"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Wednesday, February 18, 2009

sekadar celoteh..



Aku sempat menonton satu movie barat.. pada mulanya aku tak adalah berat sangat untuk aku focus apakah kisah yang terpapar itu.. sambil jeling manja kat kaca tv, satu bab kisah tu benar menarik aku untuk aku terus duduk berlama mengadapnya.. kebetulan dalam minggu ini aku masih bercuti dan berpoya-poya dari aktiviti sibuk aku yang ntah apa apa ntah tuh.. ketawa sendiri..

Tak tau mengapa aku berminat dengan movie itu, lantas terus menonton kisah itu hingga penghujungnya.. siap golek golek lagi atas katil.. kisahnya tentang seorang penulis yang melakar cerita tentang seorang watak hero dalam karya novelnya dimana setiap watak hero itu dimatikan dengan kematian yang ngeri dan misteri. yang anehnya setiap watak hero ciptaannya dalam dunia khayalannya benar wujud dalam alam nyata!.. setiap apa yang dia tulis, hero itu melakukannya.. dan watak hero yang terbaru dia ciptakan sedang mencari dirinya.. dan mohon minta dia jangan dimatikan dalam karya terbarunya itu.. wow!!.. gila ahh.. buat aku terfikir sesuatu tika itu..

Yup, aku pernah membayangkan seseorang yang ku idam.. kemudian aku lakarkan menjadi sebuah kisah... hingga buat aku larut bersama dia dalam tiap kisah yang ku lakar dan mimpikan.. mestilah dah tentu aku penulis, tentulah aku mesti jadi heroinnya kan?.. paksa! ketawa mengekek.. buat aku benar terkejut.. ia benar wujud! walau tak nyata pada pandangan mata aku lihat.. segalanya sempurna tentang dia.. aku jatuh cinta dengan dia! macam mengung jer aku nih kan? punyalah banyak orang betul dalam dunia nih.. orang halusinasi gak yang aku tergila-gilakan.. itu kata kawan aku la.. ala dorang tu dengki x de secret admire kann.. ketawa.

Banyak da org yang aku padankan ngan dia.. tapi dia still the one pada aku.. pernah gak aku punya rasa nak buang terus dia dari hidup aku… yer la dari terus menghantui.. time nak pejam mata jer aku nampak wajah dia.. tak ke gila tuh.. tapi aku tak boleh! dia dah jadi sebati ngan hidup aku.. dah jadi rutin ku tiap hari mesti lihat dia dulu sebelum lakukan apa aktivitii.. yup, aku memang sakit!.. lagi sakit kalau dia terus hilang dari aku.. kalaulah aku jumpa dia.. rasanya terus aku terkam dia kot? mesti dia kata aku gilakan?.. gila xx.. dulik arr.. kadangkan sakit otak aku fikirkan dia.. tentang life dia.. tentang lover dia.. arghh.. malas nak cerita nanti aku jeless.. bila aku dah jadi jeles aku rasa cam nak geget dia pula.. ketawa jahat!

Sejak akhir ini mood aku memang sering berubah.. ramai kawan aku perasan.. kadang happy tak ingat dunia.. tiba kadang aku jadi malas dan letih sangat.. monyok jerr.. kadang segala benda aku buat tak boleh nak focus.. kadang juga ada gak rasa macam nak give up jer.. aku tak tahu why aku jadi begini?.. bila aku usung wajah lepu aku jumpa dorang.. semua tuduh aku frust bercinta!.. camne nak frust? sedang seumur hidup aku pon tak pernah bercinta daa.. ketawa besar..

Ikutkan aku memang malas nak mengayat kat sini.. tapi rasa cam ada suara suara yang memanggil lak aku suh kuar gak mengayat.. ketawa mengekek.. siap ada yang nyamfah nyamfah kat aku.. frust jer nak tutup blog! frust jer hilangkan diri.. pastuh buat blog sawang!.. ketawa besar.. apa daa.. mana aku frust la.. cuma aku rasa cam da letih jer nak mengayat.. letih sungguh.. penat la kalau tiap hari, bulan dan tahun asyik aku mengayat jer.. sesekali nak gak aku nih diayatkan.. digoda ke?.. ketawa besar.. tak bosan ke korang asyik diayat aku nih? aku bosan la.. agaknya mungkinkah ini angin pembawakan?.. ketawa besar.

Ok.. sebelum aku merapu yang bukan bukan.. aku sudahi dengan… OUT!