Thursday, November 17, 2016
Wednesday, February 24, 2016
ABAH
Abah...
Wa nak nukilkan sepotong puisi untuk abah..
Tapi mengapa kolam air mata wa bertakung pecah berderai?
Makin mahu melantun bait bicara
Makin laju deraian jatuh tertumpah..
Rindunya wa pada abah ...
Hanya air mata yang mampu berkata-kata...
.
Abah..
Esok 20/2 ... tarikh yang tak akan wa lupa sampai bila-bila
Tarikh abah pergi tinggalkan kami..
Tak akan kembali lagi..
Hanya yang tinggal kenangan..
Kami redha abah...
Ya, kami kena kuat tanpa abah..
Kena jaga mak..
Kena jaga adik-adik...
.
Abah..
Wa tak mampu nak melakar puisi untuk abah..
Makin laju sungai air mata ini mengalir deras...
Kerana abah adalah abah yang terhebat buat kami..
Tiada galang ganti...
Tak bisa ditutur dalam madah bicara..
.
Abah..
Damailah disana..
Berehatlah dengan tenang..
Insya Allah abah.. Kami pasti selesaikan apa yang tertinggal.. usah khuatir..
Moga Allah permudahkan segala ujian dan dugaan yang bertuju menimpa ...
Tetapkanlah keimanan kami
Agar kami tidak jatuh tersungkur..
.
Abah..
Satu masa wa juga pasti menuruti langkah abah..
Ampun maaf andai selama abah ada dekat..
Tidak dapat menjadi anak yang membahagiakan hati abah ..
Dan wa tahu..
Abah tetap memaafkan...
Kasih sayang abah kuat buat kami langsung tak pernah luntur... .
Abah, wa rindu abah... teramat rindu..
.
Nukilan rasa : Azwa Safwa 19/2/2016 @ 23:08 pm
Wednesday, July 15, 2015
Aku Sayang Tun M
Monday, 13 July 2015
DR MAHATHIR: AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI
SAJAK TERKINI DARI TUN DR MAHATHIR
Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit
Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja
Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia
Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu
Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa
Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Julai 10, 2015
Tuesday, June 30, 2015
BUAT KAMU DISANA..
Aku tahu kamu sangat sedih disana..
apa dirasa aku jua turut merasa
larut bersama tiap hela denyut kata
biar itu hanya sebuah olah dalam rasa
tanpa suara yang bisa terlontar bicara
menghambur tiap lenggok tari nada
tenangkan jiwa.. pejamkan mata
kembalikan semula kuasa yang ada..
tenangkan jiwa.. pejamkan mata
kembalikan semula kuasa yang ada..
Aku tak bisa berlari kesana
memujuk tiap jeritan derita
sakit yang kadang menyiksa
terbuat rasa resah tak kena
terus kuat melawan segala
agar terus perkasa bak serikandi cinta
yang selalu duduk dalam singgah sana
tak pernah padam selama..
Kamu disana..
tenanglah.. basuh semula airmata
peluk erat semula bahagia rasa
hapus segala apa yang tergugat jiwa
damailah rasa cinta penuh ceria..
senyumlah bunga-bunga cinta..
p/s: kutitip bersama lagu ini dendangan Eddie Hamid.. kerna itu yang kurasa tika ini... dan lagu ini menarik aku untuk mengubah puisi ini.. tiada kena mengena dengan kamu pon.. cuma aku yang terlarut dalam gubahan rentak alunannya.. "Segalanya Telah Berakhir"
" Di
dalam diri ini
Tersimpan
duri-duri
Luka
yang kau tinggalkan
Tak
terpadam walaupun balutnya
Pedihnya
hati ini
Mengenangkan
kembali
Kemesraan
cinta kita
Hancur
berkecai di simpang jalan
Mengapa
tergamaknya hatimu
Menghancurkan
impianku
Untuk
memilikimu
Apakah
tidak layak untukku
Menyuntingkan
dirimu
Menghiasi
kamarku yang gelisah
Segalanya
telah berakhir
Tanpa
kerelaan daku
Ku
terima suratan takdir
Untukku
melupakan dirimu
Ku
terima suratan takdir
Untukku
melupakan dirimu "
Sahabat... ketahuilah kamu terlalu sangat beruntung dari aku.. dakaplah bahagia sehabis hayat yang ada.. jangan pernah mengalah biarlah jalan yang ditempuh berliku-liku onaknya.. percaya pada diri.. percaya pada takdir.. percaya pada Yang Maha Pencipta..
Subscribe to:
Posts (Atom)



