"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Tuesday, July 09, 2019

Cinta Lelaki Pelik & Unik



CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis.Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis, mudah pula berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semua ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami, ada kala lunak tetapi selalu keras dan kurang simpati.

Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.

Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui:

  • Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
  • Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
  • Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.
  • Mencemburui kekasih atau isteri, lantas akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.
  • Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.
  • Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak me numpukan perhatian penuh padanya.
  • Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.
  • kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isteri.
  • Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut da ripada kekasih atau isteri.
  • Lega apabila pasangan memujuknya.
  • Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri.
  • Kerap menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS).
  • Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isteri.


Petua Mengasihi Suami



Married Only....

Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja

Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya.

Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah.  Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan  dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.

Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.

Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa 'hanya kaulah satu-satunya kekasihku'.

Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya.  Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

Sekiranya suami anda berhajat untuk 'bersama' anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. 

Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.

10 'JANGAN' dalam perhubungan cinta



  
Bukan mudah untuk menjaga menjaga sesuatu perhubungan jika cinta tidak dibaja dan dipupuk betul-betul. Oleh itu, sentiasa elakkan diri dari melakukan sesuatu yang merenggangkan rasa cinta di hati masing-masing.

1. JANGAN membandingkan si dia dengan jejaka atau gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.
Jangan sesekali cuba membandingkan si dia dengan orang lain terutamanya dengan  bekas kekasihmu. Mungkin dia tidaklah sehebat yang ‘lama’, namun perbandingan ini akan membuatkan dirinya merasa rendah diri dan tercabar. Jadi, terimalah si dia seadanya kerana dia mungkin mempunyai kelebihannya tersendiri.

2. JANGAN sesekali berbohong ataupun menyimpan rahsia
Sifat jujur amat dititikberatkan dalam sesuatu perhubungan. Oleh itu, jangan sesekali cuba berbohong atau berahsia dengan pasangan anda dalam apa hal sekalipun. Jika sekali anda berbohong, kepercayaan antara satu sama lain akan pudar. Sikap curiga pula akan menghantui diri dan memburukkan perhubungan anda. Maka, amalkan sikap terbuka dan berterus-terang sesama anda. Ingat, “Honest hearts produce honest actions.”

3. JANGAN lupa hari penting dalam hidupnya.
Jangan jadikan sikap pelupa dan tidak endahmu dalam mengingati hari-hari istimewa si dia memudarkan rencah perhubunganmu. Rasanya tidak sukar untuk anda mengingati setiap tarikh-tarikh penting itu. Hanya bulatkan di kalendar atau membuar ‘reminder’ di handphone anda, kan? Mungkin ramai lelaki yang tidak ambil kisah, namun sekadar sekeping kad ucapan atau kiriman bunga pasti menguntum senyum di bibirnya. 

4. JANGAN memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran.Andainya timbul perselisihan atau pertengkaran dalam perhubungan, tidak salah jika anda beralah. Selesaikan ketidaksefahaman ini dengan tenang dari hati ke hati. Jika si dia masih ‘panas’, tunggu masa yang sesuai untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ini agar perhubungan tidak tergugat.

5. JANGAN cuba untuk mengongkong atau menyimpan perasaan cemburu .
Sikap cemburu yang membabi-buta kadang-kala akan menghancurkan sesuatu ikatan. Siapa kata ‘cemburu’ tidak perlu, tetapi biarlah berpada! Usahlah terlampau cemburu sehingga mengongkong dirinya yang akan membuatkan si dia sakit hati dan bosan.

6. JANGAN berpura-pura tidak mempercayainya ataupun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu
Usahlah keterlaluan dalam menguji cintanya terhadap dirimu. Tak salah jika anda ingin menguji kesetiaannya atau kedalaman cintanya terhadapmu, namun sikap ini mungkin memakan diri. Si dia mungkin sukar menerima jika kamu langsung tidak mempercayainya.

7. JANGAN menunjukkan perasaan bosan dengan apa yang dilakukan
Cuba tunjukkan sedikit kamu terhadap apa yang dilakukan oleh pasangan anda walaupun ada bosan. Ini merupakan tanda sokongan anda terhadap minat atau hobinya. Contohnya, si dia suka merupakan seorang ‘kaki bola’. Apa kata , anda cuba meluangkan masa menemaninya menonton perlawanan bola sepak di TV atau di stadium. Pasti si dia amat menghargainya dan sesambil itu boleh ‘menayang’ anda pada teman-temannya, kan?

8. JANGAN lakukan perkara yang sama setiap kali keluar ‘berdating’
Cuba lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama. Jika asyik keluar makan dan menonton wayang sahaja, lambat-laun akan terbit perasaan jemu pula. Try to search for new and unusual things to do. Contohnya,  bermain bowling, menaiki ‘roller-coaster’ ataupun berkelah. Anda juga boleh membuat aktiviti berkumpulan yang mana mungkin akan lebih menyeronokkan, bukan?

9. JANGAN melontarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya.
“The tongue is more to be feared than the sword”.  Wah, anda perlu berhati-hati dengan setiap patah perkataan yang anda lafazkan. Cuba kawal diri anda sesama bertengkar dengannya. Jangan menghina dirinya dengan ayat yang boleh menyinggung hati dan perasaannya. Bak kata pepatah lama, “terlajak  perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!”

10. JANGAN menjatuhkan air mukanya.
Elakkan melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan air mukanya. Mungkin anda tidak sengaja atau sekadar mahu bergurau, tetapi pastikan gurauan anda kena pada tempatnya. . Kadang-kala, kita akan merasa lebih terluka jika dimalukan oleh orang yang tersayang.


Selamat mencuba!

8 Petanda Dia Adalah Jodoh Kamu




Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan  fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda  lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh  (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting  adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan  secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan  meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada  harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan  sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang  perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan
jodoh  kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati  kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya  satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagiaan kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan  tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan  setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda  bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia  selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan  duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat  kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala  kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu  peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu  kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia  sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak  malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil  'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun  menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk  bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih  selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia  apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?


KALAU DAH DITAKDIRKAN ITU ADALAH ORANGNYA..ITULAH JODOHMU..