"Renunglah sinar rembulan bila saat rindukan saya.. pasti wajah saya menjenguk hadir.. seindah sinar rembulan, seindah itulah cinta saya pada awak.. walaupun jauh untuk digapai, awak tetap indah dan menawan dalam hati saya.."

Friday, September 11, 2009

HATI TERTANYA



Hati ini tertanya..
Apa khabar agaknya dirimu..
Sehatkah kau?
Sakitkah kau?
Gembirakah kau?
Bahagiakah kau?
Atau sedihkah kau?
Aku tiada jawapan untuk semua soalan itu..

Saat ini hatiku berdebar sayang..
Kala wajahmu melakar di layar mindaku
Gerak rasaku seakan memberitahu sesuatu..
Aku tak tahu apakah itu..
Sukar untuk ku ungkai..
Tapi mengapa ada titis air mataku jatuh?
Mengapa aku seakan sedih?
Apakah kau sedang berduka?
Adakah kau mengalami kemalangan?
Ya Allah, minta di jauhkan..
Atau mungkinkah kau sedang meniti hari bahagia?
Atau akukah yang sering merasa risau?
Sentiasa di sapa gelodak prasangka?

Maafkan aku..
Kerana tidak mampu memberitahu mu
Mengutus kabar rindu yang beralun
Melontar rasa kasih yang semakin kuat
Dari hari ke sehari..
Aku segan .. terlalu segan.. merona malu jadinya..
Walau hatiku kuat meronta, bertali arus tak pernah surut
Untuk mengetahui semua tentang diri mu..

Aku doakan dari kejauhan agar dirimu sentiasa diredhai Allah selalu..


:: AS ::

SELONGKAR GOBOK FILE MULTIPLY