"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Wednesday, March 04, 2009

de komen cerpen SKT daa..


Salam...
tahniah sekali lagi kerana berani menghasilkan sebuah karya seni & menyimpannya di dalam peti. memandangkan ini adalah ruangan komen, maka saya akan mengomen karya saudari,
Satu tema "Dalam Diam Aku Menyintaimu" boleh dikelaskan dalam karya ini.
-Jalan cerita yang berdasarkan diari yang ditulis mengikut mood penulis kerana bilangan tahun yang tidak konsisten. Contoh: 1998, 1999, 2000, 2003, 2004. ( 2001 & 2002 telah hilang ) 2 tahun adalah masa yang panjang & banyak pengalaman yang boleh diambil di dalamnya.
-Cerita yang terlalu panjang & ada elemen2 yang tak perlu ditulis kerana tidak memberi memberi point pada cerita. Contoh: "Kek tersebut ku potong dan ku agihkan sesama kawan-kawan disitu. Kek lagi satu yang ku bawa, juga ku potong".
-Jalan cerita seperti drama swasta atau cerekarama di mana pembaca dapat mengagak apa akan terjadi seterusnya.
-Unsur suspen yang kurang menjadi kerana tak suspen langsung. Contoh: iii) Hari yang ditunggu telah tiba. Sepuluh minit awal ku tunggu kedatangan ‘Azlia’. Ku perkemaskan diriku agar kelihatan menarik. Aku tak tahu kenapa aku mesti tampak menarik dihadapannya nanti. Tidak beberapa lama kemudian, ‘Azlia’ yang kutunggu tiba dengan mengukir sebuah senyuman paling manis. Terperanjat sungguh aku dibuatnya.

Abang Lan? Adakah aku bermimpi?. Jantung ku tiba-tiba berdebar. Apa yang Abang Lan buat disini?.
-Pola masa, tempat yang tidak jelas.
-Kesilapan nama pada Azwan tapi ditulis Azman :Ogos 1999

(i) Sejak menjadi student ni, jadual harian ku semakin sibuk. Berlambak assigment perlu aku siapkan. Ingatanku pada Azman semakin meluap-luap.
-Kurang menggunakan mainan bahasa. Penyampaian terlalu 'direct'.
-Penyusunan babak perlu diperkemas supaya lebih dramatik.

Dua rangkap terakhir yang tersilap letak 2 ayat teratas....

Bertahun berpisah, rinduku membara
Kusangka kau pergi mencari pengganti

Sinaran matamu, mendebar sukmaku
Hanyalah wajahmu didalam mimpiku..

Sinaran rembulan menyinari malam
Malam yang menunggu kehadiranmu

Kini kau telah pulang membawa harapan
Paduan asmara bersemi akhirnya..

sepatutnya....

Sinaran rembulan menyinari malam
Malam yang menunggu kehadiranmu
Sinaran matamu, mendebar sukmaku
Hanyalah wajahmu di dalam mimpiku..

Bertahun berpisah, rinduku membara
Kusangka kau pergi, mencari pengganti
Kini kau telah pulang membawa harapan
Paduan asmara bersemi akhirnya..

Kesimpulannya
-Bagus, teruskan berkarya & masukkan pengisian dalam cerita.

Maaf kalau terkasar bahasa, saya cuma ingin membantu mana termampu.Saya pasti cerita saudari yang seterusnya akan lebih menarik. Saya tengah menghasilkan satu cerpen yang agak berat. Tunggulah....



Hmmm.. dalam byk komen yg aku dapat karya yg aku tepek kat laman blog my exstudent.. komen dia nih wat aku cenyum cimpul daa.. walau ada antara kawan aku yang hangin jer dgn budak mamat nih.. hehe.. ala dowang nih.. aku cool jer.. pasal dorang lak kena sambal belacan eh? kurang dia nih jujur berkata benar.. hehehe... pepon aku respek ngan dia arr.. kerana berani tegur kakak senior.. siap call aku saudari tuh.. hahaha..

>> hi awok.. thankz komen awk gak.. yg rangkap tuh silap eh? mmg wat sajer silap.. hihi.. tq betulkan.. yg thn 2001 & 2002 telah hilang eh?.. mmg pon gak sajer ilangkan.. malas nak cerita leret.. kira suh pembaca perah otak tertanya nyampah apa da jd ngan 2 thn tuh.. hehe.. kira ok arr da de yg tanya.. ekeke.. yg x suspen, cam cerekarama pon mmg sajer wat camtuh.. lalala.. tp tang nick azman mmg tersalah pandang.. hihihi.. wahh.. awok nak hasilkan cerpen berat? kisah misteri pembunuhan ker? .. pasti bestt kan.. ok kita tunggu.. lupa lak pd mula mmg nak ambik tajuk yg awok kata tuh.. tp, last kita ambil tajuk lagu aleycats.. sekiranya ku tahu.. hehe.. thankz sekali lg ya..

ayat aku reply komen dia.. hehehe.. aku simpan duk diam kat sini hingga la penghujung hayat aku ada... oh ya hampir terlupa.. buat yg suh respon blog dia ttg BUNGA CINTA tuh nnt eh aku free aku bisa menulis.. skrg otak aku blur blur.. still mood malas mengung nak gerak aktif menulis, menaip or seangkatan dgnnya.. harap maklum!.. peace!