"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Photobucket


Saturday, April 18, 2009

HADYAI de' KUANTAN


Tanggal 11hb. hingga 14hb. April 2009 sepatutnya aku berada di Hadyai, Thailand atas urusan bisnes sesambil bercuti melihat negara orang. Pada permulaan cerita aku mahu kesana memang dibangkang keras oleh mak kerana keadaan disana tak selamat dan berbagai alasan mak luahkan mengapa dia tidak benarkan aku kesana. Aku cuba merayu dan mengatakan keselamatan para rombongan yang aku bakal ikut kesana nanti adalah selamat! Akhirnya mak akur dan memberikan green light!.. Pada abah aku tak kisah sangat kerana bila mak dah positif maka automatik abah turut sama bersetuju.. kalau pun abah nanti bisa melarang, aku bisa memberi alasan yang konkrit untuk menyakinkan abah.. (senyum). hati aku sudah melonjak gembira. Maka passport dan wang pendahuluan terus aku serahkan pada pihak pentadbiran untuk urusan perjalanan dan makan minum disana nanti. Penginapan dan pengangkutan memang telah pon disediakan oleh mereka. Aku gembira bukan sebab nak tenguk hiburan maksiat disana.. tapi, mencuba pengalaman baru ditempat orang dan belajar ilmu perniagaan MLM dengan mereka yang hebat-hebat.

Namun sehari waktu aku mahu berangkat ke Hadyai, mak marah-marah dan langsung tak mengizinkan aku kesana?.. katanya dia langsung tak mahu bertanggungjawab andai terjadi apa-apa pada aku disana andai sesuatu berlaku pada aku jika aku berdegil juga mahu pergi!.. sakitnya dengar ayat mak.. aku rasa macam nak menangis tika itu juga.. tapi aku tahan rasa sedih aku dan tak mahu memanjangkan cerita.. nanti tak pasal aku pula yang menempah tiket masuk neraka?.. kerana melawan kata-kata mak.. Kebetulan malam tu dia tiba jadi berubah fikiran bila menonton berita di televisyen mengatakan Thailand sedang bergolak dengan penunjuk perasaan.. aduhh, aku bisa jadi gawat.. bagaimana bisa aku memberitahu pada mereka untuk membatalkan untuk rombongan ke Hadyai??.. malam tu aku berkurung dalam bilik cuba menenangkan rasa..

Dalam pada aku melayan rasa.. panggilan dari seorang teman baik masuk.. segalanya kuceritakan tentang kemarahan mak tadi kepada dia.. dia meminta aku agar melakukan solat sunat minta petunjuk.. sebelum dia mematikan talian, dia ada mengajak aku mengikut dia ke Kuantan pada hari ahad untuk temani dia.. andai aku nanti tidak jadi pergi ke Hadyai.. sebelum aku tidur aku melakukan apa yang disuruh.. kemudian masuk tidur dengan pelbagai perkara dan benda menerawang dari fikiran..

Pagi Jumaat tu.. selepas sarapan, abah memanggil aku dan menyuruh aku membatalkan trip ke Hadyai.. lembut suara abah menyusub dalam jantung aku.. mak yang malam tadi berangin dengan aku duduk diam disebelah abah.. aku hanya mengeluh dan diam tanpa menjawab sepatah.. mak buat muka pada aku.. iee sabar ajelah mak aku nih.. hari jumaat tuh aku diam tanpa banyak bercakap seperti selalu.. dalam hati aku tetap berharap mak dan abah mengizinkan aku pergi.. aku berkurung kembali dalam bilik dan mencari kekuatan untuk memberitahu pihak pengurusan ke Hadyai bahawa aku ingin membatalkan diri dari menyertai rombongan. Mereka suruh aku berfikir dengan baik dan meminta aku usaha lagi memujuk mak dan abah..

Petang Jumaat tu selepas solat jumaat, hujan turun mencurah-curah siap petir dan guruh berdentum atas bumbung.. Memang sungguh menakutkan aku.. banyak aku berfikir lagi sambil pandang hujan lebat yang mencurah turun kat luar jendela bilik.. pelbagai perkara kembali menerjah kembali dalam fikiran.. kata-kata mak dan abah terngiang-ngiang dicuping telingan aku.. Akhirnya dengan sebulat hati aku membuat keputusan sendiri dan kembali menghubungi pihak pengurusan, aku tak jadi pergi!.. hati aku kembali lapang dan tidak serabut seperti sebelumnya.. terus juga aku menghubungi teman aku untuk mengikut dia ke Kuantan.. mak dan abah tak boleh nak kata apa.. kerana aku ada mengatakan pada mereka, kalau pun aku tak jadi pergi Hadyai.. aku tetap juga akan pergi ke Kuantan!. Degilkah aku??

Namun aku tetap bersyukur.. dalam pada itu, tetap jua ada hikmah buat aku.. selama ini Cherating yang aku ingin pergi telah pon aku jejak bertapak! senyum melebar.. cuma Genting jer aku tak sempat nak naik kerana aku nih mabuk jalan berbukit berbelit dan my lovely persona auto aku cam meragam jer slow semacam jer bila nak daki bukit genting sempah .. aku risau, takut jadi apa-apa pula nanti.. lagi pon hanya aku yang drive sorang masa tu.. klau second driver ada, time naik bukit tuh bleh aku tido.. ketawa mengekek.. hmmm aku hanya boleh tenguk Genting tuh dari jauh jer.. agak bilakah aku bisa tawan puncak Genting tu ya??

Kesimpulan benda yang tersimpul... walau trip aku ke Hadyai batal, tapi aku tetap happy go lucky de crazy monkey kerana dapat pergi Kuantan.. banyak juga ilmu aku timba dari teman baik aku tuh.. 5 bintang dari aku buat dia yang sudi mengajak aku turut serta berkongsi cerita.. berkongsi teknik.. teknik apa ya?? biorlah hanya aku saja yang tahu. peace love!

Friday, April 17, 2009

YUSUFF.. slot samarinda TV3


Malam semalam aku dapat call dari abang ipar aku.. riuh suara dia kat cuping telinga aku nak bagi tau muker toyer aku masuk peti telebision daa.. pott pett tott tett.. hehehe.. mengalahkan kes bekas MB Perak dot dot de amuk hilang kuasa dia gossip jer.. opss.. tak bleh politik kang blog aku kena sita! hehe.. betapa kecoh sungguh dia.. ekeke.. aku yang tengah drive on de way nak blik umah, apa lagi memecut dengan kelajuan 90kmj jer nak tgk camne ler rupa aku tuh.. klau sempat arr hehehe.. jalan kg x bleh bawak laju sgt no.. kang tak pasal langgar benda yang tak nampak? ikut hati aku nak pecut 120kmj jer bior cepat sampai umah.. hehehe

Sampai umah.. citer tuh lg sket nak abis daa.. kira ok la dpt la aku tgk rupa aku yg duk jauh nun dalam gambo.. hehehe.. adik2 aku yg ada kat situ sorak2 nyamfah tenguk rupa aku tersengih cam apa daa.. ala dorang tuh mmg jeless.. pasal muker dorang tak masuk tv! hahaha.. Aku nih sebenarnya bukan arr layan sangat citer drama kat tv.. lebih lagi kalau citer yang bersambung2.. lg arr klau aku yg berlakon.. hahaha.. jenuh sungguh nak tau penyudah cerita.. last baik aku tido jer memalam klau tak de aktiviti burung hantu balik jauh malam buat my mom selalu bising daa. ekeke.. pasal yg aku nak tgk sangat tuh.. sebab abg ipar aku kata muker aku garang sgt! langsung tak senyum.. buatlah gedik2 manja sket depan kamera katanya.. ciss.. kang aku wat camtuh maunya si Ashraf Muslim mintak tukor heroin.. kes naya.. hahaha

Apa? aku menggedik tayang muka? ekeke.. uish tak koser teman nak wat cengitu la.. kebetulan sebelum kejadian shooting kat tempat aku, ada mak sedara bau bau bacang aku mai dtg umah.. katanya ada producer mau pakai org dalam 2 3 4 orang untuk cukupkan korum.. dia tak tau nak cari siapa.. maka diterjah umah aku. kebetulan lak aku ada kat umah waktu tuh.. aku ingat dia dtg nak apa ke halnya.. iyalah.. walau satu kg, setahun sekali jer aku jumpa or tembung ngan dia.. almaklumlah akukan bz ntah apa apa ntah.. hehe.. dia cari aku pasal aku dulu penah selit2 gak dlm drama astro tahun lepas waktu satu shooting kat umah dia dulu..hehe.. mulanya mmg aku malass nak interprem muker aku yang x berapa jelita nih.. hehe. tp dia pujuk2 dengan suaranya yang lemah lembut simpati.. hihi.. maka aku pon tergoda sket la ala nak larikan diri sebenarnya hehe.. maka dengan itu aku pon setuju dgn harapan dlm hati sampai tarikhnya nanti bleh aku ngelat.. hope dia jumpa org lain yg teringin.. hehe

Tapi.. tiba masanya dia call aku suh turun shooting gak katanya pengarah dah tunggu!.. ayoo tak baleh lari maa.. nak tak nak kena gi gak dgn usung wajah selamba.. hehe.. letih gak arr aku dibuatnya.. itu baru watak tempelan jer aku kena shooting cam pelakon pro jer tanpa skrip dialog hehe.. kira 1 hari tuh masak jugak la aku melayan karenah kru shooting drama YUSUFF.. apa taknya 1 hari aku kena tuko 2 pasang baju.. hehehe

Dari apa yg aku dengar adik2 aku yg bercerita ala setia layan citer tuh kat tv.. Drama YUSUF mengisahkan tentang Yusuff yang telah terpisah dengan ibu bapanya kerana perasaan hasad dengki ibu dan adik beradik tirinya. Yusuff dicampakkan di dalam telaga oleh saudara tirinya tanpa pengetahuan ibu dan bapa kandungnya, Suhana dan Yaacob yang menyangka Yusuff telah hilang. Yusuff berjaya diselamatkan oleh ketua kumpulan gangster bernama Aziz. Dan bermulalah segala macam cerita... sebenarnya aku tak tau nak expalain camne daa.. pasal mata aku dah ngantuk gila sesambil melayan server yang lembab cam ciput daa..

Mohon beradu mimpi... OUT!

Wednesday, April 15, 2009

PEMILIK CINTA.. KAWAN.. de copy daa..


Pemilik cinta... angkanya tiada
Tidak harus dibicara
Tidak juga perlu ditentu dimana
Pasti... ada saja
Dimana-mana

Mencintai dia... Tuhan yang Esa
Mencintai kamu... mungkinkah teman
Atau jadi seteru
Mencintai mereka...
Adakah kerabat warismu yang dekat
Mencintai aku...
Siapakah yang ada disitu...
Selalu????

Andai kau tahu...
Sememangnya cinta itu misteri
Penuh silangkata teka teki
Sememangnya tak bisa mengerti
Tak mungkin mengerti

Bisakah kita...
Mencintai cinta,
Menghargai cinta
Mempercayai cinta
Sayang tak ku temuinya
Tiada pernahku merasakannya
Cinta murni yang sejati
Hingga aromanya ku rindui
Didakap kasih sayang yang abadi
Yang sungguh suci dan murni
Dari seorang kekasih sejati

Cinta bukan dicari
Tapi datang dengan sendiri
Cinta bukan dijemput
Tapi ada tanpa disedari
Cinta bukan dirayu
Tapi sememangnya diperlu

Cinta...
Bukan diajar
Tapi datang bersama pelajarannya
Mengajar manusia untuk bertahan
Atau kalah dan putus asa
Sehingga...
Cinta memerlukan pengorbanan
Satu kelukaan menyakitkan
Pada manusia yang mengejar kebahagiaan

Cinta....
Hanyalah cinta
Cinta...
Cintailah cinta
Persis kata-kata pada pujangga
Biarpun tanpa kalimah sastera karya
Hati bisa berbicara
Segalanya terluncur jua
Jalinan dua jiwa

Pemilik Cinta
Terlepaslah genggaman-genggaman itu
Saat cinta tidak lagi bisa menjadi kekuatan
Bagai musim semi yang luruh kuntumnya
Dalam kepercayaan
Tercemar kejujuran




Kawan itu bukan apa-apa
Yang boleh diandai macam benda
Kawan itu bukan sesiapa
Yang boleh disama tarakan seumpama nama

Kawan itu....
Seperti bumi dan langit
Seperti air dan tanah
Seperti matahari dan siang
Seperti malam dan bulan
Ia saling perlu
Lagi memerlukan

Kawan itu....
Walau jauh terasa dekat
Walau tak nampak terasa bayangnya
Walau hilang terasa akan jasadnya
Walau tiada terasa rohnya sentiasa bersama

Kawan itu....
Adakala seperti malaikat
Adakala seperti dajal
Adakala seperti angin
Seperti mata dan hati
Seperti bunyi-bunyi alam
Kadangkala membingitkan
kadangkala terasa sunyi saat kehilangan

Namun... kawan itu
Tetap ada walau suka
Walau duka
Tak selalu tahu akan rindu
Tak semua tahu apa yang kelu
Tak pernah mengerti kemanisan ingatan
Sedang semua tak perlu istilah dan pengertiannya
Dari bahasa-bahasa seantero dunia

Yang penting kesungguhannya untuk bersama
Kesetiaannya walau siapapun kita
kepercayaan dalam mengerti diri ini
Kejujuran berlandaskan ikhlas
Maka apapun jua dia
Dia telah berada ditahta jiwa
Andai kehilangannya
Samalah kehilangan permata
Didalam kaca

"Peniup Seruling Cinta" ^_-

Wednesday, April 01, 2009

WARKAH BUAT.. MAMA MELAKA ^_-



Maaf, andai kesibukan aku hari hari kadang terbuat aku terlupa seketika tentang kamu.. bisa membuatkan kamu memikir tentang ada apanya situasi aku adanya kini.. benar??.. mungkin juga tidak?.. ah, biarkanlah aku berteka-teka.. namun kamu tak perlu risau.. kerana kamu memang "still always in my mind.." ya, manakan bisa aku melupai kamu bukan? walau kadang hari hari aku yang sibuk memungkinkan aku tiada kecukupan waktu mengutus kabar berita selalu tentang aku untuk kamu.. lagikan pula untuk mengatur ayat ayat panjang tersusun luah bicara dalam rumah gelap ini.. tiada cukup masa sayang.. mesti marahkan aku kan??.. ya, benar kini aku kembali sibuk.. menyibukkan diri dengan hal-hal selalu.. selagi kudrat ku termampu.. kamu pun tahu bukan aku perlu melakukan itu.. kalau tidak nanti aku akan jadi orang yang tidak karuan.. punya segala macam yang negatif dalam pemikiran.. maaf, andai ayat-ayat ku berbelit memungkinkan kamu sukar fahami.. jangan marahi aku ya.. :: senyum sampai ke telinga ::



Wahh.. sudah jejak 31 tahun kamu ya?.. bagaimana rasanya meniti umur ini??.. gembira? teruja? atau sayu??... terkejut? aku mengingati tarikh lahir kamu? atau sedikit terkilan kerana lewat mengucapkan pada kamu??.. ya, memang sengaja ku pilih pada tanggal 1/4/09 untuk "wish your birthday" pada kamu dalam rumah gelap aku, luah bicara lubuk hati aku.. mengapa 1 tidak 31??.. kamu tahu, 1 itu amat istimewa pada aku tentang kamu itu.. kamu satu satu sahabat yang benar serasi dengan jiwa aku walau kadang berbicara kita nun jauh berbatu.. namun dihati dekat selalu.. dari satu juga menjadi dua.. ya, aku menyukai no 2.. tiada 1 manakan ada no 2 bukan??.. agak dapat tangkap maksud aku tak??..

Mahu ku titipkan lagi kata-kata buat kamu dalam warkah ini sempena Hari Lahir kamu.. tapi otak ku memberat dan mata ku berair pula.. walau banyak perkara dalam fikiran aku mahu ku kongsikan dengan kamu.. namun ia seakan tidak terlontar disini.. jemari ku jadi tandus untuk mengetuk papan kekunci keyboard ini.. maafkan aku ya?? nanti ada masa aku bercerita lagi seperti dulu.. seperti selalu..

Buat kamu sahabatku.. HS@SC, SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.. segala yang terbaik ku doakan buatmu.. jangan pernah mengalah dengan tiap ujian yang didatangkan buat kita.. hadapilah dengan rasa syukur dan rendah diri.. kerana tiap yang berlaku itu ada hikmahnya.. maafkan aku.. seperti biasa tidak mampu menjadi sahabat yang baik dihati kamu.. namun kamu tetap sahabat terbaik dihati aku selamnya.. hug and kissess buat kamu..

Oh ya, hampir aku terlupa.. semoga sempena hari lahir kamu ini, aku doakan juga kamu bisa lagi menimang cahaya mata.. semanis dan secomei aku ya?.. mungkin juga sekacak hero pujaan aku ??.. mahu tak? atau mungkin twin??.. mari ku tiup perut kamu agar nanti bakal anak buahku bisa tumbuh dgn kuat, lahir dengan selamat dan membesar seperti abang dan kakak2nya.. kamu jangan marah ya?.. :: senyum ::

Mohon undur diri.. OUT!