"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Saturday, April 18, 2009

HADYAI de' KUANTAN


Tanggal 11hb. hingga 14hb. April 2009 sepatutnya aku berada di Hadyai, Thailand atas urusan bisnes sesambil bercuti melihat negara orang. Pada permulaan cerita aku mahu kesana memang dibangkang keras oleh mak kerana keadaan disana tak selamat dan berbagai alasan mak luahkan mengapa dia tidak benarkan aku kesana. Aku cuba merayu dan mengatakan keselamatan para rombongan yang aku bakal ikut kesana nanti adalah selamat! Akhirnya mak akur dan memberikan green light!.. Pada abah aku tak kisah sangat kerana bila mak dah positif maka automatik abah turut sama bersetuju.. kalau pun abah nanti bisa melarang, aku bisa memberi alasan yang konkrit untuk menyakinkan abah.. (senyum). hati aku sudah melonjak gembira. Maka passport dan wang pendahuluan terus aku serahkan pada pihak pentadbiran untuk urusan perjalanan dan makan minum disana nanti. Penginapan dan pengangkutan memang telah pon disediakan oleh mereka. Aku gembira bukan sebab nak tenguk hiburan maksiat disana.. tapi, mencuba pengalaman baru ditempat orang dan belajar ilmu perniagaan MLM dengan mereka yang hebat-hebat.

Namun sehari waktu aku mahu berangkat ke Hadyai, mak marah-marah dan langsung tak mengizinkan aku kesana?.. katanya dia langsung tak mahu bertanggungjawab andai terjadi apa-apa pada aku disana andai sesuatu berlaku pada aku jika aku berdegil juga mahu pergi!.. sakitnya dengar ayat mak.. aku rasa macam nak menangis tika itu juga.. tapi aku tahan rasa sedih aku dan tak mahu memanjangkan cerita.. nanti tak pasal aku pula yang menempah tiket masuk neraka?.. kerana melawan kata-kata mak.. Kebetulan malam tu dia tiba jadi berubah fikiran bila menonton berita di televisyen mengatakan Thailand sedang bergolak dengan penunjuk perasaan.. aduhh, aku bisa jadi gawat.. bagaimana bisa aku memberitahu pada mereka untuk membatalkan untuk rombongan ke Hadyai??.. malam tu aku berkurung dalam bilik cuba menenangkan rasa..

Dalam pada aku melayan rasa.. panggilan dari seorang teman baik masuk.. segalanya kuceritakan tentang kemarahan mak tadi kepada dia.. dia meminta aku agar melakukan solat sunat minta petunjuk.. sebelum dia mematikan talian, dia ada mengajak aku mengikut dia ke Kuantan pada hari ahad untuk temani dia.. andai aku nanti tidak jadi pergi ke Hadyai.. sebelum aku tidur aku melakukan apa yang disuruh.. kemudian masuk tidur dengan pelbagai perkara dan benda menerawang dari fikiran..

Pagi Jumaat tu.. selepas sarapan, abah memanggil aku dan menyuruh aku membatalkan trip ke Hadyai.. lembut suara abah menyusub dalam jantung aku.. mak yang malam tadi berangin dengan aku duduk diam disebelah abah.. aku hanya mengeluh dan diam tanpa menjawab sepatah.. mak buat muka pada aku.. iee sabar ajelah mak aku nih.. hari jumaat tuh aku diam tanpa banyak bercakap seperti selalu.. dalam hati aku tetap berharap mak dan abah mengizinkan aku pergi.. aku berkurung kembali dalam bilik dan mencari kekuatan untuk memberitahu pihak pengurusan ke Hadyai bahawa aku ingin membatalkan diri dari menyertai rombongan. Mereka suruh aku berfikir dengan baik dan meminta aku usaha lagi memujuk mak dan abah..

Petang Jumaat tu selepas solat jumaat, hujan turun mencurah-curah siap petir dan guruh berdentum atas bumbung.. Memang sungguh menakutkan aku.. banyak aku berfikir lagi sambil pandang hujan lebat yang mencurah turun kat luar jendela bilik.. pelbagai perkara kembali menerjah kembali dalam fikiran.. kata-kata mak dan abah terngiang-ngiang dicuping telingan aku.. Akhirnya dengan sebulat hati aku membuat keputusan sendiri dan kembali menghubungi pihak pengurusan, aku tak jadi pergi!.. hati aku kembali lapang dan tidak serabut seperti sebelumnya.. terus juga aku menghubungi teman aku untuk mengikut dia ke Kuantan.. mak dan abah tak boleh nak kata apa.. kerana aku ada mengatakan pada mereka, kalau pun aku tak jadi pergi Hadyai.. aku tetap juga akan pergi ke Kuantan!. Degilkah aku??

Namun aku tetap bersyukur.. dalam pada itu, tetap jua ada hikmah buat aku.. selama ini Cherating yang aku ingin pergi telah pon aku jejak bertapak! senyum melebar.. cuma Genting jer aku tak sempat nak naik kerana aku nih mabuk jalan berbukit berbelit dan my lovely persona auto aku cam meragam jer slow semacam jer bila nak daki bukit genting sempah .. aku risau, takut jadi apa-apa pula nanti.. lagi pon hanya aku yang drive sorang masa tu.. klau second driver ada, time naik bukit tuh bleh aku tido.. ketawa mengekek.. hmmm aku hanya boleh tenguk Genting tuh dari jauh jer.. agak bilakah aku bisa tawan puncak Genting tu ya??

Kesimpulan benda yang tersimpul... walau trip aku ke Hadyai batal, tapi aku tetap happy go lucky de crazy monkey kerana dapat pergi Kuantan.. banyak juga ilmu aku timba dari teman baik aku tuh.. 5 bintang dari aku buat dia yang sudi mengajak aku turut serta berkongsi cerita.. berkongsi teknik.. teknik apa ya?? biorlah hanya aku saja yang tahu. peace love!