"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Saturday, June 14, 2008

Selintas Kenangan..

For Your Birthday..

Wishing you..
A day that brings you
Gentle, quiet moments,
A day that brings
Warm memories of the past..
A day that brings you
Peace and real contentment…
A day that brings you
Happiness that lasts..


ASSALAMUALAIKUM….

SELAMAT HARI JADI SEMOGA DI PANJANGKAN UMUR DAN DI MURAHKAN REZEKI OKEY. SEMOGA WA BERBAHAGIA SELALU DI SAMPING TEMAN2 SEPERJUANGAN. BELAJARLAH RAJIN2 NANTI DAPAT JADI BATMAN. JAGA DIRI BAIK2 DI RANTAUAN NANTI. INGAT ALLAH SELALU. JANGAN LUPA TEMAN DI SINI. OKAY SEE YOU AGAIN. WASSALAM.

- XXX -


Hmm.. kata-kata pada kad ucapan Selamat Hari Lahir ini aku terjumpa petang tadi! Itu pun secara tak sengaja sewaktu aku menyelongkar laci almari. Rasanya semua kad dan surat bunga cinta dusta telah ku bakar dan ku buang?? Camne boleh ada lagi eh?.. dan memori ku mengamit kembali.. (malas aku nak tulis! bukan frust, marah atau apa pon! Tapi memang aku malas nak memutar kembali sejarah yang dah tinggal sejarah! Walau kenangan itu indah.. ).. :: senyum ::

Lama sudah nama itu hilang dalam kotak fikiran ku.. dan lama juga wajah itu tidak menghantui ku lagi.. Kalau dulu ketika aku menatap kad ini pasti aku akan mengalirkan air mata.. geram dan rindu bercampur baur.. namun petang tadi, perasaan ku biasa saja.. hanya senyuman terukir diwajah ku! kenapa ya?? .. cuba ku bayangkan juga raut wajahmu.. namun wajah lain pula yang muncul! :: senyum lagi ::

Walau apa pun ku doakan semoga kau berbahagia bersama keluarga mu.. dan, SELAMAT HARI LAHIR..

Wednesday, June 11, 2008

Puisi buat LOVELY



Sayangku..
Sekalipun cinta itu tidak terluah
Tidak kelihatan langsung padanya
Tiada balasan mahupun jelingan
Atau di tolak seumpama ribut tsunami
Usah kamu berlagu sendu, berhiba hati
Terus dan terus melangkah tanpa jemu
Bukakan semua pintu-pintu itu
Tutup segala pintu semalam
Yang bisa buat kamu kembali rebah!
Yang bisa buat kamu sudah tidak percaya!

Sayangku..
Ukirkan rasa bahagia jiwa,
suburkan kembali benih cinta
biar ia kekal mekar mengharum
Agar biar semua bisa tampak
Sebutir mutiara indah menawan
Cantik bersinar dalam gelap
Pasti ada yang tertawan..

Sayangku.. lovely..
Puisi seringkas ini ku hadiahkan padamu..
Hadapilah dengan senyuman..

Tuesday, June 10, 2008

Puisi buat BeeGo

Photobucket


Dalam tenang kau simpan sendu dihati
Kau lakarkan bicara dalam susunan kata
Kau cuba ukir bahagia dalam jiwa insan
membuang kisah tentang luka semalam
sakit, seksa menghiris kalbu..
Agar dapat diselam oleh semua
Buat azimat perjalanan ranjau realiti kehidupan..

Puisi syahdu gubahan rindu mengusik indah
Tinta rasa hati terpendam kau tarikan..
Kadang terpaku aku mengintai.. duduk terdiam mentafsir
Kadang tertawa membuai rasa .. mengukir senyuman
Kadang terbuat berderai air mata.. meruntun kalbu
Kata-kata mu buat aku tersentuh.. pilu..
Sungguh, kau begitu tabah wahai lelaki..
Tampak hebat dihati kami semua..

Andai kamu rela menjadi bulan..
Aku sedia menjadi bintang
Buat teman penglipur lara
Menyapu lalu si air mata
Biar mereka membenih cemburu
Melihat bulan dipagari bintang!



"Im Flying without wings...hahaha...

Azwa,awak buat sesuatu yg hebat

im proud of you bukan kerana memuji sy tapi kata2 awak,
sulaman indah kata2 yg tersusun indah, buat org terusik dan sungguh puitis...

Teruskan berkarya, awak mmg berbakat dlm sajak n puisi."

(ayat dia nih wat aku tersentuh la.. huhu)

Friday, June 06, 2008

Puisi buat AWAN

Photobucket


petang seindah ini..
apa yang perlu ku lakarkan
dalam laman tarian puisi mu
bicara tentang semua rasa mu
yang tak mungkin dilihat mereka
atau mungkin terlepas pandang
atau apa pun yang ada

petang seindah ini..
ku cuba aturkan kata-kata
dengan terus menyusun bicara
untuk mu bisa menatap
rentak gemalai seloka jiwa
atau rayuan rindu sekeping hati
sama-sama apa yang dirasai
hadiahkan kepada mu..

petang seindah ini..
dalam asyik ku melari tarian kata
memerah segala yang bersimpul serabut
terkirai langsir jendela ku
menyusup masuk menampar rambutku
nyaman sejuk terasa
pantas ku jengah keluar..

dan.. pantas ku lihat .. AWAN..

Wednesday, June 04, 2008

BISIKAN MALAM

Photobucket

Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mencengkam dijiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan

Diterjah berbagai persoalan
Dihujani airmata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa-noda yang bertakhta

Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu Tuhanku...

Tuhanku...
Di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu Tuhanku...

Tuhanku...
Usah Kau biarkan diri ku
Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu
Hidup matiku hanyalah untuk Mu

Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwa ku dengan keimanan
Hanya pada Mu oh Tuhan
Ku sandarkan harapan..

Photobucket