"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Saturday, May 16, 2009

MENEKA DALAM KESAMARAN


Dari sudut hati yang terluka
Dengan niat suci yang membara
Ku curahkan semua harapanku yang ada
Kerana ku terlalu menyinta

Ku menyingkir tiap keindahan
Ku lepaskan apa yang ku genggam
Tiada ku inginkan keraguanmu
Kian berpanjangan tanpa pedoman

Keteguhan cintaku pada mu
Membuat ku tak merasa jemu
Seringkali pertanyaan
Yang cuba aku timbulkan
Pada mu itu hanya kebosanan
Bagaikan ada kesamaran
Di dalam sinar pengharapan

Puas sudah mencari silapku
Puas sudah meneka hatimu
Tiada ku temui
Jawapanmu yang pasti
Yang memberi ketenangan diri



Waduhh pepagi gini terusik jiwa aku mendengar lagu nih.. sedap hingga menusuk kalbu.. maka memorie aku pon berputar.. uhuk.. uhuk.. nyamfah i!

Lepas solat tadi ingat nak tido barang sepicin sebelum masuk waktu subuh.. tp, ala2 dah kul 4 pg nih ku tahan juga la labu mata nih dari berlayar kuak lentang.. kang bukan apa.. sampai ke pagi aku tak sedor.. maunya berlayor habis subuh aku!.. maka nak tak nak terpaksa gak arr aku melayan server yg slow cam ciput nih!.. ajer tensen aku nak nunggu windows nih terbuka abis.. maunyer aku boleh goreng keropok lagi tuh.. nasib arr pisang tak der.. klau dak pisang goreng, cucur pisang ngan pengat pisang sempat aku bergendang kuali periuk kat dapur tuh! hehehe.. mesti korang pening baca ayat aku kan? ekeke.. suka ati la.. tak moh pening gi duk jejauh eh?.. hihi

Sebetulnyer otak aku pepagi nih jadi tumpul lak nak mengayat menggoda menggedik.. kang aku mengayat melarat makin merapu kerapu lak bahasa aku nih.. maunyer nanti aku kena tazkirah pasal gaya bahasa aku nih tidak menepati ciri2 moral dalam berbahasa.. dalam erti kata langsung tak paham lah! hehe.. maaflah yer makcik milah, pak man tempe, kak gayah dan abg ketom.. amponkan kami penghuni gua! hehe.. uik, apa kena mengena lak dorang semua nih eh? kan aku dak habaq dah.. aku dah mula rapik merapik kerepek dah.. ya salamm.. mohon ampon deh! hehe

Oh ya! dalam pada otak aku ngah sarat penuh input2 beradu mimpi nih.. tingat janji aku pada seseorang nak komen tentang BUNGA2 CINTA dulu? masih tertunggukah kamu lagi? bolehkah aku lakukan edisi ulang tayang semula memberi komen? ah, tentu saja boleh! ini blog aku umah gelap aku suka ati aku la kan?.. hehe.. ya amponn..

Ok seriuss.. terus terang aku katakan.. CINTA itu terlalu kompleks untuk di utarakan.. unik dan punya kemisteriannya tersendiri.. aku melihat CINTA itu lebih dari sudut PERSAHABATAN.. bagi aku dengan itu ia mengajar aku tentang pelbagai rasa yang sukar untuk aku ungkai.. kadangkala juga sering menghayutkan aku! namun kadangkala juga ia menyedarkan aku tentang banyak perkara.. perlukah aku nyatakan panjang berjela disini?.. rasa malas pula nak menaip kata.. yup, aku mmg seorang yang MALAS! lagi malas untuk mengungkit kisah2 yang lepas.. kerna semuanya telah aku kuburkan.. nokhtah!

Dalam CINTA aku tidak pernah bersikap kejam! mahupun untuk mainan? atau mempermainkan?? aku tetap menerima segala kententuan takdir yang tersurat buat aku dengan penuh redha.. cuma aku sukar untuk menghadirkan dan menyuburkan rasa CINTA itu dengan begitu pantas setelah ia gugur layu menyembah bumi.. mungkin pada setengah orang, CINTA itu bagai makan kacang goreng?.. goreng garing, kemudian ngap! klau pahit buang ketanah!.. mungkin juga seperti hampas tebu??.. habis manis, sepah dibuangg? atau penuh dengan ayat romantis??.. terpulang.. tiap orang punya pendapat berbeda tentang CINTA bukan?.. maka biarkanlah si luncai turun dengan labunya.. biarkan.. biarkan.. namun andai rasa CINTA itu telah hadir aku tetap menyambut dengan penuh tangan terbuka..

Hmm.. azan telah berbunyi.. aku perlu bersolat.. andai ada waktu terluang lagi akan aku sambung lagi melakar tinta mengayat.. namun aku tidak mahu berjanji.. takut nanti mungkir janji.. biarlah masa dan takdir yang menentukan.. ok?

Mohon permisi.. salam meneka dalam kesamaran tentang CINTA.. OUT!