"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Friday, December 12, 2008

pergi... pasti kembali..


Saat nanti bila kau pergi
Jauh dari aku
Jangan sesekali lupa
Aku selalu ada disisimu
Selalu dekat dalam hatimu
Selalu mahu kau melihat aku
Dari ruang matamu

Saat nanti kau pergi jauh
Tinggalkan aku
Jangan sesekali lupa
Aku selalu ingat pada kamu
Dalam seribu bahasa rindu

Saat nanti kau pergi
Aku menanti hingga kau kembali
Kembali pada waktu yang dulu
Menemani aku seperti selalu
Tanpa jemu

Saat kau pergi
Hingga kau kembali
Aku masih disini
Untuk terus di ingati
Dari seorang insan
Disayangi dalam sekeping hati



* Tiba saat tekad aku mahu melangkah pergi dalam diam-diam tanpa kalian sedari, kala saat bahagia diambang.. ternyata kalian lebih dulu melangkah dari aku.. menari kata terus menoktah ayat. seperti kalian, aku jua punya impian.. harapan dan keutamaan.. FAMILY!

dalam 2 tahun ini.. mengenali kalian.. banyak keajaiban berlaku dalam hidup aku.. dalam saat dahulu sering aku tertanya dimana sahabat? dimana kekasih?.. telah DIA hadirkan aku dengan 2 insan yang benar serasi dengan jiwa aku.. memberikan aku dapat merasai apa yang tersimpan, menikmati semua sentuhan rasa yang selama ini tak pernah aku rasa.. tak terluah dalam hati.. terus merubah segala tentang diri aku.. yang dulu aku terlalu begitu sinis dan punya terlalu banyak sikap negatif.. tentang segala.. lebih lagi tentang kaum adam.. biar kita sebenar hanya bicara pada maya?.. aneh sekali kuasa Ilahi itu.. Alhamdulillah.. akhirnya kesakitan aku kembali pulih anugerah penawar yang dihadiahkan buat aku.. cinta itu terlalu unik buat aku..

tika ini aku terlalu sebak memikir kalian berdua.. seperti biasa bila airmata aku sudah mengalir... ayat mengayat aku terus mati.. buat korang.. aku sayang sangat pada korang.. Always Love and Miss you..

pada mereka yang sudi menjengah blog mawarcinta yang seperti "hidup segan mati tak mahu ini.". aku ucapkan jutaan terima kasih.. biar kadang ia kosong dengan pena mengayat baru.. kalian tetap jengah kemari.. aku pun sayang korang sebab suka baca pena mengayat aku yang ntah apa-apa tu.. keep in touch ok?.. kita nak kembali menyibukkan diri semula.. bila kita punya idea untuk mengayat semula, kita kembali daa.. tinggalkan link anda untuk kita ziarah anda kembali.. nak letak email ngan no phone pon blehh.. hehehe

GO... GO.. CHAIYUK!! ^_^

Thursday, December 11, 2008

Dari Sekeping Hati..


Awak....
Pagi ni saya buat semula blog puisi saya di blogspot. Saya bangunkan kembali apa yang pernah saya hancurkan kerana saya pernah berjanji untuk letakkan semua puisi-puisi saya untuk awak. Dah banyak kali saya tangguhkan hingga saya sendiri tak pernah pasti adakah saya mampu menunaikannya. Saya tahu setiap hari awak dan kawan-kawan yang lain akan tertanya-tanya tiadakah posting puisi atau pena? Saya tahu... setiap hari awak akan tertanya-tanya begitu. Setiap hari juga awak akan menjadi salah seorang terawal yang akan membaca posting saya. Kemudian awak akan menghilang tanpa meninggalkan bicara. Saya tahu.... awak banyak menyimpan kata-kata dalam hati awak tentang saya.. puisi saya... kehidupan saya... kekuatan saya... seagala-galanya tentang saya!

Jika saya gembira, awak akan ketawa.
Saya bersedih awak akan menangis.
Saya kalah, awak akan berdiam kerana awak tahu... saya akan ikhtiar dengan cara juang saya sendiri.
Saya marah, awak pasti akan bungkam. Bukan kerana awak tak mahu bersama saya.
Tapi sebab awak tahu, kemarahan saya hanya saya saja yang bisa redakan. dan awak selalu memberi saya kebebasan untuk menjadi diri saya sendiri.

Awak...
Saya tahu awak bimbangkan saya.
Jika bukan, masakan mungkin suatu hari ditengah malam awak sanggup sms saya hanya kerana awak mimpi buruk tentang saya. Dalam mimpi tu kita nampak laut dan rumah buruk. Saya bilang pada awak ianya hanya mimpi, dan saya tak akan apa-apa. Tapi benar, mimpi itu petanda saya dalam kepayahan saat ini. Benar, kesihatan saya merundum. Semangat saya juga merundum. Tapi.... tidakkah awak nampak, saya selalu berusaha untuk ada disini untuk awak. Saya nak buktikan pada awak yang saya masih seorang pejuang walaupun jasad saya telah longlai. Saya akan ada disini semampu saya untuk awak. Walaupun kita tak selalu berbicara, tapi saya tahu awak terlalu mengambil berat tentang saya. Dan kerana itu.... saya menangis untuk awak hari ini. Terima kasih kerana awak telah berada disisi saya sepanjang perkenalan kita. Tentang kesihatan saya, awak jangan bimbang... saya kan kuat. Saya tak akan mengalah dari usaha untuk sihat. Berserahlah pada Allah... saya tak akan apa-apa.

Pasti awak tertanya-tanya....
Apa mimpi saya tulis pena ini untuk awak. Memang tak bermimpi apa-apa. Tapi... saya menyibuk nak cari nama saya sementelah saya cipta blog puisi itu. Mana tahu, ada orang boleh jumpa dengan google search. Entah bagaimana saya terjumpa blog awak tentang puisi saya. Sama macam kawan kita yang lagi sorang tu, saya jumpa blog dia kerana nama dan puisi saya. Saya tak sangka ada luahan hati disana. Saya bebetul tak sangka...

Saya sendiri...
Tak tahu apa yang saya telah tulis sehingga awak membaca puisi saya hingga menangis. Saya sendiri tak tahu, dimana keajaiban kalimah itu hingga awak terpesona untuk terus menghayatinya. Adakah kerana ia datang dari ilham maka terbit perasaan awak membacanya. Atau sebenarnya saya menulis bukan dengan skill puisi sebaliknya dengan suara hati saya sendiri maka ianya terpanah dihati insan yang mengalaminya. Saya sendiri tak pasti apakah saya telah melakukan perkara yang betul atau salah sehingga ianya memberi kesan kepada awak yang membacanya.

Awak....
Kalau boleh...
Kalau boleh saya memang nak jadikan bahu awak tempat saya menangis.
Tapi saya tak reti! Saya tak tahu nak mengadu kat awak. Saya.... tak pandai nak tunjukkan yang saya ni lemah.
Dan saya tetap mahu awak melihat saya tersenyum walaupun jauh disudut sana saya tahu awak mampu meneka bicara hati ini.
Maafkanlah saya kerana mahu melakukannya sendirian. Saya bukan ego, bukan riak dengan kemampuan diri tapi saya...
Saya cuma tak mahu terbiasa dengan pertolongan dan perhatian dari seorang teman. Saya cuma mahu menjadi siapa diri saya.
Biarpun kedegilan ini akan menyakiti diri saya sendiri dan awak kelak. Dan saya tahu, kerana awak terlalu memahami sayalah maka awak telah membenarkan perempuan yang penuh kedegilan ini terus menerus berada disini. Bukan kerana awak tak mampu menegur saya tetapi kerana saya manusia sukar dijangkakan. Hari ini saya tersenyum, sebentar nanti saya bersedih. Kemudian sebentar lagi saya akan menghamunkan orang. Tidakkah berada disisi perempuan ini selalu buat awak penat? Penat dengan karenah yang tidak terduga. Tapi... entah kenapa awak masih juga mahu disini. Masih sudi menemani saya setiap hari.

Kalau boleh...
Saya nak bercerita dengan awak.
Penatnya saya berdepan dengan karenah orang.
Bencinya saya dengan manusia yang berpura-pura dengan saya.
Sakit hatinya saya sebab ada lagi manusia yang suka bercerita dibelakang saya.
Tapi.... suara saya selalu tak keluar untuk membuka cerita. Suara saya selalu hilang bila mahu berkata kepada awak. Akhirnya saya biarkan saja. Biarkan lah... DIA lebih tahu.

Awak.... Kata-kata yang awak tulis kat blog awak buat saya menangis juga.


"Awak buat kita mengalir airmata lagi.. mungkin lagu dan puisi tarianmu bersatu bisa buat aku tersendu.. benar menusuk kalbu.. ah, sememangnya kita ini cepat benar rasa tersentuh.. atau terlalu menghayati??.. sungguh, bila mahu bicara dengan awak kita jadi kelu, bisu.. maaf, tak mampu bersuara disana.. hanya mampu meletak senyuman buat awak.. senyuman kita untuk awak tafsir apa adanya disitu.. dah tak tau nak mengayat apa da.. Sekalung doa kita hadiahkan buat awak sekeluarga disana.. A Shoulder To Cry On.. :senyum:"


Terima kasih...
Terima kasih yang tak terhingga kerana sudi menjadi sahabat saya. Terima kasih juga sebab sentiasa mendoakan saya sekeluarga. Dan saya berharap dan terus memasang harapan awak juga akan beroleh kebahagiaan yang diidam-idamkan. Awak layak untuk memilikinya sama seperti mereka diluar sana. Maafkanlah jika layanan saya selama ini diluar kemampuan saya sebagai seorang sahabat. Mungkin... Ahhh saya cuma mampu menjadi apa yang awak lihat. Itu saja yang saya mampu lakukan sehingga kini. Maafkanlah saya teman.

Awak..... saya tetap bulan tu kan?
Maka senyumlah untuk saya saat ini...
*Saya tau ini lagu kegemaran awak sebab ada dalam list lagu awak.


Wasalam

Salam Sayang
Serikandicinta


"Percayalah, kehidupan ini sangat indah dengan adanya insan2 yg menyayangi diri kita. Kasih sayang itu adalah azimat menjadi kekuatan dalam semangat untuk membina harapan menghadapi dugaan dan ranjau kehidupan. Biarpun kadangkala kita ketemu insan baik dan sebaliknya, ianya hanya rencah dalam melewati kehidupan agar menjadi tinggi nilainya utk dikenang dimasa depan. jangan sesali setiap detik yg kita lalui yg kadang suka yg kadang duka hanya kerna utk mengajar kita erti dewasa" - HS



* Awak buat kita larut.. sebetulnya dah lama kita simpan pena awak ini.. tp kita lupa dimana kita selitkan dekat file mana?.. nah, tadi merayau.. kita terjumpa!.. maaf ya kita tampal disini..

Kita tak tahu bagaimana nak beritahu awak, yang kita selalu ingat kat awak.. masa kita hantar sms tu mmg kita benar risaukan tentang awak.. kita tak tahu sebab apa.. dan, akhirnya kita dapat juga jawapannya.. maaf, kita mmg tak pandai pamer sayang pada orang.. tp, bila kita dah rasa syg dan rapat dengan orang.. sebolehnya kita nak lihat orang itu sentiasa ada pada pandangan kita.. biar walau jauh jaraknya beribu batu.. dalam hati tetap ada cinta..

bila dah sebak.. ayat mengayat kita jadi tandus.. OUT!

rampok de rembat..



Sorry.......
Aku memang curi puisi ni dari blog kau.
Sebab aku tahu kau tulis MEMANG untuk aku.
Hah... kau tahu aku memang nakal kerana sanggup mengambilnya tanpa bagitahu.
Dan kerana kenakalan inilah aku berjaya meletakkannya di blog aku ni.
*Kau marah ke tak, ekekeke aku tau mesti kau tak akan marah punya.
Maklum ler akukan.... kau sayang aku kan?

Aku nak nangis sekarang ni....
Tapi aku tetap control ayu supaya kau tahu aku memang ayu... uhuhu

Terima kasih sebab ciptakan puisi tu untuk aku.
Selalunya aku jer yang cipta puisi... sesekali orang ciptakan memang meraung tahap gaban bintang Aries. Aku tak mo buat ayat jiwang.. takmo... takmo sebab aku memang dah jiwang karatz ni.

Memang angin beliung takder ni... tertiber rasa ribut jer
Memang..memang... memang aku memang begini.
Kau pun faham kan. Maklum dah lama kenal.
Oke.... dah lama sangat bermadu kasih dengan PC ku ini.
Untuk hari ni kebencian kerana kejujuran dipermainkan oleh PC aku sendiri
Aku ditipu bulat-bulat macam bola. Maka aku memang nak jauhkan diri dengan benda kotak ni. Dia memang takder dosa... tapi sebab kesilapan tektikal aku bersalah faham dengan orang. Eeee.... PC.... aku.... grrrrrrr.........

Dah sejuk hati nanti.... aku kembali berbaik-baik semula dgn sikotak huduh ni.
Terima kasih sebab kejiwangan, kebrutalan, kemerengan, kemengongan, kepala angin puting beliung otak aku ni masih diterima baik oleh kau wahai sahabat. Walau terkadang aku tahu... Banyak yang aku tulis buat kau terguris rasa dengan tingkah ku ini. Untuk hari ini.... aku memang tak nak berjuang. Takmo jadi serikandi. Takmo...takmo...takmo.... benci... menyampah... penat.... dengan PC mangkuk hayun ni. Eeee... rasa nak debik jer!

Tapi....
Aku janji
Aku balik nanti...
Aku masih serikandi.
Masih menjadi serikandicinta yang istimewa dimata orang yang memang sayangkan aku. Tadi kau ngakukan aku ni sahabat tersayang? Nanti aku balik, kepala otak aku tak akan peduli lagi dengan hal orang lain kat luar sana, sebab aku tau masih ada orang yang sudi... ermmm sudi .... sudi nak baca puisi aku ni kan. Macam kau... macam dia tu... mereka tu.... kan..kan...kan....

Kau jaga diri bebaik...
Doakan kemerengan aku ni tak lama supaya cintaku masih pada puisi itu.
Moga nanti berlambak gedabaklah ilham datang untuk aku menulis puisi "CINTA" untuk kau baca... dan mereka-mereka yang memang mencintai cinta. ahhh.... Dun wori lah aku memang sukar dijangkakan kan..kan..kan.... nanti okelah tuh.

Thanks ya, puisinya indah amat. Nanti kalau kau bikin lagi... aku curik lagi hik hik hik
Last..... sayatetapsayangawakselagiawakmasihsayangsaya

wasalam
Cek her

*Hari ni aku bukan serikandi
Bukan...bukan...bukan.... Hari ini aku adalah aku yang selalu mengong!
Jiwa kacau atau tengah kacau jiwa?
Woitttt............ jangan ada yg terkena virus ni oke.

caucincau




hahaha... aku pon curik gak ayat-ayat kamu nih dr sudut itew.. marahkan aku? marah arr.. marah arr.. kita suka.. kita suka.. suka ati arr.. kita pon pakar tau dlm cilok mencilok, rembat merembat.. tp fail dlm ilmu goda menggoda.. selalu kena goda ada arr.. nyamfah makcik! ekeke.. ketawa mengekek.


td masuk kejap MP.. pasal ntah nak bagi komen, kotak komen dia ghaib.. terjengah2 kita duk kat luar main ngan cahaya lilin.. 2 3 4 kali kita cuba tembus.. cam tu gak! MP bengung blik ker?? last.. kita rayau arr kat lorong2 gelap berteman cahaya lilin.. iee seramm.. hehehe

Friday, December 05, 2008

FAMILY


Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya..
"Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh, Jerkahku,
"Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali, Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?


FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

"HARGAILAH KELUARGA ANDA"


Email yang ku dapat ini, tanpa sedar mengalirkan airmata aku tika selesai aku membacanya.. kemudian aku fwd kembali buat teman2 maya yang lain.. ya, aku senang mengfwd email yang berunsur agama, keluarga, motivasi atau apa2 artikel yang bagus untuk dikongsi bersama.. mahupun berkenaaan tentang cinta?.. biarpun aku ini bukanlah bijak sangat dalam semua bidang itu.. dan, kebiasaannya juga aku akan mendelete sampah2 kata yang berada diatasnya.. biar fokus pada artikel yg bakal ku fwd.. itupun kalau waktunya aku senang.. selalunya aku memang malas nak fwd email.. melainkan send email bertanya kabar buat teman2.. kadang hingga merapu meraban hingga akhirnya.. buat aku ketawa gelihati menatap kata-kata tertari.. senyum melebar..

Lewat jam 12tgh mlm tadi, seseorang menghantar sms bertanyakan mengapa fwd email Family itu kepada dia?.. katanya aku weird?.. aduhh.. mungkin dia tidak terbiasa dengan cara aku yang padanya agak pelik?.. kebetulan addnya ada dalam PC office aku, maka aku fwdkan sekali.. entah. aku tidak tahu situasinya bagaimana tika itu.. tapi, bilah katanya dlm sms td seakan bernada sayu.. tidak seperti selalu ada tegasan kata disitu.. seperti memerintah!.. nah, aku menjadi pentafsir kata2 pula?.. senyum sendiri.. mungkinkah dia terasa dengan email ini?.. tak tahu. malas nak serabut kepala memikir.. jangan dia anggap aku yang bukan2 sudah..

Hmm.. sebenarnya dulu kami tidaklah rapat sangat.. dia lebih akrab dengan teman baik ku.. dari teman akulah segala maklumat tentang dia aku peroleh.. itupun bukan aku yang nak tahu.. teman aku yang rajin bercerita.. aku layankan sajalah.. hubungan kami kurang mesra mungkin dulu aku sombong.. itu kata dia.. sebetulnya aku segan dengan dia.. ya lah aku ni pipit.. dia tu enggang.. lagi pula dia pon aku tenguk macam lari2 dari aku jer.. mungkin agaknya tak suka gossip yang sering menggandingkan kami bila ada aktiviti/kursus/program bersama? wallahualam.. aku agak aje.. aku sedar.. aku tak punya langsung keistimewaan pon untuk dibanggakan lagikan pula untuk memberi pandangan yang bernas.. nampak terlalu sinis dimata semua..

Namun setelah aku aktif dalam MLM.. kami mulai rapat.. kuasa apa tah yang melembutkan hatinya dan merapatkan kami?.. mungkin agaknya dia sudah bertunang buatkan aku rasa selamat?.. kecewakah aku setelah tahu dia sudah bertunang?.. rasanya tidak kott.. ketawa sendiri.. aku juga telah mula kenal seluruh anggota keluarganya.. hingga saudara mara dan sepupu sepapatnya.. yang dulu, aku punya terlalu banyak persoalan tentang dirinya?.. familynya? ajaibnya kuasa Ilahi.. dan, tiba aku rasa sayang dengan familynya.. lebih lagi ibunya.. betapa besar pengorbanan ibunya itu.. aku benar langsung tidak menyangka.. tak mahu bercerita tentang latar familynya biar ia tetap menjadi rahsia.. airmata aku sudah hampir mahu mengalir.. aku tersentuh waktu pemberian hadiah hari lahir buat ibunya baru2 ini.. hadiah dari aku, ibunya yang membukanya dahulu.. walau sebenarnya ibunya lebih rapat lagi dengan temanku.. banyak persoalan dan tanda tanya yang aku tak mampu ungkai.. kadang aku jadi segan bila duduk bersama dalam familynya.. walau nampak luarannya aku selamba tak kisah..

Berbalik tentang dia.. marahkah dia dengan email Family itu tadi?.. menangiskah dia?.. bisakah lelaki menangis hanya kerna kata2 email family itu?.. aku tahu dia berhati lembut dan berjiwa sensitif.. walau kadang amat menjengkelkan hati aku.. demi Allah, aku langsung tidak bermaksud apa-apa.. mahupun menyindir.. dan aku juga malas untuk memikir apa-apa yang terbit hadir.. pantas deletekan! dia tunang orang! aku tahu batas-batasnya.. aku tahu hati aku.. ukir senyum..

Mata pedih dan berair.. mohon masuk beradu.. OUT!

Thursday, December 04, 2008

Pantun Serabut


Rindu terhenti kemarau rindu
kerana cinta dan airmata
mestikah lagi memburu rindu
setelah gugurnya bunga cinta?

Mestikah lagi memburu rindu
setelah gugurnya bunga cinta
perlukah terus bertangis sendu
menahan gelora ombak melanda?

Perlukah terus bertangis sendu
menahan gelora ombak melanda
sakit merasuk bertuju tuju
berakhirnya sampai bila?

Sakit merasuk bertuju tuju
berakhirnya sampai bila
mungkin bahagiakah hati itu
melihat semua musnah binasa?

Mungkin bahagiakah hati itu
melihat semua musnah binasa
Tersenyum senang jiwa berlagu
segala dendam kesumat terlaksana?

Tersenyum senang jiwa berlagu
segala dendam kesumat terlaksana
berseri wajah persis sang ratu
menutup diam segala rahsia?

Berseri wajah persis sang ratu
menutup diam segala rahsia
kebenaran pasti jelma berlaku
bongkar segala pekung didada?

Kebenaran pasti jelma berlaku
bongkar segala pekung didada
biar semua bisa terpaku
tiada sinis memandang dimata..


:: Azwa Safwa::

Thursday, November 20, 2008

TRAGEDI NOVEMBER 2008

Tepat jam 11.30 pagi lebih kurang… ahad, 16/11/08.. entah kenapa hati aku rasa tak sedap .. Rumah pula sunyi sepi hari ni. Tinggal aku bertiga adik-beradik. Kebiasaannya hari ahad aku memang keluar berjumpa orang..(buat MLM) Tapi hari tu rasa benar berat sangat. Serba tak kena dan macam2 rasa. Akhirnya aku batalkan temujanji yang telah diatur dengan alasan aku kurang sehat. Sememangnya kesihatan aku sejak akhir ini memang kurang memuaskan. Ikut pada cuaca. Kebetulan ketika itu cuaca memang panas terik dan berangin sedikit.. macam aku juga.. Aku tercium bau benda terbakar. Puas aku cari puncanya tiada. Aku kembali meneruskan kerja-kerja aku sambil itu ber YM dengan teman2 maya yang online pada tika itu. 

Jam merangkak pukul 12.30 tghari. Kepala aku dah berpusing. Aku tinggalkan kerja-kerja dan kedapur.. (tak perlulah aku ceritakan apa yang aku buat) Bau benda terbakar makin kuat mencucuk hidung. Habis seluruh dapur hingga bilik air dan bilik membasuh kain aku periksa, risau ada benda yg terbakar atau berlaku litar pintas pada wayar elektrik. Namun aku tak jumpa. Aku gerakkan adik lelaki aku, menyuruh dia periksa diluar rumah kalau2 ada apa-apa yang terbakar. Sememangnya untuk menggerakkan org lelaki yang tido mmg amat payah!. Aku akhirnya dimarahnya. Biasalah.. aku dah start ceramah free.. (aku klau dah start ceramah sakitnya mmg mencucuk jantung!.. harap maklum!) Dalam dia marah2 pada aku, dia keluar.. (masih dalam keadaan tak puas hati pada aku). kemudian datang balik beritahu mana ada benda terbakar.?. tenguk muka dia dan dia mengomel macam gagak betina buat hati aku pula terbakar.. aku cuba coolkan diri.. (walau dalam hati nih dah terbakar hangus!).. kemudian memungut pakaian yang kotor untuk dibasuh.. laptopku masih on begitu juga dengan YM.. sesekali aku jengah dan membalas.. (hati bengkak pon boleh layan dorang dgn gelak ketawa.. x per mrk x nampak muka aku.. klau nampak, mau pengsan dorang!) kemudian, mood aku utk berYM tiba hilang.. bila adik perempuan aku yang bongsu pula buat hal.. buat suhu darahku mendidih.. tak perlu ku nyatakan disini.. biar menjadi rahsia aku. 

 Dalam pada itu aku mendapat call dari adik lelaki bongsu aku di Johor mengatakan dia dah boleh balik dan meminta mengambilnya diasrama.. (ikut pada perancangan esok harinya lepas subuh kami akan berangkat ke Johor bersama mak.) aku berjanji akan mengambilnya selepas mak balik dari Majlis Marhaban rumah kawannya. Kemudian aku meneruskan kerja aku yang tertinggal tadi.. Memikirkan diri ini belum lagi bersolat, aku mahu melangkah kebilik air… tiba-tiba adik perempuan yang tadi konon merajuk dengan aku, menjerit bagai orang histeria.. katanya rumah sebelah terbakar!! Aku yang terkejut lagi panik terus berlari keruang depan.. (nasib pada waktu ketika itu aku tidak berkemban??.. masih berpakaian lengkap..) Ya Allah! MasyaAllah.. garage kereta dan stor terbakar?!! Api begitu marak!.. YaAllah!! Kereta aku! (masa tu mata aku hanya focus pada kereta Persona aku.. api semakin marak).. menggigil anggota aku ketika itu.. menjerit aku meminta tolong! Pantas aku mencari kunci kereta.. apa daya, kereta aku mesti diselamatkan!.. sekonyong2 adik ipar yang duduk rumah belakang berlari datang.. yang lain aku dah x nampak! Mulut aku x habis menyebut Ya Allah! Ya Allah!! … adik aku siku bahu aku, tunjuk kepala? (dia dah menangis gila-gila punya) Ya Allah kepala ku tidak bertutup?.. kunci keta aku serah pada adik ipar.. sementara tuh aku lari masuk rumah capai tudung..(free jer dia dpt tgk kepala aku yg gondol x bertutup!)..

Lari keluar balik nekad selamatkan keta aku! api makin marak hampir mahu menyambar keta aku! (waktu ni adik ipar cuba membuka pintu kereta tp sukar krn api makin marak.. enjin pun x mau hidup coz tempreture dah tinggi.. dalam kereta tu da macam dlm oven!) aku risau! Dah macam2 fikir dalam kepala otak?.. paling takut klau keta itu turut sama terbakar? atau tiba meletup?.. Ya Allah! Ya Allah!!.. janganlah melarat apinya..(cuaca panas terik dan angin kuat bertiup!) sambil tu 3 buah motor dan barang yang boleh dikategorikan berharga sudah terbakar dijilat api.. 

Alhamdulillah kereta aku selamat dialihkan (dengan susah payah) dari turut terkorban sama.. dalam pada tu juga aku sempat buat panggilan 999.. aku pun tak tau apa yang aku bagi tau operator tuh!.. yang aku tahu minah operator tuh suh aku bertenang!.. mana bisa bertenang, bila lihat api semakin marak?? last aku bagi phone kat adik perempuan aku.. sementara menanti bomba datang, adik lelaki aku dgn adik ipar aku cuba memadamkan api dari turut marak kerumah jiran sebelah dan menjilat rumah kami mungkin?.. sungguh, aku tak tahu sebenarnya bagaimana mahu menceritakan detik itu! Segalanya berlaku sekelip mata! Orang dah semakin ramai memenuhi perkarangan rumah.. tapi ramai yang dtg tenguk coz api terlalu marak! tapi ada juga yang buat2 berani cuba menyimbah air dgn baldi menggunakan air dari kolam ikan.. adik lelaki aku terus menyiram air dgn getah paip pada tempat kayu2 bumbung yang terbakar..(betul ker ayat aku ni?) bahang api menyimbah sedikit wajahku! (kesannya smpai skrg wajah aku merah!).. mereka meminta aku menjauhinya.. aku berdiri dibalkoni rumah belakang bersama yang lain hinggalah bomba datang.. (waktu ni, kakak aku ngan family dia dah sampai. Mak aku hampir pengsan kat depan umah aku tgk, ingatkan rumah kami terbakar dan anak2 dia dah mati rentung!.. ).. api berjaya dipadamkan lewat pukul 3.. 

 Nota Kaki : * Alhamdulillah aku selamat dari terbakar.. atau sewaktu dengannya..

- Seblum kebakaran, aku ada disitu menyidai kain dan mencari punca bau hangit.. periksa plug lampu dan sebagainya.. tapi tak jumpa!.. sesekali bau tahi kucing membingit hidung pula.. ni mesti si hitam berak merata lagi! .. cakap dalam hati.. (kucing liar yg kami bg makan).. last aku masuk rumah, tak sampai beberapa minit.. dah terbakar!!.. kalaulah aku ada tika itu?.. tak boleh nak bayangkan.. bersyukur sangat aku selamat!! 

 >> mungkin ini alamat dan petanda yang aku dapat beberapa hari ni?? Wallahualam.. segalanya Allah punya kuasa.. 

 * Motor Kawasaki kesayangan abah dan juga Vespanya dah jadi arwah!.. ( aku tahu abah sedih sangat.. walau abah tak suarakan.. kalaulah aku boleh selamatkan, pasti aku selamatkan tapi waktu itu sudah marak dijilat api!) begitu juga motor seventeen adik lelaki turut rentung bersama barang2 yang lain.. * Ada 2 3 brader sebuk tanya no motor2 yang terbakar!.. ( minta kat adik lelaki aku) kes nak beli 4 nombor arr tuh!.. kalau dah kaki nombor tuh mmg payah nak berubah!.. perghh mmg bikin panas!.. malas aku nak melayan.. 

 * Rumah Black Out! .. malam bercahaya lilin.. (TNB x bleh buat apa-apa.. coz lepas kebakaran, hujan turun mencurah2 berserta guruh hingga maghrib.. tunda esok hari) * Semua sekali dapat ceramah percuma dari mak!.. (aku x terasa pedih sgt.. coz masa sebelum kejadian ayat yang mak ceramah tuh aku dah pon lontar keluar.. kira mak aku putar blik arr..) 

 * Kabarnya mereka yang lain turut juga dapat ceramah free dari abah yang dari kampung (adik lelaki aku yang lagi sorang tinggal coz nnt tiada siapa yg memantau kerja kat sana..) terus bergegas pulang ke rumah!( masa abah sampai umah aku dalam perjalanan ke Johor bersama adik lelaki.. tido rumah sepupu kat JB..) 

Sekian berita terkini dari aku.. aku mohon maaf coz kalau ada yang terasa ngan aku masa hari kejadian tuh.. aku insan lemah sering buat silap..

AWAS!! API, KECIL JADI KAWAN.. BESAR JADI LAWAN.. 
( Macam aku juga.. org baik, aku baik... org buat macam2 siaplah ko!.. hik!)

Sunday, November 16, 2008

Antara CINTA dan SAHABAT


Cinta..
tetap selalunya ada
makin dalam..
biar pada nyata kurang jelas
tapi dalam diam telah terpahat
terpasung kukuh.. ukir senyuman
perlu punya kekuatan untuk dipertahan
agar tidak bisa jadi goyah..
bisa jadi berantakkan bila rasa sudah tawar..
dua cinta yang berbeda..
pada insan yang dipadan terusik..
pada dia yang Maha pencipta..

Sahabat..
tetap juga selalunya ada.. tetap mahu
duduk diam mengintai.. menilai
mengetuk rasa hati..
mengocak ria..
kadang berderai sendu..
bila sudah terhadir cinta..
tanpa ayat lisan yang jelas
tali itu telah terikat..
kukuh dan erat sekali..
namun, perlu selalu jua diperkemas
agar tali itu tidak putus
terus habis kepenghujung usia..

Andai disuruh pilih antara keduanya..
manakan bisa boleh memilih?!..
kerna cinta dan sahabat itu
sudah jadi darah yang sebati dalam nadi
saling berkait.. saling memerlu..
andai hilang salah satu keduanya
diri bisa jadi gelap tak bermaya..


:: Azwa Safwa::

Monday, November 10, 2008

BERPUTIK DALAM DIAM


Berputik dalam diam
Cinta suci kupendam
Kasihku nan membara
Malu atasi segala
Tak pernah ku cuba bersuara

Kita sering bersama
Tanpa mengungkap cinta
Arah dan minat sama
Dan aku jadi lupa
Kita hanyalah teman biasa

Dikau terlalu istimewa
Buat ku tiada celanya
Dikau tampan idaman semua

Tapi ku cuma gadis desa yang setia
Cinta dan diriku jadi pinggitan hati
Masih adakah ruang buat diriku
Mengecap bahgia bersamamu

Akan kusetia menunggu
Ucapan cinta kasihmu
Pabila daku tersiksa begini
Fahamilah sayang..




Dia menapak perlahan meninggalkan pusara yang memerah itu. Sebenarnya ada cintanya yang tertinggal disitu. Tertanam bersama jasad yang bersemadi. Jelas jiwanya terasa benar sepi dan kosong sekali.

“Sabarlah Riz.. benarkan dia bersemadi dengan aman..” Bahunya ditepuk perlahan oleh teman.

“Aku bersalah padanya Har..” Air mata lelakinya mengalir lagi..




***


“Wei, jom pekena teh tarik! Macam biasa arr.. ” Azie ukir senyum kemudian kenyit mata mengadap jejaka yang persis wajah Hans Isaac hero pujaannya.

“Tak nak!.. Hari ni aku tak senang.. “ Fariz menolak tanpa memandang gadis yang perwatakkan sederhana dan tanpa mengenakan sebarang alat solek kewajahnya.

“Pasal plak nih? Kau nih datang bulan ker?” Azie ketawa mengekek. Faham sangat dia dengan perangai temannya yang sorang ini. Angin senggugut mana ntah yang dah rasuk dia?. Agaknya mungkin hantu Maya Karin? Azie ketawa lagi.

“Datang bulan kejadahnya! kalau kau tuh yer la.. please jangan ganggu aku!” Suaranya keras. Fariz bengang. Wajahnya nampak tegang.

“Woo.. sorilah kalau aku kacau kau.. oklah aku blah.. cool beb! Aku kuar ngan Har jer la..” Tak tunggu lama Azie berundur dari meja Fariz. Angin dalam badan Fariz memang tak boleh dijangka. Kadang datang meletup bagai bom jangka.

Tajam renungan mata Fariz menghantar pergi ayunan langkah Azie ke arah meja Azhar. Sakitnya membara. Tiba hatinya menyumpah dalam diam.




***


“Har, pasal si Riz tu aku tenguk bad mood jer dua tiga hari nih?.. dia ada problem ker?” Azie menghirup perlahan teh tarik yang sedikit panas. Sehari tak merasa teh tarik Warung Pak Ali mahu ketagih dia dibuatnya.

“Entah.. bukan kau tak tau Riz tu.. kepala angin.” Sebenarnya Azhar sudah malas campur urusan hidup Fariz. Bukan mahu dengar nasihat orang. Berpuluh nasihat dah diberi, tapi Fariz tetap dengan pendiriannya. Walau segala bukti telah jelas depan mata.

“Risau aku tenguk dia macam tu.. dah tak ceria macam dulu.. macam rahsiakan sesuatu jer.. pastu asyik berangin jer..” Azie melepas keluhan.

“Dia je kau risau dan ambil berat? Aku, kau tak risau ke?” Sengaja mencuit rasa gadis yang berada dihadapannya. Gadis ini benar berbeza dengan pekerja wanita yang lain. Simple, peramah, berfikiran terbuka dan sentiasa mengukir senyuman walau ketika berada dalam apa jua emosi pun.

“Kau ni ada-ada ajelah.. semua kawan-kawan aku, aku layan sama rata.. tiada beza satu pun tau.. jangan nak terasa hati atau ambil hati tau!.. nah, rasakan!” Pantas tangannya menampar mesra bahu Azhar.

“Kalau aku ambil hati kau boleh tak?” Sengaja lagi mahu mengusik temannya itu.

“Hahaha.. kalau kau ambik hati aku, habisla aku tak punya hati.. bisa mati dong!” ketawa mereka terburai.

“Har.. kalau aku pakai tudung ok tak?” Azie bersuara setelah lama berdiam.

“Uik, mimpi apa plak kau nak pakai tudung ni?.. tapi, aku memang respect kalau kau pakai tudung.. aku lebih suka perempuan yang bertudung tau! Nampak ayu jer rupanya.. maniss.. ” Senyuman Azhar melirik kemudian kenyit mata.

“Aku tanya serius nih.. ok tak aku kalau pakai tudung??”

“Apa tak ok nya.. bukankah wajib bagi setiap perempuan islam itu setelah baligh menutup aurat? Kau pun tahu tentang itu kan? Maaf, aku tak pandai nak berceramah atau bicara tentang soal agama bagai seorang ustaz. Tapi sebagai sahabat, aku akan terus menyokong hasrat murni kau itu..”

“Wahh.. ayat kau ni buat aku terharu jer.. terima kasih ya sahabat.. kau memang sahabat aku yang baik.. hmm, esok-esok kalau aku bertudung kau jangan terkejut plak ya? bagi kekuatan pada aku k?” Azie ketawa lagi.



***

Cinta itu benar buta
Tidak jelas dilihat
Tapi ia amat dapat dirasai
Menyusup diam didalam hati..

Perasaan itu benar bisu
Tak mampu diluahkan dengan kata-kata
Mahu pun dalam madah bicara
Tapi dapat difahami dalam jiwa
Pada kiasan bicara terlipat..

Cinta dan perasaan itu
Sering pendam bersama..

Sering jua hati bertanya
Tentang cinta dan perasaan
Bagaimana bisa melihat sedangkan ia buta?
Bisakah dapat dilihat sedang ia bisu?

Dia.. aku cinta dia.. terlalu cinta

Hujung mata penanya terhenti. Wajah itu menggamit hadir.. lirik matanya.. senyuman dan gurauan dia benar mengusik damai jiwa wanitanya.. kemudian terbit rasa sakit yang mendalam.. menyesakkan degupan jantungnya.. menikam urat nadinya.. mencucuk hebat seluruh anggota tubuhnya..



***

“Kenalkan.. Aida Firda tunangku.. ” Semua mata tertumpu kearah Fariz dan pasangannya. Kemas rangkulan jemari gadis yang putih melepak persis Miss Universe itu memaut erat lengan Fariz. Mata Azie terbuka luas tanpa berkelip.

“Hi..” Gadis yang baru diperkenalkan Fariz mengukir senyuman menggoda.

“Err.. hi...” Azie cuba mengukir senyuman manis. Segera salam gadis itu dia sambut. Namun dia tetap perasan sepasang mata merenung tajam kearahnya. Dia tetap cuba berlagak biasa.

“Wow! bravo!!.. jahatlah kau Fariz rahsiakan semuanya sekali pada kita.. patutlah selalu busy konon.. rupanya sudah punya pacar yang hebat!..” Mustamam yang terkenal kaki play boya meluru berjabat tangan. “Bisa aku berdansa dengannya?”

“Kau nampak ini?” Fariz mengepal penumpuk seakan memberi amaran. Namun, matanya liar mencari bayang seseorang yang telah hilang..


***

“Hei, kau buat apa sorang-sorang disini?” Bahu Azie disentuh lembut Azhar. Dari tadi dia perhatikan kegelisahan yang bersarang tumbuh dalam jiwa temannya itu..

Sejak kehadiran Fariz dan Aida Firda dalam majlis mereka meraikan parti hari jadi Mustamam. Masakan dia tidak kenal siapa Aida Firda yang baru diperkenalkan oleh Fariz itu. Gadis yang sentiasa menjadi kegilaan Fariz sejak zaman universiti lagi. Sangka dia, Fariz sudah putus hubungan terus dengan Aida namun sangkaannya meleset sama sekali. Cinta gadis itu masih terus didamba Fariz walau Aida telah banyak kali menghancurkan hati Fariz. Memang benarlah kata orang, cinta itu buta!

“Kau menangis ya?” Azhar cuba mahu mengangkat wajah teman yang bermuram durja. Tapi langkah jemarinya tersekat. Ikatan tudung dan baju blause dipadankan dengan seluar slack yang tersarung pada anggota tubuh gadis itu membuatkan hasratnya terhenti. Perubahan demi perubahan pada gadis itu kini benar mengusik jiwa lelakinya. Sememangnya dia kini terlalu menghormati gadis ini.

“Mana ada.. mata aku masuk habuk la..” Azie cepat mengesat air mata dan cuba mengukir senyuman gembira.

“Agaknya.. banyak habuk rumah Tamam ni ya? sampai dalam mata kau pun dia mahu masuk?” Azhar cuba menceriakan suasana. Tidak mahu lagi melihat wajah muram gadis dihadapannya.

“Kau ni.. bencilah.. “ Azie menumbuk mesra lengan Azhar. Mereka sama-sama ketawa.

“Sampai hati Riz tak bagi tau kitakan dia selama ini sudah ada teman istimewa..” Wajah Azie kembali mendung. Tiba rasa sakit itu kembali datang.

“Bukan kita.. tapi kau seorang dan teman-teman yang lain..” Azhar berbasa-basi.

“Maksud kau.. kau dah kenal perempuan tu? Kau memang jahat rahsiakan dari aku!.. teruklah kau ni..” Mata Azie membulat. Ada sedikit geram pada wajahnya.

“Hei, Aku bukan niat nak merahsiakan dari kau tau.. dah kau tak tanya pada aku.. macam mana aku nak bagi tau.. lagi pun tak banyak yang aku tahu tentang hubungan mereka. Mereka kenal sejak zaman universiti lagi.. Lagi pun aku tak suka sebar cerita macam mulut mami jarum tuh!.. hilang kemachoan aku ni ha.. ” Azhar cuba berseloka. Azie menjeling geram.

“Sampai hati Riz.. agaknya selama ini dia memang tak pernah anggap aku ini sahabatnya.. Har, aku sedih.. “ Kolam airmatanya hampir tumpah. Kesakitan itu semakin kuat mencucuknya..


***

“Cantik lukisan kau Riz?.. pandai kau melukis..” Mata Azie terus terpegun melihat lukisan pensel lakaran gambar pemandangan hasil sentuhan Fariz. Sebetulnya Fariz memang punya hobi suka melukis bila ada waktu terluang di pejabat.

“Mestilah.. masakan kau baru tau.. ” Fariz mengukir senyuman. Bahu teman ditampar mesra Azie. Gembira. Fariz telah kembali berubah seperti dulu.

“Mahu aku lukiskan potret kau?” Azie ketawa.

“Tak payahlah.. aku bukannya cantik. Habis rosak lukisan kau tu nanti..”

“Cantik itu bukan diluar.. tapi didalam ni ha cik kak oii..” Fariz kenyit mata.

Kata-kata Azhar tiba menampar minda.. “Riz, setiap orang punya satu peluang.. ambil peluang itu.. sebelum tiada langsung suatu waktu kita dapat miliki peluang itu.. cantik itu bukan diluar, tapi didalam.. aku tahu, kau faham dan jelas apa yang aku maksudkan.."

“Yer la tu.. tapi, semua lelaki suka pada kecantikkan luaran daripada dalaman bukan? Kecantikkan luaran itu juga yang mereka seing kejar..”

“Sepertinya seakan menyindir aku?..” Fariz jungkit kening. Segera wajah milik Azie ditatap sekilas.

“Maaf, aku tidak bermaksud begitu.. kau ni mudah sangat tersinggung.. agaknya jenuh Aida tu hari-hari mahu memujukmu..” Fariz terdiam. Kelu untuk berkata-kata. Terasa tercucuk dengan ayat yang dilontar oleh Azie. Jemarinya kembali menyambung melukis.

“Riz, antara sahabat dan cinta.. mana satu agaknya kau pilih ya?”

“Kenapa?”

“Saja aku mahu tahu..” Azie menatap lembut wajah Fariz.

“Pastilah aku pilih sahabat.. aku sayangkan nilai persahabatan yang terikat. Biar pun rasa cinta semakin mengikat dan menjerut aku.. bagi aku, cinta itu terlalu unik dan agung untuk dipernyatakan.. terlalu suci.. biar tiada siapa yang jelas nampak.. tapi ia telah duduk bertakhta bersemadi diam dalam jiwa dan kerajaan diri..” Perlahan suaranya terlontar.

“Hebat istilah cinta buat kau ya?.. aku kagum dengan kau.. kau serupa Azhar.. lebih pentingkan sahabat dari cinta. Bertuah aku punya kalian berdua sebagai sahabat aku..” Titis Air mata Azie hampir mengalir.. Cintanya semakin dalam.

“Hei, banjir pula nanti disini.. nah tisu…” Fariz segera dapat menangkap wajah yang sudah berkaca itu.

“Kau ni jahatlah..” Namun, segera mencapai tisu pemberian Fariz.

“Kau pula?” Azie merenung jauh keluar jendela. Mencari kekuatan pada awan cerah yang berarak..

“Seperti kau juga.. aku memilih sahabat.. bagiku sahabat lebih hebat dari rasa cinta yang bermukim ini.. biarlah rasa cinta itu terpendam dan tak perlu diucapkan.. biarlah ia bersemadi bersama jasadku nanti..” Suara itu hanya terlontar dalam hatinya..


***

“Riz.. you ingat I ni patung ke?” Aida sebal. Sejak akhir-akhir ini Fariz telah banyak berubah. Tiada kemesraan dan sikap ambil berat lagi tentang dirinya. Sering sangat Fariz membatalkan temu janji mereka. Cemburu dan amarah menguasai dirinya.

“Sori.. I betul-betul busy .. minggu depan saja kita cari semua barang hantaran tu.. please jangan buat kecoh macam ni.. malu I semua orang pandang kita..” Fariz menunduk.

“Tahu you malu?.. habis I ni tak tahu malu la ya? tunggu you berjam-jam kat sini.. hey, you ni serius tak serius nak kawin dengan I nih!?.. you cakap dengan I, you ada perempuan lain kan??..” Hati Aida sudah makin membengkak. Memang panas hati dia pandang wajah Fariz yang seakan acuh tak acuh itu.

“Apa yang you merapik ni?.. cuba you bawa mengucap Aida.. cemburu you tu langsung tak pernah berubah sejak dulu.. kalau I ada perempuan lain, masakan kita bertunang.. masakan I still dengan you.. sudahlah.. kita dah nak kawin pun.. kikislah sikap cemburu you tu.. betul.. I busy dengan kerja.. untuk kita juga nanti..” Fariz cuba meredakan kemarahan Aida. Ikutkan hatinya yang baran mahu ditempelengnya Aida Firda saat ini. Namun bukan sifatnya sebagai lelaki mengasari wanita.

“Hey, I rimaslah macam ni.. You ni asyik busy.. busy!.. I dah jelak dengan semua ini!.. pergi mampuslah dengan semua you punya busy tu!.. I dah hilang sabar dengan you tau!.. kita putus!” Aida Firda menanggalkan cincin dijari manisnya kemudian segera melempar ke wajah Fariz. Membuatkan Fariz tergamam.

“Please Aida.. jangan buat keputusan terburu..” Fariz segera bangun memaut lengan Aida.

“Lepaskan I!!.. I dah tak sanggup nak hidup dengan you! Hubungan kita finish! Jangan cari I lagi!” Aida Firda laju melangkah pergi meninggalkan Fariz yang terpinga-pinga. Semua mata memandang kearahnya..

“Arghh.. sialan!” Hatinya menyumpah. Dia terduduk. Hatinya benar panas.


***

“Riz, esok aku tumpang kau ya? kereta aku meragam la.. aku ingat…” Azie kemudian terdiam. Wajah Fariz yang kusut serabut membuatkan dia terbantut untuk menuruskan kata-kata. Risau nanti amukan Fariz mengenai dirinya lagi. Dulu nyaris telefon bimbit milik lelaki itu hampir mengenai wajahnya. Entah ribut apa yang melanda buat Fariz sering baran dan melempar apa saja yang ada bila tiba anginnya itu datang.

“Err.. tak pa lah.. nanti kita sambung bincang..” Azie segera berlalu. Fariz hanya sekadar menjeling dengan ekor mata. Hendak memanggil namun bibirnya kelu. Sakit hatinya pada Aida masih bersisa.

“Hey, kau ni kenapa? Angin apa pula yang dah rasuk kau tu?.. Kes Aida tak selesai lagi ker?” Azhar seakan dapat menghidu raut kekusutan wajah Fariz.

“Entahlah Har.. Aku dengan Aida dah putus!.. dia yang minta putus..” Fariz mengeluh.

“Sepatutnya bukan dia yang minta putus.. argghh, kadang aku sendiri tak faham dengan sikap kau ni.. apa sangat yang kau kejar dengan dia tu Riz? Harapkan pada wajah dia saja yang lawa.. perangai? masyaAllah..” Azhar menggeleng kepala.

“Har, kau takkan faham..” Fariz meraup wajahnya. Dia melepas keluhan.

“Ya, aku memang tak faham.. sebab kau tak cuba nak fahamkan aku dan juga perasaan kau itu.. buka mata hati kau luas-luas Riz.. ingat, peluang hanya datang sekali.. ”

***

Ya Allah..
Sakitnya rasa seluruh jiwaku
Panas naik keseluruh wajahku
Degupan jantungku bertambah laju
Sejuk kedua belah tapak tangan dan kakiku
Menggigil seluruh anggota tubuhku
Penyakit apakah yang aku deritai ini?
Begitu kuat menyiksa saban waktu!
Aku menyampah dan marah pada diriku!
Sampai begitu sekali kurasakan?

Sungguh..
Aku tak mahu rasa ini terus menyiksaku
Dan aku tahu, aku tak perlu bersikap begitu
Langsung tak perlu..
Bukankah telah ku tahu dari dulu?
Walau kadang, aku tidak mahu menerima kenyataan..
Sebak dadaku.. aduhai airmata jangan berlinang
Aku mahu bahagia
Aku juga mahu dia bahagia..
Berilah kekuatan pada ku..

Tuhan..
Aku tahu, rasa cinta itu tidak boleh dipaksa..
Dia punya pilihan yang pasti lebih membahagiakannya
Biar aku tetap menjadi teman akrabnya
Jangan biarkan ia jauh dari pandangan ku
Aku benar perlukan dia saat ini..
Biarkan rasa kasih dan cinta tumbuh subur
Tanpa sekelumit rasa benci dan dendam padanya
Aku mahu selalu sering bersama dekat padanya
Aku terlalu menyintainya Ya Allah
Namun kasih dan cintaku pada MU melebih segala..
Ukirkan rasa bahagia selalu pada wajahnya
Biar aku sering dapat melihat cahaya bahagia itu..

Fariz, aku cinta pada mu..


Fariz hampir terduduk setelah membaca coretan kata-kata pada kertas kuning air yang hampir lusuh dalam diari tugasan harian Azie. Niatnya tadi mahu mencari pengasah pensel dalam laci meja milik Azie. Namun, kertas kuning air yang terselit pada helaian diari itu menggamit hujung jemarinya untuk mengetahu isi apa yang terkandung. Jarang benar Azie meninggalkan diari itu sebegitu dari genggaman tangannya.

Segera dia mencapai potret wajah Azie yang pernah dilukiskannya yang tersisip kemas pada celah helaian diari itu. Matanya menangkap tulisan tangan Azie pada bawah tanda tangan dirinya..

"Aku tidak cantik.. tapi kau buat lukisan wajahku jadi cantik.. kau mencantikkan hati aku untuk terus merasa aku ini benar cantik.."

Ulas bibirnya mengukir senyuman. Dia mengucap syukur ke hadrat Ilahi. Warkah itu dikucupnya berkali. Baru kini jiwanya rasa tenang setenangnya.

“Azie sayang.. kau memang cantik.. sentiasa cantik pada aku..”


***

“Please sayang.. jangan tinggalkan Riz..” Dia mengucup lembut jemari gadis yang sudah kaku memucat yang kini berselirat wayar ditubuh dan hanya bergantung nyawa pada mesin alat bantuan pernafasan. Sudah tiga hari tubuh milik gadis itu koma tidak sedarkan diri dalam wad ICU Hospital Besar Kuala Lumpur.

Perkhabaran kecelakaan jalan raya yang dialami Azie benar menyentap bahagia yang baru ingin Fariz miliki. Azie gagal mengawal kenderaannya sewaktu ingin memasuki simpang masuk ke rumah sewanya sebelum keretanya dirempuh lori dari arah bertentangan. Dia orang pertama yang dihubungi oleh pihak hospital kerana nombor handphone miliknya tertera pada skrin telefon bimbit mangsa. Azie juga tidak punya saudara mara dan merupakan anak yatim yang dibesarkan dari rumah anak-anak yatim. Fariz benar rasa bersalah.. kalaulah dia mendengar dulu penjelasan Azie tempohari..

“Azie sayang.. maafkan Riz.. Riz tahu.. Riz banyak bersalah dengan Zie.. please jangan tinggalkan Riz.. buka matamu sayang.. please berikan Riz peluang sekali untuk menebus kembali kekhilafan Riz.. ”

Air mata Fariz kian mengalir laju. Dia benar sebak. Ada rasa juga ingin meraung bila pihak hospital memberitahu jangka hayat Azie untuk kembali pulih dan sedar dari koma amat tipis. Azie juga mengidap penyakit barah pangkal rahim tahap kronik. Kanser barahnya sudah pecah dan telah merebak ke seluruh anggota tubuhnya. Andai ada kejaiban untuk Azie sedar, dia akan lumpuh sepanjang hayat.

“Riz.. tenang..” Azhar cuba menenangkan Fariz. Sebenarnya berita sakit Azie telah diketahuinya pada malam parti hari jadi Mustamam. Bila Azie tiba-tiba pengsan tidak sedarkan diri. Azie juga meminta dia juga merahsiakan derita penyakitnya itu pada Fariz. Dia tidak mahu melihat semua orang bersedih atas nasib yang menimpanya. Dia mahu semua orang melayannya sebagai insan yang normal. Langkah Azie mahu memakai tudung adalah mahu menyembunyikan rambutnya yang hampir menipis akibat kesan pengambilan ubat dan rawatan terapi yang dilakukan.

“Har.. aku tak boleh hidup tanpa Azie Har.. aku cintakan dia Har.. please kembalikan dia pada aku Har.. aku benar perlukan dia Har.. aku terlalu berdosa dengan dia Har.. betul kata kau peluang hanya datang sekali.. berikan aku peluang untuk bahagiakan dia untuk kali terakhir.. cukup.. biar, walau itu hanya untuk sehari.. sampai hati kalian berdua rahsiakan semuanya ini dari aku..“ Fariz sudah tidak mampu lagi membendung tangisan. Jiwanya benar rasa sakit dan terseksa.

“Riz, ingat Tuhan Riz.. mari kita sama-sama sedekah Al-Fatihah dan Surah Yassin agar Azie boleh pergi dengan aman..” Azhar memaut erat tubuh Fariz dan cuba untuk menenangkan sahabatnya itu..

***

Sayangku Fariz,
Maafkan aku merahsiakan kesakitan ku ini padamu..
Aku tidak mahu melihat kesedihan diwajahmu
Biar aku sentiasa terus dapat menatap
sinar matamu yang memukau pandang…
senyumanmu yang memikat hati..
kenakalan dan gurauanmu yang mencuit rasa..
jangan salahkan Azhar kerana merahsiakan
tentang sakitku ini pada mu..
Aku yang berkeras tidak mahu dia menceritakan..
Kau dan Azhar terlalu baik buatku..
Aku bahagia punya sahabat seperti kalian..

Sayangku Fariz,
Maafkan aku juga kerana merahsiakan tentang rasa cinta ini padamu..
Aku tidak tahu bagaimana harus berterus-terang denganmu..
Semakin ku tepis, semakin hebat kasih dan sayang ini bertaut
Semakin mendalam cinta ini terpasak diam didalam hati..
Maafkan aku kerana tak mampu hindar rasa ini..
Ku doakan kau berbahagia dengan pilihan hati mu..

Sayangku Fariz..
Saat kau jawab persoalan ku tentang siapa bakal kau pilih..
Antara sahabat atau cinta.. benar, menarik dalam cintaku padamu
Sungguh, aku benar rasa terharu..
Saat itu biarlah aku memilih bersahabat denganmu
Aku mahu nilai persahabatan itu tidak luntur.. terus terikat
Biar rasa cinta ku ini terpendam tak terluah
Kerana rasa cinta itu terlalu unik dan agung untuk
Dibicarakan pada tiap kias kata bermadah..
Cukup sudah aku merasa nikmat rasa cinta itu..
Biarlah.. rasa cintaku ini terus berkubur bersama jasadku..
Biarkan aku tenang bersemadi..

Sayangku Fariz..
Andai perginya aku nanti tanpa sempat mengucap kata..
Segalanya telah aku maafkan..
Redhakanlah pemergian aku..
Terima kasih sudi menjadi sebahagian dari hidup aku..
Kau abangku, sahabatku dan cinta hatiku..
Salam rindu, peluk cium aku buat kamu..
Maafkan aku..

Nur Azie Fatihah bt. Abd Aziz.
12.00 pm
- Sweetie Bear -

Tangisan Fariz bergema saat Azie sudah menghembuskan nafas yang terakhir. Surat pemberian Azhar digenggam erat rapat kedada.. Kemudian tubuh kaku milik Azie dipeluk erat. Ya Allah, berikan kekuatan pada hambamu ini…




:: Tamat ::





Ilham cipta : Azwa Safwa
" November 2008 "

Saturday, November 01, 2008

Puisi Itu…. mencuit rasa..


Kau tidak pernah sekali melihatnya
Andai cinta itu bisa kau sentuh
Akan kau sentuh dengan cahaya
Biar menusuk tembus ke dalam jantung
Dalam nadi dalam dengupmu
Dalam nafas hingga tersebut dengan sendiri
Aku cinta...

Kau tidak pernah sedar
Cinta itu selalu ada disitu
Seperti kias-kias bait pujangga
Yang aku serulingkan dengan puitis
Tetapi.... kau selalu cantas
Sebelum sempat ia bertunas
Seolah cinta hanya harus pada mata
Sedang ia telah tercipta dari lisan
Lisan hati yang berbicara sendiri

Kelukaanku terhadapmu
Kesakitanku keranamu
Kepedihanku kepadamu
Kerana adanya rasa didalam dada

Biarkan aku tegar dalam rajukku
Biarkan aku lurutkan kesakitan ini
Biarkan aku sendiri memansuhkan perasaan
Yang tertinggal didalam nya seketika
Biar aku diamkan semua rasa
Diamkan segala bicara dihati

Kau tahu didalam hati ada cinta
Cinta yang selalu kita nafikan
Nafikan dalam rahsia
Dalam bahasa tak sempurna
Sekadar merasa dengan firasat
Firasat yang selalu menembak
Akukah cinta dihatimu itu?


Kerinduan...
Memandangmu dari kejauhan
Penuh kesepian diusap bayu
Agar merengkuhmu kesisi
Namun...
Kesamaran yang menjelma
Hanya bayang-bayang yang dipuja
Kau tak pernah muncul disitu

Kerinduan...
Hanya ada tatapan usang
Ingin membelai pada bulan
Agar cahayanya tembus menjadi semangat
Namun....
Hanya kelkatu berterbangan
Jatuh mati ke bumi satu persatu
Tanpa harapan

Kerinduan...
Hanya pandangan yang mampu dilemparkan
Pada jendela yang selalu terbuka untuk sang rama-rama
Kini hanya ada hujan rintik-rintik
Dalam hati yang tak punya

Kerinduan...
Terbanglah jauh-jauh
Tutupilah pintu hati terkena tempias
Biarkan hujan diluar sana
Menidurkan aku pada lena yang damai
Tanpa diganggu mimpi-mimpi lalu
Bersama air mawar dan haruman kemboja
Kerna rindu tetap rindu
Tak terdaya mencapai rasa
Dalam hati yang tak sudi terima


Pastinya kamu tahu bukan? ini puisi yang kamu tarikan.. aduh, kamu memang bisa buat aku berderai sendu dan jauh menerobos dalam bayang tersirat.. buat aku bisa saja berkali tersentuh.. sengaja aku tidak mahu letak siapa penulisnya.. biarkan.. biar aku dan kamu saja yang tahu.. yang lain biarkan berteka-teki.. senyum sendiri.. mahu tahukah kalian?.. tak usah.. ya aku memang kedekut dan punya rahsia Misteri Nusantara.. senyum menampakkan gigi..

Namun dalam kolam hati ini bisa saja bertakung resah dan gundah pada kamu.. mengapa??.. serius ku katakan pertama kali ku temui insan yang bisa serasi dengan rentak tariku.. biar kadang aku sesekali canggung dan terduduk tatkala terasa tertembak oleh kamu.. nyata kamu punya kelebihan yang hebat anugerah Ilahi.. melalui tempat pertemuan itu, buat aku sering saja teringat kamu..




Oh my love
Will I ever see your smile again?
Our love still growing
Like night into day
I'm the darkness
You’re the star
Our love is brighter than sun
Only you my chosen one
To our solemn promise
I’m missing you
Speak to me once more
But my soul missing you
Ere I walk away
Let me hear you say
You love me so much as I do
So soft you touch my heart
Come what may
I won’t age a day
I'll wait for you
Here and always

Opss, maafkan aku mencurinya disana.. sebetulnya lama dah ku curi dan simpan diam.. syhhh.. dah tak bisa selindung lagi.. tutup wajah yang hampir mahu bertukar merah jambu.. ketawa mengekek..

Ermm, aku suka dengan bait-bait kata yang tertari.. terus menyusup masuk kedalam jiwa.. aku benar tertawan!.. hingga buat aku sempat menyelak kamus mahu mencari makna yang tepat.. sungguh menggelikan hati.. maklumlah aku mana bisa berlidah fasih menangkap maksud ayat Almond London yang berbelit dan berpusing.. kadang nak menyebut pun hingga keluar tempias dan berbuih bibir mengalun bicara.. ketawakan aku? biarlah.. memang aku tidak sepintar kamu dan mereka semua yang lain.. tapi aku bisa belajarkan??

Untuk siapakah puisi ini ya sebenarnya??.. pastinya dia berada disuatu tempat yang istimewa buat kamu bukan? bertuahnya dia.. tak mahu menerka siapa!.. atau mendesak bertanya siapa pada kamu? itu bukan caraku.. silap gaya aku bisa nanti ditempeleng oleh kamu.. mungkin suatu masa nanti kamu bisa perjelas segalanyakan?.. Biarkan saja kamu dengan dunia misteri mu.. dan jangan selalu biarkan diri kamu diselubungi misteri.. iee takut la.. senyum melebar..

Pstt.. kalaulah ia ditujukan khas buatku pasti kamu ku peluk erat tak mahu lepas.. pasti jua kamu ku ikat sampai tak boleh lari atau dikejar oleh ribuan rama-rama atau bidari yang jelita diluar sana.. ketawa sendiri.. bukan cemburu buta.. tapi, risau kesucianmu nanti bakal ternoda.. biar aku sering dapat memantau kamu dari dekat.. duduk bahagia sehabis usia.. tapi pastikan mana mungkin kan?.. aku hanya pipit yang tidak setanding enggang.. pungguk yang hodoh merindu bulan.. namun sering berangan menjadi bintang yang berkelip berteman bulan.. ukir senyuman. Walau apa pon kamu tetap bintang kejora yang ku damba.. biar nanti muncul bintang kejora persis sama tanding dengan kamu.. ketawa lagi..

Buat kamu dan kamu.. adanya aku kembali disana, melewati kembali musim pertemuan kita.. biar beribu teman yang hadir mengetuk pintu hati, kamu dan kamu tetap sentiasa istimewa terpahat dalam kalbu.. Namun kini, aku tak bisa selalu ada biar disana mahupun disini.. kerna waktu membataskan aku untuk aku "mengayat".. dan kadangkala "keuzuran" ku jua membataskan untuk selalu bersama.. Namun jua bila aku tiada.. pasti kamu tahu aku berada dimanakan?? pastinya aku bisa melayan kamu. :senyum:




Ku ucapkan padamu
selamat sejahtera selalu
dalam hidup dikedewasaan mu
diwaktu kau mencari bahagia itu
ku ingin kau selalu tahu
aku ada disini untukmu
apa jua yang kau mahu
aku akan cuba membantu
membawa bahagia untukmu

Ku ucapkan padamu disini
selamat berbahagia dalam hidup ini
di jejak yang kau langkahi
Sudah banyak yang kau pelajari
dalam teguh dan rebah diri
kau tahu siapa yang kau cari
pastikan kau takkan lupa diri
jangan biar dirimu sepi
hidup ini kekadang rasa sunyi
memberontak bila ada rasa benci
jangan kau tangisi bila disakiti
hidup sememangnya begini
ada kala disusuk duri
tabahkan hati aku kan ada disini
di saat kau ingin ditemani
walaupun itu bukan janji
ku kan cuba memberi
untuk mu bahagia ini

Ucapku padamu seikhlasnya dari kalbu
jangan lagi kau ada sendu
aku kan tetap aku
seperti yang kau kenal dulu
mungkin kutahu apa yang kau mahu
kan ku titip doa selalu
muga bahagia sentiasa ada untukmu
selama nya begitu
dan aku kan cuba ada disitu
membawa bahagia untukmu..

Nah, ini jua aku curi dari sebalik tirai.. tak mahu nyatakan siapa penulis.. biar jua hanya aku dan penulisnya saja yang tahu.. ada yang dapat menerka kan? .. mengukir senyum..

Aduh, kamu pun sama bisa buat aku berderai sendu selalu.. nyampah!.. tak kisahlah untuk siapa kamu garap puisi ini.. tapi ia buat aku tersentuh.. biar bersahaja tapi terserlah keunikannya.. apa mahu celoteh tentang kamu ya?.. tiada pula.. kosong.. mengenang kamu, pasti berputar kembali detik itu, ruang kecil itu.. ketawa terburai.. marahkah kamu mengenang kembali kisah lepas? biarkan.. ikut katamu tutup kes!.. usah dikenang.. maka aku tutup kes!

Maaf, aku bukan menyombong.. tapi tugas yang terpikul menjarak untuk kita selalu bersama.. dengan kamu, dia dan mereka semua.. lebih lagi si ombak jahat yang da jadi baik dan si manja yang suka minum susu.. siapakah mereka itu??.. biar mereka juga yang tahu.. maaf sekali lagi ku pinta pada kalian.. kerana tak bisa jadi meriah seperti dulu.. pasti bila telah pulih, kita kembali beraksi lagi.. ringankan tangan menghantar kabar selalu ya?..

Malam semakin larut.. mata berkali berair menahan ngantuk yang menghambat.. mohon beradu.. OUT!

Sunday, October 19, 2008

PENJAGA HATIMU


Jauh disudut hati ini
Tidak ingin sekali kau terluka
Dengan susunan tintaku bergerigi
Apatah lagi tercalar dihati
Agar dapat kau gurindamkan
Dengan senyum dan tenang

Jauh disudut hati ini
Tak ingin lemparkan setitispun sengsara
Dari setiap pesan yang ku curahkan
Agar menjadi cahaya untuk kau berjalan
Dilaluan yang gelap sendirian
Berdepan dengan setiap ujian
Tanpa perlukan bantuan dan teman
Dimasa akan datang

Namun… aku
Tak lari dari itu semua
Terkadang terluncur juga kata-kata berbisa
Meninggalkan parut-parut tersisa
Walau niatku terpancar suci
Tak selalu nampak berseri

Jauh disudut sana
Aku sentiasa melihatmu
Tiap lagu menjadi nyanyian dihati
Selalu bernada sendu
Dan…. Aku jadi kelu

Jauh disudut sana
Aku sentiasa melihatmu
Tiap bicara kau lemparkan
Ada tawa ada bahagia
Aku terasa lega

Biarpun aku selalu disudut sana
Aku tetap ada disitu
Kala kau lihat gelap malam
Atau terluka dicalar duga
Atau mungkin hilang semua gelak tawa
Yang pernah dicipta
Aku akan hadir menemani
Akan kuberi dian sekali lagi
Untuk kau lalui kembali
Jalan malam ini sendiri
Supaya menjadi berani
Supaya terus hadapi segala kesulitan
Kerana dunia ini memang begini
Hanya ada pelajaran dalam pengajaran
Untuk kau kutip di masa depan

Percayalah….
Aku tak minta difahami saat ini
Suatu hari nanti
Saat jalan-jalan bahagia kau miliki
Aku takkan lagi menemani
Tak bisa menjadi penjaga hati
Yang sering memerhati
Kerana aku harus kembali
Kepada urusan yang lebih pasti

Saat itu….
Ketika aku melangkah pergi
Aku akan tinggalkanmu dengan tenang sekali
Dan bersemadi diruang hati
Yang tak pernah mati pada mereka yang diingati
Ku kembali kesisi mereka yang tercinta
Untuk capai bahagia
Dan nikmati cinta
Seadanya

:: HS ::

*Kadang kala aku juga melalui hari-hari yang sukar.. seperti juga dengan kamu mungkin? yang tak dapat aku lihat pada pandangan mata.. hanya dapat merasa dalam bait-bait kata yang terlakar.. hingga kadang aku jadi risau entah apa memikir tentang kamu disana?. cuba bangunkan minda dari memikir yang bukan-bukan dan berdoa kamu tidak apa-apa disana.. kalau ada apa-apa pon berlaku, pohon aku pada Tuhan moga kamu tabah menghadapi segala ujian yang diberikan..

Saturday, October 18, 2008

Simpan diam disini..

"Aku....
Aku perlukan kamu bukan untuk mengintai dari sudut sana.
Tapi untuk sama lengkapkan apa yang ada
Kelak, andai tanpa aku
Jengahlah ikut mahumu
Sekali ini saat aku masih disini
Bersamalah dalam tarian pena ini
Walau hanya sekali kau singgah
Tinggalkan pesanan diri"



"Tak semua miliki kejujuran?
Nah... aku meminta kejujuran kerana setiap manusia itu bisa.
Bisa melakukannya apa yg orang lain lakukan. Jika kamu menuntut kejujuran dari org lain, pasti orang lain juga begitu bukan? Maka, aku menuntutnya kepada semua kerana aku bisa berlaku jujur.

*Menjujurkan diri kepada orang lain adalah langsungan kaitan kepada kejujuran diri sendiri. Menidak kejujuran pada orang lain adalah pencabulan naluri hak diri kita sendiri"



"Ermmm..
Kamu sangat penting bagi aku
Sepenting Ayu juga dalam hidupku
Kerana kalian berdua menyeret aku kembali
Dan aku tak bisa kehilangan orang yang sama penting dgn pena dan puisi disini..."


"Sahabat...
Andai bisa aku tiupkan seruling puisi
Menjadi gelombang cinta
Hingga seluruh cakrawala bisa terpana
Nescaya sorak sorai dunia menjadi gempita
Lelangit berbumbung tujuh akan runtuh
Bebumi berlapis tujuh juga terbelah
Menjadi kuburan cinta yang tak punya apa

Tidak....
Aku kembali untukmu
Menjadi sorak sorai halwanya pesona
Lenggang pena bertinta menjadi darah
Lenggok puisi berirama menjadi nadi
Nafas itu berbunyi dalam lagu terkadang layu

Aku berpencak...
Bukan untuk dilihat kejauhan sana
Bukan untuk dekat mendengar tepuk
Tapi sokong yang tak lapok
Seketika saat nan ada...
Kita bersama untuk tacap gembira
Bukan sendiri aku leka
Dek pesona irama puisi
Membawa larut sendiri

*Aku perlukan sokongan dan dorongan
bukan pandangan kosong lagi"




" Wa....
Kita bersahabat bukan hari ini
Tapi aku ingin sekali mengatakan ini...

Sungguh... kita bersahabat bagai cara orang asing tapi aku tidak pernah anggap kamu asing. Terkadang puisi/pena menembak kamu atas dasar tekaan tapi jauhnya bukan kamu. jauhnya tersasar bukan untuk kamu. Juga bukan untuk pendamping yang lain. Aku mahu kamu terus menjadi pendamping disini bukan untuk membaca dan berdiam disana. Aku tidak lagi sekuat dulu....

Hari ini....
Aku cuma mahu mengumpulkan pedamping aku dalam dunia aku. Sebelum aku lemah dan kalah dengan kehidupan mendatang. Sebelum aku kehilangan hari utuk terus berjuang. Dan benarkan aku merebut peluang ini untuk kita bersama dalam arena maya sebelum kita dijemput ke alam baka'. Dan aku tak pernah lupakan siapa yang terawal menjadi sahabat ku. Tidak sama sekali. Jadi, jangan layan aku seolah aku terlupa punya kawan-kawan lama. pls!

*Biarpun terluka dan melukakan, kita bkn ditakdirkan utk dilukakan. Tapi dijaga dalam persahabatan yang dibina.

sahabatmu - makcik bulan"





* Maaf, aku curinya disana dan simpan diam disini.. ermm.. nak menulis lagi, tapi mata kian memberat dan berair.. nyampah pula line server nih! tadi manjang dc... bila mata aku hampir layu terkatup ok pula dia.. geramnyaa!.. da nantuk gila.. OUT!

Jangan Bersedih..


Jangan bersedih..
Dapat aku merasa
Kemelut yang menghambat jiwa
Derita yang bersarang tumbuh
Tekanan kusutan yang melanda
Biar yang aku lihat bukannya genang airmata
Hanya tarian kata-kata..

Jangan bersedih..
Usirkan rasa menjeruk itu
Hapuskan benih kecewa yang bisa tertumbuh
Leraikan kusut yang tersimpul
Selirat membelit jiwa lara
Terbuat kalah perang tsunami..
Jangan benarkan titik hitam bersarang
Bisa buat kau murung hampa
Melarikan sembunyi dicerca hebat
Yakinkan pada diri
Keberanian itu telah pun sebati ada
Kehebatan pejuang para pencinta
Biar kadang kau ada ketika goyah
Melawan tusukan tombak terhunus
Berdepanlah dengan berani
Pastinya kau mampu!

Jangan bersedih..
Aku tetap selalunya ada
Sentiasa erat memimpin tangan
Mendakap penuh doa restu
Biar dari kejauhan tak terlihat
Terpandang dekat dimata..
Jalinan ini bukan dari susunan indah kata
Tapi hadir lahir dalam jiwa
Membekas terus menyelinap rasa
Terbuat simpulan kukuh
Bernama talian persahabatan
Sukar untuk terlerai..

Jangan bersedih..
Benar mungkin
Aku bukan sahabat yang sempurna
Bisa jadi pedamping yang setia
Selalu ada untuk temani
Tiap hari sukar dan bahagia
Namun tetap mahu menjadi
Sahabat yang baik dihati kamu
Biar kadang kita sering jauh
Terbuat kamu mungkin sering tertanya
Tak seperti mereka yang selalu dekat..

Jangan bersedih..
Biar jauh jarak kita
Tiada selalu warkah berjela terutus
Suara melagu nyanyian rindu
Meriuh geletek jiwa ditelinga,
Aku tetapkan ada bersama temani
Biar tak lihat pada pandangan nyata
Rinduku sentiasa semarak,
Kasihku sentiasa bertunas,
Sayangku sentiasa kian mekar
Biar kadang suaranya tenggelam
Pada susunan baris kata..

Jangan bersedih..
Tenangkan kembali rasa kecewa
Redakan sakit yang terbelit
Hapuskan suara bingit menghasut
Hirup kembali tenaga segar hidup
Nikmatilah penuh keinsafan
Pada bahagia jiwa
Biar hanya nyawa tinggal hujung nafas..

Jangan bersedih sayang..
Lekas sapukan segera
Genangan airmata itu dari terusan tertumpah
Kembalikan senyumanmu semula..

:: Azwa Safwa ::

Thursday, October 16, 2008

Hadiahkan buat kamu..


Ada baiknya,
tak mencatat hidup
dalam lembar-lembar buku harian
Suatu masa
jika membacanya lagi
Manis,
membuat kita ingin kembali pahit
membuat duka tak bisa lupa
Ada baiknya,
merenung hidup dalam penjuru sepi
Tak perlu malu
mengenang, tersenyum
atau menangis
Setelah itu, siram semua
bersiap menerima makanan baru
yang lebih baik dari kelmarin

Harapanku tuhan,
beri dia yang kucinta
hati yang tabah,
sabar,
agar selalu tegak berdiri
menatang kerasnya hidup
dan tolong bimbing dia
ke jalan yang benar
senang dalam segala hal
cita-cita dan impian
semoga berhasil

kerana aku telah jauh darinya..

Tahukah kamu puisi ini kusimpan diam dalam sudut hati aku.. puisi ini benar menyentuh jiwa aku.. saat aku jengah kembali jendela rumahmu, kembali dengan izinmu.. terkejut aku menatap perkhabaran pemergian ayahanda tercinta.. pohonku kamu tetap terus sentiasa tabah atas perpisahan itu dan tetap bersemangat penuh meneruskan kehidupan.. Jangan pernah mengaku kalah tiap takdir yang tertulis pada diri kita. Sekalung doa dan Al-Fatihah ku hadiahkan buat arwah ayahanda tercinta.. maaf, langsung tak pernah sempurna menjadi sahabat yang baik..

Untuk kamu, ku hadiahkan puisi hasil sentuhan kamu dengan penuh kasih sayang buat kamu.. kerna ia adalah hadiah yang begitu mahal maknanya.. hayatilah dan sisipkan jadi pedampingmu.. kembali senyum..

Friday, September 12, 2008

JODOH


Ya Allah,
Kalau dia memang jodohku, dekatkanlah...
Tapi kalau bukan jodohku, jodohkanlah...

Jika dia tidak berjodoh denganku,
Maka jadikanlah kami jodoh...

Kalau dia bukan jodohku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain diriku...

Kalau dia tidak bisa dijodohkan denganku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,
Biarkanlah dia tidak berjodoh sama seperti diriku...
Dan pada saat dia tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali...

Kalau dia jodoh orang lain,
Maka tolong putuskanlah.
Jodohkan dia denganku...

Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
Biarlah orang itu ketemu jodoh dengan yang lain,
Dan jodohkanlah kembali dia denganku...

Terima kasih ya Allah...

Aminn..


DOA MEMINTA JODOH dari email, buat aku senyum sorang membacanya dan menarik aku untuk melakar kisah tentang jodoh! Kenapa? Entahlah.. doa itu benar mencuit rasaku.. apa yang ku rasa? Berbagai rasa yang ku rasa.. payah untuk aku utarakan. Dan, biarlah rasa itu aku sorang yang rasa.. uish, apa plak main rasa2 dalam puasa nih ya? Hehe..

Tentang jodoh.. kalau kita tidak berjodoh dengan orang itu walau dekat macam mana pun pasti tidak berjodoh! Walau sayang kita setinggi gunung pon.. kalau Allah dah tetapkan dia bukan milik kita tetap bukan milik kita! Biar hanya dapat seketika bersama mencolek rindu melerai kasih... aduh, sakitnya mencucuk jantung.. bisakah aku mampu menahannya??.. belum pernah lagi merasa bagaimana derita menaggung lara, kekasih dirampas atau buah hati dimiliki orang.. tapi dah merasa bagaimana sakitnya berkongsi kasih dengan orang yang tersayang! Berbelitkan??.. biarkan bertanda soal disitu.. tidak mahu lagi mengungkit kisah yang lepas.. biarkan luka itu tersimpan buat bekal sepanjang jalan kenangan bisa ku kenang jadi penguat dan panduan diri..

Aku pernah berbual bicara dengan teman2 tentang jodoh pasangan masing2.. berbagai citarasa dan selera.. ada yang jumpa awal, terus langsung bernikah. Ada pula datangnya tanpa diduga dek akal fikiran.. tau2 dah mengikat tali pertunangan dan ada juga yang diperkenalkan oleh orang ketiga serta berbagai kisah.. sedih, kelakar dan menghambur tawa mendengarnya. bagaimana pula tentang kisah aku? entah, selalu sering aku selindung untuk bercerita.. mungkin bagi aku ia terlalu peribadi atau mungkin aku ini malu?.. itu sudah tentu.. memilih dan cerewetkah aku??.. tidak juga.. mungkin jodohku belum lagi diseru.. senyum sendiri.

Hmm.. aku ada satu cerita tentang seseorang.. ukir senyum dulu.. dia ku kenal biasa saja.. memang, gaya dan wataknya tidak seperti pembawaan umurnya. Sangka aku ia muda, baya adik2 aku.. dan, aku melayan dia juga macam adik2 aku.. awalnya ku kenal dia memang sedikit pelik.. sering benar dia mahu melarikan diri bila aku sering ke officenya. Itu dapat ku baca dari gerak lakunya.. simpan senyum. Dalam office itu aku berkawan baik dengan seorang lagi staff. So, bila dah berkawan baik.. segala kisah kami gossipkan.. termasuklah bab jodoh. Banyak benar tip jodoh yang baik dia berikan pada ku. Hingga ke peranan isteri kepada suami. Hingga kadang buat aku menghilai tawa dan mengukir senyum segan. Terlupa.. kawan ku ini sudah berkahwin. Ada terselit dia menceritakan tentang kisah abang kandungnya yang solo. Memang menarik tentang dia untuk ku cungkil rahsia… tanpa sedar dalam gurauan ku kabarkan dengan kawan ku ingin berkenalan dengan abangnya walau sebetulnya aku ini punya darah gemuruh mahu mendekati lelaki.. lebar senyuman. Dan kisah itu mati disitu pada hari dan waktunya.

Namun.. bebaru ini sebelum terbit bulan ramadhan, aku dikejutkan dengan berita bahawa dia yang ku sangka budak stor adalah abang kawan ku sendiri! Aduh.. punya la malu wajahku ini tak tau mana nak letak.. sampainya hati dia tak beritahu aku.. malunyaa.. tapi, macam biasa aku tetap berlagak selamba didepannya.. walau dalam hati dah perang berbagai rasa.. cover baik punya.. dia pun cool juga.. maklumlah bekas budak sekolah tahfiz.. beza dia dengan aku memang macam langit dan bumi.. dan, paling kelakar dan lawak antarabangsa yang menghambat jiwa.. temanku sudah siap memasang impian untuk kami!.. aku hanya mampu senyum dan terdiam sendiri.. mungkinkah dia jodoh buatku??

Tentang seseorang lagi.. ku kenal juga dari teman baik satu sekolah denganku.. untuk tidak menghampakan permintaan dia, aku cuba juga untuk berkenal dengannya.. walau sebenar rasa hatiku begitu berat sekali.. terlalu berbelah bagi. Benar, aku tidak mahu menghampakan dan kecewakan hati orang.. biar awal ku tahu aku bukan semolek dan seindah mana.. dari berbalas sms hingga dia sendiri yang call bila sms tidak sempat ku balas dan terlupa kerana kesibukan aku.

Sebulan kenal, dia mahu berjumpa aku.. sebelum itu kami telah membuat perjanjian.. biar apa pun nanti bakal terjadi.. dia atau aku tidak berkenan.. kami tetap kawan!.. sungguh, terus terang ku katakan.. memang berat sungguh hati aku mahu bertemunya untuk pertemuan pertama.. sendu berderai duduk bersujud atas tikar sejadah mohon diperkuatkan hati dan langkah kaki.

Setelah pertemuan itu.. dari suka telah timbul kasih dan sayang serta cinta dari hatinya.. ditanya tentang hati aku? Ya Allah.. sukarnya untuk aku berikan jawapan pasti padanya.. hanya mampu ku katakan biarlah jodoh pertemuan itu Allah yang tentukan.. Kita hanya mampu merancang.. tapi Allah yang merencanakan segalanya.. kerana perancangan Allah lebih sempurna.. zalimkah aku berkata begitu? Kecewakah dia dengan sikap aku yang kadang acuh tak acuh ini? Marahkah dia bila aku sering menolak dan berdalih bila dia mahu berjumpa lagi sekali? Sampai bilakah dia mampu bersabar dan sentiasa memahami aku?.. betulkah bila seseorang itu berat untuk kita terima, adalah jodoh buat kita yang Allah kirimkan? Mungkinkah dia jodoh buatku??..

Ya Allah.. sebetulnya fikiran aku kecamuk tika ini..

Monday, September 08, 2008

Puisi Buat Peniup Seruling Hati



Cuba untuk melakar bicara sepotong puisi
buat Sang Puteri Peniup Seruling Hati
agar bisa berpaling menatap sekilas
rentak gemalai alunan kata diam tersimpan..

Sukar benar mahu mengatur bicara terus
Menzahirkan apa yang dirasa
Dalam minda yang pudar tak tergali
Rasa sangat mahu persembah sebagai hadiah
Buat azimat semangat pengganti diri
Ternanti.. tertunggukah disana
Tika jemari, ulas bibir jadi bisu?
Entah apa rasa ini tiba bisa jadi daun semalu
Sedang kita bukan berlainan jenis...

Saat laman itu terkunci mati,
karam dalam lautan, terus lenyap terhapus
Si Peniup Seruling hati membawa lara
mungkin dirinya berperang hebat ombakan gelora?
biarkan ia... mencari bahagia
Jiwa rasa benar hilang..
kadang tiba jadi sendu berlagu
Menggamit kerinduan langsung tak surut
tercari-cari diruang sudut tertinggal itu..
walau tinggal laman tandus tak bernyawa
Akan hilangkah ia nanti?
tak bisakah lagi untuk dilihat?

Tika saat hadirnya ia kembali..
Benar, bahagia mendakap erat
Terkabul hasrat berharap terpendam
Beraksi berlagu tiupan seruling hikmat
Terukir ulas senyuman ini..
biar tak terlihat nyata
Tetap ada dan sentiasa perhatikan..
hayati tiap bait sentuhan
kadang diri tercuit rasa
Seakan kalimah terbias diri..
terlarut sama..
seakan ia mengerti apa tersimpan
terbulat senyum tawa
Dalam syair puisi berlagu Serikandi Cinta...

Sahabat,
Rasa kasih sayang ini tetap utuh terpahat!.. Kadang kita jadi orang asing yang bisu. Sering benar biar diri berhalusinasi sendiri. Tentang apa adanya sesuatu yang hadir.. Tak bisa dimengertikan oleh semua .. kita juga sama tak mengerti.. Kadang tembus tertembak. Berperang lidah bahasa mencorak rasa..
Biar tertembak, ditembak atau tersasar?.. Jangan pernah terguris dengan caraku.. Maafkan diri langsung tak sempurna. Untuk menjadi sahabat sejati luhur sejujur sentiasa dekat dan selalu hadir mendakap erat semua rasa rajukmu..

Sahabatku sayang.
Lebarkan sayap senyuman.. ceriakan tiap hari-harimu .. bersama semangat Serikandi Cinta yang dilaung.. Biar derita sarat kau usung membuak rasa.. Jangan pernah mengalah sayang!! Aku sentiasa ada melihat, merasa.. tak mahu bersumpah pasti.. mengaku diri jujur dan ikhlas.. segalanya tersirat dan tersurat Yang Maha Kuasa.. biarkan mata hatimu yang melihat.. menilai..

Baling senyuman mekar buat kamu!!

Thursday, September 04, 2008

Sebuah syair suara hati..



Benarkah kau bahagia
Disisiku
Benarkah kau gembira
Menyayangiku
Tidakkah kau sengsara
Beradu cinta saat terkalah rasa
Kau kecewa tempuh duga
Apakah bisa
Ku rawat duka nan luka
Sedang hatimu tersiksa
Bias cinta penuh dilema

Benarkah kau percaya kejujuranku
Benarkah kau terima seadanya aku
Tidakkah nanti jemu meragutmu
Berada disisiku
Saat letih bosan menunggu
Benarkah hatimu selalu dekat denganku
Hingga tak mampu sesiapa gugah setiamu
Untuk terus bersama mengadap tirai malam
Erti percaya yang selalu kau ungkap kata
Erti cinta yang sering kau lafaz
Untuk bukti kasih dihatimu
Tak pernah bersilih

Entah mengapa....
Aku larut dan hanyut
Dalam kaitan bintang-bintang yang kau cari kejora
Persis malam dan rembulan yang kau syairkan
Bersama kunang-kunang dan rama-rama menjadi pasangan
Walaupun berbeda rupa mereka telah sejiwa
Tetap saling memerlukan
Peranan sebuah perasaan
Ikatan cinta dan kasih sayang
Dalam perhatian

Saat hati kalah berjuang
Izinkan aku memeluk bayangmu
Kala harapan menjadi sejuk membeku
Biar hangat semangat
Walau sepatah kata kau lafazkan
Cukup buat aku kuat
Bertahan disampingmu
Tanpa bersoal dan ragu
Menjadi kerudung sepiku
Peneman kala aku sendirian
Kerana aku tahu
Tanpa cintamu aku bukan sesiapa
Dan mungkin
Tidak punya apa-apa
Untuk disayangi sepenuh hati



"Kadangkala kita membaca bahasa hati lebih dari bahasa minda
Bila tercantum keduanya terasa ada rahsia disana
Lalu terjadi rasa yang putus asa untuk berkata... untuk berbicara
Dalam apa jua istilahnya" HS


-Kalimah terakhir-



Awak buat kita mengalir airmata lagi.. mungkin lagu dan puisi tarianmu bersatu bisa buat aku tersendu.. benar menusuk kalbu.. ah, sememangnya kita ini cepat benar rasa tersentuh.. atau terlalu menghayati??.. sungguh, bila mahu bicara dengan awak kita jadi kelu, bisu.. maaf, tak mampu bersuara disana.. hanya mampu meletak senyuman buat awak.. senyuman kita untuk awak tafsir apa adanya disitu.. dah tak tau nak mengayat apa da.. Sekalung doa kita hadiahkan buat awak sekeluarga disana.. A Shoulder To Cry On.. :senyum:

Monday, September 01, 2008

Jika Ini Ramadhan Yang Terakhir..


Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika benar ini Ramadhanku yang terakhir,
Permudahkan untukku berzikir kepadaMu,
tanpa ada rasa jemu,
kurniakanlah bagi lidahku agar basah setiap waktu
berlagu syair rindu penuh merayu kepadaMu
Tuhan yang Satu.


Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Tentu solat yang ku kerjakan diawal waktu
penuh khusyuk dan tawadduk
antara tubuh dan qalbu berdiri menyatu
memperhambakan diri
kepadaMu YaAllah Rabbul Jalil.

Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Ampunilah hambamu
kerana sering curang pada janji
'Innasolaati Wanuusuki Wamahyayaa wamamaati,
Lillahirabbil aalamin '
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku..
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam.

Andai ku tahu ini Ramadhanku yang terakhir
Pasti ku berjanji
tidak akan ku sia-siakan walau sesaat yang berlalu
dan masa yang diberi kepadaku
dikesempatan yang lapang dan terluang
untuk ku selongkar ayat-ayatmu dari kitab yang diwahyukan kepada NabiMu
untuk bekal 'hari'ku di barzahMu
akan ku dendangkan dan ku syairkan di setiap waktu
biar sebati ditubuhku

Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Tidak akan ku biar malam ku berlalu
Pasti ku sujud bertahajjud kepadaMu
Dengarlah rintihan hambaMu
Kerana sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurgaMu
Namun aku juga tidak sanggup untuk menghuni nerakaMu

Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Sudah pasti aku tidak akan melupakan kaum keluargaku
Ayuh ! marilah kita meriahkan Ramadhan ini
Mari kita buru dan cari
Satu malam yang sangat 'abadi'
yang lebih baik dari seribu bulan di bumi.

Ya Allah ! Jika ini Ramadhan ku yang terakhir
Pasti akan ku persembah batin dan zahirku
menanti salam Izrail
rohani dan jasmaniku di kiri dan kanan
ridha' ar-rahman

Ya Allah ! Jika ini Ramadhan kami yang terakhir
Jadikanlah ia Ramadhan yang paling manis
penuh bererti dan berseri menerangi kegelapan hati kami
untuk menuju jalan ridha' dan kasih sayangMu
agar indah kehidupan kami
di barzahMu sebelum sampai ke penghidupan penuh abadi

Namun teman
tiada insan yang telah mengetahui
tentang Ramadhan ini,
apakah yang terakhir kali buat kami.

Seandainya benar Ramadhan ini yang terakhir buatku teman
Maafkan kesalahan dan kesilapan yang pernah aku lakukan
yang tersembunyi ataupun yang nyata di mata hati
Mohon kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki

"MARHABAN YAA RAMADHAN"
Aminnn..