"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Sunday, December 31, 2023

SAAT ORGAN TUBUH ANDA "BERKOMUNIKASI" ATAS MASALAHNYA


dari berbagai sumber ilmiah
''Semoga Bermanfaat.''
1. Sakit di bahagian bahu.
-Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
2. Kebas tangan :
-Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
3. Kebas tangan kiri dan lengan :
-Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
4. Kebas kaki :
-Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
5. Sakit tapak kaki :
-Menandakan buah pinggang lemah.
Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
6. Sakit tumit kaki :
-Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
7. Rasa panas di tapak kaki :
- Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
8. Gatal di celah-celah jari kaki :
- Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
✿✿TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA ✿✿
- Secara umumnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
1. Pening / sakit di bahagian depan kepala :
-Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
2. Pening /sakit di bahagian belakang kepala
-Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
-Bahagian bawah (tengkuk). :Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
3. Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga :
-Menandakan penyakit migrain.
4. Bisul terjadi di kepala:
-Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
5. Rasa pening yang memusing
- Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
6. Mulut / kerongkong / lidah loya / muntah.
-Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
7. Muntah darah
-Darah merah :
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
- Darah hitam:
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
8. Lidah rasa tegang dan pendek :
-Tanda sakit jantung.
9. Keluar air liur yang pekat :
-Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
10. Kerap kencing :
-Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
11. Air kencing berkapur :
-Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
12 Air kencing berminyak :
- Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
13. Air kencing pekat berwarna coklat :
- Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
14. Air kencing berdarah :
-Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
✿✿ BUANG AIR BESAR ✿✿
1. Cirit -birit / kerap buang air besar :
-Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar
. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
2. Sembelit:
-Membersihkan toksin dari usus kecil.
3. Najis berdarah
- Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
- Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
4. Najis berwarna hitam :
- Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
5. Badan:
-Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
6. Sakit menyucuk :
- Proses menyeimbangkan urat saraf.
7. Sakit sengal:
- Menandakan luka di dalam badan.
8. Sakit menyentap:
- Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
9. Sakit menegang :
- Proses melancarkan pengaliran darah.
10. Badan terasa berat/ malas/ lenguh .
-Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
11. Badan terasa panas .
-Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
12. Badan terasa ringan :
- Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
13. Rasa takut mengejut.
- Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
14. Cepat naik darah / marah :
- Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
15. Rasa bimbang dan takut :
-Sistem paru-paru yang lemah.
16. Rasa seronok atau bimbang tanpa sebab :
- Sistem jantung yang lemah.
- Sistem saraf otak yang lemah.
- Masalah pengaliran darah.
Suka
Komen
Kongsi

Sunday, November 26, 2023

BILA AKU DIAM

 


Kadang aku diam.. Malas juga nak layan kerenah gila orang.. Prinsip hidup aku satu je.. Buat baik dengan aku.. Semua benda baik aku hulur kat kau.. Bila kau balas jahat kat aku.. Aku tetap buat baik kat kau.. Tapi diam2 aku dah bawak diri jauh2 dengan kau.. Senyap.. Senyap aku tinggalkan semua yang indah tentang segala yang pernah kita lalui ... DELETE! Time tu baru kau sedar aku dah tak ada.. So, tak perlu nak sesal bagai.. Berbahagialah dengan hidup kau.. 😊
.
Terima kasih pernah jadi kawan aku.. Entah.. Aku ni kawan kau ke? Maybe istilah kawan tu pada aku je.. Bukan pada kau.. Tak kisahlah.. END!
.
🐼

Sunday, October 29, 2023

7 SEBAB HILANGNYA REZEKI


Tersentuh hati saya, apabila terbaca perkongsian tentang ‘7 SEBAB HILANGNYA REZEKI (suami, isteri dan keluarga)’.
Betapa tersisanya keringat selama ini, andai perkara semudah dan seberkat ini disia2kan. Rezeki adalah hak Allah swt, hanya dengan mematuhiNya saja mampu untuk kita mendapatkannya dengan berkat. Bekerjalah kerana Allah swt, bukan kerana manusia, kerana manusia juga mengharapkan rezeki dari Allah swt.
1. SERING BERGADUH.
Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lebih2 lagi soal duit. Berbincanglah, dan carilah persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah puncanya rezeki tersekat.
2. SERING MERUNGUT DAN RASA TERBEBAN.
Berikan kasih sayang kepada anak2 kerana setiap anak adalah rezeki Allah swt. Sebagai ibubapa, adalah perlu diusahakan rezeki untuk mereka tanpa merungut dan rasa terbeban.
3. SERING MENGELUH DENGAN APA YANG TIDAK DIMILIKI.
Perbanyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki, bukannya mengeluh dengan apa yang tidak dimiliki. Tidak kira banyak atau sedikit yang dimiliki, bersyukurlah, kerana syukur itu adalah kunci kepada segala rezeki.
4. KEDEKUT DAN BERKIRA.
Janganlah terlalu berkira dalam perkara2 yang baik untuk keluarga. Perlulah bertolak ansur dan membentuk persefahaman sesama pasangan, kerana rezeki yang Allah swt. berikan adalah untuk dikongsikan.
5. GAGAL MENGAWAL EMOSI DAN AMARAH.
Janganlah sesekali meninggikan suara, dan gunakanlah kata2 yang terbaik sahaja sesama suami, isteri dan anak2. Buangkan cara yang menakut2kan ahli keluarga, dan tanamkan sifat dan layanan yang penuh mesra.
6. KURANG SABAR.
Adakalanya kita perlu menerima dan mengakui sesuatu walaupun ianya tidak disukai. Fahamilah keadaan, memberi dan menerima pendapat, dan cari penyelesaian secara baik. Bersabarlah dengan kerenah suami, isteri dan anak2, kerana sabar itu menjemput rezeki.
7. KURANG BERDOA.
Sentiasalah mengucapkan perkataan yang baik, kerana setiap ucapan adalah doa. Berdoalah yang terbaik untuk suami, isteri dan anak2. Ingatilah mereka dalam setiap doa, di sepanjang masa, kerana kuasa doa adalah luar biasa dan tidak pernah dijangka.
Kredit : Nur Zyella Mahdi

Saturday, July 29, 2023

NASIHAT ARWAH PAKSU MID BUAT WANITA


Sudah lama menyimpan hasrat untuk berkongsi kisah ini, nasihat yang diberikan kepada aku dan sahabatku yang begitu sukar untuk dilupakan, kata-kata yang diberikan oleh seorang Tuan Guru yang sangat dihormati, tinggal di Bukit Tembaga Kedah, senang dikenali sebagai Pak Su Mid.
Awalnya agak keberatan untuk pergi, berasa segan dan malu untuk bertandang ke rumah beliau dan bertemu secara dekat dengannya, namun untuk mendapatkan beberapa nasihat dan ilmu, aku dan sahabatku gagahi jua.
Saat pertama kali melangkah masuk ke rumah Pak Su, kelihatan Pak Su sedang terbaring di atas katil sambil memberikan penerangan kepada mereka yang hadir menziarahi beliau ketika itu, setelah aku dan sahabatku berjalan masuk ke dalam rumahnya , Pak Su menyapa kami dengan soalan.."Tanya orang perempuan belakang tu depa nak dak doa dapat suami soleh?", lebih kurang begitulah pertanyaannya, sudah ku jangka akan diajukan soalan itu kerana pernah diceritakan oleh sahabat daurahku ketika mereka menziarahinya dan Pak Su mengajukan soalan yang sama kepada mereka namun tidakku jangka secepat itu pertanyaan itu diajukan kepada kami.
selepas menyatakan keinginan, Pak Su terus memberikan doa tersebut.
"اللَّهُمَّ إِنِّي أُرِيدُ أَن أَتَزَوَّجَ فَقَدِّر لِي مِن الرِّجَالِ أَحْسَنَهُم خَلْقًا وَخُلُقًا طَاعَةً حَافِظَةً يُوَافِقُنِي وَأُوَافِقُهُ وَيُغنِينِي فِي دِينِي وَدُنيَايَ"
'Ya Allah, Sesungguhnya aku ingin berkahwin, jodohkanlah aku dengan lelaki yg terbaik kejadian, akhlak, taat, menjaga diri, yang menerimaku dan aku pun menerimanya dan yang mencukupkanku pada urusan agama dan dunia.'
Apabila selesai dicatat dan dirakam kami memperkenalkan diri, kemudian Pak Su meneruskan perbincangan beliau bersama orang yang hadir sebelum kami, ada beberapa persoalan dilontarkan dan dibincangkan oleh mereka.
Setelah selesai, ikhwah yang pada mulanya berada di hadapan kami beransur keluar setelah mendapatkan beberapa nasihat dari Pak Su.
Saat inilah yang kami nanti-nantikan untuk mendapatkan nasihat khusus, aku kemudiannya memberanikan diri mendekati Pak Su lalu menyatakan hasrat.
"Paksu kami nak minta nasihat sikit boleh?"
"Nasihat apa? nasihat nak jadi wanita solehah ka?"
Kami tersentak seketika, sepertinya Pak Su tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran kami.
Belum sempat mengiyakan pertanyaannya, Pak Su terus menyambung
"Nak jadi wanita solehah, jangan kahwin dengan orang yang meqatip (berzikir) kat masjid, kawin dengan samseng nuh..duk tendang hampa tiap hari, nie kena jentik pun tak pernah nak jadi solehah macammana.."
Maksudnya..
"Mahu menjadi wanita solehah jangan bernikah dengan lelaki yang rajin beribadah, bernikahlah dengan samseng yang selalu memukul kamu, kalau kamu belum pernah dijentik (diuji) bagaimana kamu dapat menjadi wanita yang solehah.."
Pak Su berkata sambil tersenyum dan ketawa kecil (tanda bergurau) kemudian Pak Su memberikan contoh seorang wanita yang berkahwin dengan seorang lelaki yang terlibat dalam dunia politik, wanita dan suaminya diuji oleh Allah, suaminya dipenjara dan wanita tersebut sering bangun bertahajud pada malam hari berdoa kepada Allah, betapa besar ujian yang ditimpakan kepadanya, itulah dia wanita solehah kata Pak Su.
Dengan serta merta air mengalir dipipiku...
Allahu...
Benar-benar mendalam maksudnya, aku tidak mampu menuturkan apa-apa saat itu, kata-kata yang begitu menyentap jiwa..
Apa yang aku fahami dari kata-kata Pak Su. .
"Nak jadi wanita solehah jangan kahwin dengan orang yang meqatip (berzikir) kat masjid, kawin dengan samseng nuh..duk tendang hampa tiap hari"
Pak Su tidak bermaksud menasihati kami agar berkahwin dengan samseng untuk menjadi wanita yang solehah, sekiranya benar beliau bermaksud demikian tidak mungkin diberikan doa mendapatkan pasangan yang soleh, ia seakan-akan suatu sindiran, sekiranya tidak berusaha menjadi wanita yang solehah, yang sabar dengan ujian ketika belum berumah tangga, maka carilah suami yang akan menjadi sebab kepada ujian untuk membina peribadi yang solehah.
Kerana menjadi wanita yang baik bukan hanya dengan berharap datangnya kebaikan itu melalui orang lain, seperti sesetengah wanita menyangka, dia akan berubah menjadi wanita yang baik apabila berkahwin dengan orang yang baik, meskipun tidak dinafikan ia merupakan syarat yang penting dalam memilih pasangan dan faktor terpenting yang akan membentuk dan mempengaruhi keperibadian seorang isteri, namun ia bukan sebab utama yang menjadikan seorang wanita itu solehah, yang terpenting ialah dirinya sendiri yang melakukan perubahan ke arah kebaikan dan berusaha menjadi lebih baik, jika kita baik maka kita akan mendapat pasangan yang baik, sebagaimana yang telah dijelaskan dalam firmanNya dalam Surah An-Nur ayat 26.
Seterusnya kata-kata paksu
"Kena jentik tak pernah nak jadi solehah macam mana?"
Seakan-akan Pak Su tahu masalah yang kami sedang hadapi dan sememangnya kebanyakan wanita hadapi, tidak terkecuali juga wanita yang berada dalam medan dakwah.
'Manja yang berlebihan' , ia, ini adalah faktor yang sangat melemahkan seorang wanita, antara kesannya tak bersedia untuk bersusah payah, kekuatan dalaman yang lemah, cepat merungut, cepat berputus asa, mudah mengalah dengan ujian yang datang, tak bersedia untuk berkorban dari sudut masa, tenaga, wang dan sebagainya menyebabkan kesan yang buruk kepada diri mahupun sesebuah institusi. Bagi yang terlibat dengan kerja dakwah, ini antara penyakit yang akan menyebabkan gerak kerja dakwah terbantut dan kelompongan pada gerak kerja yang dilaksanakan. Hasilnya tidak memberikan impak yang besar dan menyebabkan kerja yang dilakukan tidak berkualiti.
Sahabatku..
Kita mengimpikan dan menginginkan sesuatu yang besar di akhir perjalanan ini, justeru segala tindak tanduk dalam kehidupan kita juga mestilah tingkahlaku dan perbuatan yang besar bersesuaian dengan keinginan kita itu.
Setiap perkara memerlukan pengorbanan, justeru itu, berkorbanlah mengenepikan keinginan hawa nafsu kita, demi merealisasikan matlamat Rab yang mencipta, Semoga di akhir perjalanan ini kita meraih kebahagian yang kekal abadi disisiNya... Aminn
Moga Allah berikan kita kekuatan dan kemudahan untuk beramal dengan kebaikan.
-BintuFatimah
*Edited2022