"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Friday, June 28, 2019

KARYA HATI


Bila kau menulis.. Kau akan melahirkan apa yang kau rasa.. Kadang imiginasi yang hadir kau garap menjadi sebuah cerita.. Kau hanya ikut rentak rasa itu.. Tak semua kisah itu datang dari diri sendiri... Namun perjalanan hidup sendiri juga memainkan peranan menghidupkan setiap watak cerita.. Walau orang itu langsung tak wujud pun.. 😎
.
Andai tika itu perasaan kau sedih.. Maka terhasillah kisah sedih hingga kau sendiri tak sangka begitu kau mendalami setiap watak.. Begitu juga bila kau menulis waktu itu perasaan kau gila-gila ala dil tol pagal hai.. Jalan cerita akan terhasil pelbagai warna biru kuning hijau... Hahaha.  Kalau faham.. fahamlah.. Tak paham abaikan aja.. Lantak kau orang fikir apa 😋
.
Ermm.. Hobi aku time sekolah dulu suka melukis.. Antara lukisan yang aku suka lukis suasana pemandangan dan muka orang.. Sebab tu aku mudah ingat wajah orang biar nama dia aku dah lupa... 😊 Disebabkan waktu itu ramai budak jantan terjal yang join kelas lukisan terus aku jadi benci kelas tu.. Sekali dengan lukisan pon dah pudar dari ingatan Hahaha.. Bila first time masuk kelas subject sastera.. Seronok pula mencungkil habis watak Lebai Pa dalam novel Mereka Yang Tertewas.. Sejak dari tu aku minat Kesusasteraan Melayu.. Maka bermulalah hidup aku  dengan alam maya... Duk merap dalam bilik sampai malu jumpa orang.. Kuar bilik pon bila ada hal penting-penting je.. Muka jangan cakap.. Bila suruh senyum je baru aku senyum.. Hahaha
.
Bila dah mula keja Jabatan Perangkaan Negara, Hospital Serdang dan UiTM.. Skill menulis tu dah jadi tawar.. Sebab otak aku fokus pada kerjaya.. Dengan keadaan ekonomi aku dulu yang kadang hidup segan mati tak mau ni buat otak aku malas nak berkreative dan berimaginasi tinggi.. 😜 balik rumah dapat tido memang best.. 😅😂.
.
Pada yang rindu dengan karya aku tu.. Err ada ke yang rindu??? 😋 Type je nama aku kat pakcik google tu.. Jumpalah.. Banyak dah laman sesawang yang aku layari dulu dah pupus.. Geng yang sama aku lepak dulu pon sama juga ghaib... Ada 2 3 4 nick name korang yang aku masih ingat.. Sampai aku terbuat karya tau.😎
.
Ermmm... Bila kau hidup dengan cinta dan kasih sayang.. Segala yang kelam akan terkubur.. Terbang.. 🐼