CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik.
Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan
kurang romantis.Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis, mudah pula berasa
sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semua ini
melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami, ada kala lunak tetapi
selalu keras dan kurang simpati.
Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.
Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui:
Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.
Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui:
- Kesungguhan dalam
melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan
dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
- Puas apabila dapat
menghiburkan pasangannya.
- Lebih banyak
menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.
- Mencemburui kekasih
atau isteri, lantas akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan
semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.
- Kerap menyatakan
ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.
- Mudah merajuk dan
sensitif apabila si dia tidak me numpukan perhatian penuh padanya.
- Kadangkala seperti
anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.
- kerajinannya ketara,
tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat
membahagiakan kekasih atau isteri.
- Mudah merajuk kerana
mahukan kata-kata lembut da ripada kekasih atau isteri.
- Lega apabila pasangan
memujuknya.
- Gelisah apabila
berjauhan dengan kekasih atau isteri.
- Kerap menelefon dan
menghantar sistem pesanan ringkas (SMS).
- Lelaki yang jujur dan
cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain
sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa
pengetahuan kekasih atau isteri.