hati masing-masing.
1. JANGAN membandingkan si dia dengan jejaka atau gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.
Jangan sesekali cuba membandingkan si dia dengan orang lain terutamanya dengan bekas kekasihmu. Mungkin dia tidaklah sehebat yang ‘lama’, namun perbandingan ini akan membuatkan dirinya merasa rendah diri dan tercabar. Jadi, terimalah si dia seadanya kerana dia mungkin mempunyai kelebihannya tersendiri.
2. JANGAN sesekali berbohong ataupun menyimpan rahsia
Sifat jujur amat dititikberatkan dalam sesuatu perhubungan. Oleh itu, jangan sesekali cuba berbohong atau berahsia dengan pasangan anda dalam apa hal sekalipun. Jika sekali anda berbohong, kepercayaan antara satu sama lain akan pudar. Sikap curiga pula akan menghantui diri dan memburukkan perhubungan anda. Maka, amalkan sikap terbuka dan berterus-terang sesama anda. Ingat, “Honest hearts produce honest actions.”
3. JANGAN lupa hari penting dalam hidupnya.
Jangan jadikan sikap pelupa dan tidak endahmu dalam mengingati hari-hari istimewa si dia memudarkan rencah perhubunganmu. Rasanya tidak sukar untuk anda mengingati setiap tarikh-tarikh penting itu. Hanya bulatkan di kalendar atau membuar ‘reminder’ di handphone anda, kan? Mungkin ramai lelaki yang tidak ambil kisah, namun sekadar sekeping kad ucapan atau kiriman bunga pasti menguntum senyum di bibirnya.

4. JANGAN
memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran.Andainya timbul
perselisihan atau pertengkaran dalam perhubungan, tidak salah jika anda
beralah. Selesaikan ketidaksefahaman ini dengan tenang dari hati ke hati. Jika
si dia masih ‘panas’, tunggu masa yang sesuai untuk berbincang dan
menyelesaikan masalah ini agar perhubungan tidak tergugat.
5. JANGAN cuba untuk mengongkong atau menyimpan perasaan cemburu .
Sikap cemburu yang membabi-buta kadang-kala akan menghancurkan sesuatu ikatan. Siapa kata ‘cemburu’ tidak perlu, tetapi biarlah berpada! Usahlah terlampau cemburu sehingga mengongkong dirinya yang akan membuatkan si dia sakit hati dan bosan.
6. JANGAN berpura-pura tidak mempercayainya ataupun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu
Usahlah keterlaluan dalam menguji cintanya terhadap dirimu. Tak salah jika anda ingin menguji kesetiaannya atau kedalaman cintanya terhadapmu, namun sikap ini mungkin memakan diri. Si dia mungkin sukar menerima jika kamu langsung tidak mempercayainya.
7. JANGAN menunjukkan perasaan bosan dengan apa yang dilakukan
Cuba tunjukkan sedikit kamu terhadap apa yang dilakukan oleh pasangan anda walaupun ada bosan. Ini merupakan tanda sokongan anda terhadap minat atau hobinya. Contohnya, si dia suka merupakan seorang ‘kaki bola’. Apa kata , anda cuba meluangkan masa menemaninya menonton perlawanan bola sepak di TV atau di stadium. Pasti si dia amat menghargainya dan sesambil itu boleh ‘menayang’ anda pada teman-temannya, kan?
8. JANGAN lakukan perkara yang sama setiap kali keluar ‘berdating’
Cuba lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama. Jika asyik keluar makan dan menonton wayang sahaja, lambat-laun akan terbit perasaan jemu pula. Try to search for new and unusual things to do. Contohnya, bermain bowling, menaiki ‘roller-coaster’ ataupun berkelah. Anda juga boleh membuat aktiviti berkumpulan yang mana mungkin akan lebih menyeronokkan, bukan?
9. JANGAN melontarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya.
“The tongue is more to be feared than the sword”. Wah, anda perlu berhati-hati dengan setiap patah perkataan yang anda lafazkan. Cuba kawal diri anda sesama bertengkar dengannya. Jangan menghina dirinya dengan ayat yang boleh menyinggung hati dan perasaannya. Bak kata pepatah lama, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!”
10. JANGAN menjatuhkan air mukanya.
Elakkan melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan air mukanya. Mungkin anda tidak sengaja atau sekadar mahu bergurau, tetapi pastikan gurauan anda kena pada tempatnya. . Kadang-kala, kita akan merasa lebih terluka jika dimalukan oleh orang yang tersayang.
Selamat mencuba!

8 Petanda Dia Adalah Jodoh Kamu
Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?
Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!
Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan
jodoh kamu!
Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagiaan kamu...
Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.
Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...
Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..
Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!
Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!
Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?
KALAU DAH DITAKDIRKAN ITU ADALAH ORANGNYA..ITULAH JODOHMU..
10 Petanda Menunjukkan Dia Adalah Jodoh Kita
Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?
“ Manusia merancang, Allah menentukan..”
Thursday, July 04, 2019
SEKILAS PANDANGAN
Pada sekilas pandangan
nyata berbeda tafsiran
umpatan mencucuk perasaan
menilai tentang perwatakan
tentang sakitan
biak tumbuh simpan
.
Tak perlu manis senyuman
tiada ikhlas nur pancaran
tak perlu jujur sentuhan
andai sembunyi hasad lipatan
tak perlu bingit jeritan
angkuh dengan tugasan
tak perlu budi santun
hanya tuk lindung legam pekatan
.
Terus maju hadapan
lepaskan semua bisikan
kerna ada kuasa kekuatan
kuat dalam genggaman
berkali kejatuhan
tak pernah pudar impian
biar berjuta ujian
tetap redha pada ketentuan
.
Biarkan... lepaskan..
hanya mahu cipta kebahagiaan..
rasa sayang dan kecintaan
bekalan sepanjang perjalanan
sepanjang kehidupan.
.
Azwa Safwa With Love - @Mawarcinta peace love 😘
Subscribe to:
Posts (Atom)