99 petua menawan hati suami yang boleh dipraktikkan oleh isteri dan bakal
isteri. Petua tersebut ialah :
1. Berdoa agar disayangi. Selain kita
berusaha membina keluarga yang bahagia, Sentiasa berdoa agar suami
sentiasa menyayangi kita adalah cara yang terbaik kita lakukan terutamanya
selepas solat.
2. Tegur dan sentuh suami sebelum sambung
perkara lain bila dia balik ke rumah.
3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya
secara khusus mengenai kegiatan sepanjang hari (jika suami dalam mood yg
sesuai). Kalau suami tengah penat atau kelihatan tertekan, janganlah pula kita
sebagai isteri menambahkan lagi stress mereka dengan bertanya soalan-soalan
yang menjengkelkan.
4. Berlatih mendengar dengan baik dan
bertanya dengan tepat.
5. Jangan tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami.
Apa yang lebih penting adalah simpati.
6. Beri suami masa berkualiti sekurang-kuranya
30 minit.
7. Tanya ibu mentua,abang atau kakak ipar
mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah tersebut
sebagai cenderahati atau semasa memujuk.
8. Masak makanan kegemaran suami.
9. Beri pujian mengenai penampilan suami seperti
rambut, wajah, pakaian dan sebagainya. Janganlah dikutuk suami sebab perut dah
boroi ke, rambut tak kemas ke , nanti kecil hati si suami. ^_^
10. Pujuk suami bila dia marah atau
berkecil hati.
11. Minta bantuan sesuai pada masa,tempat
dan jenis kerjanya.
12. Elakkan suami daripada menunggu terlalu
lama bila bersiap.
13. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang
lewat,ucapkan terima kasih kerana memberitahu.
14. Bila suami meminta bantuan,buatlah dengan
serta-merta dengan ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau
komen.
15. Ucapkan kata-kata sayang yang
romantik 2 kali sehari. Contohnya, I love you, suamiku, ibu sayang ayah
sangat-sangat dan macam-macam lagi.
16. Jika marah, tunggu hingga sejuk. Bila
sudah sejuk,beritahu suami apa yg menganggu fikiran secara sopan.Jangan
salahkan suami.
17. Bila suami bercakap,beri perhatian
sepenuhnya. Jika boleh hentikan apa sahaja tugas yang sedang dilakukan.
18. Bila memesan barang kepada suami
yang ke kedai,senaraikan di atas kertas. Jangan biarkan suami ke kedai dua tiga
kali.
19. Tanya suami bila dia ingin
berehat atau tidur.
20. Peluk suami dengan penuh kasih
sayang sebanyak tujuh kali sehari.
21. Telefon suami di tempat kerja hanya
bila penting.Telefon dengan kerap jika suami suka.
22. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala,
tanya bila dia pulang.
23. Jangan ganggu suami semasa asyik
melakukan sesuatu.
24. Bila suami marah,jangan menjawab. Tunduk
dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar setelah dia
tenang.
25. Bila meminta bantuan suami: Terangkan
kepada suami mengenai kerja rumah yang memerlukan bantuannya. Beri pilihan
kerja yang disukainya. Jangan suka mengarah. Gunakan perkataan yg sesuai dan lemah-
lembut.
26. Pesan suami menelefon rumah jika
bertugas luar. Jangan pula melenting jika dia tidak berbuat demikian. Beritahu
dia yang anda cuma risau.
27. Sentiasa kemas,anggun dan wangi sebelum
tidur bersama. Janganlah si isteri agak comot di rumah, rambut tak terurus
dan memakai pakaian lusuh atau yang tak menyelerakan. Hehe
28. Sokong pendapat suami walaupun
pendapatnya berbeza dengan org lain.
29. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu
suami yang sedang memandu. Jangan menunjuk-nunjuk jalan selagi tidak dipinta
suami. Jangan berleter bila suami tersalah jalan. Bersangka baik apabila
tersesat jalan.
30. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa
impian seksual.
31. Sabar dan tenang bila mendengar
cerita atau masalah suami.
32. Jangan menukar-nukar saluran televisyen bila menonton
bersama suami.
33. Jaga maruah suami terutama di
khalayak ramai dan ikut kehendaknya. Segala bantahan dilakukan semasa
berdua-duaan.
34. Bila berpegang tangan,peganglah
bagaimana disukainya.
35. Buatkan minuman suami tanpa
diminta atau bertanya.
36. Beri suami peluang memilih tempat makan bila
makan diluar.
37. Cepat bersiap dan jangan
tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai.
38. Tanya suami bagaimana kita perlu
berkelakuan dikhalayak ramai apabila disisinya.
39. Lebihkan suami daripada anak-anak.
Kadang-kadang, si isteri dah terlupa suami bila dah bersama anak-anak sehingga
kebajikan dan hal suami pun tak terurus dengan alasan sibuk melayan anak-anak.
Si isteri kena pandai membahagikan masa untuk anak-anak dan suami.
40. Belikan suami hadiah-hadiah yg berguna seperti
tali pinggang, kasut, cermin mata hitam, dan sebagainya.
41. Tolong suami mencuci kereta,
potong rambut dan sebagainya.
42. Beri layanan istimewa pada suami
di hari-hari istimewa.
43. Pergi dating atau berbulan madu.
44. Jika suami melakukan kesilapan, jangan
tempelak atau pulangkan paku buah keras.
45. Hantar kad ucap selamat pada
hari-hari istimewa.
46. Selalu urut suami. Kalau boleh, si
isteri perlu belajar cara melakukan urutan-urutan yang berkesan dan selesa
untuk suami. Mesti suami lebih kagum dan rasa nak bersama dengan isteri je. ^_^
47. Tunjukkan keprihatinan terhadap
perasaan suami.
48. Suami akan lebih bersemangat dan bertanggungjawab
bila dia terasa diperlukan isteri.Isteri perlu mempamerkan bahawa
dia benar-benar memerlukan suaminya.
49. Layan suami seperti semasa
berkawan dulu.
50. Beri peluang suami memperbaiki barang
rosak di rumah walaupun kita tahu dia tidak mahir.
51. Menghias tempat tidur macam
tempat tidur pengantin.
52. Ceritakan mengenai kerenah lucu anak-anak kepadanya.
53. Bacakan berita yang menarik perhatian
suami atau buat keratan berita kesukaannya daripada suratkhabar atau majalah.
54. Tolong temankan suami bila dia
melakukan kerja bersendirian waktu malam.
55. Letakkan barang-barang keperluan suami di
tempat biasa.
56. Tolong bawakan barang-barang walaupun
suami mampu membawanya semua.
57. Cuba masak masakan paling sedap untuk
suami setiap masa. Jangan paksa suami komen jika dia hanya berdiam diri.
58. Bila berbual,bercakap atau berbincang: Gunakan
hubungan mata. Gunakan gerak rasa hati. Pegang erat tangannya. Duduk
rapat-rapat. Baring bersama dan bernafas serentak. Ajak atau biar suami
berbaring atas paha jika dia mahu.
59. Jangan dera suami fizikal dan batin.
60. Tunjukkan minat mengenai perkara
yang dilakukan suami,orang yang ditemui dan sebagainya.
61. Beri tindak balas positif jika
suami bercerita. Janganlah kita buat layan, tak layan. Kesian si suami.
62. Jika suami kurang sihat, beri
perhatian sewajarnya.
63. Masuk tidur serentak dengan
suami. Jika kita ingin tidur dulu,minta kebenaran suami.
64. Salam,peluk,cium dan belai suami sebelum
pergi kerja.
65. Ketawa bila suami berlawak atau
bercerita kisah lucu.
66. Ucapkan terima kasih atas setiap
khidmat suami.
67. Cari masa untuk berdua-duaan.
68. Lakukan riadah bersama suami.
69. Pergi berkelah sekali-sekala.
70. Doakan suami agar bahagia dunia akhirat (dalam
pengetahuannya atau tidak).
71. Ajak suami berjalan-jalan tanpa
anak-anak.
72. Berikan apa yang dihajati suami.
73. Nyatakan anda merinduinya bila
berjauhan.
74. Buat kuih kegemaran suami sekali-sekala.
75. Lakukan ibadah bersama. Terbaik suami
menjadi imam ketika solat.
76. Jangan menghukum suami jika dia
mengecewakan isteri tanpa sengaja.
77. Maafkan suami jika dia terlupa
melakukan sesuatu untuk isteri.
78. Segera minta maaf jika kita
melukakan hati suami.
79. Cuba fahami suami jika dia
membangkang atau enggan membantu isteri.
80. Bila suami meminta maaf,terima dengan kasih
sayang. Jangan jual mahal.Ingat kebanyakkan suami sukar meminta
maaf daripada isteri.
81. Tunjukkan keseronokan bila berjimak dengan
suami.
82. Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari
barang yang dia lupa di mana letaknya.
83. Nyatakan dengan lemah lembut kepada suami jika
kita tidak menyukai pilihan baju,tempat makan,lauk pauk,tempat bercuti dan
sebagainya.
84. Berkongsi perasaan negatif dengan
suami secara terbuka tanpa menyalahkannya.
85. Jangan menyuruh suami melakukan
sesuatu yg sememangnya ingin dilakukannya.Ini akan menyebabkan suami tawar
hati.
86. Elakkan memberi penjelasan mengenai
sesuatu terlalu panjang.Suami sering melenting bila isteri bersyarah
panjang. Penjelasan panjang lebar menunjukkan seolah-olah isteri tidak
mempercayai suami.
87. Elakkan daripada membuat suami berasa
tidak mampu, tidak layak atau tidak berkebolehan.
88. Kebanyakkan suami rasa seronok dan selesa sekadar
duduk bersama isteri. Justeru itu jgn berkecil hati jika suami kurang melayani
anda bercakap.Kebanyakkan suami memang kurang bercakap dgn isteri.
89. Jangan cabar suami.
90. Bila berselisih faham,berkrisis atau
bertengkar dgn suami, fokus pada masalah semasa dan jangan ungkit perkara lalu.
91. Jangan suka mengenang rekod lama suami dan
melabelnya berdasarkan rekod tersebut.
92. Jangan ingkar mengenai apa yang telah
dipersetujui. Suami akan berkecil hati bila isteri menyatakan persetujuan
tetapi tidak bertindak mengikut apa yg dipersetujui.
93. Banyak suami berasa janggal dan malu menyatakan
sayang pada isteri.Oleh itu isteri perlu ‘membaca’ perlakuan suami yg
menunjukkan kasih sayangnya kepada isteri.Jangan paksa suami menyatakan
perasaan sayang,rindu atau cinta kepada isteri.Hanya ‘suami bermasalah’ sahaja
tidak sayangkan isteri.
94. Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami.Fahami
hakikat kebanyakkan suami menghadapi kesukaran memahami isteri.
95. Cemburu tanda sayang.Namun jangan terlalu
cemburu terhadap suami kerana dia akan merasa rimas dan serba salah.
96. Untuk merangsang suami mempamerkan kasih
sayang, puji setiap kali dia menunjukkan kasih sayangnya.
97. Elakkan memberi nasihat jika tidak diminta.Isteri
meminta nasihat untuk bermanja tetapi bila suami meminta nasihat dia
beranggapan itu satu kelemahan.
98. Apabila suami berkata atau berbuat sesuatu
yang menyakiti hati,adalah lebih baik mencari kepastian daripada membuat
kesimpulan sendiri yg mungkin salah.
99. Doa dan tawakal kepada ALLAH semoga
hidup kita suami bahagia dunia akhirat.