"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Saturday, May 23, 2009

CANCER itu.. aku??


Nah, sedang aku menyelak majalah lama.. waktu mengemas tadi.. terfokus mata aku tentang artikel “KERANA KAU PEREMPUAN” .. “menilai karakter wanita dari zodiak” .. hmm, macam best jer kan.. maka aku pun salin semula keratannya disini.. lihat, agak kena tak semua yang dikaji tu pada diri aku?? hehe..

"Ketika dia jatuh cinta, dia akan seakan tidak pasti. Pertama, malu-malu dan cuba untuk sopan bila dekat dengan anda. Kedua, dia akan berusaha selalu berada di dekat anda setiap saat. Dia akan berusaha untuk pulang bersama, atau lunch dengan anda. Sebenarnya hal ini cukup OKEY, jika anda menyukainya juga.

Tapi jika tidak, tentunya anda akan rasa terganggu. Dia benci digossipkan oleh orang lain. Jika tahu, maka dia akan sangat terluka. Sebetulnya dia adalah jenis pemalu, kecuali jika dia dipengaruhi zodiac lainnya. Dia bukan jenis berani atau penentang, maka jika anda menyukainya, lebih baik anda mulai dahulu.

Dia sukakan musik dengan nada yang selalu berubah, maka pada saat tertentu dia jadi kelakar dan ceria, kemudian tiba-tiba berubah menjadi sedih dan kelihatan tertekan. Bagi orang tertentu, dia dilihat “over action” atau “over reaction”. Ketika dia tertekan, dia akan pergi keluar dan mencari hal-hal yang membuatnya merasa sedikit lega.

Dia mencintai wang, dan dia menganggap wang sebagai “bahagia” dan bukannya “Tuhan’. Dia tidak akan pernah meremehkan anda walaupun anda tidak punya wang, dia akan membantu anda untuk mencari wang dan menabung. Dia bukan orang yang suka dengan kemewahan dan terkadang akan melarang anda membelikan hadiah yang mahal dan tidak terlalu berguna.

Dia adalah jenis orang yang suka berjalan-jalan dengan tenang dan damai. Wanita cancer juga dipengaruhi oleh bulan, maka dibawah sinar bulan dia akan kelihatan mempesona. Dia selalu takut akan banyak hal – takut kerana kurang pandai, kurang cantik. Walaupun dia tidak gemuk, dia tetap tidak akan puas.

Menyakinkan bahawa dia tampak cantik akan sangat membantu, kerana moodnya dapat berubah sehingga empat kali dalam satu hari. Dia bukannya kedekut, tapi anda akan terkejut melihat koleksi barang-barang kuno rosak miliknya. Dia melihat bahawa semua hal berguna baginya. Dia akan menemukan cara untuk menggunakannya kembali, suatu saat nanti. Dia bukan pencemburu, tapi cenderung posesif.

Hal terbaik dari dirinya adalah dia akan mengorbankan apapun bagi orang yang dicintainya tanpa batasan. Jangan tinggalkan dia pada saat dia bermasalah, dia tidak akan pernah melupakannya. Dia bukan jenis lemah, walaupun dia nampak seperti itu, contohnya adalah pada saat anda bertengkar dengannya, dia mungkin akan menangis luar biasa.

Begitu anda meninggalkannya, dia akan segera menghapuskan air matanya, dan akan membenahi tempat tinggalnya seperti tidak terjadi apa-apa. Dia adalah ibu yang sangat berhati-hati dan akan selalu menjaga anaknya dalam tiap langkahnya. Jika dia isteri anda, tidak akan menjadi masalah, tetapi jia ia adalah ibu mertua anda, nah.. itu barulah masalah!

Tapi jangan bimbang, jenis ibu mertua seperti ini tidak akan menjadikan anaknya sebagai “teman masa tua”. Dia dapat berubah menjadi sangat mudah marah, dan boleh bertengkar mengenai hal sekecil apapun dengan anda seperti kebanyakkan wanita, tetapi dia akan selalu rela menunggui dan merawat anda.

Jika anda menghilang selama beberapa hari, dia akan menunggu anda, tetapi tidak untuk waktu yang lama. Ujian semacam ini sangat berisiko, dan lebih baik tidak dilakukan. Wanita cancer memerlukan dua hal untuk dapat merasa bahagia, mereka adalah “Kerja” dan “Cinta”. Dia dapat tinggal dalam rumah yang berdebu, tetapi dia tidak dapat tinggal didalamnya tanpa cinta.

Hulala hula hup!!.. hehehe.. rata-rata ramalan mereka tentang bintang cancer itu adalah tepat! bagi orang lain.. haha.. tapi, kalau tentang aku, adalah dalam 95% hehe.. pasal lagi 5% hanya aku dan mereka yang duduk hampir dengan aku jer yang tahu.. ekeke.. mudah atau tidak menjadi gadis berbintang cancer tuh??.. Hanya mereka dan keluarga mereka saja yang tahu..

Opss, terlupa.. dalam agama islam kita tidak digalakkan atau lebih kepada haram bagi kita menilik ramalan baik atau buruk tentang horoskop.. ia ibarat seperti kita bertenung nasib tentang masa depan. Kerana ia jelas termasuk dalam amalan karut dan khurafat. Ini yang pernah aku baca dan aku dengar dari ceramah agama.. nak komen lebih aku kurang ariflah.. perlu banyak membaca dan mengkaji lagi.. rujuk pada mereka yang arif ya?.. wallahualam..

Okeps, mau serang itu bukit jalil petang nih.. apa lagi mahu jayakan misi berlari ala gedikz sesambil cuci mata daa.. ahaks!..

Chowww...