"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Thursday, February 01, 2024

KULIAH DAURAH : HIDUP BERISTIGHFAR (SIRI1)



Penceramah : Ustaz Nik Bakri Nik Mat
Tempat : Surau Al-Hidayah, Taman Sri Puchong
Masa : 8:00 pagi - 12:00 tghari

Nota :
1. Pengertian Istighfar
- sesuatu bahagian daripada doa (permohonan). Seseorang hamba memohon daripafa Allah akan keampunan, kasih sauang, kemaafan terhadap perkara yang dilakukan hamba tersebut termasuk dosa2, kesalahan dan kesilapan yang berat. Dalam istighfar terkandung suatu pengiktirafan terhadap ketuhanan Allah SWT.
- ibadah & amalan para Nabi As.
- jalan mendekatkan diri kepada Allah kerana manusia yang berdosa adalah manusia yang jauh dengan Allah.
2. Istighfar dalam Al-Quran & As- Sunnah
- Istighfar Nabi Adam AS
- Istighfar Nabi Nuh AS
- Istighfar/Doa Nabi Yunus AS
- Istighfar Nabi Muhammad SAW sebelum wafat
3. Kelebihan Istighfar
- mengikuti sunnah Rasulullah
- diampunkan dosa2 walau sebanyak buih dilautan, memenuhi langit dan bumi
Mendapatkan berbagai kemudahan & berterusan mendapat nikmat
- jalan penyelesaian dari segala masalah
- memberi & menambah kekuatan kepada diri
- mendapat balasan syurga
- istighfar menolak bala & mengatasi ujian
4. Mengenal Allah: Al-Ghaffar, Al-Ghafur & Al-Ghafir
- Al-Gaffar (Yang Maha Mengampuni)
- Al-Ghafur (Yang Maha Luas Pengampunan)
- Al-Ghafir (Yang Maha Pengampunan)
5. Amalan & Doa Istighfar
- Syyidul Istighfar
1. Memohon istighfar kepada diri sendiri & keluarga.
2. Memohon istighfar kepada kaum muslimin.
6. Waktu terbaik membaca istighfar
- Mutlaq (diucapkan bila2 masa sahaja, dimana sahaja, dan dalam keadaan sekalipun.
- Mugayyad (dibaca pada waktu2 tertentu sebagaimana yang telah dijelaskan dudalan Al-Quran dan As-Sunnah.
1. Pada sepertiga malam terakhir dan waktu sahur.
2. Setelah terlanjur melakukan dosa.
3. Ketika ruku' dan sujud dalam solat.
4. Ketika duduk di antara dua sujud.
5. Bacaan semasa solat setelah tasyahud akhir sebelum salam.
6. Ketika selesai melaksanakan solat wajib.
7. Beristigjfar pada hari jumaat.
8. Ketika keluar dari bilik mandi.
9. Setelah menyelesaikan wukuf di Arafah atau mabit di muzdalifah ketila ibadah haji.
10. Setelah mendapatkan kemenangan dalam peperangan.
11. Pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan. Khusus pada Malam Lailatul Qadr.
7. Solat tasbih adalah istighfar yang paling besar.
- merupakan istighfar dan memohon keampunan yang paling besar dengan menyertakan seluruh anghota badan.
- dilaksanakan sebanyak 4 rakaat dengan jumlah bacaan tasbih.
1. Subhanallah
2. Walhamdulillah
3. Walailahaillah
4. Allahuakbar
5. Walahawlawala Quwataillabillahhialilla'zim
(sebanyak 300 kali)
- jumlah tasbih yang dibaca pada setiap rakaat solat tasbih adalah seperti berikut.
1. 15 x sebelum Al-Fatihah
2. 10 x setelah surah pilihan
3. 10 x ketika rukuk (setelah baca doa rukuk)
4. 10 x ketika iktidal
5. 10 x ketika sujud yang pertama
6. 10 x ketika duduk diantara 2 sujud
7. 10 x ketika sujud yang kedua
8. Pada rakaat pertama, jumlah tasbih yang dibaca ialah 75.
9. Begitu juga pada rakaat kedua, ketiga dan keempat tasbih dibaca sebanyak 75 kali.