"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Monday, April 12, 2010

LOVE for ALLAH


Many of us selalu mengatakan, love your God first barulah love your partner. Sayangi dan cintai Allah bagi yang Islam, bagi yang bukan Islam maka cintai Tuhan mereka dulu, barulah boleh mencintai pasangan mereka.

In my humble opinion…

Cinta kepada Allah, atau Love for Allah, or Love kepada Tuhan mereka dulu ni… “It goes without saying!” – apa yang I maksudkan di sini… Cinta kepada Tuhan itu, TIDAK PERLU diperkatakan lagi kerana ianya adalah wajib! IT’S A MUST!

Mengapa kita perlu usulkan lagi, mengapa perlu kita persoalkan lagi. Sudah satu kewajipan kita untuk mencintai dan menyayangi Tuhan kita. Ianya adalah yang paling utama. Tidak kita letak ianya kedua…ataupun pertama, or terdahulu kerana ianya adalah yang terunggul dan teragung! Out of our league, out of options…End of story!

Takkan kita begitu jahil sehingga kita fikirkan, “Nak cinta yang mana dulu ya? Kekasih atau Tuhan?” heyye… PASTINYA, kalau I orang islam, My LOVE is for ALLAH!


So, please semua… jangan rasa rendah diri, jangan rasa bagai melakukan kesilapan apabila gagal bercinta atau rasa kegagalan itu kerana kurang mencintai Tuhan… KERANA,

Rasa cinta kita, rasa sunyi, feelings of love kasih dan sayang yang bergelumang dalam diri ini… Kesunyian yang menghenyak tubuh yang longlai… Keinginan yang mencengkam jiwa dan hati nurani yang makin perlahan geraknya… Bukankah semua perasaan ini datang dari Dia yang Maha Esa?

YES, Cinta dari Tuhan itu terunggul, YES, Cinta dari Tuhan itu penuh kesetiaan, keluhuran, kelembutan, Yes Islamic people, Love from Allah, penuh dengan kenikmatan kasih dan sayang yang mengasyikkan…TETAPI, tanya pada diri anda sendiri…

“Mengapa Tuhan ciptakan Adam dan Hawa?”
“Kemudian memasukkan perasaan cinta?”
“Mengapakah Tuhan ciptakan manusia berpasang-pasangan?”
“Mengapakah Tuhan telah menulis jodoh mu?”
“Mengapa adanya hukum akad nikah?”


Kerana, walau dunia ini hanya pinjaman, tetapi Allah mahu kita menggunakan akal dan fikiran kita agar bijak membuat keputusan dalam kehidupan bercinta…kemudian melahirkan zuriat yang baik-baik untuk memakmurkan dunia ini… BUKAN hanya sekadar duduk dan tengok je dunia ini mentang-mentang pinjam…

Memang apa sahaja yang kita lakukan, mesti kerana “LILLAHHITAALA”, semua untuk ALLAH, akan tetapi…ianya bukan bermaksud, beramal kepadanya dengan sembahyang 24jam, berdoa sepanjang waktu kepada Allah sehingga tak buat kerja lain! Sebaliknya… Allah mahu kita melakukan pelbagai perkara yang telah disediakan di dalam dunia ini, kerana itu juga adalah satu amalan!

Mencintai seseorang dengan penuh ikhlas dan jujur…adalah satu amalan suci, yang akan membawa kepada pernikahan yang mana pahalanya seperti mendirikan sebuah masjid! Amalan besar tu…


Memberi perbelanjaan kepada isteri tanpa berkira, dan penuh ikhlas…amalan suci jugak! Kerana Allah memberi ganjaran yang besar kepada suami yang suka berbelanja kepada isteri dan membahagiakan bakal ibu kepada anak-anaknya nanti. Di dunia lagi Tuhan akan curahkan rezeki yang melimpah ruah.


Kemudian menanam benih-benih yang subur di malam jumaat, sambil membaca ayat-ayat suci alQuran sehingga membuatkan isteri mengandungkan anak-anak yang baka soleh dan solehah. Ini juga sunat, pahala yang besar.
Jadi, dari contoh-contoh ini jelaslah maksud sentiasa mencintai Allah terlebih dahulu itu…adalah melakukan kesemua amalan-amalan bukan saja dari bacaan, doa-doa maupun sembahyang sahaja sebaliknya, KESEMUA SEKALI…termasuklah melakukan pelbagai-bagai jenis amalan lagi yang diizinkan Tuhan…

So, as Islamic man, sebagai seorang lelaki Islam… YES! My Love is For ALLAH for sure! Dan tidak kiralah lelaki atau wanita Islam, LOVE ALLAH is a must. No doubt about it! Nobody can tell us otherwise! CUMA….cinta di sekeliling kita ini juga amat penting dan perlu diutamakan dengan keikhlasan dan keluhuran agar ianya menjadi satu amalan yang diberkati Tuhan, kerana semua ini juga adalah suruhan darinya! InsyAllah!

p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip cinta, sila klik di sini

Salam hormat,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com