"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Thursday, August 22, 2013

Hilangkan Sedihku




Aduhai..
jika dikau tahu hatiku yang selembut salju
jika dikau tahu jiwaku yang selemah diriku
maka sanggupkah duhai masa
membiarkan aku meratap duka
sedangkan bahagia
yang cuba kuintai masih berselindung hitam.

Jika dikau mampu memberikan daku senyum
bunga-bunga akan mengembang kuntum
seluruh alam akan mengharum
setelah diriku kembali riang
dan tarianku mula melangkahkan gerak
di pentas cinta..rindu pun mula menunggu
dalam penantian yang penuh syahdu.

Aduhai..hilangkanlah sedihku
dengan kucupan rindu..........!

~ Selendang Hitam ~

Tuesday, July 23, 2013

Mencintai Dalam Diam

 
 
Mencintaimu dalam diam..
Ibarat pungguk merindukan rembulan.
Karena cinta tidak harus saling memiliki,
cinta tidak harus terikat,
karena cinta yang yang sebenarnya adalah cinta yang bermekaran di hati,
di manapun dan kapan pun selalu bersemi di taman hati.
 
Mencintaimu dalam diam..
Maka izinkan untuk tidak mengusik ketenangan hatimu,
hanya dalam untaian doa doaku ku sebut namamu dan kusapa dirimu.
Cukup buat aku tersenyum melihat kamu bahagia.
Merasa jauh, tapi sangat dekat di hati,
akan kututup rapat,
akan ku pendam rindu ini,
sampai pada saatnya nanti waktu mengizinkan pertemuan itu.
 
Mencintaimu dalam diam..
Meski membuat lelah,
lelah karena menunggu yang tak mungkin ada,
hanya bayangan semu semata.
Ingin menyandarkan lelah ini di bahumu ….
sambil membisikkan aku tak akan pernah merasa lelah,
lelah menyayangimu meski dalam diam.
 
Dan aku akan mencintaimu dalam diam..
Selama tak ada yang mengahapus cinta dalam diamku,
aku kan bertahan dan jika aku tak kagum lagi padamu,
maka aku tak kan pernah lagi menulis tentangmu.
 
 
 
sumber : copy paste dari laman web..
 
 

Friday, July 19, 2013

UBI DALAM KENANGAN

 
 
atas sebab ramai sangat yang skodeng bilang makhruh post gambo makanan yang lazat itu di wall pesbook.. makanya teman post gambo katun ajer aaa.. haha.. adoii.. malu i tau.. upanya ramai org follow i kat FB tuh.. wakaka..

siapa minat hasil karya UBI??.. angkat tangan cepat! haha.. aku dulu memang minat gler kentang goreng dengan katun si Ubi nih.. lukisan yang cantik dan idea watak yang memukau jiwa kanak-kanak remaja purba i tau.. heee.. memang teruja habis nak tunggu next episode seterusnya.. huhuhu.. 




apa pon harap Kartunis UBI terus succes berkarya!! gue memang windu banget dengan karya u know.. hee..  

nota kaki : psstt.. pernah gak cuba melukis watak kartun.. bila nak letak tangan badan dan kaki hancur terus jadinya... hahaha.. OUT!




Thursday, July 18, 2013

Hati Seorang Isteri ..



 
 
Melihatkan sekeping gambar ini mengambarkan sejuta rasa pada pandangan mata saya.. pelbagai gelojak rasa bermain.. hmmm.. no komen.. apa pon hanya cinta pada Ilahi kekal abadi.. dan selagi kita bernafas dibumi Allah.. kita akan sering diuji.. " CINTA ILAHI ".. jangan pernah lari pada cinta itu.. - mood sekarang.. syukur Alhamdulillah dengan apa yang ada yang ku miliki..





Sedihnya baca nukilan Dayana...

"Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand "

Sungguh ! Beratnya memegang kasih dan cinta pada seorg suami ! Berdoa agar jodoh dia mmg milik aku seorang smpai mati dan sungguh ..andai jodoh dia tetap ada bersama org lain , aku akan terima dgn terbuka dan terus kuat mcm yg mami lakukan !!

Percaya pada jodoh ! Percaya pada ketentuan ! Menangis air mata darah pon kalau takdir dah begitu..kita ada dua pilihan, terima atau menarik diri !!!

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...



>> saya pernah rasa.. bila terlibat dalam situasi itu.. lantas cepat alihkan rasa.. bukanlah kata diri ini baik sangat.. tapi tidak mahu lagi merasa keperitan rasa sakit yang bakal hadir itu.. dan tidak mahu melukakan hati kaum sejenis.. selalu ingatkan diri dengan apa yang berlaku.. cinta itu memang indah.. kadang cinta terbuat kita terluka dan berdendam dalam diam.. saya tahu Allah nak hadiahkan yang terbaik buat saya.. sebelum mendapatkan hadiah terbaik itu saya kena betulkan diri agar menjadi manusia yang lebih baik.. insaf..

Tuesday, July 16, 2013

Gambar : UiTM Shah Alam Terbakar 15/7/2013









Gempar semalam waktu nak balik dengan isu kebakaran yang berlaku di makmal kimia yang terletak di hadapan kolej Perindu. So, aku hanya dapat menjengah dari jauh coz abg polis yang sensem tak bagi kereta akau rapat.. bahaya katanya.. meletop-letop bunyi datang arah asap dan api yang marak itu.. huhuhu..
 
Menurut cerita, kebakaran dipercayai berlaku pada pukul 4 petang semalam dan sehingga pukul 6.30 kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh pihak bomba. Punca kebakaran banyak sangat versi sampai dari mulut ke mulut yang aku dengar.. so, senang cerita maybe masih dalam siasatan polis. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat insiden tersebut.
 
Okeps.. ambil iktibar apa yang telah terjadi.. roger n out!!