"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Thursday, March 25, 2021

AWAK KUAT.. BERTABAHLAH DENGAN UJIAN INI..




Bila kita fikir hidup kita ni susah, sering kali diuji dengan ujian hidup, sakit dan hilang pekerjaan.. sebenarnya ramai lagi yang hidupnya susah dan sukar diluar sana. Kadang mereka tak cakap. Kadang juga mereka tidak mengemis belas kasihan mahukan bantuan. Cuma mereka perlu cukup apa yang ada dan mengharapkan ada sirna baru untuk meneruskan kehidupan. Diberi kekuatan mental dan emosi agar tetap terus bangkit dari kelemahan dan kepayahan.

.
Jangan kita memandang pada satu keburukkan hingga terlupa tentang keindahan dan kebahagiaan yang pernah kita rasa suatu ketika dulu. Bahagiakan jiwa. Lepaskan rasa dendam yang pernah terguris.
.
Terima kasih atas solat hajat dan doa-doa kalian semua yang tidak putus-putus untuk kesihatan suami. Jasa dan budi kalian semua tak terbalas dengan jutaan wang ringgit. Sampai lidah ni tak mampu untuk menyusun kata-kata betapa kami begitu menghargai segala kebaikan hati kalian buat kami. Terharu sangat.
.
Wahai hati, terus tetap tersenyum bahagia. Sebab DIA tahu awak kuat.  Awak hebat. DIA tetap ada bila mana awak perlukan DIA.







Monday, May 25, 2020

RINDU KAT ABAH



Time ambik video ni asyik kena marah dengan arwah.. sudah tu wa.. tak habis nak merakam kamu ni.. ๐Ÿ˜… maklum la jakun sket waktu tu dapat miliki handycam.. ๐Ÿ˜ video ni diambil 3 2 tahun or setahun sebelum arwah abah pergi.. rasanya.. tak tau kenapa.. nak rakam tiap moment bersama arwah abah dan family kami waktu tu.. rindunya nak dengar suara abah... Al-Fatihah.

‎ุจِุณْู…ِ ูฑู„ู„َّู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญْู…َู€ู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…
‎ูฑู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ุฑَุจِّ ูฑู„ْุนَู€ู„َู…ِูŠู†۞ ูฑู„ุฑَّุญْู…َู€ู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…۞
ู…َู€ู„ِูƒِ ูŠَูˆْู…ِ ูฑู„ุฏِّูŠู†۞ุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุนْุจُุฏُ ูˆَุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุณْุชَุนِูŠู†ُ۞
ูฑู‡ْุฏِู†َุง ูฑู„ุตِّุฑَุทَ ูฑู„ْู…ُุณْุชَู‚ِูŠู…َ۞ุตِุฑَุทَ ูฑู„َّุฐِูŠู†َ ุฃَู†ْุนَู…ْุชَ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ۞
ุบَูŠْุฑِ ูฑู„ْู…َุบْุถُูˆุจِ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ูˆَู„ุงَูฑู„ุถَّุงูۤ„ِّูŠู†َ۞ ุงู…ูŠู†
"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"
"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.." Aamiin

Saturday, April 04, 2020

CORONA VIRUS - PKP

                                                 


Kawan dengan kawan2 mulut lepas ni lagi bagus.. sebab kita tahu dia macam mana.. So far x pernah ada masalah dengan kawan2 jenis mulut lepas.. Aku selalu tertipu dengan jenis acah2 baik.. Yang bahaya bila kawan dengan yang mulut acah2 baik...posting ala2 baik.. tapi kat belakang kita bukan main buruk2kan kita.. laga2kan kita dengan kawan2.. gelak2kan kita.. Ramai macam tu..

Jenis mulut lepas ni apa2 dia lepas je.. kita tahu..Takut mulut diam tapi kat belakang cukup bisa.. racun kita dalam diam.. minta dijauhkanlah.. Zaman sekarang ramai orang pandai berpura2.. pengkhianat dan penipu selalu disanjung..
.
๐Ÿ‘†Ayat kat atas tu aku copy paste dari wall FB @rizal_hrd ๐Ÿ˜Ž #terbaik .. tok, saya tepek sini tau.. ๐Ÿ˜‚
.
>> Betul. sebab benda macam tu byk jadi pada aku.. terkena kat aku.. bengang, marah, sakit hati, semua ada.. yup, sabar.. sabar dan sabar. tu je la aku boleh buat. sebab malas nak cari gaduh dgn orang.. kadang ada juga buat aku down.. Jadi emosi dan termaki balik. belum aku sumpah seranah dalam hati lagi tu... hahaha ๐Ÿ˜‚

Now, aku dah malas nak fikir... dah umur 40an nih aku nak hidup tenang je.. tak mau serabut otak aku fikir benda yang sarat otak selesaikan masalah orang yang akhirnya aku ini dituduh jahat dan zalim dimata mereka.. aduii. tepuk dahi. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š. oh ya.. ada orang cakap kat aku.. aku lepas kawin nih byk berubah... dulu tak macam ni. hahaha... beb, dulu aku banyak diam.. ada banyak sebab aku jadi mak turut.. ๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. bukan sebab aku takut. tapi aku tetap kenang dan ingat orang yang pernah berbudi pada aku.. selebihnya fikir sendiri..๐Ÿ˜Ž oklah.. aku tegur kau sebab aku sayang kau.. kalau teguran aku buat kau benci aku, salah faham pada aku dan jauhkan diri kau dari aku, terpulang... kita manusia no body perfect! aku tetap aku.. ๐Ÿ˜Š

Waktu perintah kawalan pergerakkan corona virus nih, kita kena byk insaf dan muhasabah diri.. tak payahlah nak cari mana salah silap orang.. tak payah berdengki atas rezeki orang. bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan miliki... ๐Ÿ˜Š

OUT! ๐Ÿ˜Ž
.





Sunday, December 08, 2019

SAAT SEBELUM DIIJAB KABUL


Bila lihat gambar kawen ni...teringat kata2 arwah abah dan mak.. ๐Ÿ˜ข

Masa arwah abah sihat :
"kamu kalau ada kawan, kenalkan dengan abah.. Nanti bila abah tak de kamu buat sorang sorang"..

Masa arwah abah sakit :
"Jaga mak.. Jaga adik-adik"

Ayat mak...
"Kawinlah wa... Ada orang nanti jaga kamu. Adik-bradik tak boleh selamanya bantu bila sakit.. Kalau mak tak de siapa nak jaga kamu.. "

Bila sayap kanan telah hilang..
Mampukah aku bertahan bila sayap kiri aku kini lemah...
Bisakah aku terbang tinggi..
Mencapai indahnya awan..

๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Sunday, December 01, 2019

๐ŸŒนRAIKAN CINTA ๐Ÿ‘ฐZUEWAINA❤FAIZALY๐Ÿคต


Allah menciptakan satu jiwa, kemudian Dia membelahnya menjadi dua. Sehingga, Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang menyatukannya dalam pernikahan. Alhamdulillah... Pada tarikh 17/8/2019 kami telah mengikat tali pertunangan dan tarikh 29/11/2019 kami selamat dinikahkan oleh tok kadi... 

Uniknya majlis kami semuanya berlangsung pada sebelah malam. Semoga gerbang perkahwinan kami dilimpahi oleh rasa cinta, aman damai, sejuk, penuh kebaikan dan kebahagiaan. Jazakallahu khairan khatira. A'amiin.. 

Jutaan terima kasih buat semua tetamu yang hadir.. sanak saudara dan kaum keluarga yang dekat mahu pun jauh.. Mohon maaf juga seandainya ada yang tidak ada dalam jemputan, tetapi kalian sentiasa ada di hati kami. Terima kasih sahabat yang mendoakan.. Semoga segala doa kembali kepada kalian juga... A'amiin.

Alhamdulillah... ๐Ÿ’‘ dari kawan satu kelas.. lost contact.. jumpa balik.. tenggelam.. pastu timbul.. tenggelam.. ๐Ÿ˜œ timbul balik terus ajak kawen.. panah terus kat jantung dia.. ๐Ÿ˜ ni kalau buat movie mau pecah panggung hahaha ๐Ÿ˜œ Love u my husband ๐Ÿ˜˜ 29/11/2019 dalam sejarah ๐Ÿ˜Ž #wawaandzizi ๐Ÿ˜ป๐Ÿผ๐Ÿป๐ŸŒน




"Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, selama mana kita menunggu, sehebat mana kita merancang, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita berbagi kasih, ia tetap rahsia Allah.." ๐Ÿ˜Ž

Siapa Sangka Siapa Menduga bila fantasi jadi realiti... - Azwa Safwa ๐ŸŒน