Uniknya majlis kami semuanya berlangsung pada sebelah malam. Semoga gerbang perkahwinan kami dilimpahi oleh rasa cinta, aman damai, sejuk, penuh kebaikan dan kebahagiaan. Jazakallahu khairan khatira. A'amiin..
Jutaan terima kasih buat semua tetamu yang hadir.. sanak saudara dan kaum keluarga yang dekat mahu pun jauh.. Mohon maaf juga seandainya ada yang tidak ada dalam jemputan, tetapi kalian sentiasa ada di hati kami. Terima kasih sahabat yang mendoakan.. Semoga segala doa kembali kepada kalian juga... A'amiin.
Alhamdulillah... 💑 dari kawan satu kelas.. lost contact.. jumpa balik.. tenggelam.. pastu timbul.. tenggelam.. 😜 timbul balik terus ajak kawen.. panah terus kat jantung dia.. 😝 ni kalau buat movie mau pecah panggung hahaha 😜 Love u my husband 😘 29/11/2019 dalam sejarah 😎 #wawaandzizi 😻🐼🐻🌹
"Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, selama mana kita menunggu, sehebat mana kita merancang, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita berbagi kasih, ia tetap rahsia Allah.." 😎
Siapa Sangka Siapa Menduga bila fantasi jadi realiti... - Azwa Safwa 🌹