"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Thursday, December 11, 2008

Dari Sekeping Hati..


Awak....
Pagi ni saya buat semula blog puisi saya di blogspot. Saya bangunkan kembali apa yang pernah saya hancurkan kerana saya pernah berjanji untuk letakkan semua puisi-puisi saya untuk awak. Dah banyak kali saya tangguhkan hingga saya sendiri tak pernah pasti adakah saya mampu menunaikannya. Saya tahu setiap hari awak dan kawan-kawan yang lain akan tertanya-tanya tiadakah posting puisi atau pena? Saya tahu... setiap hari awak akan tertanya-tanya begitu. Setiap hari juga awak akan menjadi salah seorang terawal yang akan membaca posting saya. Kemudian awak akan menghilang tanpa meninggalkan bicara. Saya tahu.... awak banyak menyimpan kata-kata dalam hati awak tentang saya.. puisi saya... kehidupan saya... kekuatan saya... seagala-galanya tentang saya!

Jika saya gembira, awak akan ketawa.
Saya bersedih awak akan menangis.
Saya kalah, awak akan berdiam kerana awak tahu... saya akan ikhtiar dengan cara juang saya sendiri.
Saya marah, awak pasti akan bungkam. Bukan kerana awak tak mahu bersama saya.
Tapi sebab awak tahu, kemarahan saya hanya saya saja yang bisa redakan. dan awak selalu memberi saya kebebasan untuk menjadi diri saya sendiri.

Awak...
Saya tahu awak bimbangkan saya.
Jika bukan, masakan mungkin suatu hari ditengah malam awak sanggup sms saya hanya kerana awak mimpi buruk tentang saya. Dalam mimpi tu kita nampak laut dan rumah buruk. Saya bilang pada awak ianya hanya mimpi, dan saya tak akan apa-apa. Tapi benar, mimpi itu petanda saya dalam kepayahan saat ini. Benar, kesihatan saya merundum. Semangat saya juga merundum. Tapi.... tidakkah awak nampak, saya selalu berusaha untuk ada disini untuk awak. Saya nak buktikan pada awak yang saya masih seorang pejuang walaupun jasad saya telah longlai. Saya akan ada disini semampu saya untuk awak. Walaupun kita tak selalu berbicara, tapi saya tahu awak terlalu mengambil berat tentang saya. Dan kerana itu.... saya menangis untuk awak hari ini. Terima kasih kerana awak telah berada disisi saya sepanjang perkenalan kita. Tentang kesihatan saya, awak jangan bimbang... saya kan kuat. Saya tak akan mengalah dari usaha untuk sihat. Berserahlah pada Allah... saya tak akan apa-apa.

Pasti awak tertanya-tanya....
Apa mimpi saya tulis pena ini untuk awak. Memang tak bermimpi apa-apa. Tapi... saya menyibuk nak cari nama saya sementelah saya cipta blog puisi itu. Mana tahu, ada orang boleh jumpa dengan google search. Entah bagaimana saya terjumpa blog awak tentang puisi saya. Sama macam kawan kita yang lagi sorang tu, saya jumpa blog dia kerana nama dan puisi saya. Saya tak sangka ada luahan hati disana. Saya bebetul tak sangka...

Saya sendiri...
Tak tahu apa yang saya telah tulis sehingga awak membaca puisi saya hingga menangis. Saya sendiri tak tahu, dimana keajaiban kalimah itu hingga awak terpesona untuk terus menghayatinya. Adakah kerana ia datang dari ilham maka terbit perasaan awak membacanya. Atau sebenarnya saya menulis bukan dengan skill puisi sebaliknya dengan suara hati saya sendiri maka ianya terpanah dihati insan yang mengalaminya. Saya sendiri tak pasti apakah saya telah melakukan perkara yang betul atau salah sehingga ianya memberi kesan kepada awak yang membacanya.

Awak....
Kalau boleh...
Kalau boleh saya memang nak jadikan bahu awak tempat saya menangis.
Tapi saya tak reti! Saya tak tahu nak mengadu kat awak. Saya.... tak pandai nak tunjukkan yang saya ni lemah.
Dan saya tetap mahu awak melihat saya tersenyum walaupun jauh disudut sana saya tahu awak mampu meneka bicara hati ini.
Maafkanlah saya kerana mahu melakukannya sendirian. Saya bukan ego, bukan riak dengan kemampuan diri tapi saya...
Saya cuma tak mahu terbiasa dengan pertolongan dan perhatian dari seorang teman. Saya cuma mahu menjadi siapa diri saya.
Biarpun kedegilan ini akan menyakiti diri saya sendiri dan awak kelak. Dan saya tahu, kerana awak terlalu memahami sayalah maka awak telah membenarkan perempuan yang penuh kedegilan ini terus menerus berada disini. Bukan kerana awak tak mampu menegur saya tetapi kerana saya manusia sukar dijangkakan. Hari ini saya tersenyum, sebentar nanti saya bersedih. Kemudian sebentar lagi saya akan menghamunkan orang. Tidakkah berada disisi perempuan ini selalu buat awak penat? Penat dengan karenah yang tidak terduga. Tapi... entah kenapa awak masih juga mahu disini. Masih sudi menemani saya setiap hari.

Kalau boleh...
Saya nak bercerita dengan awak.
Penatnya saya berdepan dengan karenah orang.
Bencinya saya dengan manusia yang berpura-pura dengan saya.
Sakit hatinya saya sebab ada lagi manusia yang suka bercerita dibelakang saya.
Tapi.... suara saya selalu tak keluar untuk membuka cerita. Suara saya selalu hilang bila mahu berkata kepada awak. Akhirnya saya biarkan saja. Biarkan lah... DIA lebih tahu.

Awak.... Kata-kata yang awak tulis kat blog awak buat saya menangis juga.


"Awak buat kita mengalir airmata lagi.. mungkin lagu dan puisi tarianmu bersatu bisa buat aku tersendu.. benar menusuk kalbu.. ah, sememangnya kita ini cepat benar rasa tersentuh.. atau terlalu menghayati??.. sungguh, bila mahu bicara dengan awak kita jadi kelu, bisu.. maaf, tak mampu bersuara disana.. hanya mampu meletak senyuman buat awak.. senyuman kita untuk awak tafsir apa adanya disitu.. dah tak tau nak mengayat apa da.. Sekalung doa kita hadiahkan buat awak sekeluarga disana.. A Shoulder To Cry On.. :senyum:"


Terima kasih...
Terima kasih yang tak terhingga kerana sudi menjadi sahabat saya. Terima kasih juga sebab sentiasa mendoakan saya sekeluarga. Dan saya berharap dan terus memasang harapan awak juga akan beroleh kebahagiaan yang diidam-idamkan. Awak layak untuk memilikinya sama seperti mereka diluar sana. Maafkanlah jika layanan saya selama ini diluar kemampuan saya sebagai seorang sahabat. Mungkin... Ahhh saya cuma mampu menjadi apa yang awak lihat. Itu saja yang saya mampu lakukan sehingga kini. Maafkanlah saya teman.

Awak..... saya tetap bulan tu kan?
Maka senyumlah untuk saya saat ini...
*Saya tau ini lagu kegemaran awak sebab ada dalam list lagu awak.


Wasalam

Salam Sayang
Serikandicinta


"Percayalah, kehidupan ini sangat indah dengan adanya insan2 yg menyayangi diri kita. Kasih sayang itu adalah azimat menjadi kekuatan dalam semangat untuk membina harapan menghadapi dugaan dan ranjau kehidupan. Biarpun kadangkala kita ketemu insan baik dan sebaliknya, ianya hanya rencah dalam melewati kehidupan agar menjadi tinggi nilainya utk dikenang dimasa depan. jangan sesali setiap detik yg kita lalui yg kadang suka yg kadang duka hanya kerna utk mengajar kita erti dewasa" - HS



* Awak buat kita larut.. sebetulnya dah lama kita simpan pena awak ini.. tp kita lupa dimana kita selitkan dekat file mana?.. nah, tadi merayau.. kita terjumpa!.. maaf ya kita tampal disini..

Kita tak tahu bagaimana nak beritahu awak, yang kita selalu ingat kat awak.. masa kita hantar sms tu mmg kita benar risaukan tentang awak.. kita tak tahu sebab apa.. dan, akhirnya kita dapat juga jawapannya.. maaf, kita mmg tak pandai pamer sayang pada orang.. tp, bila kita dah rasa syg dan rapat dengan orang.. sebolehnya kita nak lihat orang itu sentiasa ada pada pandangan kita.. biar walau jauh jaraknya beribu batu.. dalam hati tetap ada cinta..

bila dah sebak.. ayat mengayat kita jadi tandus.. OUT!