"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Tuesday, June 10, 2008

Puisi buat BeeGo

Photobucket


Dalam tenang kau simpan sendu dihati
Kau lakarkan bicara dalam susunan kata
Kau cuba ukir bahagia dalam jiwa insan
membuang kisah tentang luka semalam
sakit, seksa menghiris kalbu..
Agar dapat diselam oleh semua
Buat azimat perjalanan ranjau realiti kehidupan..

Puisi syahdu gubahan rindu mengusik indah
Tinta rasa hati terpendam kau tarikan..
Kadang terpaku aku mengintai.. duduk terdiam mentafsir
Kadang tertawa membuai rasa .. mengukir senyuman
Kadang terbuat berderai air mata.. meruntun kalbu
Kata-kata mu buat aku tersentuh.. pilu..
Sungguh, kau begitu tabah wahai lelaki..
Tampak hebat dihati kami semua..

Andai kamu rela menjadi bulan..
Aku sedia menjadi bintang
Buat teman penglipur lara
Menyapu lalu si air mata
Biar mereka membenih cemburu
Melihat bulan dipagari bintang!



"Im Flying without wings...hahaha...

Azwa,awak buat sesuatu yg hebat

im proud of you bukan kerana memuji sy tapi kata2 awak,
sulaman indah kata2 yg tersusun indah, buat org terusik dan sungguh puitis...

Teruskan berkarya, awak mmg berbakat dlm sajak n puisi."

(ayat dia nih wat aku tersentuh la.. huhu)