"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Tuesday, June 25, 2019

CHIT CHAT MINUM KOPI




Sapa kata tak rindu kat bilik bedah bersalin Hospital Serdang (MOT)? banyak pengalaman suka duka, seram ngeri, sendu sendan dan macam2 lagilah sebelum aku jejak kaki ke UiTM Shah Alam..

.
Rindu sangat beb.. Lagi kau dapat cium tubuh bayi yang baru lahir.. Haruman bak syurga.. Kau dapat lihat betapa peritnya seorang ibu mahu lahirkan anaknya dengan pelbagai komplikasi dan ujian.. Belum lagi kau terkejar tolak katil patient masuk bilik bedah dalam keadaan kau time tu batery tenaga dah low.. Penat ya amat. Belum campur disampuk makhluk halus dan disakat lagi time kau keja shift malam.. Tambah lagi kereta kau meragam time nak balik dari keja shift petang.. Dengan kau bodoh langsung tentang enjin kereta. Belum lagi kau tak sempat sarapan, time punch card masuk je ada kes fetal disstres .. Dan arwah abah kau meninggal dunia ditempat kau bekerja.. Dan kau hanya dapat lihat dia kali terakhir bila arwah abah kau sudah dikomakan..
.
Hanya orang yang kuat semangat je boleh lalui ujian itu.. Walau aku adalah insan yang lemah semangat.. Dan mudah terkejut.. Siket terkejut.. Sampai doktor pon turut sama jangkit terkejut dengan aku.. Ayat dia last.. Wawa jangan terkejutkan saya.. Pulak dah.. Hahaha... Demi sesuap nasi dan nak bayar bulanan my persona dulu.. ku gagahkan jua seluruh kerajaan diri aku ini.. 😅😂
.
So, korang hargailah mereka yang bertugas tak kira masa baik dibidang perubatan mahu pon pendidikan.. Besar jasa mereka pada masyarakat dan negara.. 😎
.
Ok out! 🐼