"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Sunday, February 26, 2012

CINTA Laksamana Sunan



Selama mana.. harus ku mencari
Igauan ini.. ku gagahi...
Ingin berjumpa.. sayang kau tiada
Hati jiwa.. rasa cinta.. seorang lelaki

Lemas meronta, menggoncang lara
Menangis aku sendiri
Jangan ditanya, engkau pun tahu
mengapakah bersembunyi

Kau.. jelmalah engkau
Beraksi rindu
Mimpi-mimpiku

Malam.. di gerbang luka
Menggarap cinta
Suratan resah

Malam..di gerbang luka
Menggarap cinta
Suratan resah

Bulan.. bukannya bintang
Siang.. hilanglah malam
Gundah... bila kau hilang
Resah.. hilang kau datang

Jika kau tiba,
Jelanglah sinar
malamku yang kesepian
Moga hangatnya,
rasa asmara,
kasih hulurkan cintamu

Nilam.. juga permata
Nilai.. bukannya intan
Sayang.. bila kau datang
Senyum.. hilanglah duka


Wahai awan, angin.. seluruh alam semesta..
Hembuskan tiupan bayu laut segera ..
Sampaikan salam rindu dendam hamba
buat Sang Pencinta Agung.. Sunan
terasa mahu kiranya..
ingin sekali hamba temui dia..
biar dalam mimpi fantasi alam imaginasi hamba..
benarkan.. bawakan dia pada hamba..

Laksamana Sunan..
kehebatan CINTA AGUNG tuan tebarkan..
buat hati hamba bergetar teruja hebat
memuja tuan dalam tiap helaian kalam diselongkar
menanti tiap detik berakhir lagenda,
bagaikan mencarik gundah meraba maya
melarik semua rasa rindu, mengusik seluruh jiwa
merungkai tiap segala kisah tentang tuan..

Saifudin..
Hati wanita hamba meruntun syahdu..
berlinang mengalir hangat perlahan
saat akhiran kisah ternoktah!
Tersentuh hamba pada cinta yang terkorban
pada Ratna Sang Ratu isteri tercinta..
pada Haryani Bagaikan Puteri tak sempat kau nikahi..
kembali tuan pada Yang Maha Pencipta..
Hilang...

Laksamana Sunan, ku alunkan puisi ini buat tuan..

Renungan buat aku...


Surah ad-Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan diri mereka disisih, ditinggalkan dan dibenci. Surah ini diturunkan sebagai menolak kata-kata musyrikin kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Allah SWT telah membenci dan meninggalkan baginda SAW.

Allah SWT dengan bahasa lembut menyejukkan jiwa Nabi SAW, bahawa Dia tidak tinggal dan bencikan Nabi SAW. Bagi mereka yang merasakan diri disisihkan manusia, hakikatnya,Allah tidak biarkan mereka kesepian. Dia sentiasa bersama, lalu, Dia pujuk jiwa yang disisihkan itu dengan jaminan bahawa hari esok adalah cerah dan lebih baik dari hari ini.

Ad-Dhuha pengubat jiwa manusia yang resah dan memberikan kehidupan yang lebih baik jika diamalkan selalu.

Terjemahan:
[1] Demi waktu dhuha,
[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
[3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.
[6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?
[8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
[9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Saturday, February 25, 2012

From : Makcik Bulan




Beb...
Bertahanlah.
Aku tau aku tak mampu hapuskan rasa sakit hatimu tika ini,
Apatah lagi memadam semua kesedihan itu.
Tidak juga membalikkan kembali semua momen yang telah lalu
Tika ini aku juga takkan mungkin mengeringkan air matamu...
Dan aku cuma mahu...
Kau terus bertahan
Untuk hidup.
Bertahan...
Untuk meneruskan hidup.
Bertahan dengan kesabaran
Dan redha akan kepergian

Beb...
Bertahan.
Dengan kekuatan
Walaupun ianya adalah sisa semalam
Simpankan untuk esok.
Untuk hari kau harus bangun
Dihari...
Aku akan paksa kau bangun
Hari aku akan paksa kau berdiri
Berjalan semula dan berlari
Malah terbang sana dan sini
Terbang mencari duniawi
Menuju syurgawi

Beb...
Aku tidak mungkin ada didepanmu
Tika ini
Tapi aku tetap ada dibelakangmu
Tiap waktu
Bagai bayang-bayang itu
Tenanglah... tabah.
Sabarlah.... redha.
Benarkan dia pergi ke alam hakiki
Relakan lelapnya temui mimpi azali
Kembali pada Yang Maha Mencintai
Dalam pelukan rindu
Kekasih Yang Satu

Puisi Bertahan Untuk Esok By Hirne Saris

Saturday, February 18, 2012

tinta terpanah...



Awak....
Bertahanlah dengan kekuatan awak sendiri sebab awak tak perlukan orang lain untuk membentuk kekuatan baru. Pada saya awak tetap bagaikan bayu. Yang tak akan terkalah dari apa-apa halangan. Yang tak akan goyah dengan ujian. Andai kekecewaan itu datang, anggaplah Tuhan itu sayang. Dan nanti akan diberikan ganjaran yang lebih baik dari sebelumnya. Akan digantikan yang pergi dengan yang lebih... baik lagi.

Janganlah kerana seseorang, seluruh hidup awak mati untuknya.
Janganlah kerna sesuatu, seluruh jiwa awak binasa kerananya.
Awak masih ada orang lain yang perlu awak fikirkan.
Yang penting, awak masih ada DIA yang sentiasa ada untuk membantu... mendengar dan memahami segala situasi yang awak hadapi. Kalaupun sendiri itu sepi, jadikanlah sepi itu irama yang sunyi untuk menenangkan diri dari keributan manusia. Kerana kita adalah manusia yang tersendiri. Yang mampu menciptakan kehebatan untuk berbahagia atau membiarkan situasi menjadi sebaliknya.

Dihari kita menangis...
Apakah kita bisa mengurangkan segala beban yang menanggung? Tidak... ianya cuma merehatkan jiwa untuk merasa lega seketika. Tapi dihari kita menangis dan ada teman yang ingin sama menangisi apa yang kita hadapi, maka syukurilah bahawa awak telah kaya dengan kehadiran mereka. Dan saya.. selalu mengharapkan kebahagiaan itu kepunyaan awak jua disuatu waktu yang telah ditentukan. Asalkan awak percaya.... awak akan nikmati segala nikmat itu apabila tiba masanya.

Adakah saya berkata-kata untuk menyedapkan rasa?
Tidak....

Saya pernah merasa hidup dalam sia-sia. Saya pernah menangisi apa yang terjadi hingga saya harus mengorbankan rasa ini demi kehendak dan kepentingan orang lain tanpa mereka memikirkan segala impian dan kesukaan saya. Saya pernah "mati" hati kerana terlalu mendalami kesedihan, hingga kecewa yang dirasa tak dapat membujuk hati ini untuk kembali semula kepada bahagia. Hari-hari yang saya alami tidak pernah punya sinar untuk tersenyum semula. Hari-hari yang saya miliki hanya ada diri saya sendiri walaupun disisi saya, sekeliling adalah warna ceria. Hakikatnya saya didera dan dipenjara dalam emosi yang sengsara sedang sebenarnya saya bebas dan berkuasa atas jiwa saya. Bebas untuk menikmati bahagia dan tersenyum ceria. Bebas untuk bersuara dan menjadi siapa diri saya. Bebas untuk berfikir tanpa memikirkan rasa orang lain. Bebas dari setiap tindakan dan perilaku hingga harus menjadi manusia yang sering dihantui sesuatu. Juga bebas bernafas atas jalan takdir dan karmaNya. Paling penting, saya bebas membuat keputusan atas tindakan saya. Saya tidak perlukan komen atau pandangan orang lain tentang apa yang saya lakukan. Tidak perlu ada yang cuba mengaturkannya. Sama ada saya salah, saya berdosa atau mungkin saya benar dan berpahala biarlah ketentuannya saya dan DIA. Tak perlu ada sesiapa cuba menguasai saya.

Dan hari ini...
Biarpun saya masih diuji dan didera dengan dugaanNya, saya berjaya pergunakan jalan derita itu untuk diolah menjadi bahagia. Dihari saya harus menangisi semua yang terjadi, dihari yang sama juga saya perbaharui usaha dan nekad untuk melepasi sesuatu masalah itu dengan bijaksana. Biarpun masih berterusan, ia tidak pernah membuatkan saya harus kalah lagi seperti sebelumnya. Tidak ada manusia atau apa jua keadaan yang bisa merampas kekuatan saya untuk menangani hari depan. Tidak ada lagi kebimbangan. Tidak ada lagi awan sengsara yang menenggelamkan jiwa saya untuk dikuasai oleh sesiapa. Tidak ada lagi yang boleh bersuara kerana saya bukan lagi sesiapa.

Ya...
Dalam situasi begini, saya lebih senang jika ada yang membenci dan menjauhi. Malah tidak mendekati itu lebih baik dari merasa sakit hati. Dan mungkin kerana itu juga, saya lebih suka menyakiti agar ada yang membenci dan pergi jauh dari sini atas alasan saya tersendiri. Itu lebih baik dari saya terus dihina dan dicaci mengikut kata nista yang tak pernah memahami.

Awak pernah menelan semua cacian dan tuduhan orang lain?
Awak pernah diberi satu pilihan tanpa punya pilihan yang lain?
Awak pernah tidak dianggap biarpun selalu ada disitu?
Saat saya tidak mengenali apa-apa, rutin saya begitu. Malah menuruti itu adalah kebiasaan juga. Dan mungkin kerna itu jugalah akhirnya saya menjadi tegar untuk menjauh dari kebiasaan ini. Tidak ada gunanya bersama manusia yang tak sedar akan keujudan hati orang lain. Tidak ada gunanya meminta sesuatu sedangkan berbuat sesuatu juga dia tidak mampu. Tidak ada gunanya berkorban tapi dalam pada itu hanya saya saja yang terkorban. Sedang dunianya masih penuh sandiwara. Sedangkan kepura-puraan masih menjadi pakaian. Saya tak pandang lagi lakonan murahan seperti itu lagi. Biarkan mereka berpura menjadi orang baik. Biarkan.. asalkan mereka bahagia dan saya masih bahagia dengan cara saya.

Hari ini....
Disekeliling saya adalah keluarga.
Disekitar saya adalah teman-teman yang mengasihi saya.
Yang masih selalu mahu saya sedar keujudan mereka adalah kerna sentiasa mahu mendengar dan akan memandang saat saya muncul disitu. Mereka mahu saya selalu membangunkan diri dengan senyum dan senda. Yang mana... apabila saya bersuara, mereka mahu saya terus bersuara dan berjuang untuk layari kehidupan ini bukan sekadar bermimpi. Ya... walau terkadang saya adalah saya yang tak akan berubah atas prinsip, tapi saya seorang yang sentiasa menghargai akan waktu bersama. Dan saya percaya, sepertimana awak kenali saya... mereka jugak terlalu mengenali siapa saya lebih dari orang lain yang tidak tahu menilainya.

Apa yang awak mahukan agar sentiasa punya semangat untuk berjuang?
Jika mahu saya selalu memberikan kata-kata terbaik, nah saya sedang melakukannya untuk awak. Malah saya sentiasa melakukannya dalam setiap penulisan saya. Disetiap bait-bait itu ada terbaris kekuatan saya, keinginan saya dan harapan saya untuk menjadi manusia yang lebih baik dari semalam demi anak-anak, suami, ibu bapa saudara mara kedua belah keluarga, teman dan taulan. Dan saya mahu awak selalu menjadikan tauladan untuk awak lalui semua ini dengan tabah hati.

Berulangkali saya menulis... saya tak mahu awak menjadi seperti saya. Berjuang seperti saya... ataupun bertahan seperti saya. Juga jangan cuba bangkit semula seperti saya. Tapi cukup... awak tak akan putus asa setiap kali terluka, kecewa atau perih dengan duga, itu memadai buat saya untuk mengkagumi usaha dan ikhtiar awak menghadapi cobaan duniawi ini. Awak tak perlu mengikuti cara saya dalam menangani masalah duniawi ini. Tak perlu mencontohi kesombongan dan ketegaran saya membenci orang-orang yang cuba menjatuhkan saya.. cukup jika awak masih tahu untuk berjuang. Walaupun... itu cara awak.

Saya tak akan pertikaikan sama ada orang baik atau jahat awak ini. Saya juga tak mahu persoalkan orang alim atau kufur hati awak itu. Yang saya tahu... keikhlasan dan kejujuran sepanjang persahabatan telah membuatkan awak dekat disisi saya. Dan saya percaya, itu jugalah yang membuatkan awak terus dekat... dan dekat.. dekat untuk terus membaca blog ini. Ya, saya cuma menuntut kehidupan jujur untuk kita berada dekat disisiNya. Selebihnya sama ada kita orang baik atau orang jahat, Tuhan lebih tahu. Tuhan yang akan tentukan dimana watak kita kelak.

Awak tahu tak?
Mengapa saya selalu berpesan agar sentiasa tersenyum?
Mengapa saya sentiasa mahu semua orang gembira?
Mengapa saya rasa senang bila ada orang ketawa dan berjaya membuatkan saya ketawa?
Kerana seperti rama-rama didalam dada, sama seperti rama-rama terbang bebas diudara. Ia terbang bersama kecantikan yang indah. Ia terbang bersama dengan semangat yang megah. Ia terbang meninggalkan kelompok hitam yang kelam.

Tidakkah awak tahu...
Apabila saya berjaya membuatkan awak ketawa, hati saya gembira.
Dan awak juga membebaskan sepasang rama-rama dalam dada dari terkurung didunia kelamnya.

Owh! Jangan cuba berbuat ketawa ketika ini.
Kerana kata Sponge Bob; ketawa tanpa sebab musabab adalah petanda kotak ketawanya telah rosak! Ermmm... tapi saya rasa, bukan setakat kotak ketawa, mungkin kotak minda dan kotak rasa juga telah rosak sama. Uhuhu... jadi, jangan cuba ketawa seorang diri secara tiba-tiba - bahaya!

Hari ini saya adalah manusia realistik.
Sekali lagi, realistik! (bukan meterialistik oke)
Saya terima apa juga takdir kini. Dan saya biarkan segala yang lepas menjadi hiasan kenangan. Selebihnya memasang harapan untuk esok, lusa dan masa depan. Percayalah, saya sudah penat melayan kerenah manusia yang bermasalah dan cuba menimbulkan pelbagai masalah kepada saya. Saya... tak faham mengapa perasaan sakit hati itu masih menguasai manusia dari melihat orang lain hidup bahagia. Saya tak faham mengapa masih ada yang dengki melihat kita gembira dengan kegembiraan walaupun seketika. Adakah saya menuntut wang mereka? Adakah saya menuntut masa mereka? Adakah saya menuntut kehidupan mereka. We 're nothing!

Berusahalah... sebab kejayaan awak bukan kepunyaan orang lain kecuali awak juga. Namun... mereka berhak berkongsi kegembiraan untuk sama-sama meraikannya. Kita ada karmakan? Awak memberi, suatu hari nanti awak akan diberi. Awak pernah menerima, suatu waktu nanti orang lain pula menerimanya. Semuanya akan diberi oleh Allah dengan adil dan saksama. Maka.. jangan berhenti berbuat baik kepada sesiapa.

Well...
Jika awak memerlukan saya, awak tahu bagaimana mahu mencari saya. Awak tahu bagaimana mahu bercerita kepada saya dan awak tahu apa yang awak perlu lakukan apabila selalu tewas dalam kehidupan. Walaupun saya tahu awak bukan mahu bercerita tentang masalah tapi saya pasti awak mahu mencari sedikit sinar bahagia untuk keluarkan rama-rama dari dalam dada. Ya, saya sentiasa ada dan akan bersuara saat awak memerlukan suara itu untuk ketawa. Biar.... rama-rama itu terbang bebas diudara. Biar dia terbang dengan indahnya. Biar... dia menyerlahkan warnanya yang megah.

Hurm...
Saya mahu awak menjadi manusia yang bersemangat seperti dulu.
Saya mahu awak merasa ghairah untuk kehidupan walaupun kita sedia maklum bila-bila masa hidup ini akan terhenti buat selamanya. Kita dilahirkan sebagai pejuang saat berjuang untuk melihat dunia. Makanya, sesudah hidup haruslah bersemangat untuk terus hidup. Paling tidak, apabila kita mati.. kita tidak mati kerna putus asa. Tak gitu?

Awak berhak berbuat keputusan atas diri awak. Bukan saya penentunya.
Malah saya selalu membenarkan apa yang ingin awak kecapi dalam hayat awak, selebihnya hanya Tuhan yang menentukan apa jua kemampuan yang bisa awak capai. Jangan terlalu dengar cakap orang untuk menentukan apa yang awak mahu kerana akibatnya nanti cuma awak saja yang lalui. Sedangkan saat itu tidak punya siapa-siapa yang rela menanggung sama.

Semoga berbahagia hendaknya sentiasa
Dan senyumlah selalu agar rama-rama akan keluar berterbangan dari dunia kelamnya.

Terima Kasih,

Wassalam,

Hirne Saris
Sahabatmu

Sedutan Blog ~Rama-Rama Didalam Dada..

Thursday, February 16, 2012

Biar Sampai Ke Bintang - Asmidar



Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tak berundur dengan mudah
Tapi mimpi harus aku
Tiada gunung yg terlalu tinggi
Tiada lautan terlalu luas
Untuk mereka memisahkan kita
dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
untuk mebawa mimpi-mimpi kita

Saturday, February 11, 2012

FROM MAKCIK BULAN


Jika kamu yakin kamu adalah orang yang tepat dan layak untuknya, kamu harus bertahan untuk menunggu sehingga mampu memilikinya nanti... walaupun mungkin mengambil masa yang terlalu lama. Kita tak tahu jaminan Tuhan dimasa depankan? Namun, kalau kamu tanya saya sebagai seorang perempuan.... ini pendapat saya: Apabila saya menetapkan kamu sebagai teman baik saya, keadaan tidak akan mengubah menjadi cinta sampai bila-bila kerana saya telah menetapkan watak kamu hanya untuk menjadi orang yang berada disisi saya tidak lebih dari hanya seorang sahabat. Dan sebagai sahabat, saya pasti... wanita itu juga mahu kamu berbahagia dengan menikmati cinta dengan gadis yang lain. Lalukanlah kehidupan ini mengikut garis takdirNya sebagai fitrah. Kamu berhak menikmati cinta sama seperti orang lain dan memberi ruang untuk saling mengenali kerana Tuhan menciptakan manusia serba satu perbedaan dan pelbagai keistimewaan. Dan setiap hubungan cinta itu memang mempunyai cerita yang sangat luar biasa jika kamu membuka hati untuk menciptanya. Disitu nanti, kamu akan mengerti maksud Tuhan tentang orang yang salah dan tepat dalam takdirNya untuk cinta.

Akhir sekali...
Allah telah mencipta kita dengan meniupkan roh dalam sekujur tubuh. Dengan nama yang tertulis di Loh Mahfuz, perjalanan kehidupan ini telah terurus dengan sendirinya. Dimana, bagaimana, mengapa, siapa, kerana apa, semua persoalan akan ada titik temu jawapannya kemudian. Dihari kita merasa lelah, lemah dan tidak punya keberuntungan apabila melihat kebahagiaan orang lain, tanpa kamu sedari detik bahagia itu akan tiba juga buatmu. Membezakan kita semua.. adalah kadar waktu rancanganNya. Janganlah menunggu, kerana hakikat hidup manusia sebagai penunggu selalu akan letih menghitung kira untuk melepaskan waktu-waktu berlalu. Sebaliknya carilah kebahagiaan didalam dan disekitar kamu sendiri. Jangan melihat kepada apa yang orang lain olehi, nescaya kamu merasa tidak punya apa-apa. Sebaliknya pandanglah kepada apa yang kamu miliki, apa yang membuatkan kamu ingin terus hidup berjuang, dan apa yang membuatkan kamu bisa mendapatkan sesuatu yang tidak mampu didapatkan oleh orang lain. Dan kamu tidak akan berhenti menghargai apa yang kamu miliki hari ini. Tuhan... selalu memberi apa jua kehendakNya kepada kita dengan saksama. Cuma kita selalu alpa untuk memandang kepadaNya kembali dengan rasa syukur. Bersyukurlah... kerana nikmat melepaskan nafas dan menghirupnya kembali juga adalah satu nikmat.

Lupakanlah kesedihan terhadap orang lain yang menciptanya untukmu... dunia tetap berpusing, orang lain tetap menjalankan kehidupannya sepertimana kita juga harus... harus tetap meneruskan hidup ini dengan positif dan optimis. Nescaya sekeliling kita akan memiliki kesan-kesan itu semula dalam bentuk senyuman, kegembiraan dan juga ketenangan mungkin. Bahagia itu subjektif bukan? Yang penting kamu ciptakannya! Ciptakan dihari bermulanya kamu membuka mata dan diakhir kamu melelapkan semula.... semuanya akan menjadi kebaikan. Itulah bahagia sebenarnya.

Tuhan itu baikkan?
Nah... jika kamu percaya akan kebaikan dariNya, kebaikan itu akan pulang semula kepadamu. Boleh jadi mungkin, dalam bentuk CINTA.

Berpeganglah kepada apa yang kamu yakini, keyakinan itu akan meluruskan laluanmu ke satu destinasi. Teguhlah dengan apa yang kamu percaya, kepercayaan itulah yang akan mendorongmu miliki apa yang kamu kehendaki ~Hirne Saris

Sekian.
_________________________________
*Pandangan yang diminta teman lalu ku kongsikan sebagai pembelajaran.
Aku terpanah dengan ayat-ayat ini.. makanya aku letakkan disini.. terima kasih sahabat.. bila saat semangat diri kian rebah, aku perlu ayat-ayat cinta untuk memberikan aku kekuatan untuk terus bangkit.. ;)

Thursday, February 02, 2012

CINTA SANG RATU

Cinta Sang Ratu laksana langit mencengkam purnama,
ibarat mutiara dilautan biru saujana mata memandang,
seluas langit terbentang...
tatkala cintaberbisik,
suaranya memuji TUHAN pabila rindu terusik,
rasulnya jadi pilihan.
Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian.
"Sebagai Manusia Aku Sayang Kepadamu"