"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Sunday, June 28, 2009

SESAK



Dia..
Katanya cinta itu telah terputus
Permintaan sang ratu hati
Kerana hati tidak lagi betah
Kesal, kecewa menghambat rasa..
Segala tohmahan sering dilempar
Dalam diam menikam terguris..

Dia..
Datang merapat ke sisi perlahan..
Mungkin atas desakan permintaan?
Mahu melihat sinar kebahagian
Meluahkan rasa parah yang beraja
Bagaikan sudah longlai anggota
Meratap kisah yang telah goyah
Turut mungkin bawa tersungkur rebah

Disebelah sana..
Lain pula ceritanya dikabar..
Dicanang merata telinga
Dia itu yang bersalah?
Dia itu yang naif?
Dia itu yang pasif?
Dia yang tegas meminta..
Moga tidak diteruskan ikatan..
Hanya menurut pada permintaan?..

Aku..
Jadi bingung memikir..
Sebab akukah mereka berantakan?
Sebab akukah mereka tak serasi?
Sebab akukah semuanya terlerai??
Sedang dulu cinta itu..
Mekar semusim zaman remaja?
Hingga terbawa alam dewasa?
Sedang dia sering lagi mengejar..
Biar kadang jatuh terluka
Pernah ditinggal pergi
Dia tetap sabar menanti
Hingga sang ratu hati kembali..

Dia..
Mengapa kini lekas benar berubah hati??
Mungkinkah ada segala maksud tersirat
Yang langsung tak ku fahami?
Sejak akhir ini jadi begitu rapat?
Tiap ketika mengambil berat akan diri?
Sedang aku cuba menjarakkan
Membina benteng sempadan
Agar tiada nanti jiwa terkorban
Menuduh aku perampas milik orang?
Menarik semua bakal membenci?
Mampukah aku nanti bertahan?

Arghh..
Aku jadi malas memikir.. sesak!
Ku lepaskan semua rasa pergi jauh
Dalam lautan luas terbentang
Biar ia tenggelam disitu...
Aku mahu tenang dari kisah mimpi yang serabut..
Biarkan hati ini aman kembali..

:: AS::